Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN Pekerja sosial sebagai pembela mengambil tempat sebelah klien ataupun mewakili klien dan menjadi penyokong

yang memihak kepada klien dengan bertindak sebagai orang yang bersuara untuk individu, kumpulan atau masyarakat. Mc Clam (1998) menjelaskan bahawa pembela berperanan sebagai jurucakap kepada klien apabila klien tidak mampu menyuarakan haknya atau apabila hak-hak klien tidak dipedulikan oleh mana-mana pihak. Kroft and Jisor (2002) menjelaskan bahawa bidang pembela merupakan sebuah bidang yang seakan-akan sama dengan bidang professional. Pekerja sosial bertindak sebagai pembela dengan bertindak bagi pihak kliennya dan berusaha mempertahankan hak kliennya dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang tertentu mengikut undang-undang dan peraturan. Pembela juga menumpukan kepada sesuatu perubahan baru, iaitu proses dari bawah ke atas atau perkembangan strategi serta pertumbuhan semula dengan membawa pembangunan sesebuah komuniti. Walaubagaimanapun, kepercayaan penuh yang diberikan kepada pekerja sosial, terdapat juga kesukaran yang dihadapi oleh pekerja sosial untuk menetap bersama-sama klien dalam sesebuah kawasan kerana terdapat perbezaan dalam organisasi sukarela, agama, dan kumpulan penguasa tempatan dan pengawai-pengawainya menurut Powel F (2001). Pekerja sosial berfungsi sebagai pembela dan penyokong individu tertentu yang menghadapi masalah yang turut melibatkan pelbagai pihak, tetapi pekerja sosial bukannya bertindak sebagai peguam. Mereka dapat dikategori sebagai orang tengah atau pengantara antara klien dan pihak tertentu. Pekerja sosial sebagai pembela memainkan peranan dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada kliennya. Seterusnya bagi menerangkan secara lebih lanjut lagi tentang kefungsian pembela adalah berdasarkan penerangan dibawah:

1) PERANAN SEBAGAI PEMBELA Secara umumnya, Pembela berperanan menguruskan sumber untuk mencapai kefungsian sosial. Mereka dengan kerjasama klien akan mengaktifkan sumber, mengenal pasti sumber, mencapai serta mendapatkan sumber tersebut dan seterusnya membangunkan sumber yang diperlukan. Sumber boleh wujud samada dalam diri individu atau dalam perhubungan antara individu ataupun dalam persekitaran individu. Pembela dapat didefinisikan sebagai menyokong serta peguam yang menjadi orang tengah dalam penyelesaian masalah klien. Pekerja sosial harus berhadapan sistem politik dan undangundang dalam rangka menjamin keperluan dan sumber yang diperlukan oleh klien dalam melaksanakan kefungsian sosial. Peranan pembelaan dapat dibahagi dua iaitu advokasi kes (case advocacy) dan advokasi sebab (cause advocacy). Menurut Miley D. (2003) apabila pekerja sosial melakukan pembelaan atas nama seorang klien secara individual, maka ia berperanan sebagai pembela sebab.Pembelaan sebab terjadi manakala klien yang dibela oleh pekerja sosial itu bukanlah melibatkan seseorang individu tetapi sekelompok anggota masyarakat. Rothblatt (2000) memberikan beberapa model yang dapat dijadikan acuan dalam melakukan peranan pembelaan. SOKONGAN DAN TINDAKAN SOSIAL Perkhidmatan kepada manusia yang dikenali sebagai pekerja sosial yang memastikan orang awam terbela dengan menyediakan rumah perlindungan, penjagaan kesihatan dan peluang pendidikan bagi mereka yang tertindas seperti kaum hawa, people

of colour dan warga tua. Pekerja sosial mendapat mandat atau kebenaran dari kod etika
untuk membela semua lapisan masyarakat. Pekerja sosial ini mendapat kebenaran serta mendapat sumber-sumber dengan menyediakan perkhidmatan dan peluang-peluang tertentu untuk membuat perubahan dalam polisi dan undang-undang bagi mempromosi keadilan social. Sebut sahaja tentang pembelaan dan menyokongan dapat dibayangkan untuk mewakili, memperjuangkan atau bertindak untuk mempertahankan kebenaran. Kegiatan sosial, termasuklah melakukan teknik-teknik seperti demontrasi, tunjuk perasaan ataupun memboikot. Proses ini mungkin mengambil masa yang lama tetapi melibatkan

