Anda di halaman 1dari 10

HOME POSTS RSS COMMENTS RSS

=TETINGKAP WANIE=
Pita Suara Saya ^_^ =SeLaMaT dAtANg=

Blog Yang Diikuti Popular Posts

Jenis-jenis Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN Terdapat pelbagai pentaksiran, antaranya adalah seperti pentaksiran kemahiran pembelajaran asas,pentaksiran kemah...

Masalah Bahasa Dan Komunikasi Kanak -Kanak Autisme

Pengenalan Masalah bahasa dan komunikasi seringkali terjadi pada kanak-kanak yang berkategori kanak-kanak khas. Antara contoh kanak-kanak y...

Unsur-Unsur Dalam Perlembagaan

1.0 Unsur-unsur Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan merupakan suatu suratan atau suratcara yang mengandungi semua undang-unda...

Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merupakan kanak-kanak yang berhadapan dengan kebatasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh kepe...

Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

PENTAKSIRAN Pentaksiran adalah merupakan satu pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menter...

Cara Cara Mengatasi dan Trenda Yang Akan Digunakan Pada Masa Akan Datang

1.1 Isu: Program Intergrasi/ Pelabelan dan Pengasingan Bagi mengatasi masalah ini, program intergrasi yang wujud di sekolah yang ini harusl...

Updates!! Isu-Isu Dalam Pendidikan Khas

Isu-Isu Dalam Pendidikan Khas 1.1 Isu: Program Intergrasi/ Pelabelan dan Pengasingan Program intergrasi dalam pendidikan khas telah pun di...

Faktor yang mendorong tingkah laku bermasalah kanak -kanak berkeperluan khas

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya masalah tingkah laku adalah disebabkan faktor persekitaran. Hal ini kerana,sesetengah kanak-kanak ...

Teori Pembelajaran Matematik

PENGENALAN Matematik dikatakan bersifat abstrak dan sukar untuk ditakrifkan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Micheal Berknopf (1999) di dal...

Search This Blog


Search

segala penulisan adalah hasil karya sendiri oleh hazwani azmi. Sebarang plagiat tidak dibenarkan. Powered by Blogger. Sunday, October 3, 2010

Unsur-Unsur Dalam Perlembagaan


1.0 Unsur-unsur Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Perlembagaan merupakan suatu suratan atau suratcara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi mewujudkan sebuah negara yang moden. Undang-undang inilah yang menjadi punca bagi kesemua undang-undang, sama ada yang sudah atau yang akan dibuat. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan: kerana jika bertentangan nescaya terbatallah undangundang itu (Mohd Salleh Abas, 1987). Perlembagaan yang digambarkan oleh Joseph M. Fernando (2007) ialah merangkumi kepercayaan, keinginan dan tolak ansur dalam masyarakat pada waktu ia dirangka. (diterjemah daripada buku The Making of the Malayan Constitution).

Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu perlembagaan bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis mengandungi 3 sifat iaitu perlembagaan itu kukuh, sukar dipinda melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan yang membolehkan ia berbuat demikian. Sifat kedua ialah tentang kuasa Parlimen. Pada kebiasaannya, Parlimen hanya mempunyai kuasa membuat undang-undang yang sudah terdapat dalam perlembagaan itu dan tidak bertentangan dengan kebebasan asasi. Sifat yang ketiga ialah mengenai tugas mahkamah. Mahkamah bertanggungjawab untuk mentafsir perlembagaan dengan jelas dan muktamad. Dalam erti kata lain mahkamah ialah penjaga perlembagaan. Kebanyakan negara di dunia ini adalah tertakluk kepada perlembagaan jenis ini termasuk negara kita Malaysia.

