Anda di halaman 1dari 13

ISU : DISIPLIN PELAJAR ISU 1 Masalah Sosial Yang Di Kesan Dalam Kalangan Pelajar o Pengenalan Banyak yang telah

kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita.

ISU : DISIPLIN PELAJAR ISU 1 Masalah Sosial Yang Di Kesan Dalam Kalangan Pelajar o Pengenalan Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita. o Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudah

merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa (Bettelheim, 1 950). Mereka bukan sekadar nakal dengan menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri atau berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, ponteng sekolah , lari dari rumah , seks bebas serta serta lagi melepak tidak memeranjatkan kita.. Mereka kini sudah berani melakukan perbuatan jenayah berat seperti menganggotai kumpulan samseng seperti kumpulan gengsterisme , membunuh, samun tanpa senjata api mahupun dengan senjata api, merogol, pelacuran, judi, vandalisme penyalahgunaan dadah , minum minuman keras, terbabit video lucah dan sebagainya. Keadaan seperti ini bukan sahaja berlaku disekolah bandar dan di pinggiran bandar, malah disekolah luar bandar. Pelajar yang sering melanggar disiplin atau salah laku sekolah digelar pelajar devian. o 2.0 Teori Punca Salah Laku Dan Masalah Sosial Pelajar Terdapat beberapa penjelasan mengenai punca devian. Teori fungsionalisme menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial. Teori konflik mengatakan devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas. Teori subbudaya dan deprivasi status pula berpendapat devian berpunca daripada budaya kumpulan yang berbeza dengan budaya masyarakat besar. Deprivasi selalu berpunca daripada kekurangan ekonomi dan kelemahan emosi. Remaja terutamanya daripada latar belakang kelas sosial rendah yang tidak berjaya dalam akademik mengalami kekecewaan dan tekanan status lalu bertindak melakukan devian. o

Teori interaksionisme melihat devian sebagai sesuatu yang subjektif dan merupakan suatu proses sosial. Pelajar sengaja memilih tingkahlaku tertentu mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka menginterpretasi sesuatu . Kajian Tattum (1986) mendapati bahawa pelajar sengaja melakukan devian sebagai teknik neutralisasi dalam interaksi mereka. Menurut Merton (1938) terdapat empat jenis devian iaitu inovasi (suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah), ritual (tindakan mengulang perbuatan), undur (seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan ) dan menentang (menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain).

penyebaran fitnah dan sebagainya merupakan gejala negatif yang semakin menular di kalangan remaja. Justeru itu, satu bentuk langkah pembendungan dan penyelesaian terbuka yang sesuai dengan minat dan citarasa mereka ini perlu dilaksanakan agar mereka dapat mempertingkatkan potensi diri mereka dan memanfaatkannya ke arah yang lebih positif. o 3.0.2 Samseng Dan Gengsterisme Gejala samseng atau gengsterime di sekolah menengah di seluruh negara juga semakin membimbangkan .Mereka ternyata semakin berani mencabar undang-undang dan tidak takut melakukan kesalahan jenayah termasuk menggunakan senjata merbahaya.. Berita Harian , 12 Julai 2001 lalu melaporkan dalam tempoh 10 tahun antara 1989 hingga 1998 kadar jenayah membabitkan remaja lelaki dan pelajar meningkat sebanyak 35 peratus dan 25 peratus bagi remaja perempuan. Kemeterian Pendidikan dengan kerjasama polis telah mengenal pasti pelajar di 456 sekolah menengah di seluruh negara terdedah kepada kegiatan samseng. Angka ini bukan sedikit dan menunjukkan gejala ini ini berada pada tahap membimbangkan . o Kalau kita menyorot kembali gejala ini, kita akan diperlihatkan kepada pembabitan pelajar dalam kes jenayah berat seperti membunuh, merogol, menyamun, mengugut dan kes pukul. Terdapat juga pelajar yang terlibat dengan dadah, mabuk, memiliki senjata api menceroboh , judi dan membuli. Peristiwa terbaru ialah kejadian membakar sekolah dan rumah guru yang dilakukan oleh pelajar sekolah. Seawal belasan tahun pelajar sudah terjebak dengan jenayah ekstrem seperti membunuh , merogol dan menyamun. Mereka yang sudah menjinakkan diri dengan kes seperti mencuri motosikal, pecah rumah dan memukul orang , tidak mustahil akan terbabit dengan jenayah berat seperti membunuh,