usaha yang berterusan dan pelbagai iktiar. Biasanya banyak menggunakan penentangan dan konfrontasi Ashmar and Hull (2000). Dalam proses pembelaan ini akan melibatkan klien dan pekerja sosial yang berinteraksi. Pekerja sosial akan mewakili pihak klien, pertama mendapatkan perkhidmatan dan sumber-sumber untuk klien tanpa syarat yang dikenakan. Kedua, mengubahsuai polisi-polisi yang lama ini kerana prosedur yang sedia ada menyebabkan kesukaran untuk pekerja sosial mempengaruhi klien. Ketiga, mempromosi undang-undang seperti polisi terbaru untuk membuat keputusan dalam sumber keperluan dan perkhidmatan. Penumpuan dalam sesuatu kes dan sebab-sebab yang perlu dibela boleh terjadi dalam individu tertentu, agensi tertentu, pengawai am, mahkamah, perundangan dan agensi kerajaan Hepworth (2001). Pekerja sosial perlu mengambil kira beberapa faktor untuk mentafsir permasalahan sebelum memulakan usaha penyokongan. Mereka perlu menimbang sama ada pembelaan ini jalan terbaik yang dibawa untuk membuat perubahan tertentu. Selain itu, mereka harus berfikiran kreatif memikirkan pelbagai kaedah sama ada terdapat banyak efektif dan keberkesanan sebelum memulakan tindakan. Apabila pekerja sosial yang bekerja dalam sesuatu agensi atau institusi yang lain, mereka perlu jelas tentang susunan organisasi supaya lebih peka ketika mencadangkan cara pembelaan. Pekerja sosial juga perlu menyakinkan klien supaya bersetuju dengan sebab-sebab yang perlu dibela yang dikemukakan oleh pekerja sosial itu tadi. Klien perlu membuat keputusan dengan betul sama ada hendak dibela atau sejauh mana usaha yang dibuat oleh pekerja sosial itu dapat bertahan. Keputusan mereka bergantung kuat pada informasi yang diberikan oleh pekerja yang mentaksir secara jujur tentang kedua-dua risiko baik dan buruk. Pembelaan yang dibuat bergantung kepada keputusan klien dan jika berlaku persetujuan ini maka perubahan yang besar mungkin berlaku disebabkan mereka mempunyai pelbagai kemahiran dan tekanan. Mereka perlu peka dengan persekitaran dan kreatif mencari iktihar untuk mengubah keperluan dan apa yang dikehendaki mereka perlu sentiasa peka terhadap perubahan dari aspek undang-undang, sikap dan prosedur. Jelas disini, keperluan pengetahuan yang luas

seperti berapa banyak perubahan yang dapat diterima oleh klien, adakah klien selesa dengan cara tersebut, apa iktihar yang perlu dihentikan kerana menjejaskan klien atau kurang berkesan dan siapa yang perlu membuat keputusan dengan menilai baik buruk, elak dari penipuan, mengetahui risiko yang perlu ditanggung dan faedah yang didapati jika membuat sesuatu keputusan. Taktik pembelaan pula, melibatkan kemahiran berunding dengan pihak lain, menawan hati orang ramai, memulakan tindakan undangundang, membentuk interaksi antara jawatankuasa, mahir mencari dan mendapat bukti, mengumpul maklumat serta belajar dari kesilapan dan membuat tinjauan dari semasa ke semasa, mendidik secara releven, berhubung dengan pengawai-pengawai awam dan pengawai undang-undang dengan membentuk desakan rasmi secara berterusan melalui surat dan panggilan telefon Brill N.I , Levine J (2005). Pembelaan dan model tindakan sosial diterima sebagai sebahagian daripada praktis kerja sosial dalam komuniti. Ramai pekerja sosial dalam komuniti membantu dengan sokongan dan panduan dalam menghadapi permasalahan sosial dan cuba mengubah kelemahan sosial dalam situasi tersebut.Pekerja sosial perlu bersedia belajar dan menggunakan asas utama pembelaan bila berhadapan dengan keadaan yang tidak berperikemanusiaan atau penganiyaan rawatan di dalam perkhidmatan agensi atau institusi sosial. I. MODEL PEMBELAAN Banyak peluang diberikan dalam rumah penjagaan dengan menetapkan pekerja sosial sebagai pembela kepada penghuni rumah orang-orang tua. Pembela ialah seseorang yang bertindak bagi seseorang apabila seseorang itu tidak berupaya untuk membela nasib sendiri. Hancock (1999) menyatakan pekerja sosial perlu menyelesaikan masalah pesakit dengan berperanan sebagai pembela dengan mengenalpasti, mengawal, mempraktis dan mengamal cara yang tidak konsisten serta betul kepada penguni rumah penjagaan, ataupun memperuntukkan penjagaan berterusan dan bekerja untuk mengubah keadaan. Banyak rumah penjagaan mengabaikan penjagaan pesakit ini termasuklah amalan dimana mengambil pekerja yang tidak berkelayakan sebagai kakitangan, kakitangan yang tidak mencukupi dan apa-apa amalan atau polisi yang akan

