Anda di halaman 1dari 2

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negeri Johor . Hadirin diminta berdiri.

Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Yang Berusaha, . Yang dihormati ,. Yang dihormati .. Yang dihormati Rakan-rakan guru, Barisan pengawas dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikumw.b.t Pertama kita memanjatkan kesyukuran kerana dengan izin limpah kurnianya maka pada hari ini sekali lagi kita dapat berkumpul di dataran perhimpunan ini untuk satu majlis iaitu Majlis pelancaran Minggu Anti Dadah. Buat makluman semua, Minggu anti dadah ini akan dijalankan bermula dari ..............hingga ..................................... . oleh itu banyak aktiviti-aktiviti berupa pertandingan-pertandingan yang akan dijalankan sepanjang minggu anti dadah ini. Tak molek, jika ada alu tida lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan perasmian daripada En Sazali b Nasir GB SK. Bukit Mahkota . Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha, .. untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha di atas ucapan seterusnya merasmikan Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah 2012 ini.

Bagi melengkapkan majlis kita pada hari ini, saya ingin menjemput Adik Haiqal bin Abd. Halim untuk mengetuai bacaan ikrar Anti Dadah. Para pelajar diminta berdiri. Terima kasih diucapkan kepada adik Haiqal. Seterusnya marilah kita sama-sama mendengar deklamasi sajak yang akan disampaikan oleh pelajar tahun 5 yang bertajuk .............................................................. Demikianlah tadi sajak yang telah dideklamasikan oleh Adik Amirah Haidah dan Adik Norsyazwani dari kelas 5 Jaya. Terima kasih diucapkan.

Seterusnya majlis dengan ini mempersilakan untuk mengetuai laungan anti dadah. Dipersilakan. Dengan berakhirnya laungan anti dadah itu tadi, maka tibalah sudah kita di penghujung acara. Satu peringatan kepada pelajar-pelajar sekalian jauhilah diri daripada dadah kerana dadah ialah musuh nombor satu Negara, dan ingatlah hidup akan lebih sihat dan bermakna tanpa dadah.

Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti, Majlis kita selesailah sudah, Jumpa lagi di lain kali.

Tuan puteri pergi ke Rasah, Pulang semula di sebelah pagi, Yang baik itu datangnya dari Allah, Yang buruk itu dari kelemahan sendiri.

Akhir kata, saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang saya mengendalikan majlis ini. Saya sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh.

Anda mungkin juga menyukai