Anda di halaman 1dari 23

BUDAYA DAN KOMUNIKASI1

UNIT PELAJARAN 6 BUDAYA DAN KOMUNIKASI


HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir unit ini, anda diharapkan dapat; 1. Menerangkan maksud budaya dan konsep-konsep yang berkaitan dengannya. 2. Membincangkan hubungan budaya dan komunikasi. 3. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan, perubahan dan pengadoptasian budaya. 4. Membincangkan masalah-masalah yang wujud dalam komunikasi antara budaya. 5. Membincangkan kesan-kesan baik dan buruk komunikasi antara budaya.

PENDAHULUAN
Sebelum ini, kita telahpun menyentuh pelbagai aspek tentang komunikasi. Sekarang kita cuba memperluaskannya lagi dengan membincangkan tentang budaya dan komunikasi. Dalam bab ini, kita terlebih dahulu akan memdefinisikan budaya dan elemen-elemen yang terangkum di dalam budaya itu. Kita juga akan menyentuh tentang perbezaan budaya dan bagaimana ia mempengaruhi corak dan pola-pola interaksi dalam kalangan masyarakat. Seterusnya, kita akan memperkatakan tentang masalah-masalah yang timbul dari perbezaan atau pertembungan budaya dan bagaimana mewujudkan kesefahaman budaya. Akhirnya, kita akan membincangkan tentang perkembangan, perubahan, dan pengadoptasian budaya dalam era globalisasi serta implikasi-implikasi terhadap sistem komunikasi.

APAKAH BUDAYA?
Budaya merupakan satu konsep yang sering kita sebut tetapi tidak ramai orang yang dapat menjelaskan dengan baik dan terperinci. Devito (2009) menyatakan budaya mengandungi dua aspek utama iaitu; pertama, secaranya relatifnya mempunyai elemen-elemen khusus tentang cara hidup suatu kumpulan manusia. Kedua, diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi melalui proses komunikasi dan bukannya genetik. Menurutnya, budaya adalah segala-gala yang dibentuk dan dihasilkan oleh sesuatu masyarakat itu seperti nilai, kepercayaan, artifak, bahasa, cara bertingkahlaku dan berfikir, lukisan, undang-undang, agama, stail komunikasi dan teori-teorinya serta sikap. Amalan-amalan ini diajar dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi melalui proses komunikasi dan tidak ada kaitan dengan faktor-faktor genetik atau darah keturunan. Ia dalah warisan cara hidup dan amalan masyarakat tersebut. Trenholm dan Jensen (2009) menyebut budaya sebagai nilai dan kepercayaan, norma dan adat, peraturan-peraturan dan kod-kod, yang didefinisikan secara sosial oleh sekumpulan

