Anda di halaman 1dari 5

4.0 Implikasi teori Behaviorisme dan konstruktisme dalam rekabentuk kurikulum dan perancangan pengajaran.

Peranan sebagai seorang pendidik amat besar dan memberi impak pada kejayaan seseorang murid. Sebagai seorang guru di bidang pendidikan menyampaikan pengajaran yang bermakna kepada anak didiknya dipengaruhi oleh teori pembelajaran yang sedia ada. Terlalu banyak teori pembelajaran yang diketengahkan oleh peloporpelopor yang terkenal setiap satunya mempunyai prinsip dan fokus yang berlainan. Antara teori pembelajaran yang sinonim dengan dunia pendidikan iaitu Teori Behaviorisme dan Teori Konstruktivisme. Teori Behaviorisme mempunyai prinsip tersendiri yang lebih menekankan kepada rangsangan, gerak balas emosi seseorang dalam pembelajaran serta lebih menekankan peubahan tingkahlaku. Teori ini memberi impak pada kurikulum sekolah, pelbagai kaedah dan cara di bina dalam membentuk pengukuhan yang positif agar dapat mengekalkan keberkesanannya. Dalam setiap rekabentuk kurikulum dan perancangan pengajaran teori ini sentiasa tidak diabaikan. Antaranya ialah guru ditekankan untuk memberi respon setiap jawapan dan pendapat yang diberi oleh murid dengan diiringi oleh kata-kata pujian. Menurut teori ini maklumbalas yang positif yang kerap,cepat akan membantu pembentukkan sikap minat belajar murid. Isi pengajaran yang berulang-ulang yang diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran membantu mencetuskan kepintaran murid. Selalunya diguna pakai dalam kurikulum prasekolah, pemulihan dan Linus. Contohnya guru mengasah daya ingatan murid pada hafalan nombor atau bentuk huruf dalam pelbagai cara. Implikasi teori behavior yang lain ialah terbentuknya pembelajaran daripada pengalaman sedia ada murid. Pengalaman sedia ada murid dibentuk dalam pembelajaran. Guru perlu menekankan aspek pengetahuan sedia ada murid dalam setiap perancangan pengajaran bagi objektif pembelajaran dapat dicapai dengan mudah. Murid yang bijak adalah individu yang berhadapan dengan benda baru dan menggunakan pengalaman serta mereka bersungguh-sungguh pengalaman tersebut. untuk menghuraikan kelainan berdasarkan pengalaman-

Implikasi teori konstuktivisme pula guru perlu melibatkan murid secara aktif. Contohnya memberi arahan kepada murid dan memastikan mereka boleh membuat latihan pada bila-bila masa. Selain itu, guru juga perlu memberikan perhatian kepada penstrukturan dan organisasi maklumat untuk memudahkan pemprosesan. Guru perlu menggalakkan pembelajaran melalui inkuiri penemuan yang ada dalam rekabentuk dan perancangan pengajaran . Guru boleh menggalakkan proses inkuiri penemuan murid melalui kajian dan eksperimen. Kaedah eksperimen adalah salah satu kaedah pengajaran yang berpusatkan murid. Proses inkuiri penemuan perlu diguna pakai dalam setiap perancangan pengajaran matapelajaran sains.Satu ciri umum dalam takrifan konstruktivisme adalah berkaitan dengan penglibatan aktif pelajar dalam membina kefahaman mereka sendiri. Teori konstruktivisme merangkumi teori-teori pembelajaran dan pedagogi dikatakan mempunyai impak besar pada pengajaran dan reka bentuk kurikulum. Selain itu, guru berperanan sebagai perancang dan pembimbing murid. Dalam perancangan pengajaran guru perlu perlu menyediakan bahan-bahan mengajar maujud. Contohnya guru yang hendak mengajar sains bertajuk penyerapan bahan, guru perlu membawa ke kelas bahan-bahan atau objek yang menyerap dan tidak menyerap air. Ia bagi memudahkan murid untuk memahami dengan jelas pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Bahan-bahan pembelajaran yang mencukupi dan mencabar akan memudahkan murid-murid membina pengetahuan mereka. Selain itu, bersesuaian dengan model pengajaran dalam teori konstruktivisme murid digalakkan belajar melalui aktiviti seperti aktiviti hands-on bagi mencetuskan minat, menggalakkan pelajar mengambil risiko, menggalakkan kebolehan metakognitif dan menggunakan strategi pembelajaran koperatif. Kurikulum yang disediakan dalam pendidikan bermula daripada prasekolah, sekolah rendah hingga menengah hendaklah berasaskan pengetahuan lalu murid dan diberi penekanan dalam kaedah penyelesaian masalah secara hands on. Selain itu, Guru digalakkan supaya berdialog dengan murid. Ini dapat dipupuk bila guru memberikan murid satu masalah yang perlu diselesaikan oleh murid. Guru akan meminta murid memberi respon kepada persoalan yang ditanya. Murid adalah digalakkan untuk berbincang sesama mereka dalam memberikan idea masing-masing. Ini menunjukkan bahawa dalam implikasi pendekatan konstruktivisme

dalam rekabentuk dan perancangan pengajaran, penglibatan murid mestilah secara aktif dan bukan sekadar menjadi pemerhati dalam sesuatu pelajaran yang dipelajari. 5.0 Rumusan Kedua dua teori pembelajaran mempunyai kekuatan prinsip yang tersendiri. Teori-teori pembelajaran yang ada juga telah dikaji dan disahkan untuk digunakan di dalam bidang pendidikan secara keseluruhan. Sebagai seorang guru hanya perlu bertanggujawab menggunakan prinsip-prinsip teori pembelajaran ini dengan sebaiknya selari dengan falsafah pendidikan itu sendiri. Teori behaviorisme adalah teori yang amat sesuai digunapakai dalam pendidikan pra persekolahan yang melibatkan kanak-kanak yang baru hidup mengenal erti pembelajaran. Ia mencetus minat belajar dan ingin tahu dari segi motivasi dan tingkahlaku awal seseorang kanak-kanak itu untuk menimba ilmu pengetahuan secara keseluruhannya. Begitu juga pada teori pembelajaran konstruktivisme yang juga membantu guru menyusun dan merancang pengajaran dengan lebih teliti dan berkualiti bagi menjamin setiap objektif pembelajaran dapat dikuasai sepenuhnya oleh murid. Secara tidak langsung dalam teori ini murid juga membantu diri mereka membina kefahaman terhadap perkara yang meraka pelajari dengan lebih mudah dan padat. Perbezaan yang terdapat dalam kedua-dua teori ini sememangnya wujud. Namun begitu ia masih lagi tidak lari pada objektif yang sebenar untuk memastikan murid faham dan dapat menguasai ilmu yang disampaikan. Teori behaviorisme lebih menjurus pada psikologi dan perubahan tingkahlaku kanak-kanak manakala teori konstruktivisme lebih mementingkan pemikiran dan cetusan idea kanak-kanak. Ini menunjukkan kedua-dua teori ini mempunyai persamaan iaitu mencari atau membina peluang untuk sesorang kanak-kanak itu mempelajari sesuatu dengan tahap pengguasaan yang tinggi. Secara keseluruhanya kedua-dua teori ini memberi impak yang amat besar di dalam dunia pendidikan secara langsung atau tidak langsung. Sebagai seorang guru perlulah bijak untuk menjadikan teori pembelajaran sebagai panduan dalam pengajaran dan pembelajaran.

http://mabfat.blogspot.com/2010/08/implikasi-teori-konstruktivisme.html http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2008/10/konstruktivisme-konsep-danimplikasinya.html Mok Soon Sang, Psikologi Pendidikan 1, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 2001.

Anda mungkin juga menyukai