Anda di halaman 1dari 22

KEMAHIRAN LISAN Lisan adalah pertuturan atau percakapan.

Apabila seseorang bertutur, ia bukan hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan

kemahiran mendengar. Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran akan

mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes masalah pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapat bertutur langsung atau dikatakan sebagai bisu. Tajuk ini akan membincangkan tentang kemahiran lisan yang

merangkumi kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur, masalah-masalah kemahiran lisan, dan juga tentang penilaian kemahiran lisan. Berikut merupakan gambaran bagi keseluruhan tajuk.

KEMAHIRAN LISAN

MASALAH BAHASA LISAN MENDENGAR & BERTUTUR PENILAIAN BAHASA LISAN

Mendengar Bertutur

Memahami bahasa Menggunakan bahasa

Kepentingan penilaian Jenis ujian lisan

Kemahiran mendengar dan bertutur Dalam definisi bahasa, jelas dinyatakan bahawa bahasa sebagai lambanglambang pertuturan atau dalam bentuk lisan. Manusia mencipta lambang-

lambang pertuturan terlebih dahulu sebelum mencipta simbol-simbol tulisan. Apabila diteliti perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya bermula daripada proses mendengar terlebih dahulu dan diikuti dengan meniru atau mengajuk bunyi-bunyi yang didengar dan seterusnya bercakap. Lambang-lambang tulisan hanya diperkenalkan apabila kanak-kanak sudah biasa dengan bahasa dan boleh bertutur dengan baik ( Kamarudin Hj. Husin, 1988). Kesimpulannya, kemahiran lisan terdiri daripada dua aspek penting iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan, kanak-kanak perlulah menguasai kedua-dua aspek ini dengan baik terlebih dahulu. Kanak-kanak yang mahir dalam bahasa lisan akan dapat melahirkan perasaan dan pendapat dengan baik, dan akan lebih yakin untuk berinteraksi dengan orang lain dalam apa jua situasi. a) Kemahiran mendengar Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak dalam perkembangan pemerolehan bahasanya. Lundsteen (1979) telah

mendefinisikan mendengar sebagai satu proses minda yang memberi makna kepada bahasa pertuturan. Berdasarkan definisi mendengar ini, Jalongo (1992) menyatakan bahwa kemahiran lisan melibatkan tiga perkara penting, iaitu:

i.

Pendengaran (Hearing) iaitu proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman pendengaran atau keupayaan mendengar dan persepsi pendengaran, iaitu keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi, mengadun bunyi-bunyi dan menyimpan urutan bunyi dalam ingatan. Mendengar (Listening) merupakan bentuk tingkah laku persepsi, iaitu memberi tumpuan, menjadi peka dan memilih petunjuk-petunjuk isyarat (cues) daripada persekitaran. Auding -

ii.

iii.

iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada Auding termasuklah memperoleh

pendengaran dan mendengar.

makna daripada apa yang diudengar, menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan, dan menghargai apa yang didengar.

b) Kemahiran bertutur Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator). Ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia ( Kamarudin Hj. Husin, 1978). bertutur dikuasai oleh kanak-kanak hasil daripada meniru Kemahiran

atau mengajuk

pertuturan orang dewasa di sekelilingnya. Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya mengulang-ulang perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat menguasai pertuturan yang lebih kompleks. Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai, kanak-kanak akan mula

berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya. Sebab itulah orang dewasa perlu menunjukkan model pertuturan yang baik kepada kanak-kanak bagi membolehkan mereka bertutur dengan berkesan.

Aspek-aspek pertuturan Ada beberapa aspek penting dalam pertuturan yang perlu diberi perhatian supaya pertuturan menjadi lebih berkesan. Kamarudin Hj. Husin (1978) memberikan sembilan aspek pertuturan seperti berikut: Sebutan Tekanan Mora (panjang pendek) Jeda (persendian) Intonasi ASPEK PERTUTURAN Nada Tatabahasa Kelancaran Kefasihan Laras bahasa

Sebutan adalah membunyikan huruf-huruf, perkataan, atau ayat dengan tepat dan jelas. Kanak-kanak perlu dilatih menyebut dengan betul supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada orang yang mendengar pertuturannya.