BUDAYA DAN KOMUNIKASI2

masyarakat, mengikat mereka antara satu sama lain dan mewujudkan suatu kelaziman atau persamaan kepada mereka. Inilah yang membentuk kelainan atau perbezaan antara satu masyarakat dengan masuarakat yang lain. Ia menentukan cara masyarakat itu berfikir, menanggap dunia ini, membina hubungan dengan orang lain, bagaimana ia membentuk dan mencapai matlamat dan bertukar-tukar mesej. Budaya adalah cara hidup yang dibina dan dikongsi oleh sekumpulan manusia dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Ia terbina dari pelbagai elemen yang kompleks termasuklah agama, sistem politik, adat resam, bahasa, peralatan-peralatan, pakaian, bangunan dan cara bekerja. Ia juga merangkumi cara pergaulan, percakapan, adat istiadat perkahwinan, makanan, cara bekerja, berfikir, dan sebagainya lagi (Tubbs & Moss, 2010). Berdasarkan kepada definisi-definisi di atas, dapatlah dikatakan bahawa budaya adalah amalan dan cara hidup sesuatu masyarakat yang diajarkan dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi melalui proses enkulturasi supaya ia terus berkesinambuangan dan menjamin kelangsungannya serta menjadi faktor pengikat atau penyatuan kepada anggota masyarakat itu. Jadi, cara hidup masyarakat kini merupakan menifestasi daripada amalan, cara hidup dan tingkahlaku masyarakat sebelumnya. Ia tidak mempunyai kaitan dengan genetik atau faktor keturunan sebaliknya merupakan sistem kehidupan yang diamalkan dan mencakupi segenap institusi yang terdapat di dalam masyarakat itu seperti institusi kekeluargaan, kewangan, politik, kemasyarakatan, perundangan, pendidikan, ekonomi, sosial, kepercayaan dan keagamaan. Budaya berubah dari semasa ke semasa mengikut citarasa, kehendak, keperluan masyarakat atau melalui proses akulturasi iaitu proses dimana budaya itu dimodifikasi melalui perhubungan atau pendedahan dengan budaya lain (Devito, 2009). Sebagai contoh, kita lihat bagaimana pendatang-pendatang Indonesia yang berada di Malaysia mengubah cara mereka berpakaian, bercakap dan bertingkahlaku. Budaya berbeza dari satu masyarakat ke satu masyarakat yang lain. Budaya tidak hanya tertakluk kepada Negara seperti Malaysia, Indonesia, Jepun dan sebagainya malahan juga bangsa seperti budaya Melayu, Cina, India, Hispanic dan Arab. Budaya juga wujud dalam pelbagai konteks lain seperti organisasi dan institusi. Kita sering mendengar orang menyebut budaya organisasi (Matsushita, Sanyo, IBM, Nyundai), institusi seperti university awam dan swasta, sekumpulan manusia seperti budaya mat rempit, budaya kerja (budaya kerja cemerlang) dan sebagainya lagi. Budaya dan bahasa saling berkaitan kerana transmisi budaya dilakukan melalui bahasa atau komunikasi (Pearson dan rakan-rakan, 2011). Islam tidak meletakkan institusi agama di bawah budaya sebagaimana yang dilakukan oleh sarjana-sarjana barat. Bagi Islam, segala institusi yang dinyatakan seharusnya diletakkan di bawah Islam itu sendiri kerana Islam mengatasi segala-galanya dan ia merupakan cara hidup. Sebarang perubahan yang berlaku pada mana-mana institusi atau budaya itu mestilah dalam ruangan lingkup yang dibenarkan oleh Islam. Perubahan yang dibenarkan oleh Islam mestilah tidak bertentangan dengan hukum hakam Islam. Umpamanya, dari segi cara berpakaian, Islam membenarkan fesyen tetapi mestilah menutup aurat. Islam membenarkan umatnya meminjamkan wang tetapi mengharamkan riba. Dari segi komunikasi, Islam menggalakkan perbincangan dan musyawarah tetapi mestilah berpaksikan kebenaran bukan mengikut suara

BUDAYA DAN KOMUNIKASI3

majoriti. Islam membenarkan penggunaan media baru tetapi bukan untuk menyampaikan gambar-gambar lucah dan menaburkan fitnah. Sebaliknya, kalaulah agama itu diletakkan di bawah budaya, sebarang perubahan yang berlaku pada budaya, akan turut mengubah amalan agama itu. Contohnya, apabila manusia mengubah cara pergaulannya, dari pergaulan yang terhad mengikut agama kepada pergaulan bebas lelaki dan perempuan, maka agama terpaksa merelakannya. Begitu juga dalam sektor perbankkan, bilamana manusia mengatakan institusi kewangan hendaklah mengamalkan riba bagi memperolehi keuntungan, agama juga terpaksa membenarkannya. Itulah yang telah berlaku di Barat. Oleh yang demikian, pentafsiran budaya mengikut Islam dan Barat amatlah berbeza. Walau bagaimanapun, dalam membincangkan budaya dan komunikasi ini, kita hanya menyentuh tentang amalan-amalan yang biasa dilakukan oleh sesuatu budaya dan tidaklah memperkatakannya secara mendalam.

KENAPAKAH BUDAYA PENTING DALAM KOMUNIKASI?


Devito (2009) menyatakan terdapat lima sebab kenapa budaya penting dalam komunikasi iaitu (1) perubahan demografi (2) peningkatan sensitivity terhadap perbezaan budaya (3) saling kebergantungan dalam ekonomi (4) kemajuan dalam teknologi maklumat, dan (5) kompeten komunikasi khusus pada sesuatu budaya iaitu apa yang boleh pada satu budaya tidak semestinya boleh pada budaya yang lain.

