Anda di halaman 1dari 12

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Dasar Dan Falsafah

Forum 1

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelaktual (JERI). Berdasarkan kepada hasrat kepada FPK, saya dipertanggungjawabkan supaya menyampaikan ilmu pengetahuan yang ada pada saya di sampaikan kepada anak murid saya. Saya juga harus memastikan ilmu pengetahun yang saya sampaikan kepada mereka, mestilah betul dan benar. Saya juga harus memastikan semua murid bawah didikan saya, dapat menguasai asas membaca, menulis , mengira serta menaakul. Selaim itu, saya juga akan memperkembangkan daya pemikiran yang kreatif dan inovatif supaya mereka dapat menyumbang kepada perkembangan negara pada masa kelak. Selain itu, saya juga akan memastikan bahawa saya akan menjaga tingkah-laku saya, sabagai seorang guru disamping menjaga nama bagi profesion perguruan. Saya harus sentiasa menujukkan tingkah-laku dan contoh yang baik kepada murid, disamping itu, saya juga harus memastikan bahawa saya sentiasa menyampaikan ilmu dan pemikiran yang positif kepada murid saya. Akhir sekali, saya juga akan memastikan semua murid dapat mengambil bahagian dalam acara ko-kurikulum dan juga dalam acara sukan, supaya mereka mempunyai badan yang sihat serta dapat berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain melalui ko-kurikulum. Selain itu, saya juga akan memastikan semua murid dapat menguasai asas-asas berdikari serta memberi khidmat kepada masyarakat pada masa kelak. Berdasarkan kepada FPK, tugas guru bukan hanya menjalankan tugas untuk menyampaikan ilmu pengetahun kepada anak murid sahaja, tetapi harus memastikan semua anak murid dapat mengembangkan potensi diri secara keseluruhan ,menjadi insan yang berjaya serta dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan juga negara pada masa depan supaya negara kita terus maju dan berjaya. reply
Selain menjalankan tugas mengajar, kita juga harus menerapkan nilai-nilai murni kepada murid serta menyampaikan maklumat yang positif kepada anak murid kita. Kita juga harus nenujukkan contoh yang baik atau rol model kepada murid kita. Di samping itu, kita juga boleh menyampaikan pengalaman kita kepada murid kita sebagai rujukkan kepada mereka.

Selain menyampaikan ilmu pengetahun kepada anak murid kita, kita juga bertanggungjawab memperkembangkan potensi mereka, melahirkan generasi yang dapat berdaya saing denga dunia luar serta melahirkan insan yang berakhlak mulia.

Selain memastikan hasrat yang terkandung dalam FPK mencapai, kita juga hendak memastikan bahawa murid yang lemah juga mendapat peluang yang sama seperti murid yang lain. Kita sebagai guru, mestilah mengambil berat terhadap mereka yang lemah dalam mata pelajaran kerana bukan semua murid adalah bijak. Walaupun mereka lemah dalam mata pelajaran, tetapi mereka mungkin akitf dalam bidang yang lain. Oleh itu, kita mesti menggunakan cara yang berbeza untuk murid yang berbeza tahap.

Memang betul ,sebagai seorang guru yang bertanggungjawab dan profesional, semestinya membuat persediaan yang secukupnya sebelum menjalankan P&P. Selain lain menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak murid kita, kita juga bertanggungjawab mengembangkan pememikiran mereka, memberikan peluang kepada murid untuk menyampaikan pendapat mereka dan melatih mereka untuk mencari jawapan sendiri.

Memang betul, kita sebagai guru seharusnya menyampaikan maklumat yang positif kepada murid kita. Selain itu, kita juga bertanggungjawab mendidik mereka menjadi insan yang berbakti kepada masyarakat dan negara apabila mereka dewasa nanti. Kita juga bertanggungjawab memjadi role model yang baik kepada mereka.

