Anda di halaman 1dari 10

MENGURUS STRES

ATASI STRES DARIPADA MEMUDARATKAN

Buku ditulis oleh: Mohd Taib Dora Hamdan Abd Kadir

KANDUNGAN BUKU
Buku ini dapat dibahagikan kepada 9 bab iaitu: Pengenalan Konsep Stres Mengurus Stres dalam Islam Punca-punca Stres Simptom dan Petanda Stres Stres di Tempat Kerja Mengendalikan Stres Mengurus Stres di Tempat Kerja Pendekatan Komunikasi Menangani Stres Aroma Terapi sebagai Alternatif Menangani Stres Penutup

PENGENALAN KONSEP STRES


Situasi stres dalam hidup manusia dapat mengubah nasib diri sama ada kepada yang positif atau negatif. Setiap individu akan memberikan reaksi dan tindak balas yang berbeza-beza. Setiap orang juga mempunyai cara tersendiri bagi mengatasi stres. Ada individu yang mampu menghadapi stres dengan mudah. Ada juga yang terpaksa mendapatkan bantuan dan sokongan orang lain. Perbezaan ini dapat menentukan kejayaan dan kegagalan seseorang itu mengurus stres dalam hidupnya.

DEFINISI KONSEP STRES


Perkataan stres berasal daripada eustres yang bermaksud dapat menyesuaikan diri atau stres yang membina.

distres yang bermaksud tidak dapat menyesuaikan diri


ataupun dapat merosakkan diri. Stres adalah situasi yang mengganggu ataupun membina kehidupan seharian. Sres daripada sudut bahasa ialah tekanan yang merupakan fitrah kehidupan (Harussani Zakaria 2004:1) Secara asas, konsep stres adalah sebagai pencetus atau tindak balas yang membaw a kepada perubahan di dalam tubuh kesan daripada interaksi antara seorang itu dengan alam sekeliling.

STRES DI TEMPAT KERJA


Stres di tempat kerja adalah isu utama yang sering dikaitkan dengan produktiviti dan prestasi kerja semasa. Boleh dirumuskan sebagai Tindak balas emosi,

kognitif, tingkah laku dan psikologi yang mendatangkan kesan positif sama ada di tempat kerja, persekitaran kerja dan organisasi kerja itu sendiri.

Stres boleh mengakibatkan sesuatu tindakan emosi dan tingkah laku yang di luar jangkaan hasil kebimbangan dan ketegangan. Stres di tempat kerja berpunca daripada kerisauan yang keterlaluan tentang sesuatu perkara yang di luar kawalan kita.

FAKTOR STRES DI TEMPAT KERJA


Suasana bising Jadual kerja Perbezaan taraf pekerjaan Peraturan Pencemaran di tempat kerja Pekerjaan yang membosankan Ancaman diberhentikan kerja Konflik Komunikasi Umur Jawatan Keluarga Penerimaan masyarakat

Kemajuan sains dan teknologi Pekerjaan yang mencabar Jantina Pengurusan masa Rakan sekerja Pertukaran tempat kerja Perhatian masyarakat Keselamatan

PERTIMBANGAN PENGENDALIAN STRES


Keberanian Peneriman Perasaan Mendengar dan memerhati keadaan badan Ekspresi Sahabat Sokongan Bertindak Langkah demi langkah Menukar perspektif Falsafah kehidupan Pemikiran positif
Reaksi dalaman Kesyukuran Mengeluarkan peluh Khidmat Menilai punca stres Mengenal pasti sahsiah diri Gerak balas lawan ataupun lari Perubahan fisiologi Manfaatkan aras stres

LANGKAH MENGURUS STRES DI TEMPAT KERJA


Elakkan melakukan kerja melampau dalam jangka masa yang panjang Tidak membaw a kerja balik ke rumah Luangkan masa bercuti Jalinkan hubungan baik Tidur yang mencukupi Lakukan senaman ringan Elakkan kafein yang berlebihan Mendengar muzik Cara berkomunikasi dengan orang lain Sentiasa berfikiran positif Tingkatkan keyakinan diri Persekitaran dan suasana pejabat yang selesa Memelihara binatang peliharaan Mengurus masa dengan betul dan sistematik Aroma terapi sebagai alternatif menangani stres

PENUTUP
Fenomena stres pada zaman ini berkembang pesat disebabkan faktor manusia itu sendiri. Dari perspektif Islam, konsep tekanan atau stres adalah fitrah dalam kehidupan manusia. Cuma terpulang bagaimana seorang itu menghadapi dan mengaplikasikan stres di dalam kehidupannya.

PENAWAR TERBAIK KEPADA TAKUT TIDAK DAPAT MELAKUKAN SESUATU, ADALAH DENGAN TERUS MELAKUKANNYA.