Anda di halaman 1dari 2

‫نحمده ونستعينه ونستغفره‬، ‫الـحمد لله‬

‫ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات‬


‫أعمالنا من يهده الله فل مضل له ومن يضلله‬
‫ والصلة والسلم على رسولنا‬، ‫فل هادي له‬
. ‫المين وعلى آله وأصحابه أجـمعين‬
,Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami berhimpun pada pagi ini kerana-Mu untuk
mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah
: kepada-Mu sesuai dengan firman-Mu yang mulia
‫ب‬
ِّ ‫ي ونسكي ومحياي ومماتي للهِ َر‬ ْ ِ ‫صلَت‬ َّ ِ ‫ل إ‬
َ ‫ن‬ ْ ُ‫ق‬
.‫ن‬ ِ َ ‫العَال‬
َ ْ ‫مي‬
Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku , dan
matiku semata-mata hanya untuk-Mu Allah.

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana


telah mengizinkan kami untuk menghadiri
……………………………………………………………………
………………

……………………………………………………………………
………………

……………………………………………………………………
………………..
Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,

Kami hayati suasana pagi ini atas landasan fitrah


dan perwatakan Islam. Berpegang kepada kalimat
Ikhlas dan prinsip keikhlasan . Oleh itu ya Allah,
sejahterakanlah tubuh badan kami, jiwa kami, mental
dan perasaan kami kerana kami yakin bahawa akal
yang sihat itu datangnya dari tubuh badan yang
sihat.

1
Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan


(dengan usaha-usaha kami) sukan fakulti ini akan
mencapai matlamatnya iaitu untuk mengeratkan lagi
hubungan silaturrahim di antara semua warga fakulti
pendidikan. Masukkanlah sifat2 mahmudah ke dalam
diri kami seperti saling bekerjasama,
bertanggungjawab, dan saling hormat-menghormati
di antara satu sama lain sebaliknya Ya Allah Kau
buangkanlah sifat Mazmumah daripada diri kami
seperti mementingkan diri sendiri, ego, malas, suka
menyalahkan orang lain dan sebagainya lagi.

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai


perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah
perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang
Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الخرة حسنة‬


‫وقنا عذاب النار‬
‫وصلى الله على خير خلق الله وخاتم النبياء‬
‫والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه‬
‫أجمعين والحمد لله رب العالـمين‬

Anda mungkin juga menyukai