Perlembagaan tidak bertulis pula wujud kerana kesemua prinsip mengenai perlembagaan tidak terkumpul dalam

satu suratan. Apabila sesebuah negara tidak mempunyai satu suratan yang mengandungi prinsip perlembagaan seperti ini, bukanlah bermakna negara tersebut tidak mempunyai perlembagaan. Ini bermakna, prinsip perlembagaan negara tersebut bertaburan dalam beberapa Akta Parlimennya, keputusan-keputusan mahkamah dan lebih-lebih lagi dalam konvensyen perlembagaan dan juga dalam fikiran dan pendapat pendita-pendia dan ulama-ulama terkenal dan terkemuka. Contoh negara yang mempunyai perlembagaan tidak bertulis ialah United Kingdom. Pun begitu, K. C. Wheare (1993) telah mentakrifkan kerajaan berperlembagaan sebagai kerajaan yang dibatasi oleh terma perlembagaan, dan bukan kerajaan yang dibatasi oleh kehendak dan kemampuan mereka yang melaksanakan kuasa.

Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia,terdapat 4 unsur penting yang melatari pembetukan perlembagaan ini. Unsur tradisi juga merupakan satu kontrak sosial yang telah dipersetujui semasa menggubal Perlembagaan (Shamsul Amri Bharuddin, 2008). Menurut Mohd Salleh Abas(1985), unsur-unsur tersebut ialah Kesultanan atau pemerintahan Beraja, Agama Islam, Bahasa Melayu dan Kedudukan Istimewa orang Melayu. Unsur-unsur ini diperlukan untuk kestabilan serta kemajuan negara dan memainkan peranan penting dalam perjalanan Perlembagaan.

1.1 Kesultanan atau Pemerintahan Beraja Orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja selama berabad-abad lamanya. Semasa zaman penjajahan British, Sultan-sultan masih diterima sebagai pemerintah berdaulat dan memiliki kuasa penuh dalam negeri masing-masing walaupun pada masa yang sama mereka perlu menerima nasihat daripada pegawaipegawai British sebagai Residen atau Penasihat British. Kedaan ini berlanjutan sehingga menjelang hari kemerdekaan. Pada tahun 1046, Malayan Union diperkenalkan oleh British sekaligus memyebabkan kebanyakn sultan-sultan kehilangan kuasa mereka kerana pihak British memerintah secara langsung negara ini. Hal ini telah menyebabkan orang Melayu bersatu dan menentang Malayan Union dan hasilnya pada tahun 1948 Perjanjian Persekutun Tanah Melayu diperkenalkan. Perlembagaan ini sedikit sebanyak telah mengembalikan Raja-raja Melayu kepada kedudukan asal mereka.

Apabila negara mencapai kemerdekaan, institusi pemerintahan beraja diteruskan dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan. Dengan itu, Raja-raja dikehendaki menerima nasihat daripada menteri-menteri mereka dan bertindak menurut nasihat-nasihat itu. Raja-raja ini bertindak sebagai ketua agama Islam bagi negeri masing-masing.

Yang di-Pertuan Agung pula dilantik dari kalangan Raja-raja sembilan buah Negeri Melayu dan bertindak sebagai kepala utama bagi Persekutuan. Baginda diberi kuasa memerintah Persekutuan namun sebagai raja berperlembagaan. Ahmad Ibrahim & Ahilemah Joned(2005) menyatakan bahawa kedudukan Yang di-Pertuan Agong ialah seakan-akan Baginda Queen di England. Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak atas nasihat

Kabinet Baginda atau seorang Menteri yang diberi kuasa oleh Kabinet. Baginda juga merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan dan mempunyai kuasa mengampun dan menangguhkan hukumanhukuman orang-orang yang telah disabitkan oelh mahkamah tentera dan bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selain itu, baginda mempunyai kuasa membuat pelantikan-pelantikan yang penting bukan sahaja menurut Perlembagaan tetapi juga menurut Akta-akta Parlimen seperti melantik hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi.