Forum 2
PPSMI

Pelaksanaan PPSMI sejak 2003 membabitkan kos sebanyak RM5 bilion meliputi penyediaan peralatan dan latihan guru. Tujuan kerajaan memperkenalkan PPSMI adalah merupakan satu kaedah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar supaya dapat menguasai Sains dan Matematik dalam bahasa antarabangsa itu. Tetapi akhirnya, dasar tersebut telah gagal dan dibantah oleh banyak pihak. Antara puncanya adalah seperti berikut:1. Guru yang mengajar matapelajar sains dan matematik tidak mahir dalam bahasa inggeris kerana kebanyakan bukan dari opsyen inggeris. 2. Walaupun banyak kursus yang telah diberikan kepada guru bukan opsyen, tetapi tempoh kursus yang dijalankan terlalu singkat, maklumat yang disampaikan tidak mencukupi. 3. Murid yang tidak dapat menguasai BI terpaksa belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris, ini lagi menyukarkan murid. Sesetengah murid takut akan matapelajaran sains dan matematik. 4. Waktu yang diperuntukan untuk belajar bahasa ibunda telah dikurangkan, kerana selain bahasa ibunda sahaja yang menggunakan bahasa ibunda, matapelajaran lain telah menggunakan bahasa inggeris. Dengan memansuhkan dasar PPSMI, kerajaan telah menggantikannya dengan dasar baru memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Saya bersetuju dan menyokong dasar baru ini. Dengan melaksanakan dasar baru ini, pihak kementerian pelajaran akan melatih guru yang opsyen BM dan BI yang khas dalam melaksanakan dasar tersebut. MBMMBI berfungsi sebagai serampang dua mata kerana selain memartabatkan Bahasa Kebangsaan, kerajaan tidak meminggirkan aspek penguasaan dan pengukuhan Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa antarabangsa. Dengan adanya tenaga yang khas, maka murid akan mempelajari BM dan BI dengan penuh perhatian.

Reply Saya setuju dengan pendapat cikgu. Cara yang berkesan untuk mempelajari BI bukan hanya melalui membelajari perkataan khas yang selalu digunakan dalam Bahasa Sains dan Matematik sahaja. Murid harus banyak membaca, bertutur, bertulis dan mendengar supaya dapat mengusai BI dengan berkesan. Selain itu, sekolah juga harus menwujudkan suasana yang menggalakan murid banyak berkomunikasi dalam dengan menggunakan BI, terutamanya bagi murid yang berada di kawasan

kampung. Dengan adanya dasar MBMMBI, saya percaya keputusan murid dalam BI dan BM akan meningkat. Memang betul, PPSMI harus dimansuhkan. Walaupun banyak wang yang telah diperbelanjakan oleh kerajaan untuk meningkatkan penguasaan BI bagi murid sekolah rendah dan menengah, tetapi kesanyang tidak capai. Bagi murid yang telah lemah dalam Mat dan Sains, tambah lagi mereka perlu belajar kedua-dua mata pelajaran itu dalam BI, ini sememangnya menjadikan satu beban kepada mereka. Kejadian ini, akan menakutkan mereka lagi untuk belajar mata pelajaran mat dan sains.

Saya kurang bersetuju dengan pendapat cikgu. Seperi yang dinyatakan oleh Menteri Pelajaran kita, apa yang kita hendak belajar? Mat atau BI? Jika ingin meningkatkan pengusaan BI, maka belajarla BI dengan bersungguhsungguh, jika ingin belajar mat, maka belajarla met dengan bahasa yang murid fahami. Bagi murid yang lemah dalam mata pelajaran Matemati, sudah menjadikan satu beban kepada mereka, walaupun belajar dengan menggunakan bahasa ibunda. Bertambah pula, kita memaksa mereka belajar Mat dengan menggunakan BI, tidakkah ia lagi menjadikan satu beban pada mereka?

Daras PPSMI adalah mementingkan pengusaan istilah yang sering digunakan dalam Mat dan Sains, tetapi murid itu dapat menguasai BI dengan baik maka tidaklah menjadi masalah bagi mereka untuk memahami istilah tersebut. Oleh itu, saya bersetuju untuk memansuhkan PPSMI dan digantikan dengan Dasar MBMMBI.

Memang betul , bagi murid yang berminat dalam mata pelajaran sains dan mat tetapi lemah dalam BI, mereka akan berasa tertekan apabila dasar PPSMI dijalankan. Pada awalnya mereka sangat minat terhadap kedua-dua

