Anda di halaman 1dari 2

ELEMEN 1.0 PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN 1.1. Pengenalan Kepada Perniagaan a. Menyatakan dengan jelas pengenalan perniagaan.

SILA BERJAYA ENTERPRISE adalah sebuah perniagaan Milikan Tunggal yang dimiliki oleh Rusilawati Moin. Perniagaan ini dimulakan pada 1 Mac 2010 dengan modal wang tunai simpanan sebanyak RM50,000 dibankkan ke dalam RMS Bank. Aktiviti perniagaan adalah menjual beli barangan elektrik berjenama SMART. Premis perniagaan di alamat Lot E-1-1, Presint 11/1, 62300 Putrajaya. SILA BERJAYA ENTERPRISE dibantu oleh seorang pekerja dengan gaji RM800 sebulan.

b. Menyatakan sebab-sebab memilih perniagaan. SILA BERJAYA ENTERPRISE memilih perniagaan menjual dan membeli barangan elektrik berjenama SMART kerana :i. Perniagaan ini milikan tunggal yang akan dimiliki oleh seorang pemilik sahaja. Untung atau rugi perniagaan adalah di bawah tanggungan pemilik seorang sahaja. ii. Barangan elektrik merupakan satu produk yang mana semua orang memerlukan untuk memudahkan urusan harian. iii. Barangan elektrik jenama SMART adalah satu produk yang memang disukai oleh pengguna kerana kualiti produk tersebut.

c. Menyatakan kelebihan menjalankan perniagaan tersebut. Kelebihan-kelebihan menjalankan perniagaan SILA BERJAYA ENTERPRISE adalah seperti berikut : i. Semua orang (pengguna) mesti menggunakan barangan elektrik untuk memudahkan urusan harian masing-masing. ii. Barangan elektrik merupakan satu barangan yang mempunyai jaminan sekiranya berlaku kerosakan pada sesuatu tempoh biasanya setahun (12 bulan). iii. Kedudukan perniagaan berada di kawasan yang memang mudah untuk orang kunjungi.

d. Menyatakan risiko-risiko yang bakal dihadapi. Risiko-risiko yang bakal dihadapi oleh SILA BERJAYA ENTERPRISE ialah : i. Sekiranya mengalami kerugian, kerugian tersebut akan ditanggung oleh pemilik seorang diri. ii. Persaingan di antara kedai-kedai elektrik yang berdekatan contoh Mydin dan Carrefour. 1.2. Profil Perniagaan i. Nama Perniagaan Sila Berjaya Enterprise ii. Nama Pemilik Rusilawati Binti Moin iii. Lokasi / Alamat Lot E-1-1, Presint 11/1, 62300 Putrajaya iv. Jenis Perniagaan Milikan Tunggal v. Tempoh Perakaunan Setahun : 1/03/2010 28/02/2011 vi. Tempoh Rekod Sebulan : 1/03/2010 31/03/2010 vii. Modal Perniagaan RM50,000 viii. Jumlah Pekerja 1 orang ix. Status Perniagaan Memulakan perniagaan x. Nama dan Alamat Bank RMS Bank Berhad / Lot 1-5, Presint 11/1, 62300 Putrajaya xi. Nombor Akaun 1036 957 2901 690