Anda di halaman 1dari 4

Analisa komunikasi tidak formal dalam organisasi

Soalan (d) 1

Adakah khabar angin disebarkan dalam organisasi ini? Is rumour being spread in this organization?

Carta Pai : Komunikasi Tidak Formal Dalam Organisasi

Rajah :. Komunikasi Tidak Formal Dalam Organisasi

Berdasarkan carta pai di atas, sebanyal 75% daripada responden menyatakan bahawa komunikasi tidak formal berlaku dalam organisasi, di mana rakan sekerja berkongsi maklumat tidak formal, kahbar-khabar angin, serta sebagai saluran bagi menyuarakan rasa tidak puas hati.

Namun, 25% lagi manyatakan bahawa komunikasi tidak formal tidak berlaku di dalam organisasi. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh terdapatnya pekerja-pekerja baru yang belum lagi rapat dengan rakan sekerja yang lain, dan dengan itu, mereka tidak dilibatkan dalam komunikasi tidak formal, kerana belum wujudnya rasa kepercayaan dan closeness di antara mereka.

Soalan (d) 3

Dimanakah biasanya komunikasi tidak formal dalam organisasi ini berlaku? Where does these informal communications take place usually?

Carta Pai : Tempat Komunikasi Tidak Formal Berlaku

Rajah :. Tempat Komunikasi Tidak Formal Berlaku

Berdasarkan rajah di atas, carta pai tersebut merujuk kepada soalan (d) 3 dalam boring soal selidik. Menurut maklumat yang diberikan para responden, tempat di mana paling banyak berlaku komunikasi tidak formal dalam organisasi adalah di medan makan, iaitu sebanyak 40%. Keadaan ini berkemungkinan disebabkan oleh responden selalu makan bersama-sama dengan rakan sekerja, dan pada ketika itu, mereka tidak mahu berbincang mengenai isu-isu yang serius seperti kerja dan maklumat formal. Oleh itu, mereka berbincang mengenai isu-isu yang tidak serius seperti berita-berita terkini, khabar-khabar angin dan sebagainya.

Peratusan yang kedua tertinggi merupakan bilik rehat, iaitu sebanyak 20%. Tempat ini juga dikatakan banyak berlaku komunikasi tidak formal dalam organisasi berkemungkinan kerana apabila responden berehat bersama dengan rakan sekerja, mereka lebih suka untuk tidak membebankan diri dengan maklumat-maklumat yang barkaitan dengan kerja. Mereka lebih suka untuk berkongsi maklumat sekadar untuk berbual-bual. Selain itu, bilik rehat selalunya dilengkapkan dengan surat khabar yang terkini. Ini membuatkan para pekerja yang sedang berehat di dalam bilik rehat cenderung untuk berbincang mengenai berita-berita dalam surat khabar.

Peratusan yang seterusnya merupakan kaki lima dan persekitaran pejabat, yang kedua-duanya mempunyai 15%. Komunikasi bukan formal juga dapat berlaku di lokasilokasi tersebut kerana para pekerja banyak bejumpa di persekitaran tersebut. Mereka tidak melepaskan peluang untuk berbual-bual seketika serta bertanyakan khabar antara satu sama yang lain. Namun, peratusan ini hanyalah sebanyak 15%. Ini menunjukkan yang komunikasi tidak formal hanyalah berlaku sedikit sahaja di lokasi-lokasi tersebut,

mungkin disebabkan oleh para pekerja pada ketika itu lebih mementingkan pekerjaannya, dan juga tahu bahawa masa itu bukanlah masa yang sesuai untuk bebual-bual.

Peratusan yang paling rendah merupakan pantri, iaitu hanyalah 10%. Pantri merupakan lokasi yang komunikasi tidak formal paling sedikit berlaku mungkin kerana para pekerja tidak makan ataupun berehat bersama-sama di pantri. Selain itu, pantri biasanya hanya dilengkapi dengan mesin air yang membolehkan para pekerja mengisi air. Oleh itu, para pekerja tidak mempunyai sebab yang banyak untuk selalu berada di dalam pantri. Tambahan pula, apabila seorang pekerja mengisi air, dia tidak semestinya mengajak rakan-rakan yang lain untuk bersama-sama pergi ke pantri. Keadaan ini boleh disimpulkan bahawa peratusan komunikasi tidak formal yang berlaku dalam pantri adalah rendah kerana para pekerja tidak selalunya dapat berjumpa dengan rakan sekerja yang lain dalam pantri.

Anda mungkin juga menyukai