Anda di halaman 1dari 3

‫ه‬

ُ ‫فُر‬ِ ‫غ‬ْ َ ‫ست‬ْ َ ‫ون‬ َ ‫ه‬ ُ ُ ‫عيْن‬ ِ َ ‫ست‬ْ َ ‫ون‬ َ ‫ه‬ ُ ُ‫مد‬ َ ‫ح‬ْ َ‫ ن‬، ‫ه‬ ِ ‫مدُ لل‬ ْ ‫ح‬َ ‫اَلـ‬
‫ت‬ِ ‫سيِّئَا‬ َ ‫ن‬ ْ ‫م‬ ِ ‫و‬ َ ‫سنَا‬ ِ ‫ف‬ ُ ْ ‫ر أَن‬ِ ‫و‬
ْ ‫شُر‬ ُ ‫ن‬ ْ ‫م‬ ِ ‫ه‬ ِ ‫وذُ بِالل‬ ْ ‫ع‬ُ َ ‫ون‬َ
ُ ْ ‫ضلِل‬
‫ه‬ ْ ُ‫ن ي‬ ْ ‫م‬ َ ‫و‬َ ‫ه‬ ُ َ‫ل ل‬
َ ّ ‫ض‬ ِ ‫م‬ ُ َ ‫فل‬ َ ‫ه‬ ُ ‫ه الل‬ ِ ‫د‬
ِ ‫ه‬
ْ َ‫ن ي‬ ْ ‫م‬ َ ‫مالِنَا‬ َ ‫ع‬ ْ َ‫أ‬
‫ولِنَا‬ْ ‫س‬ُ ‫ى َر‬ َ ‫عل‬ َ ‫م‬ ُ َ ‫سل‬ َّ ‫وال‬ َ ُ‫صلَة‬ َّ ‫وال‬ َ ،‫ه‬ ُ َ‫ي ل‬َ ‫هاِد‬ َ َ ‫فل‬ َ
َ ‫على آل ِه وأ َصحاب‬
.‫ن‬َ ْ ‫عي‬ ِ ‫م‬َ ‫جـ‬ ْ ‫هأ‬ ِ ِ َ ْ َ ِ َ َ ‫و‬ َ ‫ن‬ ِ َ ‫ال‬
ِ ْ ‫مي‬
, Ya Allah , Tuhan Semesta Alam
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana
telah mengizinkan kami untuk mengadakan Majlis
Pembukaan Minggu Pengurusan Pendaftaran Pelajar
Baru LPBS/KPLI Sekolah Rendah ambilan Ogos 2004.

Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,


Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang
mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu
kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas
dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat
ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru
kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia
pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat
dan keredhaan-Mu semata-mata .

Ya Allah , Tuhan Yang Mentadbir Langit dan Bumi ,


Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan
pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu
agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada
barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak
didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan
menyayangi anak- anak mereka sendiri ,
kurniakanlah kepada guru-guru kami kesabaran ,
ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam
sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan
semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa
dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang
pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea
dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik
dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya
dan di arena pendidikan perdana amnya .

Ya Allah , Tuhan Yang Menjadikan Malam dan Siang ,


Pada kesempatan ini , kami mohon kepada
kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah sudilah
kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat
yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan
kami akan menjadi anak didik yang sentiasa
menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk
ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa
mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru ,
semoga kami menjadi insan yang sempurna dan
berguna kepada agama , bangsa dan negara tercinta
.

Ya Allah , Tuhan Yang Menurunkan Hujan ,


Pandanglah kami dengan pandangan rahman dan
rahim-Mu , permudahkanlah segala urusan
kehidupan kami sama ada di dunia mahupun akhirat
, kerana sesungguhnya kami meyakini dengan
keyakinan yang tiada mengandungi syak dan
keraguan bahawa tiada kesenangan melainkan
Engkau permudahkan urusan tersebut , dan Engkau
menjadikan yang sukar itu mudah sekiranya Engkau
mengizinkannya .

Ya Allah , Tuhan Yang Mencipta Makhluk Berpasang-


pasangan ,
Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai
perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan
jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai
perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara
bahaya dan keburukan.
‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الخرة حسنة‬
‫وقنا عذاب النار‬
‫وصلى الله على خير خلق الله وخاتم النبياء‬
‫والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه‬
‫أجمعين والحمد لله رب العالـمين‬

Anda mungkin juga menyukai