sindiket senjata api , pengedaran dadah dan juga rompakan senjata api. Mengikut laporan Menteri Pendidikan semasa persidangan di Parlimen, statistik kesalahan membunuh, merompak, merogol dan dadah yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh mengikut negerinegeri dari tahun 1999 hingga tahun 2000 dan pertengahan tahun 2001 ialah 12 kes bunuh, 123 kes rogol dan 51 kes samun dan rompakan. o Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya gejala-gejala tersebut seperti faktor rumah tangga, sekolah, persekitaran, media massa dan diri pelajar itu sendiri . Ramai pelajar dan remaja mudah terpengaruh dengan media yang memberikan ganjaran keseronokan dan mula tersesat dengan meniru apa yang dilihat dan dibaca. Kewujudan media berteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada pelbagai budaya luar yang kebanyakannya merosakkan pemikiran mereka. Selain itu rumah tangga yang porak peranda dan persekitaran yang tidak sihat juga menyumbang kearah kelakuan tidak baik di kalangan remaja .Sekiranya ini berlaku pelajar atau remaja akan mengambil jalan singkat dengan menjadikan perbuatan tidak sihat sebagai jalan keluar kepada permasalahan mereka. Ponteng Sekolah Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial yang baru di kalangan pelajar sekolah di negara kita. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan menunjukkan pelajar terbabit dengan gejala itu agak membimbangkan iaitu 32092 orang pada tahun 1993, 154305 (1995) dan 80937 pada 1997. Pelajar sekolah menengah, terutama di peringkat usia antara 14 hingga 15 tahun dikenal pasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng. Daripada keseluruhan pelajar yang dikenal pasti terbabit dengan masalah ponteng, kira-kira 97 peratus adalah dari kalangan pelajar lelaki dan baki 3 peratus adalah pelajar

perempuan. Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan , Datuk Mahadzir Mohd Khir , masalah ponteng lebih ketara berlaku di kalangan pelajar peringkat menengah iaitu tingkatan dua dan tiga terutama * Beri perhatian serius, berbincang, didampingi dan tunjukkan contoh yang baik sebagai teladan. * PIBG hendaklah berkerjasama, bermuafakat, berganding bahu dan dedikasi dengan moto

'mahu semua pelajar cemerlang dalam akademik, ko-kurikulum dan sahsiah'. * Pegawai mesti bersikap terbuka dan anggaplah setiap warga sekolah sebagai sahabat. * Warden jangan terlalu emosional terhadap pelajar asrama. Jangan dera pelajar sesuka hati dan

beri kuasa mendenda kepada pelajar senior. * Berfikir panjang sebelum merotan pelajar semasa perhimpunan. Implikasinya tiada noktahnya. * Memberi kuasa disiplin kepada semua guru akan mengeruhkan lagi keadaan. Jika amalkan formula ini, insya-Allah pelajar berasa diri dihargai, sayangkan sekolah, ibu bapa, pegawai, warga sekolah dan masyarakat. Mereka akan menjadi manusia (bukan jadi orang) yang berharga dan berguna satu hari nanti. Insya-Allah, akan diberkati Allah. Raju keluar dari sebuah tandas awam sambil merungut-rungut. Tandas itu tidak terurus dan berbau busuk. Ketika hendak menyeberangi jalan, dia terpandang akan rakannya, Salim. Salim kelihatan merungut-rungut seorang diri di pondok telefon. Raju : Apakah yang kaurungutkan,