mencabuli hak penghuni yang sah. Pekerja sosial juga perlu bekerjasama dengan pentadbir pusat penjagaan tersebut. Walau bagaimanapun, peranan pembela perlu memberi perhatian terhadap polisi dan dasar yang menganiya dan mencabuli penghuni yang tidak bersalah. Selain itu, dalam rumah perlindungan ini juga pembela berperanan memperluaskan dalam sesebuah komuniti. Rangkaian antara kemudahan rumah perlindungan dengan komuniti adalah sangat penting. Hamilton (1998) memerihalkan program penjanaan berguna untuk melibatkan keseluruhan komuniti. Komuniti-komuniti boleh menyediakan bantuan dan input dengan menjadi penasihat kepada agensi berkenaan. Komuniti juga termasuk dalam sumber yang terpenting untuk mendapat sukarela yang diperlukan untuk menolong memudahkan rangkaian atau mengadakan perhubungan dengan penduduk sekeliling. Sebagai tambahan, program pendidikan juga dapat membantu penduduk dan sekaligus memudahkan proses pembelaan. Sebagai contoh, pembelaan terhadap kanak-kanak istimewa yang terbiar di rumah, sedang mereka juga boeh dijadikan modal insan yang berguna dan boleh mendapat pendidikan khas serta mendapat taraf istimewa iaitu kumpulan orang kurang upaya (OKU). ELEMEN DALAM PRAKTIS KERJA SOSIAL Pekerja sosial harus mengetahui cara yang sesuai dan boleh digunakan bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh klien semasa mengendalikan kes. Biasanya masalah yang dihadapileh klien yang memerlukan pembelaan melibatkan masalah diperingkat mikro iaitu melibatkan masalah antara individu dengan pihak lain.Peringkat ini melibatkan pengurusan sumber dan melibatkan strategi seperti klien memberi kuasa atau bertanggungjawab untuk menyelesaikan sesuatu kes. Pembela dengan kerjasama klien akan mengaktifkan sumber, mengenal pasti sumber, mencapai dan mendapatkan sumber tersebut dan seterusnya membangunkan sumber yang diperlukan. Sumber boleh wujud sama ada dari klien ataupun persekitaran sosial. Pembela memainkan peranan sehingga kefungsian tercapai. Perkhidmatan dalam proses pembelaan adalah peranan kontemporari pekerja sosial. Walau bagaimanapun, sokongan dari pekerja sosial secara tidak langsung dapat membantu ketidakadilan sosial,

contohnya seperti membantu pelajar meneruskan pendidikan walaupun keluarganya tiada kemampuan. Pertolongan dapat diberi dengan membawa pelajar tersebut mendapatkan bantuan kewangan seperti biasiswa dan melepasi proses birokrasi dengan mudah. Dari segi undung-undang pula, membela seseorang yang teraniaya seperti seorang isteri yang didera suaminya dengan mengenal pasti agensi berkenaan untuk sokongan sosial. Seterusnya, Pendekatan penyelesaian masalah merupakan fungsi intervensi kerja sosial adalah bagi tujuan perundingan antara pekerja sosial dan klien bekerjasama untuk membentuk pelan perubahan, mengaktifkan sumber, mengenalpasti sumber, mencapai serta mendapatkan sumber tersebut dan seterusnya membangunkan sumber yang diperlukan. Proses intervensi melibatkan mengenalpasti masalah iaitu mengenal pasti secara terperinci masalah yang dirujuk, mencari alternative dengan bantuan klien dan mengunakan pelbagai kaedah untuk mencari masalah sebenar, menilai alternative iaitu penilaian dari segi sumber yang didapati dan keberkesanan kaedah dan memilih jalan penyelesaian berdasarkan alternative yang terbaik dengan menetapkan matlamat yang akan dicapai. Akhirnya, membuat follow up dan penilaian dengan memastikan pencapaian matlamat dan menyediakan cadangan pengubahsuaian dalam perancangan intervensi. NILAI-NILAI PENTING SEORANG PEMBELA Nilai merupakan elemen yang mengawal keseluruhan praktis dan membuat pekerja sosial berperanan dalam bidang ini. Segala bentuk keputusan dalam intervensi yang dijalankan adalah berdasarkan nilai-nilai ini. Antara nilai yang perlu ada bagi seorang pembela yang juga sebagai pekerja sosial adalah memberikan komitmen yang tinggi kepada kepentingan individu yang ingin dibela. Menghargai hubungan kerahsiaan dengan klien, berusaha mempertingkatkan kebolehan klien bagi kesejahteraan klien dan berkomitmen kuat terhadap keadilan dan kesejahteraan sosial ahli masyarakat. Konsep pembelaan yang diurus oleh pekerja sosial ini adalah membawa kebaikan kepada masyarakat umumnya. Golongan yang minoriti atau lemah seperti kanak-kanak, kaum wanita, dan golongan tua akan terbela dengan adanya advocater. Hak asasi