Perubahan Demografi
Dalam era globalisasi ini manusia lebih bebas bergerak kerana terciptanya pelbagai jenis kenderaan dan kemudahan-kemudahan pengangkutan. Migrasi manusia berlaku dari satu Negara ke satu Negara yang lain. Ini menyebabkan berlakunya pertembungan dan percampuran budaya dan malah mungkin mewujudkan budaya baru. Jika sebelumnya hanya satu budaya sahaja yang terdapat di kawasan itu tetapi setelah berlakunya proses migrasi, menyebabkan wujudnya pelbagai budaya. Fenomena ini telah mengubah keadaan demografi setempat. Untuk melihat fenomena ini, kita tidak perlu pergi ke Negara lain. Lihat sahaja Negara kita, Malaysia. Dari segi sejarahnya, penduduk asal Negara ini ialah orang Melayu. Akan tetapi, setelah British memerintah Negara ini, mereka telah membawa ramai orang-orang Cina dan India untuk bekerja di sini dan dengan itu berlakulah pertembungan budaya Melayu, Cina dan India. Kini, dengan berkembangnya sistem pendidikan dan sektor pekerjaan di Negara ini, Malaysia telah menerima kemasukan rakyat asing yang melimpah-limpah dan proses pertembungan budaya itu menjadi semakin ketara. Dengan itu, kegiatan-kegiatan komunikasi antara budaya menjadi semakin penting dan signifikan.

Saling Kebergantungan Ekonomi


Dewasa ini kebergantungan ekonomi antara satu Negara dengan Negara yang lain merupakan satu fenomena biasa. Ini kerana sebuah Negara itu tidak dapat menghasilkan semua barangan yang diperlukannya akibat halangan pelbagai faktor seperti cuaca, kepakaran, kemudahan,

BUDAYA DAN KOMUNIKASI4

teknologi, kos pengeluaran dan sebagainya lagi. Maka, berlakulah kegiatan import-export yang luas antara Negara. Contohnya, Malaysia mengeksport barangan elektronik dan minyak ke Jepun tetapi dalam masa yang sama mengimport produk-produk Jepun seperti kereta dan berbagai jenis jentera. Saling kebergantungan ekonomi ini juga boleh dilihat dari segi operasi syarikat-syarikat yang berstatus multi-national. Kegiatan mereka yang merentasi Negara dan budaya menjadikan operasinya begitu mencabar dan memerlukan kemahiran yang tinggi dalam komunikasi antara budaya. Umpamanya, syarikat-syarikat Jepun yang beroperasi di Malaysia bukan hanya mengambil rakyat Malaysia sebagai pekerjanya bahkan juga menggunakan kemudahankemudahan yang kita sediakan seperti kemudahan pengangkutan, insuran, perbankkan dan sebagainya lagi.

Teknologi Komunikasi
Revolusi teknologi maklumat yang sedang melanda kita ketika ini amat memungkinkan berlakunya pertembungan budaya. Kita bukan hanya mudah untuk mendapatkan maklumat tetapi dapat menyaksikan secara langsung bagaimana peristiwa itu berlaku. Pengebomam di Afghanistan, peperangan di Iraq atau perlawanan akhir bola sepak Juara-juara Kelab Eropah dapat kita saksikan secara langsung walaupun kita berada jauh dari lokasinya. Penyebaran maklumat melalui internet, facebook, e-mail dan sebagainya merancakkan lagi kegiatan komunikasi manusia. Dalam pada itu, krisis nilai, konflik agama, ketegangan kaum, salah tafsir, prejudis bangsa dan pelbagai masalah lagi boleh berlaku pada bila-bila masa sekiranya teknologi maklumat digunakan tanpa berhati-hati.

Sensitiviti Budaya
Masyarakat sering menyanjung dan memandang tinggi budaya yang diamalkannya dan akan mempertahankannya dengan apa cara sekalipun. Mereka menjadi amat sensitif apabila amalan budayanya dikritik dan dicemuh. Di satu pihak, manusia suka memandang rendah dan mencemuh budaya orang lain dan sering menganggap budayanya lebih superior. Dengan mempelajari dan memahami budaya masyarakat lain, membantu seseorang itu meningkatkan kesedaran terhadap sensitivity budaya masyarakat berkenaan. Dengan itu, wujudlah toleransi budaya dan ini merupakan kaedah penting dalam menggalakkan komunikasi antara budaya dan membantu mewujudkan keharmonian hidup manusia sejagat. Lebih-lebih lagi apabila manusia hari ini mempunyai daya mobiliti yang tinggi dan bekerja bukan hanya di dalam budayanya, malahan di dalam budaya masyarakat lain.