S alim? Salim : Kautengoklah sendiri, semua telefon di sini rosak. Yang satu itu wajarnya diputuskan. Yang di tengah pula gagangnya pecah. Dan yang ini, lubang tempat memasukkan duit disumbat dengan kertas. Raju : Ini tentu perbuatan budak-budak nakal, L im. Salim : Betul katamu. Sekarang ini vandalisme makin menjadi-jadi. Contohnya, semua telefon ini rosak. Di sana itu pula, bangku tempat menunggu bas dirosakkan. Risau aku melihatnya. Lama- lama nanti semua benda d ijahanamkan. Raju : Bukan itu saja, kepala paip dan pam air di dalam tandas awam pun dijahanamkan. Sudahlah begitu, macam-macam tulisan yang tidak senonoh dicontengkan pada dinding tandas. Salim : Nampaknya kempen anti-vandalisme tidak begitu b erkesan. Raju : Remaja nakal selalu bertindak mengikut perasaan. Harta benda awam dijadikan mangsa. Mereka yang selalu melakukan vandalisme patut ditangkap dan dikenakan denda yang berat, misalnya, dirotan, diminta mengganti harta benda yang dirosakkan atau didenda melakukan kerja-kerja k ebajikan. Salim : Bagus cadanganmu itu. Tetapi aku terpaksa pergi dulu. Aku hendak mencari telefon awam yang lain. Ada hal penting yang nak kuberitahukan kepada isteriku. Raju : Baiklah, nanti kita berjumpa lagi.

oo Penutup Melihat kepada permasalahan dan gejala sosial yang melanda para pelajar dan remaja kita pada hari ini amatlah mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai ke tahap yang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi Malaysia. Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan tingkahlaku pelajar dan remaja tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu kepada punca masalah dan biasanya bersifat umum sahaja. Di sebabkan terlalu banyak punca yang diramalkan , tindakan untuk membendung masalah tidak lagi berfokus. o Meskipun ada cadangan mengenai cara mana mengatasi masalah, namun ia hanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar. Memang ada program yang dirangka untuk remaja dan pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat kepada segelintir mereka sahaja dan lebih bersifat komersial.. Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar. Sebagai masyarakat mikro, sekolah sepatutnya mempunyai ciri-ciri yang ada dalam masyarakat makro. Oleh itu adalah wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat malalui interaksi mereka di sekolah. Kerajaan juga perlu melancarkan satu kempen yang menyeluruh untuk menyedarkan remaja dan pelajar supaya menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang boleh merosakkan diri dan nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman. o Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara.. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai ini. ejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah terutamanya tercatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-

pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai cendawan tumbuh selepas hajan walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini. Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah disebabkan oleh keruntuhan institusi keluarga seseorang pelajar itu. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan anak-anak mereka tidak di hiraukan. Segala tindak-tanduk anakanak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah displin di kalangan pelajar terutamanya masalah ponteng sekolah. Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik seumpamanya, amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anak mereka dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Jadi tidak hairanlah jika anakanak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka. Selain itu, pengaruh rakan turut menjadi satu punca berlakunya masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka hanya akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Fenomena ini berlaku kerana rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang dianggap munasabah bagi mereka. Pelajaran di sekolah dikatakan membosankan dan aktifiti ponteng sekolah untuk menenangkan fikiranmenjadi alasan untuk tidak hadir ke sekolah. Ini jelas menunjukkan pengaruh rakan menjadi satu faktor berlakunya ponteng sekolah di kalangan pelajarpelajar sekolah. Didikan daripada ibu bapa dan ajaran agama yang kurang turut menimbulkan masalah ponteng sekolah yang kian menjadi-jadi itu. Ketika berada di rumah, anak-anak tidak dididik oleh ibu bapa mereka dengan sempurna dan sikap tanggungjawab tidak diterap ke dalam jiwa mereka. Ini secara tidak tidak langsung mempengaruhi pembentukan peribadi mereka dan amalan ponteng sekolah merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab dipraktikkan oleh mereka. Masalah didikan ibu bapa yang tidak efektif kadang-kala boleh menyebabkan mereka tidak berupaya melakukan penaakulan yang rasional mengenai kesalahan yang mereka lakukan serta baik buruknya sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka. Ini membuktikan didikan daripada iu bapa yang kurang sempurna secara tidak langsung mem pengharuhi timbulnya gejala ponteng sekolah tersebut. Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini adalah dengan mengetatkan peraturan sekolah. Hukuman yang lebih berat seperti digantung sekolah dan dibuang sekolah patut diwujudkan bagi pelajar-pelajaar yang mempunyi kekerapan tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah. Sistem pengesanan amalan ponteng sekolah yang lebih efektif patut dilaksanakan supaya pelajar-pelajar yang