Pada tahun 1948, melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan Majlis Raja-raja yang mempunyai sekretariat tetap diketuai oleh seorang pegawai dengan gelaran Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Majlis yang terdiri daripada Sultan-sultan dan Yang Dipertua Negeri, berfungsi dalam: 1) Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong menurut peruntukan Jadual Ketiga; 2) Mempesetujui atau tidak mempersetujui supaya sebarang perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan: dan 3) Mempersetujui atau tidak mempersetujui sebarang undang-undang dan membuat nasihat ke atas sebarang perlantikan yang di bawah Perlembagaan ini memerlukan persetujuan Majlis ini atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan majlis itu. (Mohd Salleh Abas, 1987)

Perlembagaan memperuntukan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Berhubung dengan Raja-raja lain, kedaulatan prerogati kuasa dan bidang kuasa mereka tidak tersentuh dan tidak ada tindakan apa pun jua dalam mana-mana mahkamah boleh dikenakan ke atas Raja mana-mana Negeri atas sifat dirinya sendiri. Begitu juga dengan kedaulatan kuasa dan bidang kuasa Pembesar-pembesar memerintah Negeri Sembilan dalam wilayah masing-masing dan mereka juga kebal daripada tindakan mahkamah atas sifat diri masing-masing.

1.2 Agama Islam

Agama Islam telah menjadi agama orang Melayu sejak 500 tahun dahulu. Tidak hairanlah dalam Perkara 160 Perlembagaan Malaysia, seorang Melayu didefinisikan sebagai seseorang yang beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Ketika zaman penjajahan Portugis dan Belanda di Tanah Melayu, mereka berhasrat untuk menukarkan agama Islam orang Melayu kepada agama Kristian namun usaha mereka gagal dek kerana orang Melayu pada masa itu yang sangat berpegang teguh kepada ajaran agama. Lantas mereka berjuang berhabis-habisan mempertahankan agama dan negeri mereka.

Sesudah Portugis dan Belanda meninggalkan Tanah Melayu, British pula datang namun soal agama Islam tidak diganggu lagi. Walaupun terdapat perjanjian-perjanjian antara British dan Raja-raja Melayu untuk menerima nasihat daripada British namun soal agama dikecualikan. Selepas Perang Dunia Kedua, apabila pihak British menukar peranan mereka daripada menjadi penasihat kepada mentadbir negara ini secara langsung dengan memperkenalkan Perlembagaan Malayan Union dalam tahun 1946, adat istiadat orang Melayu dan agama Islam juga tidak disentuh oleh kuasa mereka. Oleh itu, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Malaysia mengisytiharkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan membayangkan apa yang telah dipertahankan oleh orang Nelayu sepanjang masa, malah sebelum British masuk ke Malaysia.

Ketika penjajahan British, agama Kristian telah dibawa masuk ke Tanah Melayu. Agama agama lain seperti Hindu dan Buddha turut dibawa masuk oleh imigran India dan China. Oleh itu, walaupun Islam adalah agama Persekutuan, namun agama-agama lain tetap diberi pertimbangan untuk dianuti oleh penganut agama tersebut.

Oleh kerana agama Islam merupakan agama bagi Persekutuan, maka Kerajaan mempunyai keistimewaan untuk menubuhkan atau membantu menyelenggara institusi-institusi Islam dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan tersebut.. Berikutan dengan kuasa perlembagaan inilah Seksyen 36 dan 37 Akta Pelajaran 1961 dibuat dan mewajibkan mana-mana sekolah yang menerima bantuan kerajaan supaya memeruntukkan pengajaran agama Islam kepada pelajar-pelajar beragama Islam dengan syarat jumlah pelajar di sekolah itu tidak kurang daripada 15 orang.

1.3 Bahasa Melayu

Sebelum Perang Dunia Kedua, kebanyakan negeri-negeri Melayu menggunakan bahasa Melayu dengan meluas untuk tujuan rasmi seperti dalam mesyuarat, surat-menyurat, penulisan minit, juga dalam prosiding peundangan dan mahkamah.