manusia juga dapat diperjuangkan agar masyarakat mengetahui hak mereka yang sepatutnya dan hak mereka tidak diperlekehkan disebabkan mereka tiada penyokong untuk mempertahankan kemanusiaan. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai praktis kerja sosial yang spesifik antaranya ialah kerja kes, pengurusan kes, kerja kumpulan, terapi kumpulan, terapi keluarga, dan organisasi komuniti. Bagi menunjukan secara terperinci proses praktis kerja sosial, kerja kes dipilih untuk mewakili peranan pekerja sosial sebagai pembela. PROSES KERJA KES Sokongan yang dibuat oleh pembela perlu mengalami proses yang dikenali sebagai kerja kes. Dalam proses ini menghubungkan klien dengan pekerja sosial dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pekerja sosial juga perlu respon dengan pelbagai masalah yang wujud.Pembela berperanan menjadi orang tengah bagi menghapus apa-apa halangan dan menyelesaikan permasalahan yang wujud. Proses ini perlu membuat kajian secara detail. Pengurusan kes perlu menunjukkan cara yang berbeza-beza dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk mempelbagaikan usaha dan tindakan advokasi dalam menyelesaikan kes. Pekerja sosial cuba membantu kliennya berasa yakin terhadap keputusan yang diambil dan ini juga melibatkan proses perkembangan iaitu mengubah tahap kesedaran mereka terhadap individu lain dan persekitaran sosial mereka. Advocater bertindak sebagai kawan kepada klien dan berkongsi masalah yang dihadapinya dengan cara berunding dan menggunakan pendekatan-pendekatan yang pelbagai Compton B.R (2000). Kerja kes juga melibatkan hubungan langsung secara individu antara klien dengan pekerja sosial. Proses ini juga merupakan kemahiran pekerja sosial mengunakan pendekatan psikososial tingkah laku dan sistem menghubungkan klien kepada sumber yang ada dalam persekitaran bagi membantu menyelesaikan sesuatu masalah atau sesuatu kes Hartley (1930).

Contoh kes untuk menunjukkan proses kerja kes.

Kerja kes ini adalah kisah seorang isteri yang selalu didera oleh suaminya: Seorang wanita yang bernama Puan Mary yang selalu didera oleh suaminya dari segi mental dan fizikal. Beliau sering dipukul dan dikurung dalam rumah disebabkan perselisihan yang berlaku antara dia dengan suaminnya Encik Raju. Mereka sering bergaduh dan menyebabkan kecederaan terhadap Puan Mary yang sering ditampar dan dipukul. Kebebasan Puan Mary juga terbatas disebabkan perangai suaminya yang panas baran dan cemburu. Melihat keadaan Puan Mary yang sering lebam-lebam dan berada dalam keadaan yang murung jirannya yang selalu terdengar pentengkaran mereka suami isteri mengesaki Puan Mary telah didera suaminya tetapi Puan Mary takut untuk melaporkan kes penderaannya kerana sayangkan suami dan bimbang akan hukuman yang akan dihadapi suaminya seperti dipenjarakan. Sebagai jiran yang prihatin menasihati Puan Mary untuk berjumpa dan merujuk kes beliau kepada pekerja sosial. Amalan yang terbaik untuk melakukan kerja kes adalah yang utama ialah temubual, melalui temu bual keperluan klien dapat dikesan seterusnya proses intervensi untuk melihat arah dan corak interaksi antara perseorangan, sumber sokongan dan corak pengurusan kehidupan klien.
I. PENGKAJIAN Fasa ini melibatkan pekerja sosial dengan kliennya iaitu secara bersemuka. Melibatkan keputusan klien samaada ingin teruskan proses rawatan atau tidak. Jika klien bersetuju untuk meneruskan pembelaan pekerja sosial perlu menunjukkan komitmen yang tinggi dan usaha yang berterusan untuk mendapat kepercayaan klien. Kerjasama antara klien dan pekerja sosial juga penting untuk mewujudkan hubungan. Klien akan mencurahkan masalah yang dihadapi dan memberikan maklumat-maklumat yang berkaitan. Pekerja sosial perlu mengumpul data-data berkaitan klien termasuklah latar belakang klien dan sejarah beliau. Data merupakan unit maklumat dan sedikit tangkapan, pemikiran, dan perasaan yang dikumpulkan berdasarkan situasi klien Compton B.R (1998). Data merupakan unit yang terpenting dalam setiap pengkajian yang dilakukan dalam menyelesaiakan sesuatu kes.