kerap ponteng sekolah dapat dikesan dengan lebih cepat dan lebih berkesan. Khidmat kaunseling perlu diberikan kepada mereka yang sering ponteng sekolah bagi memastikan masalah yang mereka hadapi lalu langkah membantu boleh dilaksanakan. Ibu bapa turut perlu meluangkan lebih banyak masa bersanma anak-anak mereka dan memberi perhatian yang secukupnya terhadap tingkah laku anak-anak mereka di sekolah. Kebebasan bergaul dengan rakan di luar sekolah turut patut dikawal demi mengelakkan anak- anak dipengaruhi dengan amalan suka ponteng sekolah. Didikan tidak formal sejak kecil lagi perlu dilakukan kerana melentur buluh biar ddari rebungnya. Anak-anak perlu dididik untuk bersikap lebih bertanggungjawab dam berupaya berfikir secara rasional. Masyarakat sekeliling turut perlu berkerjasama dalam usaha menangani masalah ini dengan melaporkan kes-kes ponteng sekolah di luar sekolah jika dapat dikesan. Sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis di kalangan masyarakat. Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan ceramah dan kempen yang berkaitan dengan keburukan kegiatan ponteng sekolah di setiap sekolah. Ini sedikit sebanyak dapat mrmbantu dalam mewujudkan kesedaran dalam diri pelajar-pelajar mengenai keburukan gejala ponteng sekolah kerana belakang parang diasah, lagikan tajam. Kesimpulan, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi jang lebih berguna pada masa hadapan juga, langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-sama kita berganding bahu untuk menangani masalah in

Masyarakat kita mempunyai pandangan yang berbeza di dalam memberi pengertian mengenai disiplin. Ada yang memberi pandangan yang positif dan tidak kurang juga yang memberi pandangan yang negatif mengenai disiplin. Bagi yang berfikiran positif, itu adalah yang sebaiknya tetapi bagaimana pula yang berpandangan negatif terhadap disiplin. Pandangan yang negatif terhadap disiplin menjadi tumpuan dan isu yang popular pada masa ini. Ia melibatkan individu dan juga masyarakat. Apa yang diperkatakan sekarang ialah masalah disiplin di sekolah semakin menjadi-jadi dan semakin menular bukan saja di dalam sekolah malah di luar kawasan sekolah yang melibatkan pelajar sekolah menengah. Menurut Noh Omar, tahun lalu, 1.74 peratus daripada 5.5 juta pelajar sekolah di negara ini terbabit dengan masalah disiplin, berbanding 2.07 peratus pada 2004 dan 2.11 peratus pada 2003. Beliau berkata, 90 daripada 27,412 pelajar yang menjalani ujian air kencing tahun lalu didapati positif dadah dengan kebanyakan mereka mengambil ganja. Pada 2004, 187 daripada 23,219 pelajar menjalani ujian sama disahkan positif dadah. Dari segi jenayah, Noh berkata, 0.23 peratus daripada 5.5 juta pelajar- pelajar terbabit dalam jenayah tahun lalu berbanding 0.31 peratus pada 2004. Kementerian memandang serius perkara ini. ( Berita Harian, 15April 2006 ). 2

