Anda di halaman 1dari 1

‫ والصلة والسلم على رسولنا المين وعلى‬، ‫الـحمد لله الذي بنعمته تتم الصالـحات‬

. ‫آله وأصحابه أجـمعين‬

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan


kami untuk berada dan menghadiri Forum Inovasi dalam Pendidikan pada
hari ini .

Ya Allah Ya Tuhan Kami


Sesungguhnya pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan
menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan
lagi pencapaian pelajaran ini di sekolah kami , demi kebaikan anak-anak kami
.
Ya Allah
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami
ini) kami akan menjadi guru yang cemerlang, gemilang dan berjaya di dunia
mahupun di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,

Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera


melakukan kebaikan ,
Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan
lantas bersegera meninggalkan keburukan .

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir
pada pagi ini dapat melaksanakan segala kebajikan untuk kepentingan
agama bangsa dan Negara.
Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah


diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan
ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

Ya munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab ,

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang


diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai
perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الخرة حسنة وقنا عذاب النار والحمد لله رب العالـمين‬