Pertuturan yang tidak jelas menyebabkan mesej yang hendak disampaikan tidak dapat difahami.

Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun ketika sesuatu ayat dilafazkan. Dalam bahasa Melayu, intonasi juga penting kerana ia boleh membawa makna yang berbeza bagi sesuatu ayat sekiranya disebut dengan intonasi yang tertentu. Kelancaran bermakna kanak-kanak dapat bertutur tanpa tersekat-sekat, kemas, dan teratur. Individu yang mengalami masalah gagap akan menghadapi masalah kelancaran bertutur yang serius. Kefasihan pula bererti kanak-kanak boleh bercakap bukan sahaja lancar tetapi jelas dan tepat sebutannya tanpa ada unsur-unsur dialek atau telor bahasa asing.

3.1 Menyampaikan maklumat tentang ` sesuatu perkara atau tajuk menggunakan ` ` kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai

Kemahiran 3.0 Menyampaikan maklumat dalam ` pengucapan `yang mudah, betul, ` menarik dan berkesan

` `

3.2 Menghuraikan maklumat dengan alasan yang meyakinkan

3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang

Contoh aktiviti: Mendengar pita rakaman berita tentang sesuatu perkara Contoh: Tajuk: Menjaga kesihatan diri Fakta kita hendaklah mencuci tangan sebelum makan untuk menjaga kesihatan diri Mengenal pasti dan mengemukakan faktor yang boleh menjejaskan kesihatan diri Contoh: Fakta tangan yang tidak dicuci sebelum makan mungkin dihinggapi kuman yang boleh menjadi punca penyakit Berbincang dan menghuraikan fakta yang diperoleh dengan hujah yang meyakinkan Contoh: Fakta kuman merupakan punca kepada pelbagai penyakit seperti sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit.

4.1 Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat dan tersusun

Kemahiran 4.0 4.4 Menyatakan pilihan untuk menerima atau menolak pandangan dan pendapat dalam perundingan bagi mencapai kata sepakat Berbincang tentang tajuktajuk yang relevan secara bertatasusila

4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain

4.3 Mengemukakan hujah untuk menyokong atau menentang sesuatu pendirian dengan memberikan alasan yang sesuai secara sopan dalam aktiviti yang terancang

Contoh aktiviti: Meminta murid-murid bercerita di hadapan rakan-rakan lain tentang pengalaman mereka semasa cuti sekolah.
7

KEMAHIRAN MEMBACA Kemahiran membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

Kemahiran membaca merupakan kebolehan murid membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami bahan yang dibaca. Penekanan diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara kritis. Pelbagai teknik membaca diajarkan kepada murid untuk memastikan keefisienan membaca. Hasil pembelajaran bagi kemahiran membaca ialah membaca kuat, memahami maklumat, menaakul dan menghayati teks

KEMAHIRAN MEMBACA

5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai

6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks

7.0 Membaca, menaakul dan menghayati kandungan teks yang dibaca

5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

5.1 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat

7.0 Membaca, menaakul dan menghayati kandungan teks yang dibaca


7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuh minat membaca. 7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat dan gaya bahasa daripada bahan sastera dan buka sastera yang dapat membawa kesan tertentu kepada pembaca

10

6.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet 6.6 Membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberi dalam bahan ilmu.

6.2 Mengenal pasti pelbagai genre penulisan

6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks
6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus 6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.

6.4 Membaca teks secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh

11

AKTIVITI MEMBACA : Membaca Bersama A. Pengenalan Membaca bersama melibatkan guru dan murid membaca dan ulang membaca buku yang mempunyai teks bersaiz besar. Guru dan murid duduk bersama mengadap buku besar. Guru tunjuk tulisan dan membaca. Murid boleh ikut membaca bersama.