Dapat kita lihat angka-angka ini menunjukkan penurunan dari segi penglibatan pelajar dengan pelbagai masalah disiplin. Walaupun peratusannya kecil, jika ditukar kepada angka, bilangannya agak ramai. Boleh dikatakan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah masih lagi tidak terkawal dan sering menjadi tajuk hangat yang dibincangkan oleh pelbagai pihak. Contohnya, Memorandum Kabinet Menangani Gejala Disiplin Di Sekolah yang dibentangkan oleh kabinet kepada Jemaah Menteri pada 26 April 2006. Menurut memorandum itu, kerjasama antara polis dan kementerian juga di perhebatkan melalui mekanisme Pegawai Perhubungan Sekolah, Kadet Polis dan Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah (KPJS). Untuk memerangi gejala ponteng sekolah, kementerian dan polis bersetuju supaya masalah ponteng sekolah diangkat kepada jemaah menteri kerana aspek undang-undang juga perlu dilihat, dan ada kaitan dengan Akta Kanak-Kanak 2001. Pihak media masa, sama ada media cetak atau elektronik sentiasa memberi liputan yang meluas terhadap isu ini. Saban hari kita disajikan dengan berita berita kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah. ( Sumber Maklumat , Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 ) Apa yang membimbangkan kita tentang kemerosotan disiplin ialah berhubung dengan keruntuhan akhlak pelajar di mana pelajar- pelajar sekolah sering melakukan pelbagai salah laku seperti membuli, berkhalwat, penyalahgunaan dadah, melepak, ponteng, berjudi, peras ugut, bergaduh, merokok, gengsterisme, vandalisme dan sebagainya. Hakikat yang sukar kita terima ialah semakin berkembangnya ilmu pengetahuan,semakin luas pula keruntuhan akhlak di kalangan pelajar sekolah kita. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi panduan dan juga hala tuju untuk sistem pendidikan Negara kita. Kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran telah berusaha dari masa ke semasa di dalam mengkaji kurikulum dan ko-kurikulum supaya sesuai dengan keadaan semasa dan dapat memberi kebaikan kepada pelajar sekolah. Nilai murni diterap di dalam sistem pendidikan bertujuan melahirkan insan yang sempurna dan berketerampilan serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Malah pengawasan terhadap masalah disiplin pelajar sentiasa diberi perhatian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah 3 serta pihak sekolah. Pihak sekolah dikehendaki menghantar data Sistem Salah Laku Diri Murid (SSDM) ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk tempoh 3 bulan satu kali. Ini bertujuan untuk dianalisis mengikut sekolah dan akan dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri. JPN akan menghantar data yang sudah dianalisis ke Unit Hal Ehwal Murid (HEM) di KPM. Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Pelajar akan mencari kaedah-kaedah atau langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini. Menurut sumber maklumat daripada Kementerian Penerangan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah banyak berusaha melaksanakan programprogram yang dapat membantu dalam menangani masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah. Sebanyak lapan jenis program pembangunan sahsiah dan disiplin murid dilaksanakan di peringkat sekolah sepanjang tahun 2005.

1.4 Objektif Kajian Ada beberapa faktor yang menyebabkan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah. Oleh yang demikian tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai beberapa objektif. Di antara objektif yang hendak dicapai adalah untuk a. mengenal pasti pengaruh ibu bapa terhadap berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di sekitar Daerah Klang. b. mengenal pasti pengaruh rakan sebaya terhadap berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di sekitar Daerah Klang. c. mengetahui pengaruh guru terhadap berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di sekitar Daerah Klang. d. mengetahui pengaruh sikap pelajar terhadap berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di sekitar Daerah Klang. e. mengenal pasti pengaruh peraturan sekolah terhadap berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di sekitar Daerah Klang. 1.5 Persoalan Kajian a. Apakah ibu bapa mempengaruhi berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di sekitar Daerah Klang? b. Apakah rakan sebaya mempengaruhi berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di sekitar Daerah Klang? 8 c. Apakah guru mempengaruhi berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di sekitar Daerah Klang? d. Apakah sikap pelajar mempengaruhi berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di sekitar Daerah Klang? e. Apakah peraturan sekolah mempengaruhi berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di sekitar Daerah Klang? 1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini penting untuk mengetahui faktor-faktor sebenar yang mempengaruhi berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di sekitar Daerah Klang. Adalah diharapkan dapatan daripada kajian ini akan dapat :1.6.1 Pihak sekolah Membantu pihak sekolah mengenal pasti faktor-faktor sebenar yang menyebabkan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di sekitar Daerah Klang. Ini membantu Pengetua, Penolong Kanan Hem, guru disiplin dan para guru untuk merangka, merancang dan melaksanakan tindakan untuk memperbaiki disiplin pelajar. 1.6.2 Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah Menyediakan gambaran maklumat dan bukti kajian serta membantu pihak, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pejabat Pelajaran Daerah Klang merancang dan mengambil langkah-langkah yang wajar dalam menangani masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di sekitar Daerah Klang seperti membuat garisan panduan 9 serta mengkaji semula peraturan yang sedia ada tentang masalah-masalah disiplin yang wujud di sekolah sekitar Daerah Klang.