Selepas perang, keadaan mula berubah dan mula menampakkan penghakisan sedikit demi sedikit penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. British lebih cenderung untuk memasukkan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi selain bahasa Melayu. Hal in terjadi kerana sistem common law British dan sistem Kerajaan British hasil dari Malayan Union dan Perjanjian Persekutuan. Apabila Malayan Union dibubarkan, Perjanjian Persekutuan Malayu yang menggantikannya masih mengekalkan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan Persekutuan, akan tetapi apa-apa yang perlu dicatat atau ditukar ke dalam bentuk penulisan mesti dilahirkan dalam bahasa Inggeris.

Oleh itu, apabila Semenanjung mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Perlembagaan Kemerdekaan telah

mengusulkan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi Persekutuan atau bahasa bagi Persekutuan, dengan cara yang sama sebagaimana agama Islam dinyatakan akan menjadi agama Persekutuan tanpa istilah `rasmi atau istilah `kebangsaan. Namun begitu, perkara tersebut masih belum dapat memuaskan hati para pemimpin Melayu ketika itu lantas Perkara 153(1) diluluskan untuk menguatkuasakan bahawa bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Hashim Yeop(1974) menyatakan bahawa istilah kebangsaan digunakan bertujuan untuk mewujudkan satu konsep kebangsaan dalam penggunaan bahasa apabila negara ini mencapai kemerdekaannya.

Mohd Salleh Abas(1987) menyatakan bahawa konsep memberi taraf kebangsaan kepada bahasa Melayu jauh lebih luas dan mempunyai lebih banyak kesan daripada pengiktirafannya sebagai bahasa rasmi semata-mata. Antara kesannya ialah bahasa ini secara langsung telah menjadi bahasa pengantaraan untuk digunakan dalam kesemua maksud rasmi dan bahawa semua bahasa lain, walaupun boleh diajar dan dipelajari, hanya boleh digunakan untuk tujuan selain daripada maksud rasmi.

Selain itu, apabila bahasa Melayu diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa Melayu telah memenuhi keperluan untuk menyatupadukan pelbagai kaum dalam usha menjadi sebuah negara yang bersatu melalui bahasa yang sama dan menjadi bahasa pengantar di negara ini sejak sekian lama.

1.4 Kedudukan Istimewa orang Melayu Melalui Perkara 153 Perlembagaan Malaysia, Yang di-Pertuan Agong telah diberi tanggungjawab yang berat untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri Sabah dan Sarawak dan juga kepentingan sah kaum-kaum lain.

Dalam perjanjian awal antara Raja-raja Melayu dengan Kerajaan Britih, tiada peruntukan untuk mengutamakan penduduk bangsa Melayu kerana Tanah Melayu pada ketika itu hanya dihuni oleh orang Melayu dan tiada sesiapa pun yang mempersoal akan hak dan kedudukan istimewaan orang Melayu. Namun keadaan telah berubah kerana terdapat ramai imigran dari China dan India dibawa masuk oleh pihak British untuk menjalankan kegiatan-kegiatan ekonomi mengikut kaum dengan orang China di lombong, orang India di ladang serta orang Melayu di kampung sebagai petani. Rentetan daripada peristiwa tersebut, orang Melayu merasakan mereka tidak dapat bersaing dengan para imigran ini baik dari segi pendidikan mahu pun ekonomi.

Lebih membimbangkan, British telah memperkenalkan Perlembagaan Malayan Union pada 27 Mac 1946 dan dilaksanakan pada 1 April 1946. Di bawah perlembagaan ini, hak dan keistimewaan orang Melayu bukan sahaja tidak disebut malah, kedudukan dan keistimewaan Raja-raja Melayu semuanya dikurangkan kepada hanya untuk maksud formaliti dan dalam perkara kecil-kecil sahaja. Keadaan ini telah memperlihatkan dengan jelas akan kehilangan sepenuhnya kedudukan orang Melayu, akan tetapi memberi keuntungan bagi kaum imigran

disebabkan pengiktirafan mereka oleh perlembagaan ini.