mata pelajaran , tetapi apabila dasar PPSMI dilaksanankan , keputusan mereka terus menurun. Selain itu, kelengkapan yang dibekalkan di bawah dasar PPSMI, tidak menjalakan penyelengaraan yang sesuai oleh pembekal, menyebabkan semua alatan tersebut rosak dan tidak boleh gunakan. Ia telah membazirkan banyak wang kerajaan. Forum 3 Kurikulum Pendidikan 1Malaysia Toleransi dan perpaduan kaum di kalagan pelajar sangat penting untuk membantu Negara kita lebih maju dan aman damai. Guru memainkan peranan yang penting dala aspek ini. a)Kurikulum 1 Malaysia: Seharusnya menyampaikan makulumat yang positif kepada anak murid. Guru tidak boleh membincangkan dan menyampaikan maklumat yang akan menimbulkan isu perkauman. Guru boleh menerapkan nilai perpaduan, semangat satu Malaysia dan berbincangkan dengan murid usaha yang dilakukan oleh wira-wira bangsa yang menjaya mencapai kemerdekaan kepada negara kita, supaya menerapkan semangat satu Malaysia pada minda murid. b)Strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai: Semasa p&p dijalankan dalam kelas, guru boleh memaparkan gambar-gambar, berita yang berkaitan dengan toleransi dan perpaduan kaum kepada anak murid dan menerangkan kepada mereka. Guru-guru juga boleh menerapkan nilai tersebut dalam mata pelajaran moral, sivik dan mana-mana mata pelajaran yang sesuai dengan isu toreransi dan perpaduan kaum. c)Aktiviti pelajar: Untuk mengukuhkan toleransi dan perpaduan di kalangan pelajar yang pelbagai kaum, guru boleh menggalakkan murid berlakuan dalam watak yang melibatkan wirawira negara, mencari maklumat yang berkaitan dengan kemerdekaan, Kempen 1 Malaysia, Rimup. Selain itu, guru juga boleh membawa murid mengunjungi rumah kaum lain semasa hari perayaan. Guru juga boleh meminta murid memcarikan tetang pantang larang kaum yang berbeza supaya mereka mengetahui patang larang laum lain. d)Penilaian dan pemantauan:Guru boleh membuat penilaian dari masa semasa terhadap semua murid tidak semestinya dalam kelas sahaja. Guru boleh membuat penilaian dan pemantauan pada murid dari aspek kerjasama antara murid semasa guru memberikan suatu tugas. Contohnya, cara mereka menyiapkan folio untuk mata pelajaran sivik. Selain itu, guru juga boleh membuat P&P terhadap murid semasa menjalankan perkhemahan. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dengan perbagai bangsa, tetapi semua bangsa dapat hidup dengan aman damai. Semuanya adalah kita semua mengadakan sikap toleransi dan mementingkan perpaduan kaum. Tetapi, terdapat segelintir manusia yang selalu menimbulkan isu perkauman kerana untuk mendapat keuntungan peribadi.Tetapi, jika semua mempunyai semangat Satu Malaysia, saya percaya matlamat sengelintir orang itu tidak akan tercapai.

Reply Sekolah merupakan tempat menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid. Selain itu, kita sebagi guru bertanggungjawab untuk menerapkan nilai murni dan semangat cinta kepada negara pada murid kita. Oleh itu, kita seharusnya menerapkan nilai-nilai dan pemikiran yang positif kepada anak murid kita.

Memang betul, sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Selain memyampaikan ilmu pengetahun kepada murid dalam P&P, kita juga boleh mengajar dan menerap nila toleransi da perpaduan kaum melalui sukan dan ko-kurikulum. Melalui pertandingan murid dapat memupuk nilai kerjasaam dan boleh berhubung antara satu sama lain.

Saya setuju dengan pendapat cikgu, selain menyampaikan ilmu kepada murid, murid juga dapat menerap nilai toleransi dan perpaduan kaum melalui aktiviti berkumpulan. Melalui aktiviti berkumpulan mereka dapat belajar bagaimana berkomunikasi dengan kawan lain, mengeluarkan idea sendiri atau menerima pendapat kawan lain dengan hati terbuka dan juga kerjasama antara ahli kumpulan.

Selain kajian tempatan, mata pelajaran sivik dan moral juga menerapkan nilai toleransi dan perpaduan kaum. Melalui lakonan, membuat buku skarp, perbincangan dapat menerapkan nilai tersebut dalam minda murid dengan senang dan cepat, kerana mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti tersebut.

Keamanan sesebuah negara adalah berdasarkan nilai tolerensi dan nilai perpaduan kaum yang diterapkan pada individu tersebut. Oleh itu, untuk

memastikan negara kita selalu aman damai, kita sebagai guru seharusnya menerapkan nilai yang betuk pada anak murid kita, selain itu kurikulum yang dirancang oleh kementerian menujukkan semangat 1 Malaysia kerana semua jenis aliran sekolah di negara kita menggunakan sukatan pelajaran yang sama, semua kaum mendapat maklumat yang sama walaupun berbeza bangsa.

