Anda di halaman 1dari 1

Definisi Komunikasi Menurut Owen ( 1990 ) , komunikasi adalah proses di mana seseorang itu bertukar maklumat dan berkongsi

i idea . Pengirim dan penerima membina maklumat dan saling bertukar maklumat dalam dua hala . Maklumat tersebut diterima dan saling memahami . ~Konsep Komunikasi ~ Walaupun komunikasi menggunakan pertuturan dan bahasa , aspek lain perlu diambilkira seperti bentuk , intonasi ,penekanan suara dan gaya pertuturan yang boleh menggambarkan emosi dan sikap penutur yang memberikan pelbagai makna . Komunikasi bukan sahaja menggunakan bahasa tetapi boleh juga terjadi melalui gesture ( tanda isyarat ) , gerakan badan , eye contact dan ekspresi atau mimik muka ~ Definisi Bahasa ~ Bahasa adalah lambang-lambang yang kita mewakili sesuatu.

jadikan sebagai simbol-simbol khusus untuk

(Reed, C.A., 1994) Satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-wenangnya (arbitrary) untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat untuk berhubung. (Simanjuntak, 1978) Lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang- wenang dan dipersetujui dan digunakan untuk berkomunikasi. (Bloom, 1988) Mengikut JasLailiSuzana Jaafar (2000) pula mengatakan bahawa bahasa ialah satu sistem undang- undang tatabahasa semantik yang membuatkan pertuturan menjadi bermakna. Pertuturan pula ialah perlakuan fizikal pembentukan dan penyambungan bunyi-bunyi bahasa. Micheal (1987) mentakrifkan bahasa sebagai salah satu alat perhubungan, interaksi antara satu dengan yang lain secara langsung atau tidak langsung serta mampu menggambarkan perasaan setiap manusia. Definisi Pertuturan ~ Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator), ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia (Kamarudin Hj. Husin, 1988).