Anda di halaman 1dari 14

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknikteknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung. Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi. Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajarpelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya. Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknikteknik demostrasi. Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu. PENDEKATAN Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.

Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian.

Nota UAK BM - Ringkasan 1 Strategi


Strategi direktif tentang sesuatu konsep atau kemahiran Strategi pemerhatian terhadap fenomena alam atau perbuatan dan tingkah laku orang lain Strategi mediatif contohnya ialah perbincangan terbuka, latihan inkuiri penemuan dan pembentukan konsep Strategi generatif menjana idea yang kritis dan kreatif Strategi konteks luaran contoh : seminar, bengkel dan kerja projek Strategi metakognitif pembelajaran kendiri Strategi kolaboratif bekerja dalam satu kumpulan

Pendekatan Kamus Dewan (1998) pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Pendekatan pengajaran bahasa:

Pendekatan empirisis Pendekatan rasionalis (mentalis) Pendekatan komunikatif

Pendekatanempirisis Pandangan utama teori ini:

Bahasa ialah pertuturan bukan tulisan

Bahasa itu merupakan perlakuan atau kebiasaan Bahasa perlu diajar dan bukan untuk sebaliknya Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur jatinya Bahasa berbeza antara satu sama lain

Pendekatanrasionalis Pandangan utama teori ini:

Bahasa yang hidup ialah bahasa yang berkembang menurut rumus-rumus yang terkawal Bahasa dikawal oleh rumus-rumus tatabahasa Manusia mempunyai kebolehan semula jadi untuk mempelajari pelbagai bahasa Bahasa yang hidup ialah bahasa ynag kita boleh gunakan untuk berfikir

Pendekatankomunikatif Berdasarkan teori fungsi

bahasa

M.A.

Halliday)

Prinsip prinsip pendekatan komunikatif:

Semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bersesuai dengan umur, pengalaman, latar belakang, minat dan keperluan pelajar Semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bercorak realistik dan pragmatik Bahasa sebagai alat komunikasi Pelajarnya perlu dilibatkan secara aktif iaitu wujudnya komunikasi dua hala Guru haruslah kreatif dan hendaklah sentiasa mencuba hidupkan situasi pembelajaran Aspek tatabahasa sangat penting dan tidak boleh diabaikan Dalam sesuatu aktiviti bahasa, guru bertindak sebagai pengawas, penasihat atau pemerhati sahaja di mana penglibatan guru amat minimum

Kaedah Cara yang Kaedah tubi

digunakan

dalam

sesuatu

proses

pengajaran

Melibatkan latih tubi seperti menyebut perkataan, frasa, klausa dan ayat

Kaedah terjemahan

Kaedah dwibahasa atau tradisi : guru guna bahasa ibunda untuk mengajar bahasa

Kaedah terus

Prinsip 1: bahasa ibunda murid tidka digunakan dlaam mempelajari bahasa sasaran Prinsip 2 : kemahiran lisan dianggap penting pada peringkat awal pengajaran Prinsip 3 : murid-murid disuruh membaca apa yang mereka telah tulis Prinsip 4 : kata nama diberi keutamaan dalam mengembangkan bahasa muridmurid

Kaedah dengar dan sebut

P&P dijalankan secara lisan terlebih dahulu diikuti dengan aktiviti menulis dan membaca Guru peka terhadap gangguan bahasa ibunda Untuk atasi guru adakan latihan tubi Guru mengadakan aktiviti bahasa yang sebenar Penggunaan bahasa yang betul diajar melalui latihan dan pengukuhan

Kaedah bersiri

Menggunakan bahan, item dan bahasa yang bersiri Tidak ada buku teks atau buku-buku lain Kaedah tatabahasa

Mementingkan pengajaran tentang aspek tatabahasa secara formal

Kaedah tentera

Guru merupakan penutur jati dalam bahasa sasaran Menggunakan pendengaran diikuti dengan latih tubi menyebut Dijalankan secara kumpulan Sesi soal jawab adalah teknik yang penting Semasa murid berlatih menyoal dan menyoal, guru bertindak sebagai pemerhati

Kaedah Contoh->hukum Konkrit Kedah Hukum Abstrak Kaedah Contoh->generalisasi Generalisasi

induktif (generalisasi) ->abstrak deduktif (generalisasi)->contoh ->konkrit eklektik contoh generalisasi

->

-> contoh->

Kaedah Kemahiran Aspek Kemahiran

bahasa bahasa bahasa

gabung -> aspek ->kemahiran ->bidang kognitif

jalin bahasa bahasa afektif

Teknik Cara yang lebih khusus atau spesifik yang digunakan untuk menggunakan sesuatu kemahiran.