Forum 4 Guru sebagai arkitek bangsa 1Malaysia Dalam bidang pendidikan, guru merupakan satu bidang yang profesional, disanjuang tinggi, bertauliah. Kita juga digelar sebagai arkitek bangsa 1 Malaysia. Tetapi tanggungjawab guru pada masa kini bukan saja ditugaskan untuk mengajar, tetapi termasuk juga kerja kerani juga. Semua paperwork, laporan, kajian tindakan harus dilakukan. Pada pendapat saya jika kita menggunakan masa tersebut untuk membantu murid yang lemah dalam mata pelajaran, ia lebih berkesan daripada menjalankan semua kajian tersebut. Kajian tersebut harus dijalankan oleh pakar- pakar yang berwibawa, tetapi bukan kita yang digelar sebagai guru. Tugas utama kita adalag menyampaikan ilmu pengtahuan kita kepada anak murid kita, tetapi bukan bukan untuk menjalankan kerja kerani. Reply Kita sebagai guru, insan yang paling rapat dengan murid dan kita juga merupakan role model yang penting bagi murid kita. Semua yang di ajar oleh kita, dilakukan oleh kita akan dicontohi oleh anak murid kita. Oleh itu, kita sebagai arkitek bangsa seharusnya sentiasa menunjukkan contoh yang terbaik pada anak murid kita. Kita sepatutnya menyampaikan ilmu pengetahun yang betul kepada anak murid kita selain itu, kita juga bertanggungjawab mendidik mereka supaya menjadi insan yang sempurna dari semua aspek dan berkhidmat kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti. Kita yang di gelar sebagai arkitek bangsa,bukan sahaja menjalankan tugas sebagai tenaga pengajar, malah kita juga juga dipertanggungjawabkan menjadikan role model yang baik kepada anak murid kita. Berdasarkan FPK, selain melahirkan warga Malaysia yang berpendidikan tinggi, malah harus mempunyai nilai moral yang tinggi.

Ya, memang betul. Kita sebagai guru seharusnya menyampaikan ilmu yang betul dan benar kepada anak murid kita. Selain itu, kita juga mesti menjadi teladan yang baik pada mereka. Selain itu, kita juga harus menjaga nama baik profesion perguruan dengan tidak melakukan perkara yang tidak sesuai dengan imej guru. Jika tidak kewibawaan perfesion perguruan akan tercabar.

Memang betul, kita sabagai guru, bukan saja menyampaikan ilmu pengetahun memastikan kepada bahawa anak ilmu murid kita, kita yang juga kita bertanggungjawab sampaikan boleh pengetahun

mendatangkan manfaat kepada mereka pada masa hadapan untuk menghadapi cabaran yang akan dialami oleh mereka.

Sebagai seorang warga pendidik, bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahun kepada anak murid kita, tetapi kita juga dipertanggungjawabkan untukmen jadi teladan yang baik dan role model yang baik pada anak murid kita. Selain itu, kita juga bertanggungjawab mendidik anak kita supaya menjadi insan yang berguna pada masyarakat dan negara.

Forum 5 Perkhidmatan Guru Profesion guru di ketegori dalam bidang professional,oleh itu peraturan perkhidmatan keguruan digubah untuk menjamin perkhidmatan yang cemerlang. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati. Oleh yang demikian Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya pada 2002. Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harus diperhalusi dengan teliti demi menjayakan matlamat pendidikan negara. Guru bertanggungjawab membina insan model yang baik supaya dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan memberi khidmat kepada negara. Guru harus sentiasa menunjukkan sikap, tingkah-laku yang baik terhadap anak murid kita. Selain itu, guru juga harus sentiasa memcari peluang untuk meningkatkat mutu perkhidmatan serta bertanggunjawab terhadap tugas yang diamanahkan. Peraturan perkhidmatan perguruan adalah untuk memastikan bahawa penjawat awam yang digelar guru tidak melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan imej perguruan. Selain itu, peraturan tersebut juga memberikan peringatan kepada semua guru, bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang berat sebagai guru dan harus sentiasa menunjukkan yang terbaik terhadap tugas sebagai guru.

Reply Memang betul, tanggangjawab dan tugas kita bukan hanya satu kerjaya sahaja, tetapi kita mesti bertanggungjawab terhadap murid, ibubapa, masyarakat dan juga negara. Perkhidmatan yang kita berikan akan memberikan impak yang besar terhadap anak murid kita. Jika kita tidak melakukan tanggungjawab kita dengan baik, mendidik anak murid kita denga betul, semestinya akan menjejaskan masa depan mereka. Orang yang bertanggangjawab, mestilah kita yang digelar guru.