Kompeten Komunikasi
Tidak semua apa yang dilakukan di sesuatu budaya boleh dilakukan dan diterima oleh budaya yang lain. Bagi orang Asia, khususnya masyarakat Malaysia, kesopanan dalam berkomunikasi amat dititik beratkan. Mereka lebih suka mendengar dan tidak akan bercakap secara semberono. Ini jauh berbeza dengan masyarakat Amerika yang bebas untuk meluahkan idea dan pandangannya. Oleh itu, sekiranya orang Amerika mempengerusikan mesyuarat dan ia mengharapkan partisipasi ahli sama seperti mesyauarat dalam kalangan masyarakat Amerika,

BUDAYA DAN KOMUNIKASI5

ia akan mengalami kekecewaan. Sebaliknya, kalaulah orang Malaysia mempengerusikan mesyuarat yang ahli-ahlinya terdiri daripada orang Amerika, ia juga mungkin mengalami kekecewaan kerana sukar untuk mengawal mereka. Justeru itu, sesuatu perkara yang efektif di dalam sesuatu budaya tidak semestinya efektif juga dalam budaya lain. Satu contoh lagi yang boleh kita lihat ialah perlaksanaan Kumpulan Kawalan Mutu (KKM) atau Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMMK) yang kini dikenali juga sebagai Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK). Walaupun pencetus idea ini ialah Dr Damming dari USA, namun ianya gagal dilaksanakan di Negara itu kerana sikap dan sifat bekerja masyarakat USA yang begitu individualistik. Sebaliknya, apabila idea ini di bawa ke Jepun, ianya dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan sehingga menjadi satu amalan penting di dalam sistem pengurusan Jepun. Ini kerana budaya masyarakat Jepun yang suka bekerja secara berkumpulan dan saling tolong menolong antara satu sama lain.

Bagaimanakah budaya berperanan dalam komunikasi?

PERBEZAAN BUDAYA
Kajian-kajian membuktikan terdapat beberapa sebab kenapa budaya berbeza. Devito (2009) dan Tubb & Moss (2010) memberikan lima sebab utama kenapa perkara ini terjadi, iaitu (1) Orientasi Individu dan Kolektif (2) Budaya Kontek-rendah dan tinggi (3) Power Distance (4) Budaya Maskulin dan Feminin dan, (5) Penghindaran Ketidakpastian/Uncertainty Avoidance.

Orientasi Individual dan Kolektif


Dalam budaya individual, apa yang lebih ditekankan ialah nilai-nilai individu seperti kuasa, pencapaian, keseronokan, dan stimulasi (Devito, 2009). Contoh Negara-negara yang mengamalkan budaya ini ialah USA, Britain, Australia, New Zealand, Canada dan Belanda. Dalam budaya ini, identiti, hak, pencapaian dan kebebasan individu lebih diutamakan berbanding dengan identiti, hak, pencapaian dan kebebasan kumpulan. Keutamaan diberikan kepada pencapaian matlamat individu dan berkomunikasi secara berterus terang (Tubbs & Moss, 2010). Mereka percaya bahawa individu boleh mengawal matlamat dan destininya, tiada limitasi sejauh mana mereka boleh lakukan sesuatu sekiranya mereka mahu, mempunyai determinasi sendiri dan bekerja kuat. Pusat kawalan tingkahlaku adalah dalam diri sendiri (Trenholm & Jensen, 2009). Trenholm dan Jensen (2009) menyebut budaya ini sebagai control culture. Sebaliknya, budaya kolektif, menekankan tentang peri pentingnya nilai-nilai kelompok atau kolektif seperti amalan tradisi, murah hati dan kepatuhan (Devito, 2009). Contoh-contoh Negara ini ialah Jepun, Cina, Korea, Malaysia, Indonesia, Pakistan dan sebagainya lagi. Dalam budaya