Walaubagaimana, setelah Malayan Union digantikan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, orang Melayu berjaya mendapatkan semula kedudukan dan tempat mereka di negara ini. Dengan itu, tugas melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain diberikan kepada Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan dan akhirnya diberi kepada Yang di-Pertuan Agong sehingga ke hari ini. Dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 160) Melayu ditakrifkan sebagai lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu, menganuti agama Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Setelah Sabah dan Sarawak memasuki Persekutuan pada tahun 1963, kedudukan istimewa bumiputera kedua-dua negeri ini turut berada di bawah tanggungjawab Yang diPertuan Agong.

Tanggungjawab ini turut merangkumi batas-batas Perlembagaan dan Undang-undang Persekutuan, melaksanakan dasar melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri Sabah dan Sarawak dan membuat persiapan untuk mereka dari segi jawatan di dalam perkhidmatan awam, danlam pemberian biasiswa dan bantuan atau lain-lain kemudahan pelajaran dan permit serta lesen yang diperlukan untuk perniagaan dan perdagangan. Baginda juga diberi kuasa untuk mengeluarkan arahan-arahan perlu kepada pihak berkuasa yang sesuai untuk memastikan dasar tersebut dipatuhi.

Kedudukan istimewa lain orang Melayu ialah berkaitan Perkara 86 dan 90 iaitu tanah rizab orang Melayu. Perkara ini bertujuan melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggara oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan perkhidmatan oleh orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan melayu, dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5) juga dianggap sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.

Kedudukan istimewa orang Melayu ini tidak mutlak tetapi diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum-kaum lain dan ianya dibatasi oleh beberapa peruntukan dalam Perlembagaan.

RUJUKAN

a) Buku

Ahmad Ibrahim & Ahilemah Joned. 2005. Sistem Undang-undang di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Yeop A. Sani. 1974. Bagaimana Undang-undang Kita Diperbuat. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Joseph M. Fernando. 2007. The Making of the Malayan Constitution. Malaysia: Academe Art & Printing Services Sdn. Bhd.

K. C. Wheare. 1993. Perlembagaan Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Salleh Abas. 1985. Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Salleh Abas. 1987. Sejarah Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shamsul Amri Baharuddin. 2008. Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur: Maskha Sdn. Bhd.

b) Internet

http://pkpmsm1.tripod.com/sejarah20n.htm

http://www.cikguazleen.com/2008/07/kontrak-sosial-dan-perlembagaanmalaysia.html Dicatat oleh wanie azmie di 6:00 AM

3 ulasan:

BLADE EDGE said... huh..pening baca undang2 dunia ni..sbb tu x ambik law..

BLADE EDGE
October 5, 2010 8:39 PM

wanie azmie said... hehe...=p


October 5, 2010 11:28 PM

poetaster_ said... tq pulak ngan ni...bnyk membantu~


February 11, 2012 11:41 PM

Post a Comment
Newer Post Older Post Subscribe to: Post Comments (Atom)

Subscribe To
Posts Comments

Feedjit JENGUKLA KE SINI


AHLAN WASAHLAN

Blog Archive
2011 (6) 2010 (12) o November (1) o October (3) Mahu turunkan berat badan anda?? Unsur-Unsur Dalam Perlembagaan Teori Pembelajaran Matematik o September (1) o August (7)

About Me
w a n ie a z m ie
im transforming~ View my complete profile

Followers
C o p y r i g h t =TETINGKAP WANIE=. A l l r i g h t s r e s e r v e d . Blogger template c r e a t e d b y Templates Block W o r d p r e s s t h e m e b y Generic WP Themes

Anda mungkin juga menyukai