Teknik imlak untuk melatih atau menguji kemahiran mendengar Teknik kloz melatih kecekapan membaca secara senyap

Teknik bacaan nyaring untuk mengesan, menganalisis kesilapan kiu dalam bacaan Teknik bercerita menggunakan cerita untuk sesuatu kepada murid Teknik drama berlakon menggunakan skrip lakonan yang mudah atau pendek Teknik korus mengajar murid menyebut sesuatu secara beramai-ramai dalam kelas Teknik perbualan mengajar murid berbual secara sosial Teknik dialog melatih kemahiran bertutur Teknik simulasi dikenali main peranan dimana guru wujudkan situasi dan murid menghidupkan situasi tersebut Teknik perbincangan mencari dan menyusun isi karangan Teknik perbahasan murid dikehendaki berbahas tentang sesuatu tajuk atau isu Teknik menyoal secara objektif solana dalam bentuk aneka pilihan atau dwipilihan Teknik menyoal secara terbuka murid bebas menjawab soalan dengan gaya dan cara sendiri Teknik mengarang secara terkawal isi ditentukan oleh guru Teknik mengarang secara terpimpin - Isi dan rangka dihasilkan oleh murid Teknik mengarang secara bebas - Murid menulis dan mengarang tanpa diberikan panduan rangka dan isi Teknik kuiz murid disoal guru secara lisan.

Guru bahasa yang baik : Pengenalan Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya (Raminah Hj. Sabran, 1993). Pembelajaran bahasa secara formalnya berlaku di sekolah. Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu memainkan peranan yang utama bagi memastikan murid-murid di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya. Kepentingan terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia (Melayu) sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Banyak aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspekaspek kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran. Perkara ini diberi tumpuan utama bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran bahasa Melayu iaitu membolehkan murid-murid mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu, guru bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan murid-murid mereka dalam penguasaan bahasa Melayu. Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt dan Ab. Rahim Selamat (1997) menggariskan empat peranan guru bahasa Melayu iaitu sebagai perancang pengajaran dan pembelajaran; penggerak dan pendorong pengajaran dan pembelajaran; pembimbing murid; dan pemupuk semangat dan pembentuk sahsiah murid. Seorang guru bahasa Melayu yang baik adalah guru yang mampu memilih kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran yang sesuai dengan sesebuah aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa.

PRABACAAN
Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu

mengenal dan mengecam huruf. Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid dalam mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia perlu bagi membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. CITATION www09 \l 1033 (www.bakalguru.com, 2009). Membaca memerlukan satu tingkat berfikir yang tinggi dan komunikasi mesej atau makna atau sebutan makna. Membaca merupakan proses kognitif iaitu berfikir melalui bahan bercetak. Proses menguasai bacaan melibatkan tahap penguasaan yang berbeza-beza. Pada setiap aras penguasaan

mencerminkan tahap penguasaan pembacaan bagi individu tersebut. Pada setiap penguasaan bacaan ini terdapat beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh pembaca. Setiap tahap boleh disimpulkan seperti berikut: Kaedah Abjad (Tahap prabacaan). Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah huruf atau kaedah mengeja dan merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Murid-murid dikehendaki mengenali nama, bentuk dan mengecam huruf abjad. Murid diperkenalkan dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak. Setelah murid menghafal semua

nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan. Murid dilatih tubi membaca suku kata itu. Daripada suku kata itu dibentuk perkataan seperti baba, baca, bola, buku, dada, dan cucu. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu. Misalnya untuk perkataan buku, mula-mula disebut nama huruf bi dan yu diikuti penyebutan bunyi suku kata bu; kemudian disebut nama huruf ke dan yu dikuti penyebutan bunyi suku kata ku, dan akhir disebut perkataan buku. Penekanan terhadap nama abjad dan bunyi suku kata sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu. Kecuali bentuk dwihuruf (digraf) seperti konsonan ng dan diftong ai, umumnya satu huruf dalam bahasa Melayu melambangkan satu bunyi sahaja.

Setiap perkataan pula mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya satu suku kata. Suku kata itu terhasil dengan menggabungkan satu atau lebih daripada satu konsonan dengan satu vokal atau diftong. dengan satu vokal atau diftong. Dengan perkataan lain, struktur suku kata bahasa Melayu bersifat tetap dan

mudah dikenal pasti. Hal ini memudahkan murid mengingat dan menyebut suku kata. Apabila murid menguasai suku kata, mereka dapat membentuk perkataan. Seterusnya, murid dapat membentuk apa-apa sahaja perkataan baharu dengan suku kata itu walaupun mereka tidak memahami makna perkataan itu. Rumusannya, kaedah ini menyediakan murid asas yang kukuh untuk membaca.