BUDAYA DAN KOMUNIKASI6

ini, tumpuan diberikan kepada bagaimana hendak menyesuaikan diri dengan kehendak kelompok. Hubungan anggota kelompok adalah kuat dan merasakan saling bergantung antara satu sama lain. Matlamat dan kebajikan kumpulan adalah lebih penting berbanding dengan pencapaian dan kehendak individu. Mereka cuba sedaya upaya untuk mengelak konflik individu (Tubbs & Moss, 2010). Pusat kawalan tingkahlaku berpaksi pada masyarakat dan percaya bahawa individu tidak banyak yang boleh dilakukannya untuk mengubah nasibnya. Peristiwa yang berlaku merupakan satu ketentuan, nasib atau kehendak supernatural. Kejayaan diukur dari sumbangan individu terhadap pencapaian kumpulan secara keseluruhan (Trenholm & Jensen, 2009). Trenholm & Jensen (2009) mengistilahkan budaya ini sebagai constraint culture. Lebih kurang dua per tiga penduduk dunia merupakan pengamal budaya ini (Tubbs & Moss, 2010) Kedua-dua budaya ini mempunyai hubungan yang berbeza dengan alam persekitaran. Budaya individu cuba memisahkan nature dengan kemajuan. Bagi mereka manusia adalah jisim yang istimewa dan berbeza dengan benda-benda hidup yang lain. Nature mestilah dikuasai dan dieksploitasi untuk kemanusiaan. Contohnya, sekiranya berlaku banjir, manusia mesti membina empangan untuk mengawal banjir itu. Mereka lebih materialistik. Sebaliknya, budaya kolektif sering menentang pembaharuan dan perubahan serta lebih bersedia menerima sesuatu seadanya. Bagi mereka manusia tidak boleh mengubah nature (Trenholm & Jensen, 2009). Sekiranya dibuat perbandingan jawapan oleh kedua-dua pihak terhadap soalan ini, kenapa hasil kelapa sawit anda tidak begitu menggalakkan sedangkan orang lain memperolehi hasil yang banyak?. Orang yang berbudaya individu akan mengatakan saya kurang usahasa, kebun tidak dibersihkan dan pokok sawit tidak dibaja. Sebaliknya, orang yang berbudaya kolektif berkata itulah rezki saya dan saya menerimanya dengan hati yang terbuka. Tidak semua budaya individu atau kolektif sama. Walaupun di dalam budaya individu, kebebasan dan autonomi diberikan keutamaan, dan di dalam sesetengah budaya individu juga, secara umumnya, dari segi status, setiap orang adalah sama akan tetapi perbezaan dalam status-status lain seperti jawatan dan pekerjaan, diakui dan diterima pakai. Bagi situasi pertama, pakar-pakar menyebutnya sebagai individualisme mendatar manakala situasi kedua disebut sebagai individualisme menegak. Sama juga keadaannya dengan budaya kolektif dimana kolektivisme mendatar merujuk kepada persamaan status individu di dalam kumpulan itu dan kolektivisme menegak merujuk kepada status hirarki di dalam kumpulan itu seperti kedudukannya sebagai pemimpin, ketua dan sebagainya (Trenholm & Jensen, 2009). Ada kemungkinan timbul masalah sekiranya kedua-dua pengamal budaya individu dan kolektif ini bekerja secara bersama. Kepada kumpulan budaya kolektif, golongan individualist ini mungkin dianggap sebagai bersifat ketuanan dan kompetitif sedangkan kepada individualist, golongan budaya kolektif ini dianggap sebagai berpura-pura, hipokrat dan pak turut. Mereka akan bermasalah jika berinteraksi (Trenholm & Jensen, 2009).

Budaya Kontek Tinggi dan Kontek Rendah


Dalam budaya kontek tinggi, hubungan ahlinya adalah akrab. Mereka sering mengambil tahu antara satu sama lain seperti bertanya khabar, bergaul dengan jiran-jiran dan saling berhubung. Mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dalam membaca tingkahlaku bukan lisan, suka

BUDAYA DAN KOMUNIKASI7

berselindung atau berkias dalam menyampaikan sesuatu kerana ingin menjaga perasaan dan hati orang lain, agak kurang menggunakan komunikasi lisan dan lebih suka berdiam diri (Tubbs & Moss, 2010) . Banyak maklumat dalam komunikasi berada dalam kontek atau pada orang berkenaan. Contohnya, maklumat yang dikongsi melalui komunikasi sebelumnya, melalui andaian-andaian sesama mereka, dan melalui pengalaman-pengalaman yang dikongsi (Devito, 2009). Trenholm dan Jensen (2009) menyatakan bahawa di dalam budaya kontek tinggi, banyak maksud yang tersembunyi dan tidak dinyatakan. Oleh itu, penerima mestilah melihat pada kontek, iaitu dengan siapakah mereka bercakap, dalam situasi yang macam mana dan apakah persamaan-persamaan dalam kepercayaan mereka untuk memahami maksud yang disampaikan oleh sumber. Sebaliknya, di dalam budaya kontek rendah, mereka lebih suka berterus terang, eksplisit, menekankan kepada maksud mesej yang disampaikan secara lisan dan berkongsi maklumat yang mereka enkod (Tubbs & Moss, 2010). Kontek tidak memainkan peranan yang ketara kerana maksud dinyatakan dengan jelas melalui percakapan. Mereka di dalam budaya kontek rendah ini menekankan kepada ketepatan dan kejelasan serta tidak sepatutnya ada agakanagakan makna. Itulah yang merupakan intipati komunikasi yang baik (Trenholm & Jensen, 2009). Transeksi yang formal dibuat secara bertulis dan dianggap sebagai kontrak (Devito, 2009). Budaya kontek tinggi sering dikaitkan dengan budaya kolektif manakala budaya kontek rendah dikatakan lebih mirip kepada budaya individu ( Tubbs & Moss, 2010, Devito, 2009). Pastinyalah akan timbul masalah sekiranya orang yang berbudaya kontek tinggi berkomunikasi dengan mereka yang berbudaya kontek rendah. Penerima dari budaya kontek tinggi akan merasakan bahawa komunikasi kontek rendah terlalu kasar dan mungkin dalam sesetengah kes, mencari makna tersembunyi, mengandaikan bahawa mesej yang dinyatakan bukanlah merupakan mesej yang sebenar. Penerima kontek rendah mungkin akan keliru tentang komunikasi budaya kontek tinggi dan hairan apakah yang mengngekang sumber untuk menyatakan apa sebenarnya yang ada difikiran mereka (Trenholm & Jensen, 2009).