Merujuk kepada kes Puan Mary yang didera suami telah merujuk kes beliau kepada pekerja sosial, jadi tugas utama pekerja sosial untuk membela kes Puan Mary melalui fasa pengkajian ini. Pekerja sosial perlu bersemuka buat pertama kali dengan Puan Mary dan berusaha untuk membina hubungan dengan Puan Mary. Dari situ Puan Mary membuat keputusan samaada mahu meneruskan sesi rawatan atau tidak. Jika beliau bersetuju maka bermulanya proses pengkajian ini. Pekerja sosial akan mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan masa-masa silam dan latar belakang Puan Mary dan suaminya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kes ini. Dalam situasi tersebut Puan Mary berasa sedih dan helpless, Oleh itu pekerja sosial perlu sedar keadaan ini dan memotivasi klien supaya klien berasa yakin dengan tindakannya. Pekerja sosial sebagai pembela perlu bijak mencari petunjuk kepada masalah klien. Pekerja sosial perlu peka terhadap sumber yang didapati dengan menggunakan kemahiran-kemahiran seperti mendengar dengan simpati, empati, menyakinkan klien, memberi perhatian dan penerimaan klien dengan baik serta mendengar segala yang diperkata oleh klien. Hal ini diperlukan untuk mendapat kepercayaan klien terhadap pekerja social,berkemungkinan besar segala maklumat tersembunyi dapat diperolehi, dengan ini kerja kes menjadi lebih senang. II. PENILAIAN Merupakan proses penaksiran situasi tertentu dalam permasalah sosial. Dalam proses ini terdapat dua tujuan utama iaitu yang pertama mentakrif masalah melalui sumber-sumber yang ada termasuklah kelakuan klien terhadap masalah yang ditonjolkan. Melalui kemahiran kerja sosial segala data yang dikumpulkan dai proses pengkajian dapat digunakan dalam proses penilaian . Melalui itu juga pekerja sosial dapat membuat kesimplan mengenai masalah sebenar klien.Tujuan yang kedua ialah merancang matlamat atau mengetahui tujuan sebenar kerja kes yang dilakukan. Farley O.W (2003) menjelaskan bahawa penilaian merupakan pendekatan dalam menghubungkan keperluan individu mengikut perbezaan antara keperluan dan individu tersebut. Sebelum memasuki fasa penilaian pekerja sosial seharusnya melepasi fasa

pengkajian dengan sempurna dengan mengetahui dengan jelas situasi dan permasalahan sebenar klien. Pekerja sosial perlu mendapatkan sumber-sumber yang berbeza sekurangkurangnya dua sumber dengan mendengar dari kedua-dau pihak untuk mengelak dari ketidakadilan dari berlaku. Penilaian dibuat dari pelbagai aspek iaitu melihat situasi dan masalah sebenar yang dihadapi. Jelas Farley O.W (2003) lagi, penilaian bermula dengan kenyataan masalah yang telah diberi oleh klien merangkumi apa yang ditunjukkan oleh klien dalam menangani masalah yang bermungkinan boleh mempengaruhi bahagian somatik, psikologi, sosial budaya, personaliti dan persekitaran individu tersebut. Merujuk kepada kajian kes Melalui situasi yang di hadapi oleh Puan Mary akibat didera suaminya, Pekerja sosial melihat kepada situasi yang sebenar yang berlaku dalam persekitaran masyarakat disekeliling klien. Timbul persoalan seperti mengapa kes penderaan ini berlaku dan adakah klien benar-benar didera atau sebaliknya. Pekerja sosial perlu tahu dimana sebenarnya berlaku ketidakfungsian atau akar umbi masalah berpandukan pada individu, keluarga dan persekitaran. Banyak persoalan perlu dijawab untuk membongkar hal sebenar. Walaupan kes penderaan menyebabkan penganiyaan terhadap Puan Mary akan tetapi pekerja sosial perlu tahu sebab mengapa suaminya berkelakuan seperti itu. Suami Puan Mary menderanya mungkin disebabkan tekanan dari tempat kerja, masalah keluarga, masalah biologi seperti masalah kemandulan dan sebagainya. Dalam hal ini pekerja sosial harus menggunakan semua pengetahuan yang ada untuk membuat penilaian. Antara pengetahuan yang berguna untuk dalam fasa penilaian adalah tekanan yang dihadapi serta situasi kehidupan (pengetahuan dalam sosiologi) dan masalah yang boleh menyebabkan tekanan dan tingkah laku penduduk dan persekitaran sosial. Dalam kes Puan Mary tekanan hidup beliau dan situasi kehidupannya diaplikasikan untuk mengetahui punca dan jalan penyelesaian. Bagi meneruskan penilaian, pekerja sosial harus mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi seperti pandai menyoal, memberi komen, peka dengan bahasa badan, dan komunikasi verbal dan komunikasi bukan verbal. Selain itu, Bidang psikologi iaitu merangkumi tingkah laku manusia dan persekitaran sosial masyarakat juga amat penting untuk menangani situasi tertentu seperti menguruskan seorang yang sedang marah.