B. Tujuan Membaca bersama ialah satu langkah untuk membantu murid melihat bagaimana membaca. Murid membaca mengikut contoh guru. C. Hasil Membaca bersama membentuk sikap positif kerana ; 1. Seronok 2. Membantu murid memahami buku 3. Mengenalkan murid kepada pelbagai jenis bahan 4. Memberi peluang kepada guru memberi contoh bacaan yang baik 5. Melibatkan murid secara aktif 6. Meransang imaginasi murid dan mencetus idea baru 7. Menyediakan contoh teks yang baik untuk digunakan oleh murid 8. Membolehkan guru meransang murid untuk bercakap

12

9. Menggalakkan murid berinteraksi dengan teks dan visual 10. Murid seronok membaca di dalam suasana yang tidak tertekan

Kemahiran menulis

Menulis merupakan kegiatan menghasilkan simbol-simbol grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Tulisan juga ialah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tulisan dianggap sangat penting kerana tulisan dianggap sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang itu. Tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semula ia dikatakan bahasa. Tulisan ialah alat untuk mlahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Seseorang individu akan dapat menikmati hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui butiran-butiran tulisannya. Oleh itu, pelajaran menulis sangatlah penting kerana ia bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang itu.

Tulisan berhubung rapat dengan membaca. Kedua-duanya mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan dan begitulah juga sebaliknya. Seseorang itu menulis karangan kerana ada yang membacanya.
13

Sebaliknya seseorang itu pula berpeluang membaca apabila ada hasil penulisan untuk dibaca.

Menurut sukatan pelajaran sekolah rendah, kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul. Antara jenis-jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi ialah karangan terkawal, separuh terkawal, hampir terkawal dan karangan bebas. Karangan terkawal merupakan karangan peringkat asas atau pertama, yang harus dilalui oleh murid-murid dalam gerak kerja penulisan. Pada peringkat separuh terkawal pula, murid-murid masih diberikan kawalan walaupun tidak sepenuhnya. Murid-murid diberi peluang untuk menggunakan sedikit gaya pemikiran mereka untuk memilih perkataan dan menyesuaikannya dengan pengajaran guru. Penulisan jenis hampir terkawal pula, pada peringkat ini murid-murid menerima kawalan sedikit sahaja, seolah-olah mereka dipandu dalam membuat karangan tersebut. Penulisan karangan bebas pula hanya dapat dijalankan setelah murid-murid sudah mula menguasai bahasa yang diajar itu dengan baik.

Kemahiran menulis juga menurut sukatan pelajaran sekolah rendah juga bermaksud mengeluarkan idea dengan pelbagai jenis penulisan dengan menggunakan tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Oleh itu, tulisan berangkai yang jelas dan cantik
14

hendaklah digalakkan. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsurkan pengetahuan dan penulisan imaginatif. Penulisan imaginatif adalah adalah penulisan yang mempunyai daya atau kemampuan menggambarkan sesuatu dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayal seperti pengalaman murid-murid.

15

Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan karangan


Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan bagi sesebuah karangan.

Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk. 8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan

Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.

Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas.

Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

16

Mengambil imlak bahan yang diperdengarkan

Menyusun maklumat daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang didengar atau dibaca secara kohesif.

9.0 Mencatat dan menyusun maklumat


Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.

17

Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar dan dibaca.

10.0 menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif


Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.

Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna.

18

Memberikan komen dan pandangan tentang pendapat yang disampaikan oleh pihak lain.

Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari segi tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran, dan gaya bahasa.

11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton, atau dibaca

Mengulas karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan, idea, ayat, wacana, nilai dan pengajaran

Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.

19

Contoh Aktiviti Kemahiran Menulis i) Peringkat Pra menulis Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul. Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid. Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis: Menulis dari kiri ke kanan Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis Menyambung titik Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas Latihan membentuk garisan lurus Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk Melukis gambar

20

ii)

Peringkat Mekanis Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke peringkat mekanis . Pada peringkat ini, murid-murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat. Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada menulis Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf tertentu Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang. Latihan menekap huruf atau perkatan yang ditulis dalam bentuk garis putusputus Latihan menulis huruf dan suku kata Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar Latihan menamakan gambar-gambar Latihan menyalin frasa atau ayat Latihan menyalin ayat daripada buku huruf mengikut teknik

iii)

Peringkat Pelahiran Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan. Pada peringkat ini, murid-murid dapat

21

melahirkan idea dan pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui. Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah mereka kuasai. Mereka juga akan merancang penulisan mereka dipelajari. Menulis jawapan pemahaman Menulis karangan Menulis ayat berdasarkan gambar Membina ayat Memanjangkan ayat Menulis rencana Mengisi silang kata Melengkapkan ayat dengan menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah

22

Anda mungkin juga menyukai