Jarak Kuasa/Power Distance


Jarak kuasa merujuk kepada darjah penerimaan masyarakat terhadap authority dan organisasi berhirarki sebagai sesuatu yang natural di dalam budaya mereka (Tubbs & Moss, 2010). Di dalam sesetengah masyarakat, didapati hanya segelintir daripada mereka yang mempunyai kuasa dan kuasa yang dimiliki itu amatlah kuat, sedangkan majoritinya anggota masyarakat itu tidak mempunyai apa-apa kuasa atau hanya mempunyai kuasa yang sedikit. Justeru itu, wujudlah jurang perbezaan kuasa yang luas. Inilah yang dikatakan sebagai budaya jarak kuasa tinggi. Contoh Negara sedemikian ialah Malaysia, Brunei, Cina, India, Franchis, Indonesia, Negara-negara Arab, Mexico, Venezuela dan banyak lagi. Sebaliknya, dalam sebuah masyarakat yang mengamalkan jarak kuasa rendah, taburan kuasa agak seimbang dalam kalangan masyarakat. Perbezaan kuasa tidak begitu ketara (Devito, 2009) dan mereka menekankan kepada persamaan. Kuasa yang ada pada seseorang itu sesuai dalam lingkungan peranan yang diberikan kepadanya seperti seorang guru, doktor, penyelia, tentera, pegawai kerajaan dan sebagainya. Begitupun kuasa itu masih boleh dipersoalkan dan dibantah,

BUDAYA DAN KOMUNIKASI8

sekiranya dirasakan perlu dan sesuai (Tubbs & Moss, 2010). Contoh Negara-negara yang menamalkan budaya ini ialah Australia, New Zealand, Denmark, USA dan Israel. Terdapat perbezaan yang ketara dalam amalan berkomunikasi antara kedua-dua budaya ini. Bagi masyarakat pengamal budaya jarak kuasa tinggi, stail komunikasi yang digunakan lebih bercorak authoritarian manakala budaya jarak kuasa rendah mengamalkan sistem komunikasi yang lebih terbuka. Jurang komunikasi yang luas sering wujud dalam budaya jarak kuasa tinggi seperti komunikasi guru dan murid, jarang sekali murid mempertikaikan gurunya. Murid hendaklah bersopan santun dan menghormati sepenuhnya akan guru mereka. Akan tetapi, di dalam budaya jarak kuasa rendah, pelajar dikehendaki mendemonstrasikan kehebatan dan kemampuan mereka tentang subjek itu dan malah boleh mencabar guru mereka. Mereka juga boleh berbincang secara bebas dan terbuka dengan guru-guru mereka (Devito, 2009). Didapati bahawa pengamal budaya jarak kuasa tinggi lebih cenderung menjadikan persamaan tahap status sosio-ekonomi sebagai faktor penentu kepada pemilihan pasangan mereka. Bermakna orang kaya akan memilih orang yang kaya juga manakala orang yang miskin akan memilih orang yang miskin sebagai pasangan hidup mereka. Contohnya, dalam masyarakat Melayu, fenomena ini digambarkan di dalam filem Ibu Mertuaku dan Antara Dua Darjat. Di India, golongan Brahmin hanya boleh berkahwin dengan Brahmin sahaja dan begitu jugalah dengan kasta-kasta yang lain seperti Kshatria, Visyas dan Sudras. Dari segi komunikasi kepengurusan, gelagat yang biasa ditonjolkan oleh budaya jarak kuasa tinggi ialah mereka hendaklah mematuhi sepenuhnya arahan dan perintah yang diberikan oleh superior mereka dengan tidak mempersoalkannya manakala di dalam budaya jarak kuasa rendah, subordinat boleh mempersoalkan dan membincangkan tentang arahan yang diberikan oleh supervisor kepadanya secara terbuka dan bersemuka. Oleh itu, sekiranya seorang pentadbir yang berpegang kepada amalan budaya jarak kuasa tinggi mengarahkan pekerja yang berpegang kepada amalan budaya jarak kuasa rendah, pastinya akan menghadapi masalah komunikasi. Pentadbir tadi mengharapkan yang pekerjanya akan mematuhi sepenuhnya arahan yang diberikan, tiada soal jawab dan laksanakan arahan itu dengan sebaik mungkin sedangkan pekerja mahukan penjelasan yang lebih mendalam, peluang untuk berbincang dan mempersoalkan arahan yang diterima. Pekerja menganggap pentadbir itu autokratik, angkuh dan sombong. Sebaliknya, jika seorang pentadbir yang berbudaya jarak kuasa rendah mentadbir pekerja yang berbudaya jarak kuasa tinggi, mereka akan mematuhi segala arahan yang diberikan tanpa mempersoalkannya, tidak akan meminta penjelasan dan huraian yang lebih lanjut tentang arahan itu dan malah jika diminta untuk memberi pendapat, mereka tidak akan bersedia untuk berbuat demikian. Ini boleh menimbulkan kekecewaan kepada pentadbir berkenaan.