10

Begitu juga dengan Kes Puan Mary, segala pengetahuan ini digunakan semasa sesi pertemuan dengan beliau menggunakan kemahiran tadi untuk mencungkil rahsia dan menggunakan pendekatan psikologi untuk menyakinkan Puan Mary. Daripada keterangan tersebut, pekerja sosial dapat mengenalpasti sama ada beliau berbohong atau menyembunyikan sesuatu. Melalui semua pendekatan ini maka masalah sebenar yang berlaku dapat diketahui. Apabila semua penilaian dibuat, kesimpulan dapat dibuat bahawa suami Puan Mary bersikap bengis dan mengasari isterinya kerana tekanan perasaan yang berpunca dari masalah mereka tidak lagi menimbang cahaya mata dan masalah ditempat kerja, serta masalah personaliti suaminya yang panas baran kerana tidak sabar dengan sikap Puan Mary yang suka melawan dan mengugut. III. INTERVENSI Merupakan proses menyusun dan mengolah serta perlaksanakan aktiviti praktis untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Farley O.W (2000) menyatakan bahawa intervensi merupakan penggerak utama antara pekerja sosial dengan klien serta persekitaranya seperti ahli keluarga dengan penerimaan yang memungkinkan berlaku pengubahsuai sikap dan perlakuan. Kadang-kadang hubungan klien hanya sampai diperingkat fasa study sahaja, namun begitu, intervensi berkemungkinan berlaku pada fasa tersebut. Jadi, intervensi atau proses rawatan yang akan diambil, perlu dikenal pasti dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak iaitu antara klien dan pekerja sosial. Sepanjang fasa ini pekerja sosial akan mewujudkan hubungan yang baik dengan klien dengan menunjukkan kemesraan, kebaikan, kejujuran, kesungguhan,dan kesesuaian. Ciri-ciri dan kualiti ini ditambah dengan kemahiran bagi mencapai matlamat intervensi seperti kemahiran menemubual, merekod maklumat, menulis surat, merujuk kepada agensi lain yang berkaitan dan menolong klien guna sumber-sumber personal luar dan lain. Merujuk kepada kajian kes Hasil intervensi dapat menyokong dan menguatkan ego klien dengan cara membersihkan emosi emosional catharsis, penegasan, penjelasan terhadap masalah dan sympathetic listening. Sebagai contoh kes Puan Mary dalam proses intervensi, sebagai permulaan pekerja sosial perlu mengenal pasti masalah utama iaitu masalah emosi Encik Raju yang terganggu dan persekitaran yang menekan menyebabkan Puan Mary menjadi

11

tempat melepaskan geram di rumah. Selain itu, masalah sering diejek oleh rakan-rakan kerja kerana tidak dapat mengeluarkan hasil iaitu anak menjadikan beliau tertekan, tambahan konflik ditempat kerja yang mendesak beliau meletak jawatan. Suami Puan Mary seorang yang bersikap panas baran dan cemburu akan isterinya yang cantik menjadi pendorong suami mencemburuinya dan suaminya berasa tergugat apabila beliau mengalami konflik kewangan. Ini menyebabkan kebebasan Puan Mary disekat dan kadang-kadang dikurung walaupun dengan kesilapan kecil yang dilakukan. Kes ini berlaku juga disebabkan sikap Puan Mary yang suka melawan dan meminta-minta. Sikap Puan Mary yang sering meminta-minta menyebabkan suaminya terpaksa berhutang dan menambahkan beban kewangan. Apabila Puan Mary selalu mendesak suaminya dengan bermacam-macam perangai, menyebabkan si suami bertindak memukulnya dan mengasarinya menjadi kebiasaan sehingga melampaui batas tanpa disedari suami. a) Perbincangan.

