Anda di halaman 1dari 8

Selamat pagi dan salam sejahtera diucapkan kepada semua.

Pagi ini kita berkumpul di dewan ini untuk meraikan persaraan seorang orang lama yang juga merupakan orang kuat atau dalam bahasa Inggerisnya, big gun/senapang besar SMK Ayer Tawar.

Orang yang saya maksudkan itu ialah Encik Lee Ting Yun : seorang guru yang walaupun umurnya sudah tua tapi orangnya masih muda. Walaupun sudah nak bersara tapi badannya tetap kuat dan sihat. Begitulah Encik Lee Ting Yun yang persaraannya kita raikan hari ini! ________________________________________________________

Hadirin dan hadirat sekalian, upacara pada pagi ini dimulakan dengan satu persembahan nyanyian daripada seorang pelajar

Tingkatan 2 yang akan mendendangkan sebuah buah lagu Cina.

Daripada nyanyian, kita berhibur pula dengan sebuah tarian persembahan pelajar-pelajar Tingkatan 2 juga.

Majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil guru yang akan disampaikan oleh En Liew Tiew Lean, salah seorang kawan baik En Lee. Dengan segala hormatnya dijemput En. Liew untuk menyampaikan ucapannya.. Majlis ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas ucapan yang diberi. ________________________________________________________ Seterusnya kita dengar pula ucapan daripada Pn Toh Mee Sing, Pengetua Cemerlang SMK Ayer Tawar, yang juga merupakan bos kepada En Lee. Majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Pengetua untuk memberi sepatah dua kata. Dengan segala hormat, dipersilakan.Ribuan terima kasih di ucapkan kepada tuan pengetua atas ucapannya tadi. ________________________________________________________ Pada zaman yang moden ini, kita tidak dapat lari daripada penggunaan multimedia sebagai satu alat untuk berkenalan di antara satu sama lain. Sebentar nanti, hadirin dan hadirat sekalian akan melihat, dengan mata kasar sendiri, sebahagian daripada sejarah hidup En Lee terpampang di atas layar di belakang saya. Ayuh, marilah kita sama-sama tonton satu sedutan klip video yang disediakan khas untuk upacara hari ini.

Kita sudah dengar daripada kawan baik En Lee. Kita sudah dengar daripada bos En Lee. Kita juga sudah tonton tayangan video klip tentang En Lee. Sekarang tiba pula giliran untuk kita dengar daripada mulut yang diraihkan itu sendiri. Maka majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput En Lee ke depan untuk menyampaikan amanat terakhirnya kepada pelajarpelajar.. Begitulah ucapan terakhir daripada En Lee. Mudahmudahan kita dapat mengambil ikhtibar daripada apa yang

disampaikan. ________________________________________________________ Para hadirin sekalian, setelah berjuang selama lebih daripada 36 tahun dalam bidang pendidikan, sekarang tibalah masanya untuk En Lee menikmati hasil daripada titik peluhnya. Dengan bangganya. pihak majlis ingin menjemput (1) Tuan Pengetua untuk menyampaikan Jabatan Pelajaran sijil Perak

penghargaan kepada En Lee. (2) Ini diikuti

daripada

oleh

pemberian

cenderahati

daripada

Lembaga Pengelola, PIBG dan Pertubuhan Murid Tua. Di jemput wakilnya..untuk menyampaikan

hadiah.

(3)

Seterusnya, Kakitangan.

hadiah

daripada

Kelab

Guru

dan

(4)

Diikuti pula hadiah daripada Cikgu .dan rakanrakan.2x

(5) (6) (7) (8)

Hadiah daripada pasukan pancaragam(Ada 2 hadiah). Hadiah daripada Kelab Pencegahan Jenayah. Hadiah daripada Pengawas Hadiah daripada Kelas

Walaupun hadiah di pentas sudah habis diberi tapi ada yang lebih besar menanti

hadiah

En Lee. Selepas Tahun Baru Cina ini,

Kerajaan Malaysia juga akan memberi satu ang pau yang sangat besar kepada En Lee sebagai membalas jasa-jasa beliau dalam bidang pendidikan. Jadi lepas cuti ini, En Lee tak payah datang sekolah lagi. Hari-hari boleh duduk rumah, goyang kaki, ada duit masuk dalam poket! Sekarang tahu mengapa En Lee asyik senyum saja hari ini? ________________________________________________________

Sebagai satu tanda kesyukuran, En Lee telah bermurah hati menyumbang bukan satu tapi dua ang pau yang besar untuk sekolah, iaitu sebanyak RM 500 untuk PIBG sekolah dan RM 500 untuk Kelab Guru dan Kakitangan sekolah.

Sesungguhnya

pihak

sekolah

amat

menghargai

segala

pengorbanan dan sumbangan yang dicurahkan oleh En Lee selama 22 tahun beliau berada di sekolah ini.

Sebelum mengakhiri majlis ini, ada satu surprise untuk En Lee. Tanpa pengetahuan En Lee, ada beberapa orang guru telah berpakat, BUKAN untuk mencuri ang pau besar yang akan diterima oleh En Lee, tetapi untuk membeli satu biji kek untuk merayakan hari jadi En Lee yang akan jatuh di hujung bulan ini. Maka majlis dengan ini ingin menjemput En Lee ke depan untuk upacara memotong kek. Sambil itu, marilah kita sama-sama

menyanyikan lagu Happy Birthday. Untuk makluman hadirin sekalian, kek tadi telah disumbangkan oleh En Liew, En Ngu Kee Shing, Pn See, En Ling Siang Hoi dan

saya.

Tuan

Pengetua

turut

menyumbang

apabila

mengetahui

rancangan untuk merayakan hari jadi En Lee. Mudah-mudahan dengan memakan kek tadi, zaman persaraan En Lee akan bertambah lebih manis lagi. Selamat Bersara En Lee! __________________________________________________

(Dengan berakhirnya majlis pada pagi ini, pelajar-pelajar diminta, sekarang juga, untuk berbaris di bahu kiri dan kanan jalan sehinggalah ke pintu sekolah supaya dapat mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada seorang guru yang sangat kita sayangi dan hormati. Sekian)

Disediakan : Ling Ming Hook

Anda mungkin juga menyukai