Anda di halaman 1dari 2

RUSA NANI

Pada suatu hari , Rusa Nani telah terjumpa sebuah dusun durian. Banyak buah duarin yang telah jatuh ke tanah . Nasib Rusa Nani baik kerana sebahagian buah durian itu telah pecah. Dengan menggunakan ranting kayu kecil yang keras , Rusa Nani Berjaya mengeluarkan buah durian dan memakannya . Wah , sedap sungguh buah duarian ini , kata Rusa Nani. Setelah kenyang , Rusa Nani pun pulang . Dipertengahan jalan , tiba-tiba ia telah ditahan oleh Pak Belang. Awak tidak boleh lari lagi , aku hendak makan kamu! kata Pak Belang. Nanti dahulu wahai Pak Belang , sebenarnya saya pun sedang mencari kamu untuk memberi satu hadiah yang istimewa, kata Rusa Nani. Hadiah istimewa ? tentulah aku mahu , kata Pak Belang. Baiklah , sebelum itu tutup mata kamu dahulu, kata Rusa Nani sambil mengambil daun pisang yang besar dan menutup mata Pak Belang. Rusa Nani lalu membawa Pak Belang ke dusun durian tadi. Sekarang , buka mulut dan cuba teka apakah yang kamu makan? kata Rusa Nani. Pak Belang lalu membuka mulutnya luas-luas. Buka mulut kamu luas-luas! kata Rusa Nani sambil menyumbat sebiji buah durian yang besar ke dalam mulut Pak Belang. Erkkk!!! jerit Pak Belang terkejut dan meronta-ronta kesakitan kerana tercekikkan buah durian. Oleh kerana tidak tahan tercekik buah durian Pak Belang melompat-lompat berlari dari situ. Pak Belang menyesal , kerana tamak ia mudah diperdayakan oleh haiwan yang lebih kecil daripadanya. Rusa Nani gembira kerana Berjaya memperdaya dan menyelamatkan dirinya dari dimakan oleh Pak Belang. Ia bersyukur kepada tuhan dan cepat-cepat pulang ke sarangnya.

Nilai murni : kebijaksanaan boleh mengalahkan kekuatan.

Anda mungkin juga menyukai