Angka Babylon
Angka Babylon
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari Sistem angka Sistem angka Hindu-Arab Arab barat Khmer Arab timur Mongol Burma Thai India Angka Asia timur Batang pembilang Korea Cina Suzhou Jepun Vietnam Angka abjad Abjad Ge'ez Armenia Greek (Ionia) ryabhaa Ibrani Cyril Sistem lain Aegean Maya Attic Mesir Quipu Babylon Brahmi Rom Etruscan Sumeria Inuit Urnfield Sistem kedudukan dengan asas Perpuluhan (10) 1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 12, 16, 20, 30, 36, 60
pbs
Angka Babylon ialah sejenis sistem angka yang digunakan pada zaman kerajaan Babylon (1894 - 1530 SM) di Mesopotamia. Ia ditulis dalam bentuk tulisan kuneiform yang berbentuk baji. Orang Babylon yang sangat terkenal dengan pengetahuan mereka tentang ilmu astronomi, menggunakan sistem angka kedudukan perenampuluhan (asas 60) yang diwarisi dari tamadun Sumeria dan Akkadia. Sistem ini pertama kali muncul sekitar 3100 SM. Ia mendapat kredit sebagai sistem angka kedudukan yang pertama diketahui wujud, di mana nilai digit tertentu bergantung pada digit itu sendiri dan kedudukannya di dalam nombor. Ini merupakan satu perkembangan penting, kerana sistem yang tidak memiliki nilai kedudukan memerlukan simbol unik mewakili setiap kuasa asas (sepuluh, seratus, seribu, dan seterusnya), menyebabkan pengiraan menjadi sukar.
Isi kandungan
[sorokkan]
1 Simbol asas 2 Perpuluhan campuran dan penomboran perenampuluhan o 2.1 Simbol o 2.2 Contoh 3 Sifar 4 Bibliografi 5 Lihat juga 6 Pautan luar
0 1 Puluh 2 3 4 5
Sistem ini secara jelas menggunakan perpuluhan dalaman untuk mewakili digit, tetapi ia bukanlah satu sistem radiks campuran asas 10 dan 6 yang sebenarnya, kerana sub-asas sepuluh hanya digunakan untuk memudahkan perwakilan set digit yang besar, sementara nilai tempat dalam urutan digitnya secara konsisten adalah berasaskan 60 dan aritmetik yang sewajarnya untuk pengiraan melibatkan digit ini ialah perenampuluhan. Warisan perenampuluhan masih kekal wujud sehingga hari ini, dalam bentuk darjah (360 dalam satu bulatan atau 60 dalam satu sudut segi tiga sekata), minit, dan saat dalam trigonometri dan penentuan masa, walaupun kedua-dua sistem ini adalah sebenarnya radiks campuran. Teori umum menyatakan yang 60, satu nombor sangat komposit superior (sebelum dan selepasnya dalam siri ini ialah 12 dan 120), dipilih kerana pemfaktoran primanya: 2235, yang membolehkan ia dibahagikan dengan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 10, 12, 15, 20, dan 30. Sesungguhnya, ia juga merupakan integer terkecil yang boleh dibahagikan dengan semua integer dari 1 hingga 6. Dalam sistem angka Babylon, Integer dan pecahan diwakili dengan kaedah yang sama satu titik radiks tidak ditulis tetapi dijelaskan dengan konteks. Contoh nombor yang ditulis dengan penomboran perenampuluhan Babylon. Nilai perpuluhan Tulisan kuneiform Babylon Dekomposisi dalam asas 60 1 1x1 17 17 x 1 44 44 x 1 60 60 = 1 x 60 + 0 x 1 85 1 60 + 25 x 1 3600 3600 = 1 x 60 + 0 x 60 + 0 x 1 11327 3 60 + 8 60 + 47 x 1 7000,2525 1 x 60 + 56 x 60 + 40 x 1 + 15/60 + 9/60
[sunting] Contoh
Nilai 44 85 327 Kuneiform
[sunting] Sifar
Secara teknikalnya, orang Babylon tidak memiliki digit atau konsep bagi nombor sifar. Walaupun mereka memahami idea tentang kekosongan, ia tidak dilihat sebagai satu nombor, tetapi hanyalah sebagai satu keadaan ketidakwujudan satu nombor. Apa yang orang Babylon miliki hanyalah satu ruang (dan kemudiannya satu simbol tanda tempat ketidakwujudan satu digit dalam satu nilai tempat yang tertentu. ) untuk menanda
[sunting] Bibliografi
Menninger, Karl W. (1969). nombor Words and nombor Symbols: A Cultural History of nombors, MIT Press. ISBN 0-262-13040-8. McLeish, John (1991). nombor: From Ancient Civilisations to the Computer, HarperCollins. ISBN 0-00-654484-3.
Angka Babylon Nombor Kuneiform Matematik Babylon Fotograf resolusi tinggi, penerangan dan analisi tablet punca(2) (YBC 7289) dari koleksi Babylon Yale Fotograf, ilustrasi, dan penerangan tentang tablet punca(2) dari koleksi Babylon Yale Angka Babylon oleh Michael Schreiber, Wolfram Demonstrations Project. Eric W. Weisstein, Sexagesimal di MathWorld