Budaya Maskulin dan Feminin


Persepsi terhadap peranan jantina di dalam masyarakat berbeza dari satu budaya ke satu budaya Iaitu bagaimanakah seharusnya lelaki atau perempuan memainkan peranan mereka di dalam masyarakatnya. Ada budaya yang memberikan tempat dan peranan yang lebih tinggi kepada golongan lelaki sahaja dengan alasan lelaki lebih tahan lasak, lebih aktif, asertif, agresif, kuat dan lebih berjaya. Inilah yang disebut sebagai budaya maskulin. Dalam budaya ini,

BUDAYA DAN KOMUNIKASI9

peranan jantina didefinisikan dengan tegas dan jelas (Tubbs & Moss, 2010). Mereka menekankan kepada kejayaan, dan mensosialisasikan masyarakatnya supaya lebih asertif, bercita-cita tinggi dan bersaing. Kaum lelaki dianggap lebih berkemampuan untuk menghadapi konflik bersemuka, dan menentang sebarang perbezaan secara kompetitif. Lelaki diharapkan mengaplikasikan strategi menang-kalah (Devito, 2009). Negara-negara seperti Jepun, Australia, Venezuela, Switzerland, Mexico, Ireland, Great Britain, German dan Negara-negara Arab adalah contoh Negara-negara budaya maskulin tinggi. Dalam budaya feminine, kaum wanita dinilai sebagai lebih sederhana, sopan santun, berfokuskan kualiti hidup, dan lemah lembut. Sebuah budaya feminin yang tinggi, akan mensosialisasikan masyarakatnya ke arah kesederhanaan dan menekankan kepada hubungan interpersonal yang akrab, bertolak ansur, dan menggunakan perundingan di dalam menyelesaikan konflik. Mereka lebih menekankan kepada situasi menang-menang (Devito, 2009). Contoh Negara-negara yang berbudaya demikian ialah Sweeden, Norway, Belanda, Denmark, Costa Rica, Yuslavia, Finland, Chile, Portugal dan Thailand. Menurut Devito (2009), organisasi juga boleh dinilai sebagai maskulin atau feminin. Organisasi maskulin menggalakkan persaingan dan agresif, menumpukan pekerja bawahan dan memberikan imbuhan kepada pekerja mereka berdasarkan kepada sumbangannya terhadap organisasi. Organisasi feminin pula, kurang kompetitif dan kurang agresif. Mereka menekankan kepada kepuasan pekerja dan memberi imbuhan kepada pekerja berdasarkan keperluan mereka. Contohnya, kenaikan gaji yang lebih tinggi diberikan kepada pekerja yang mempunyai ramai anak berbanding dengan pekerja yang mempunyai seorang anak sahaja walaupun produktiviti pekerja yang ramai anak itu lebih rendah berbanding dengan pekerja yang mempunyai seorang anak tadi.