Seperti yang dimaklumkan, bahawa semua guru pelatih diwajibkan menjalani semua kursus yang seperti yang dinyatakan oleh cikgu. Semua kursus dan aktiviti tersebut adalah untuk melatih kita dan mengingatkan kita bahawa kita merupakan orang yang akan mendidikan anak bangsa kita. Kita diberi tanggungjawab untuk melaksanakan tugas kita dengan baik dan sentiasa memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggang kita. Kursus BTN adalah untuk mengingatkan kita, bahawa kita sebagai penjawat awam dan juga dalam bidang profesional, mesti menjaga nama baik sebagai penjawat awam dan juga sebagai seorang guru. Setiap tindaktanduk kita sentiasa di perhatikan oleh orang ramai. Memang betul, peraturan perkhidmatan keguruan sentiasa mengingatkan kita , bahawa kerjaya ini memainkan peranan yang sangat penting dalam pembagunan negara kita. Produk yang di keluarkan oleh kita, akan menentukan masa depan negara kita. Untuk menujuk ke wawasan 2020, kita mesti berusaha meningkatkan diri kita dari semua aspek supaya dapat bersaing dengan negara yang maju, serta menghasilkan produk yang dapat berdaya saing dengan dunia luar.

Peraturan perkhidmatan kegurauan semestinya di patuhui oleh semua guru supaya dapat memberikan mutu perkhidmatan yang baik dari masa ke

semasa. Tepat pada waktu kerja, mematuhi arahan pihak atasan yang munasabah, bertanggungjawab pada tugas yang diamanahkan merupakan antara peraturan yang harus dipatuhi. Selain itu, guru juga perlu mengambil inisiatif sendiri supaya meningkatkan mutu perkhidmatan dari masa ke semasa dengan meningkatkan ilmu pengetahun dalam bidang perguruan.

Akhir-akhir ini, kita sering mendengar bahawa guru telah melakukan perkara yang melanggar etika perguruan. Semua ini disebabkan mereka telah mengabaikan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Kita sebagai warga pendidik seharusnya mengingatkan kita sendiri pada setiap masa, supaya menjaga nama baik profesion keguruan dengan tidak melakukan perkara yang bercanggah dengan etika perguruan. Kita selalu mengajar anak murid kita supaya tidak melakukan kesalahan, akan tetapi jika kita tidak menunjukkan contoh atau teladan yang baik pada anak murid kita, adakah anak murid kita akan setuju dengan kita?

Perkembangan Pendidikan di Malaysia

Perkembangan pendidikan di negara ini adalah melibatkan pendidikan dalam era sebelum penjajahan Inggeris; semasa penjajahan Inggeris iaitu bermula dari pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light pada 1786; era sebelum kemerdekaan iaitu selepas Perang Dunia Kedua dan pembentukan Malayan Union pada 1946; dan era selepas merdeka iaitu mulai tahun 1957. Pendidikan era selepas merdeka pula melibatkan pendidikan ketika sebelum dan selepas tertulisnya Falsafah Pendidikan Negara (FPN) pada tahun 1988; serta pendidikan dalam era milenium. Sebagai rumusannya, dapat dikatakan bahawa perkembangan pendidikan di negara ini berlangsung sejak dari zaman dahulu lagi dan berkesinambungan hingga sekarang. Walau bagaimanapun dengan cabaran yang berubah selaras dengan peredaran zaman, pendidikan terus mengalami perkembangan. Fungsi pendidikan juga terus berubah. Fungsi pendidikan kini dilihat sebagai asas untuk kelangsungan sesuatu pembangunan. Antara lain pendidikan yang berlangsung adalah untuk pembangunan insan dan pembangunan negara. Pembangunan insan perlu terlebih dahulu berlangsung sebelum pembangunan yang lain termasuk pembangunan negara dapat dilakukan.

Reply Sistem pelajaran di Malaysia telah banyak berubah berbanding dengan zaman dahulu, disebabakan keperluan dan daya saingan yang kuat dalam dunia masa kini, maka sistem pendidikan di Malaysia haruslah berubah dari masa kesemasa supaya dapat bersaing dengan dunia luar.

Sistem pelajaran di Malaysia selalu membuat penambahbaikan dari masa ke semasa supaya manghasilkan warga Malaysia yang berkualiti dan dapat bersaing dengan dunia luar pada masa kini. Jika sistem pendidikan di Malaysia masih berhenti pada zaman dahulu, maka Malaysia tidak akan berkembang pesat seperti hari ini.

Sebelum merdeka, sistem pendidikan hanya dijalankan dalam keluarga masing, semasa negara kita dijajah, sistem pendidikan dijalakan untuk tujuan memisahkan antara kaum supaya pendudukan tempatan tidak dapat bergandin bahu untuk menentang mereka. Selepas merdeka sehingga sekarang, sistem pendidikan di negara kita adalah untuk tujuan pembangunan negara kita.