1.2 Latar Belakang Masalah Isu yang berkaitan dengan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah sering diperkatakan pada masa kini dan menjadi fokus pihak media masa. Masalah disiplin melibatkan para pelajar sekolah menengah begitu ketara dan ini amat meresahkan para ibu bapa serta masyarakat umum seluruhnya. Satu kes dilaporkan di dalam akhbar Harian Metro ( 19 Julai 2007), beberapa remaja berumur bawah 15 tahun sanggup mengikat perut dengan berjimat duit belanja sekolah, semata-mata untuk berkongsi wang bersama rakan bagi melanggan pelacur. Adakan anda percaya dengan artikel ini, terapi itulah hakikat pelajar sekolah menengah zaman sekarang. Perlakuan yang tidak pernah terfikir oleh orang dewasa untuk melakukannya. Mereka hanyalah pelajar berumur bawah 15 tahun yang tidak mampu untuk mengawal diri dalam menghadapi pengaruh rakan sebaya yang lebih tua daripada mereka. Kegiatan ini terbongkar setelah seorang pelajar tingkatan tiga dikenali sebagai Ahmad Firdaus, 15 tahun yang mengaku mula terjebak dengan kegiatan itu ketika 5 berumur 14 tahun selepas terpengaruh dengan pujukan rakan yang lebih tua. Dia berkata, pada mulanya dia mengikuti rakan yang dipanggil abang berumur 20-an mengunjungi kawasan pelacuran sekadar mahu mencuci mata. Apabila sampai di Lorong Haji Taib mereka bukan sekadar melihat malah mereka melanggan pelacur dengan harga RM100. Aktiviti ini telah menyebabkan mereka ketagih sehingga sanggup berlapar semata-mata untuk mengumpul duit dari belanja harian untuk melanggan pelacur. Malah pelajar ini berani melanggan pelacur pada siang hari. Jikalau kita lihat situasi ini, dapatlah kita katakan bahawa tahap kemerosotan disiplin pelajar sekolah menengah kita sudah berada di tahap yang serius dan perlu ditangani dengan segera. Isu pelajar sekolah menengah berkhalwat sudah biasa kita dengar. Mereka tidak segan silu bercumbuan, berpelukan dengan berpakaian sekolah. Bagi mereka perkara ini adalah biasa untuk remaja zaman sekarang. Di manakah sikap kesedaran mereka terhadap pegangan agama dan nilai-nilai moral yang di ajar di sekolah. Akhbar Harian Metro melaporkan guru Pendidikan Jasmani sebuah sekolah menengah kebangsaan ditangkap berdua-duaan bersama seorang pelajar perempuan sekolahnya. Mereka ditangkap penduduk kampung kira-kira jam 9.30 pagi dipercayai ketika sedang lena tidur di dalam bilik berkenaan, sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. ( Harian Metro, 18 Julai 2007 ) Begitulah bebasnya pelajar sekolah menengah zaman sekarang, di mana mereka seronok mencuba perkara-perkara yang mencabar dan baru bagi mereka. Mereka mengambil sikap sambil lewa dalam perkara-perkara ini. Mereka sudah tidak ada perasaan malu dan sanggup melakukan apa saja dan dengan siapa saja . Di sini dapat kita lihat guru juga memainkan peranan dalam masalah disiplin pelajar, di mana guru menjadi pendorong kepada pelajar untuk melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pelajar sekolah menengah. 15 pelajar MRSM itu dibuang sekolah selepas didapati memukul 10 pelajar tingkatan dua dengan menggunakan batang penyapu dalam kejadian awal pagi, 12 Jun lalu ( Hayati, Harian Metro , 17 Julai 2007 ).

6 Salah laku disiplin pelajar bukan saja berlaku kepada pelajar-pelajar yang lemah dalam pelajaran malah pelajar pelajar yang cerdik dan pintar juga tidak boleh lari dari melakukan salah laku disiplin. Petikan di atas menunjukkan 15 orang pelajar Maktab Rendah Sains Mara dibuang sekolah kerana didapati membuli 10 pelajar tingkatan dua dengan memukul menggunakan batang penyapu pada 12 Julai yang lalu. Budaya ini sering berlaku di sekolah-sekolah yang mempunyai asrama. Di mana pelajar pelajar Senior akan membuli pelajar-pelajar Junior. Budaya ini sudah lama berlaku tapi sampai sekarang tak boleh di atasi. Di mana silapnya, adakah ianya terletak dibahu KPM, JPN, PPD, pihak sekolah, ibu bapa, guru atau sikap pelajar itu sendiri. Kita sebagai ibu bapa dan juga masyarakat perlulah memandang serius masalah kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah dan perlulah mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku. Seterusnya mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya

Anda mungkin juga menyukai