Kaedah ini mudah dikendalikan dan tidak memerlukan alat bantu belajar yang banyak. Berbekalkan pengalaman belajar membaca dengan menggunakan kaedah ini dan dengan menggunakan sumber yang minimum seperti buku, ditokok dengan kesungguhan kepada dan kesabaran, sesiapa sahaja sasar dapat dengan

mengajarkan menggunakan

bacaan

mana-mana

kumpulan ini.

kaedah

Guru sekolah rendah dapat melaksanakan kaedah ini berpandukan buku dan dengan menggunakan carta abjad, carta suku kata dan kad perkataan. (http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com, 2009). Kaedah Fonik (Tahap bacaan mekanis). Kaedah ini lebih

menekankan amalan membuat latih tubi tentang penyebutan bunyi huruf, suku kata, frasa, ayat-ayat dan kurang memberi tumpuan kepada nama huruf. Kanak-kanak dilatih menyebut huruf secara terasing dan kemudiannya menggabungkan dengan bunyi-bunyi huruf lain untuk membentuk suku kata

dan perkataan. Contoh lambang b bukannya bi tetapi disebut beh, a disebut ah dan begitulah seterusnya. Kaedah fonik ini sesuai diajar kepada kanak-kanak kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya. Amalan ini akan membolehkan mereka yang baru belajar membaca melakukan latihan sebutan perkataan-perkataan baru. Menurut Sofiah Hamid (1985: 1), selepas murid-murid mempelajari sejumlah perbendaharaan kata, mereka akan membandingkan unsur-unsur yang sama dalam perkataan-perkataan tersebut, dan kemudiannya membuat satu kesimpulan umum mengenai bunyi-bunyi yang terdapat dalam

perkataan-perkataan yang telah dipelajari. Contohnya, selepas murid-murid diajarkan perkataan-perkataan yang dimulakan dengan bunyi yang sama seperti mana, mama, makan, baju, bapa, bawa, mereka diajar melihat dan mengenal bahawa perkataan-perkataan itu bermula dengan huruf dan suku kata yang sama tetapi memberi makna yang berbeza-beza. Kaedah Seluruhan Perkataan (Tahap bacaan dan kefahaman). Kaedah inijuga dikenali dengan kaedah perkataan, kaedah rangkai kata, dan kaedah ayat. Kaedah ini lebih menumpukan kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan bantuan gambar untuk merujuk kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan bantuan gambar untuk merujuk benda yang dipamerkan itu.

Kanak-kanak dilatih untuk melakukan dua kemahiran di dalam satu masa, iaitu menyebutkan keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap rangsangan berbentuk gambar. Berbantukan gambar yang

dilabelkan berhampiran dengan perkataan tersebut, kanak-kanak boleh menyebut perkataan untuk mewakili maksud yang terdapat di dalam gambar tersebut. Kaedah Frasa. Seperti kaedah perkataan, kaedah ini pun

mementingkan unsur-unsur yang bermakna semasa permulaan pengajaran membaca. Kaedah ini berasaskan andaian bahawa frasa merupakan unit yang lebih besar daripada perkataan, dan dengan ini lebih menarik minat muridmurid daripada perkataan. Frasa-frasa yang bermakna boleh dibentuk dengan dua atau tiga perkataan yang mudah, contohnya: Ini meja Ini kerusi Itu buku Itu bola Frasa-frasa ini kemudiannya dipanjangkan untuk membentuk ayat-yat mudah, misalnya:

Ini meja saya Ini kerusi guru Itu buku saya Itu bola Ahmad Semasa mengajar, guru akan memilih frasa-frasa yang sesuai agar terdapat peningkatan dalam proses pengajaran, daripada yang senang kepada yang susah. Dengan cara ini juga perkataan-perkataan yang baru dapat

diperkenalkan. Kaedah Kalimat. Menurut kaedah ini, murid-murid terlebih dahulu diperkenalkan kepada kalimat-kalimat atau ayat-ayat yang pendek dan bermakna. Guru akan menulis dan membaca satu kalimat daripada pertuturan beberapa kali. Kemudian murid-murid disuruh mengulangi membaca kalimat tersebut. Sesudah itu perhatian murid-murid ditarik kepada perkataanperkataan yang membentuk kalimat itu. Perkataan-perkataan yang dipelajari kemudian disisipkan ke dalam kalimat-kalimat baru. Selepas itu barulah unsur-unsur suku kata dan huruf dalam perkataan diperkenalkan. Pengetahuan mengenai unsur-unsur kemudiannya digunakan untuk membentuk kemampuan mengenal perkataan baru secara tepat dan berdikari.

Rujukan: http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/ http://bakalguru.com Sofiah Hamid