Anda di halaman 1dari 45

Tafsir Ayat Aqidah

Maksud : Haiwan ternak

Diturunkan : Makkah (Surah Makiyyah)

Surah ke : 6

5 Dinamakan Al-An'am (haiwan ternak) : kerana di dalamnya disebut kata An'am dalam hubungan dengan adat-istiadat kaum musyrik, yang menurut mereka binatang-binatang ternak itu dapat dipergunakan untuk mendekatkan diri kepada tuhan mereka. Dalam surah ini juga dikemukakan hukum berkenaan dengan haiwan ternak tersebut. 4

Bilangan ayat : 165

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu."

mengatakan kepada kaumnya agar mereka mengembara di atas bumi ini terutama sekali mendatangi negeri-negeri kaum-kaum yang telah binasa. menyaksikan sendiri tempat-tempat yang bersejarah menjadi renungan bagi mereka dan memikirkan mengapa bangsa-bangsa dahulu binasa padahal mereka termasuk bangsa yang perkasa dan berkuasa. membandingkannya diri mereka sendiri dengan umat-umat yang musnah itu. Membuatkan hati Nabi Muhammad saw. terhibur, kerana di dalamnya mengandung isyarat-isyarat lagi bahawa kaum musyrikin akan mengalami kekalahan.

Sejarah merupakan bukti nyata dan jelas. Justeru, apabila seseorang itu merenung kepada sejarah umat terdahulu seperti kaum Ad, Thamud, kaum Lut dan sebagainya.

Bertanyalah (wahai muhammad) : Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan bumi? Katakanlah (semuanya itu) adalah milik Allah. Dia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat. Demi sesungguhnya ia akan menghimpun kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya. Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mensiasiakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.

Huraian ayat : menanyakan kepada kaumnya yang ingkar itu, "Kepunyaan siapakah segala yang ada di langit dan di bumi ini? untuk mematahkan dasar fikiran syirik, kerana bangsa Arab Jahiliah itu sebenarnya telah mengakui bahawa yang menciptakan langit dan bumi ini ialah Allah. memerintahkan Rasul saw untuk menjawab sendiri pertanyaan itu dengan jawaban, "Kepunyaan Allah". Akan tetapi, mereka mengingkari ayat-ayat Allah dan menghina para Rasul. Allah berfirman:

Dan tidaklah Kami menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. (Az-Zukhruf:76) Kerana rahmat Allah, orang musyrikin Mekah tidak dibinasakan sepertimana umat-umat di masa yang silam. Rasulullah saw. bersabda: Tatkala Allah selesai menciptakan makhluk ini, Allah menulis di dalam kitab-Nya (Lohmahfuz) yang ada di sisi-Nya di atas Arasy, "Sesungguhnya rahmat-Ku mengalahkan murka-Ku" (HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

Menekankan dengan begitu jelas persoalan tauhid dan akidah terutamanya yang berkaitan dengan Hari Kebangkitan di akhirat kelak. Keimanan begitu mudah diperoleh sekiranya seseorang itu merenung pada penciptaan Ilahi pada langit, bumi dan sebagainya. Namun bagi orang yang tidak pernah memikirkan kekuasaan Allah tidak akan memiliki iman sekalipun diberi peluang berkali-kali.

Dan bagi Allah jualah apa yang ada pada waktu malam dan siang; dan Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Al-Kalbiy meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, bahawa pada suatu ketika golongan kuffar Quraisy telah datang berjumpa dengan Nabi dan mereka berkata: Wahai Muhammad! Kami dapat rasakan seolahnya kamu berdakwah kepada agama baru ini kerana kamu berhajat kepada sesuatu. Justeru kami akan menjadikan engkau orang yang paling kaya dan yang paling banyak harta dengan syarat engkau meninggalkan dakwah yang engkau bawa ini.., lalu turunlah ayat ini.

Huraian ayat :

alam dengan segala isinya menjadi milik-Nya dan juga segala yang terjadi di waktu malam dan di siang hari adalah kepunyaan Allah swt. menegaskan pula bahwa Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. jarak jangkauan pendengaran-Nya sangatlah jauh dan luas, meliputi ruang lingkup alam ini.

