Anda di halaman 1dari 2

BBR 20503

PPG KH

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

NAMA PELAJAR : ___________________________________ UNIT/KUMPULAN : ___________________________________

KURSUS : BBR 20503 KAEDAH MENGAJAR KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH KREDIT : 3(3+0)

TARIKH MULA

10 MAC 2012

TARIKH HANTAR

28 APRIL 2012

TUGASAN KERJA KURSUS SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) - PROJEK


Aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada masa kini tidak lagi terhad kepada penggunaan papan tulis, buku teks dan carta sahaja sebagai media penyampaian; sebaliknya adalah diyakini bahawa penggunaan segala peralatan teknologi moden mampu merangsang suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih ceria dan menyeronokan. Dengan menggunakan bahan pengajaran yang sesuai bersama peralatan teknologi, pengajaran guru dapat dirancang, dilaksanakan dan diperbaiki dari semasa ke semasa supaya keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut menjadi lebih berkualiti, menarik dan berkesan. Tugasan ini memerlukan anda menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap dengan melibatkan penggunaan teknologi multimedia sebagai salah satu bahan pengajaran. Anda dikehendaki memilih salah satu tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran KHSR. Hasil tugasan tersebut hendaklah disediakan dalam bentuk digital (soft copy) yang dimuatkan ke dalam cakera padat (CD) dan dalam bentuk cetakan (hard copy) yang dijilid dengan kemas dan sempurna. 1

BBR 20503

PPG KH

Bagi menyiapkan tugasan ini, anda dikehendaki: i. ii. iii. iv. v. Mengumpul maklumat dan isi pelajaran tentang tajuk yang anda pilih melalui buku-buku rujukan, internet dan bahanbahan lain yang relevan (PEMEROLEHAN ILMU - 25%). Menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap untuk satu sesi pengajaran dan pembelajaran mengikut format yang betul. (PENGUASAAN ILMU DAN KEMAHIRAN - 30%). Menyusun isi pelajaran, beserta grafik (mengikut keperluan) secara teratur, kemas dan lengkap. Laksanakan aktiviti Pengajaran Makro berdasarkan RPH yang telah anda sediakan dengan mengaplikasikan teknikteknik penggunaan multimedia yang menarik dan berkesan.(PEMINDAHAN PEMBELAJARAN 30%). Berdasarkan aktiviti pengajaran makro yang telah dilaksanakan, sediakan satu laporan refleksi dalam bentuk jurnal yang berkaitan dengan kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang (SWOT) bagi bahan pengajaran dalam bentuk multimedia itu serta berikan cadangan penambahbaikannya.

Anda dikehendaki melaksanakan tugasan projek ini secara individu. RPH dan *Laporan Refleksi disediakan dengan menggunakan perisian komputer Pemproses Perkataan (font Arial, saiz 12, spacing 1.5 dan dicetak pada kertas A4); sementara bahan pengajaran multimedia disediakan dengan menggunakan mana-mana perisian pilihan sendiri dan dimuatkan ke dalam satu cakera padat (CD). Semua hasil kerja hendaklah dicetak, dijilid dengan kemas dan dihantar dalam bentuk folio yang mengandungi biodata, Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan CD bahan pengajaran multimedia. Hasil kerja yang telah dicetak itu juga perlu disediakan secara digital (soft copy) dan dimuatkan sekali ke dalam CD bahan pengajaran multimedia anda. Anda boleh merujuk dengan mana-mana pensyarah Jabatan Kemahiran Hidup untuk mendapatkan bimbingan bagi membantu anda menyempurnakan tugasan ini. Borang kolaborasi hendaklah ditandatangan oleh pensyarah berkenaan setelah anda diberi bimbingan. Semoga segala yang dirancang dan diusahakan akan beroleh kejayaan. Nota: *Laporan Refleksi hendaklah disertakan bersama folio anda.Laporan ini hendaklah disediakan dengan menggunakan perisian komputer (font Arial, saiz 12, spacing 1.5 dan dicetak pada kertas A4); tidak kurang dari 300 patah perkataan. 2

Anda mungkin juga menyukai