Kesinambungan kepada kes Puan Mary, jalan terbaik adalah melalui perbincangan antara dua pihak iaitu suami dan juga klien. Perbincangan ini boleh dilakukan dengan bersemuka dan tidak bersemuka. Misalnya dengan megadakan kaunseling dengan keduadua belah pihak akan menyedarkan mereka tentang masalah yang disebabkan sikap masing-masing. b) Khidmat perlindungan.

Puan Mary perlu diberikan pelindungan daripada suaminya bagi mengelak klien diancam dan mengurangkan trauma yang dialami Puan Mary akibat didera suaminya tertuduh menjamin untuk tidak melakukan penderaan lagi.Jika kes penderaan ini berulang maka Puan Mary perlu dilindungi dibawah undang-undang untuk membela klien. c) Khidmat agensi.

Pekerja sosial akan merujuk kepada Jabatan Masyarakat (JKM) dan institusi kebajikan lain. Agensi-agensi ini berperanan memberikan sumber kewangan serta tempat pelindungan. Bagi kes Puan Mary, beliau perlu mendapat rawatan atau treatmen untuk

12

menghilangkan trauma dan ketakutan akibat didera suami dan memberi semangat untuk beliau meneruskan hidup walaupun tanpa suami. d) Penceraian

Puan Mary berhak memilih untuk meminta penceraian daripada suaminya jika suaminya tidak mahu berubah. Penceraian merupakan peringkat di mana kedua-dua pihak tidak lagi boleh hidup bersama dan tiada kesepakatan dalam sesi perbincangan. Setelah alternatif dicari, alternatif tersebut perlu dinilai. Menilai arternatif berdasarkan sumbangan dan keberkesanan yang diperolehi daripada alternatif yang telah dilaksanakan sebelum ini. Hal ini penting bagi membolehkan pekerja sosial mencari jalan penyelesaian bagi membela klien.Sebagai contoh kes Puan Mary, pelbagai kaedah telah dibuat untuk mencari jalan penyelasaian seperti sesi perbincangan, member perlindungan, penguatkuasaan undang-undang dan sebagainya. Setiap alternatif yang diambil sepatutnya mengubah situasi samaada suami Puan Mary mahu menghentikan penderaan terhadap mangsa atau tidak mempedulikan tindakan undang-undang malah semakin bersikap agresif. Penilaian ini penting untuk mendapat cara yang paling berkesan untuk melindungi Puan Mary. Seterusnya, memilih alternatif, iaitu memilih jalan penyelesaian terbaik untuk klien. Pekerja sosial akan menubuhkan jawatan kuasa bagi berbincang alternatif mana yang harus diambil bagi menyelesaikan masalah Puan Mary. Pekerja sosial akan berbincang dengan golongan yang mengalami nasib yang sama dengan klien dan menggunakan pengalamannya dalam menunjuk jalan kepada Puan Mary untuk membuat keputusan. Pekerja sosial akan berbincang dengan klien tentang keputusan yang bakal diambil. Pekerja sosial sebagai membela akan membela nasib Puan Mary jika suaminya terus mengancam hak asasi Puan Mary. Apabila Puan Mary tidak tahan lagi dengan sikap suaminya yang terus mengancam dan tidak mahu mengubah sikap panas barannya, walaupun Puan Mary berusaha meringankan beban suaminya dengan menjual barang perhiasannya untuk membayar liabiliti dan menjaga tingkah lakunya untuk mengelak dari suaminya cemburu dan marah kepadanya. Walaupun pelbagai iktihar dibuat, namun suaminya masih tidak berubah. Dengan itu beliau membuat keputusan untuk bercerai.