Penghindaran Ketidakpastian/Uncertainty Avoidance


Terdapat budaya yang begitu sensitif terhadap ketidakpastian atau ketidakjelasan manakala sesetengahnya pula tidak begitu mengambil kisah untuk menghindarinya. Penghindaran ketidak pastian atau Uncertainty Avoidance merujuk kepada sejauh manakah ahli sesuatu budaya itu cuba untuk mengelakkan ketidak pastian atau ketidak jelasan terhadap sesuatu (Tubbs & Moss, 2010). Dengan erti kata lain, sejauh manakah sesuatu budaya itu mengambil langkah-langkah dan mempersiapkan diri mereka untuk mengelakkan atau berhadapan dengan ketidak pastian dan ketidak jelasan. Tubbs dan Moss (2010) membahagikan budaya uncertainty avoidance kepada dua, iaitu, Low-Uncertainty Avoidance (LUA) dan High-Uncertainty Avoidance (HUA). Sebaliknya, Devito (2009), melihat gelagat ini dari sudut yang lebih positif dengan mengistilahkannya sebagai ambiguity tolerance atau toleran ketidak pastian iaitu sejauh mana sesuatu budaya itu boleh bertolak ansur dengan ketidak pastian atau ketidak jelasan. Menurut beliau, budaya ambiguity tolerance ini terbahagi kepada dua iaitu High-Ambiguity-Tolerant (HAT) atau Low-Uncertaity Avoidance (LUA) dan Low-Ambiguity-Telerant (LAT) atau HighUncertainty Avoidance (HUA). Ahli-ahli budaya HAT/LUA menganggap ketidak pastian sebagai sesuatu yang biasa di dalam kehidupan mereka. Mereka tidak takut menghadapinya dan menerimanya sekiranya berlaku. Mereka juga selesa dan toleran dengannya. Dari segi komunikasi, mereka tidak begitu terikat

BUDAYA DAN KOMUNIKASI10

dengan peraturan komunikasi dan hubungan. Mereka bersedia bertolak ansur dengan individu yang tidak mematuhi peraturan yang sama sebagai budaya majority dan mungkin pula menggalakkan pendekatan dan perspektif yang berlainan (Devito, 2009). Mereka juga suka kepada kepelbagaian dan lebih flexibal serta terbuka kepada perubahan (Tubbs & Moss, 2010). Singapura, Hong Kong, Jamaica, USA, Malaysia dan India adalah antara contoh-contohnya. Dalam budaya LAT/HUA, mereka cuba sedaya upaya untuk mengelak ketidak pastian dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengetahui apakah yang akan berlaku seterusnya selepas sesuatu terjadi. Bagi mereka ketidak pastian adalah sesuatu yang menakutkan dan perlu didahapi. Budaya ini mewujudkan peraturan-peraturan yang amat jelas untuk berkomunikasi dan ianya mestilah dipatuhi Devito, 2009). Mereka suka lebih banyak peraturan dan maklumat bagi mengelakkan ketidak pastian dan tingkahlaku yang boleh diramalkan serta tidak suka kepada kepelbagaian. Contoh-contoh Negara yang mengamalkan budaya ini ialah Greece, Portugal, Jepun, Franchis dan El Salvador. Dari segi komunikasi, kedua-dua budaya ini menunjukkan perbezaan yang ketara. Bagi pekerja di Negara yang mengamalkan budaya HAT/LUA, mereka lebih suka kepada ketidak pastian, tidak perlukan arahan-arahan atau peraturan kerja yang detail dan menyanjung kebebasan, kreativiti dan flexibiliti. Sebaliknya, bagi pekerja budaya LAT/HUA, mereka mahukan kepastian, kejelasan objektif, arahan-arahan yang tepat regimentasi dan penjadualan kerja jelas. Trenholm & Jensen (2009) disamping bersetuju dengan kelima-lima faktor yang menyebabkan perbezaan budaya, telah menyatakan dua faktor lain yang turut menyumbang kepada kepelbagaian budaya itu, iaitu, orientasi tindakan dan sikap terhadap masa.

Orientasi Tindakan
Dalam orientasi tindakan, ada budaya yang dipacu oleh tugas dan tanggung jawab yang diberikan kepadanya. Inilah yang disebut sebagai sebagai doing cultures (Trenholm & Jensen, 2009). Budaya ini menekankan kepada penyempurnaan tugas dan pencapaian matlamat. Mereka menolak tingkahlaku yang tidak produktif, gusar terhadap perbuatan membuang masa dan menilai diri mereka berdasarkan penyempurnaan kerja dan pencapaian material. Bagi mereka manusia mesti dinilai berdasarkan kemampuannya melakukan dan menyempurnakan sesuatu pekerjaan bukan atas dasar kenalan dan persahabatan. Sebaliknya pula terdapat budaya yang mementingkan kenalan dan hubungan peribadi berbanding dengan penyempurnaan tugas. Ini disebut mereka sebagai being cultures. Penyesuaian diri adalah lebih penting berbanding dengan kemampuan kerja. