Anda di halaman 1dari 2

1.

4 Penggunaan Carta Bintang Carta Bintang (Planisphere) ialah alat yang menunjukkan buruj dan bintang yang kita lihat pada waktu malam. Carta Bintang perlu digunakan jika kita ingin mencerap bintang atau Buruj. Dengan sedikit pengetahuan tentang bintang pun kita akan mudah menggunakan carta Bintang. Binaan Carta Bintang Carta Bintang jenis ini terdapat dua sudut pandangan: 1. Langit dilihat merujuk ke Kutub Utara 2. Langit dilihat merujuk Ke Kutub Selatan Carta Bintang ini terdiri dari dua bahagian utama: 1. Sampul Bahagian berwarna hitam 2. Cakera kertas boleh diputar mengikut arah jam atau lawan jam

Sampul Pada tingkap sampul terdapat terdapat garisan dan titik yang bertanda kuning. 1. Titik kuning menandakan waktu tempatan (dari 6 ptg hingga 6 pagi) 2. Garisan melengkung berwarna kuning, adalah garis tengah langit (meridian) yang menghubungkan kutub timur ke Barat. Dan pada garis ini juga terdapat satu titik yang berada di tengah-tengah langit yang di istilahkan sebagai Zenith.

Cakera Kertas

Pada cakera kertas dicetak maklumat tentang bulan(Jan-Dis) dan pada setiap pecahan bulan tersebut di tandakan dengan skala yang lebih kecil yang menunjukkan bilangan hari pada setiap bulan tersebut.

Cara Penggunaannya Sebagai contoh, Jika kita ingin mencerap langit 1. Bulan Mac 2. Haribulan 23 3. Jam 8 mlm (20.00 mlm) 4. Menghadap ke Kutub Selatan - putarkan cakera kertas agar berkedudukan seperti di bawah :

Disini kita akan dapati buruj yang akan kelihatan paling hampir dengan titik Zenith di sebelah Timur ialah Buruj Hydra http://keterehsky.wordpress.com/2010/05/26/1-4-penggunaan-carta-bintang/

Anda mungkin juga menyukai