13

Pekerja sosial harus memastikan samaada penceraian tersebut jalan terbaik dan jalan buntu Puan Mary untuk membela nasibnya. Jika berlaku halangan dari pihak suami dengan mengancam Puan Mary maka pekerja sosial perlu membela klien dengan membuat laporan polis dan menguruskan proses penceraian. Tuntutan cerai terpaksa dilakukan untuk membela Puan Mary dan jika suaminya enggan Puan Mary boleh meminta fasakh daripada suaminya disebabkan suaminya tidak mahu menceraikannya dengan bukti-bukti yang dikumpul oleh pekerja sosial yang ingin membela Puan Mary seperti laporan perubatan Puan Mary yang tercedera akibat didera, keterangan jiran sebelah dan sebagainya. Penilaian semula adalah untuk memastikan sevis atau perkhidmatan yang diberikan mengikut rancangan yang telah dirancang oleh pekerja sosial, hasil daripada perbincangan antara pekerja sosial dengan klien Schneider A.J (2002). Fasa ini penting bagi menilai sama ada matlamat yang telah dirancang itu tercapai ataupun tidak. Jika tidak dapat dicapai pekerja sosial akan mengulangi semua proses yang telah dilakukan sebelum ini memandangkan keputusan yang diambil sebelum ini menunjukkan kesan negatif iaitu

system break down ataupun sistem yang tidak dapat berfungsi dengan baik. Dirujuk
dengan kes Puan Mary, selepas berlakunya penceraian didapati klien berada dalam keadaan murung dan kesedihan. Pekerja sosial harus melakukan siasatan mengapa klien berkelakuan demikian. Jika ini dapat di kenalpasti pekerja sosial akan mengambil tindakan yang sepatutnya, seperti memberi khidmat kaunseling, motivasi dan sebagainya. IV. PENAMATAN Penamatan merupakan pengakhir bagi semua proses menyelesaian masalah yang diamanahkan kepada pekerja sosial yang bertindak sebagai pembela. Penamatan boleh dikenalpasti dengan melihat perubahan dinamik pada klien iaitu penerimaan klien terhadap perubahan yang dialaminya dan kita sebagai pekerja sosial mempunyai keyakinan terhadap kemampuan klien untuk menguruskan masalah yang sedia wujud atau yang akan timbul. Ini kerana proses pembelaan ini tidak dapat dijalankan selamanya dan penamatan ini penting untuk mengurangkan kebergantungan klien kepada pekerja sosial. Contohnya, pekerja sosial menghentikan khidmat kepada Puan Mary kerana Puan Mary mampu meneruskan hidup dengan baik selepas bercerai dengan suaminya tidak

14

berperikemanusiaan. Penamatan kes juga dilakukan apabila kes yang dikendalikan tiada peluang untuk diselesaikan. Walaubagaimanapun, perkara utama dalam penamatan kes adalah matlamat pembelaan tercapai dan kita dapat melihat kesediaan klien untuk berfungsi dengan efektif. KESIMPULAN Bidang kerja sosial sentiasa berdampingan dengan sistem keadilan terutamanya yang melibatkan kes-kes yang membawa kepentingan kemasyarakatan. Pekerja sosial telah memainkan peranan yang penting dalam membangunkan individu serta pembangunan sosial masyarakat. Bidang ini semakin popular dan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan dan juga swasta.Malahan institusi dalam bidang kerja sosial semakin berkembang pesat di Negara kita.Bermula dengan jabatan kerja sosial yang pertama ditubuhkan di HUKL, kebanyakan pekerja sosial disitu menerima latihan di England dan Australia. Agensi lain seperti MASW (Malaysia Assosiation of social Workers) bagi menjamin praktis sosial dan bagi meneruskan bidang kerja sosial ini, Universiti Malaysia Sabah telah memperkenalkan program kerja sosial.

15

RUJUKAN Brill N.I Levine J (2005). Working with people. The Helping Process. 8th edition. Pearson Publishing. USA. Chapaman A and Marshall M (2000). Dementia New Skill for Social Workers and

Student. Revised Eddition. New York.


Compton B.R (1999). Social Work Processes 6th edition, Brooks/Cole Publishing Company. USA. Corey M.S (1998). Becoming a Helper. Third edition. Brooks/Cole Publising Company.USA. Miley D. (1992). The information society . digital media and society series. Cambridge.

Farley.O.W (2003). Introduciton to Social Work. 9th edition. Pearson Education.inc.USA. Hamilton (1998). Social work education. Mc Graw hill Contemporary.USA. Kroft and Jisor (2002). The road ahead, New York: penguin Book.New York. Mc Clam (1998). Generatist Case Management a Method of Human Servis Delivery. Thompson Company.University Tennesse. Knoxville. Powel F. (2001). The Politics of Social Work Publishing Company. Borrie Report, 1994:38. USA. Rothblatt, (2000). Academic and cultures:A world view:Bacis Book, New York. Schneider A.J (2002). Gerontogy Social Work 2nd edition. Grapic World Publishing Services. Canada.

16