Segala apa yang berlaku tetap berada dalam lingkungan pengetahuan Allah yang Maha Luas. Dia sahaja yang mengetahui di manakah bumi tempat matinya seseorang manusia, bagaimanakah keadaan manusia itu mati dan seumpamanya. Begitulah juga dengan makhluk-makhluk yang lain. Mereka tidak mengetahuinya tetapi Allah Maha Mengetahui segalagalanya.

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Patutkah Aku mengambil (memilih) Pelindung Yang lain dari Allah Yang menciptakan langit dan bumi, dan ia pula Yang memberi makan dan bukan ia Yang diberi makan?" katakanlah: "Sesungguhnya Aku diperintahkan supaya menjadi orang Yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan Dengan firmanNya): `Jangan sekali-kali Engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu. ' "

Huraian ayat :
memerintahkan lagi kepada Rasul-Nya agar bertanya kepada kaum musyrikin, "Apakah patut selain Allah aku jadikan pelindung yang memberikan pertolongan kepadaku sewaktu dalam kesulitan atau menolak bencana menimpaku? Mereka itu menjadikan sembahan-sembahan dan pendeta-pendeta mereka, sebagai pelindung, yang menurut iktikad mereka dapat menolong dengan memberikan kebahagiaan mereka atau menolak kesengsaraan dari mereka. Dialah Tuhan Yang memberi rezeki, makan dan minum serta segala kemanfaatan kepada manusia. Firman Allah :

Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. (Az-Dzariyat:57) Rasul saw disuruh berkata di hadapan orang kafir bahawa beliau diperintahkan Allah untuk menjadi orang pertama berserah diri kepada-Nya, menjunjung tinggi perintah-Nya, tidak akan memohon kepada selain Dia dan terus menegakkan agama di tengah-tengah umatnya. Rasul Muhammad saw. juga dilarang untuk menjadi orang musyrik iaitu orang yang menganggap selain Allah swt sebagai penolong atau perantara untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.

Allah memberikan rahmat yang banyak kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Sehubungan dengan itu, balasan segera tidak ditimpakan kepada mereka yang syirik dan pelaku maksiat, sebaliknya diberi peluang untuk bertaubat selagi nyawa dikandung badan.

Katakanlah: "Sesungguhnya Aku takut jika Aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan) azab hari Yang besar (hari kiamat)".

Huraian ayat :

menyatakan kepada kaum musyrikin bahwa jika sekiranya beliau melakukan kemaksiatan atau menyimpang dari asas agama yang ditetapkan Allah, maka azab hari kiamat akan menimpanya. pada hari kiamat, Allah swt. akan berhadapan dengan hambahamba-Nya untuk menjatuhkan azab kepada mereka yang berbuat dosa dan memberikan pahala kepada mereka yang beramal soleh. Pada hari tersebut, tidak seorangpun yang dapat menolong orang lain sama ada kerana kasih sayang atau persaudaraan.

Setiap manusia hendaklah takut dan gerun dengan azab dan seksa yang dijanjikan Allah kepada manusia yang ingkar dan degil.

Sesiapa Yang dijauhkan azab daripadanya pada hari itu, maka sesungguhnya Allah telah memberi rahmat kepadanya; dan itulah kejayaan Yang jelas nyata.

Huraian ayat :

Sekiranya ada yang dimasukkan ke dalam syurga, maka ianya disebabkan rahmat dari Allah. Allah menjamin keselamatan bagi mereka yang beriman kepadaNya. Ganjaran kepada orang yang bersungguh-sungguh mencari redha Allah.

Setiap manusia akan menghadapi Hari Pembalasan. Pada waktu itu, setiap amalan manusia akan dihitung oleh Allah dan akan diberi pembalasan. Justeru, para ulama telah menyatakan bahawa syarat amalan diterima oleh Allah ialah: (i) Benar (ii) Bertepatan dengan syarak (iii) Ikhlas Sekiranya salah satu daripada perkara di atas tidak wujud pada seseorang, maka segala amalannya tidak diterima; sebaliknya ditolak oleh Allah walaupun ia berupa kebaikan dan kebajikan.

Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Dia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Huraian ayat : Ayat ini menegaskan lagi ke kuasaan-Nya iaitu tidak seorangpun dapat melenyapkan kemudaratan yang ditimpakan kepada seseorang kecuali Allah sendiri, seperti sakit, kemiskinan, dukacita, kehinaan dan sebagainya yang mengakibatkan penderitaan manusia baik zahir mahupun batin. Begitu juga dengan kebaikan yang dianugerahkan Allah kepada seseorang seperti kekayaan, kesehatan, kemuliaan, kekuatan dan sebagainya yang menimbulkan kebahagiaan baik zahir maupun batin.

Nabi Muhammad saw. setiap habis solat lima waktu, baginda membaca doa tersebut : Ertinya: Ya Allah tak ada yang mencegah terhadap apa yang Kau berikan, tak ada yang memberi terhadap apa yang Engkau cegah dan tidak memberi manfaat segala kesungguhan orang yang bersungguhsungguh terhadap kehendak Mu. (HR Bukhari dari Warrad. Sekretaris al Mughirah Ibnu Syu'bah)

Sentiasa merasakan kebergantungan terhadap Allah. Redha dengan ujian yang Allah berikan. Sentiasa mensyukuri apa yang Allah kurniakan.

Mengapakah akhir-akhir ini begitu banyak kerosakan, bala, penyakit berjangkit dan seumpamanya yang berlaku? Berlakunya ombak besar tsunami, gempa bumi berlaku di merata tempat, penyakit berbahaya yang semakin banyak yang tidak pernah diketahui pada zaman dahulu.

Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya (dengan tadbir dan takdir); dan Dia lah yang Maha Bijaksana serta amat mendalam pengetahuanNya.

Huraian ayat :

ayat ini menegaskan kesempurnaan kedaulatan-Nya yang mutlak atas hamba-hamba-Nya. kesempurnaan hikmah-Nya dalam mengatur keperluan hamba hamba-Nya dan keluasan ilmu-Nya terhadap segala perkara yang kecil dan tersembunyi. Dialah yang Maha Mengetahui apa yang bermanfaat dan yang mudarat bagi hamba-hamba-Nya.

Allah Maha Mengetahui segala apa yang tersembunyi di dalam setiap hati dan pemikiran makhlukNya. Kita hendaklah menanamkan sifat ihsan dalam diri supaya setiap amalan yang dikerjakan mendapat keredhaan dan ganjarannya dari Allah.

Bertanyalah (Wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?" (bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?" katakanlah: "Aku tidak mengakuinya". Katakanlah lagi: "Hanya Dia lah sahaja tuhan yang Maha Esa, dan Sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)".

Berkata al-Kalbiy: Segolongan pimpinan Quraisy telah berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w: Wahai Muhammad! Kami dapati tiada seorang pun yang membenarkan dakwah yang engkau bawa, dan kami telah bertanya tentang engkau kepada Yahudi dan Nasrani dan mereka juga mendakwa bahawa tidak terdapat dalam kitab mereka tentang engkau, oleh itu sila tunjukkan bukti siapakah yang boleh menjadi saksi bahawa engkau ini rasul sebagaimana yang engkau dakwa? Lalu, Allah menurunkan ayat ini.

Huraian ayat :
menanyakan kepada orang-orang kafir Quraisy tentang syahadat (persaksian pembuktian) yang lebih kuat yakni persaksian yang tidak mungkin mengandung unsur kedustaan, kepalsuan atau kesalahan. menurunkan Alquran kepada beliau untuk memperingatkan mereka tentang azab bagi mereka yang mendustakan kenabiannya dan ajaran yang dibawanya yang sudah diperkuat dengan persaksian Allah swt.

Allah membekalkan kepada Nabi s.a.w pelbagai mukjizat sebagai bukti sokongan kepada kenabian Rasulullah. Mukjizat yang paling besar dikurniakan kepada Rasulullah ialah mukjizat al-Quran al-Karim. Berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah .

Anda mungkin juga menyukai