Anda di halaman 1dari 2

Analisis Cerpen: Sayang Ayah (Omar Mamat)

Sipnopsis Angamah, seorang pelajar yang bijak, rajin dan hormat akan orang tuanya. Namun, dia terpaksa berhadapan dengan konflik yang hebat iaitu dia sering dipukul oleh ayah tirinya. Ayah tirinya sangat garang dan sering mabuk-mabuk. Ibu Angamah pula tidak memperdulikan penyeksaan suaminya terhadap Angamah. Di sekolah, Cikgu Bustam meminta murid-muridnya menulis karangan yang bertajuk Saya Sayang Ayah. Angamah gagal menyiapkan kerja sekolah tersebut. Cikgu Bustam bertanyakan masalah kemerosotan prestasi pelajaran Angamah. Angamah akhirnya mendedahkan masalahnya. Cikgu Bustam memberitahu Guru Besar tentang masalah Angamah dan bercadang untuk membuat laporan polis. Tiba-tiba, pihak polis memberitahu Guru Besar bahawa ayah Angamah telah kemalangan dan meninggal dunia. Angamah tidak dapat mengawal perasaan lalu menangis sambil menjerit sekuat hati bahawa dia saying akan ayahnya. Tema Kasih sayang yang tulus ikhlas daripada seorang anak terhadap ayahnya. Persoalan Penderaan terhadap kanak-kanak. Peranan ibu bapa dalam keluarga. Keprihatinan dan peranan guru terhadap pelajar. Kemiskinan hidup yang banyak mewnimbulkan masalah lain. Kesan negatif sebagai akibat penceraian ibu bapa.

Watak & Perwatakan Angamah Murid Tahun Enam Kenanga. Pelajar yang bijak tetapi pendiam dan pemalu. Rajin membantu keluarga khususnya ibunya. Menghormati ibu bapa,guru dan orang lain juga. Sayng dan patuh akan ibu bapanya. Hidup terkongkong akibat menjadi mangsa dera bapa tirinya.

Cikgu Bustam Ayah Emak Bapa tiri Angamah. Bertubuh sasa berwajah bengis. Berkerja sebagai buruh binaan. Suka bertindak mengikut perasaan. Pembengis, panas baran, dan pemabuk. Berusia dalam lingkungan 40-an. Penyayang dan prihatin terhadap masalah anak muridnya. Bijak, tenang, dan tidak terburu-buru dalam tindakan. Amat bertanggungjawab terhadap anak didiknya. Guru Bahasa Melayu di kelas Tahun Enam Kenanga. Simpati terhadap Angamah.

Latar

Ibu kandung Angamah. Berkerja sebagai buruh binaan. Sangat takut akan suaminya. Tiada belas kasihan dan tidak bertanggungjawab.

Latar masa: Berlaku dalam tempoh beberapa hari sahaja, waktu pagi, petang, malam. Latar tempat: Di rumah Angamah, di sekolah, di dalam bilik guru, di bilik Guru Besar, di hospital. Latar Masyarakat: Masyarakat India yang miskin dan kurang mementingkan pendidikan dan kebajikan anak-anak. Masyarakat sekolah yang terdiri daripada golonggan pendidik yang berdedikasi, prihatin, dan bertanggungjawab.

Plot Permulaan- Cikgu Bustam meminta pelajar-pelajarnya menulis karangan yang bertajuk, Saya Sayang Ayah. Perkembangan- Di rumah, Angamah tidak dapat menulis karangan tersebut kerana dia tidak tahu apaapa yang hendak ditulisnya. Angamah teringat akan peristiwa ayah tiri memukulnya sehingga dia sakit dan tidak dapat ke sekolah. Cikgu Bustam mencuba menyelidiki masalah yang dihadapi oleh Angamah tetapi gagal. Klimaks-Cikgu Bustam mendapati Angamah cedera dan dia dibawa berjumpa dengan Guru Besar. Guru Besar bercadang untuk melaporkan perkara itu kepada polis. Tiba-tiba, anggota polis tiba dan memberitahu mereka bahawa ayah Angamah berada di hospital kerana terlibat dalam kemalangan di tempat kerja. Peleraian-Ketika berada di hospital, Angamah menangis dan menjerit apabila mendapat tahu bahawa ayahnya sudah meninggal dunia.

Gaya Bahasa Nilai Kasih saying, hormat-menghormati, simpati, bertanggungjawab, belas kasihan, dan tabah. Simile- Suara bagaikan halalintar. Personafikasi- Kelas jadi hidup Metafora- Alam remaja Peribahasa- Air muka Hiperbola- Bola mata yang berapi Perlambangan- Payung (merujuk kepada pelindung) (simbolik).

Pengajaran Ibu bapa haruslah menyayangi dan melindungi anak-anak. Anak-anak hendaklah menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua. Kita haruslah prihatin dan bersimpati terhadap nasib orang yang malang. Kita hendaklah melaporkan kes penderaan kepada polis. Janganlah minum minuman keras kerana sikap ini membawa akibat buruk.

Anda mungkin juga menyukai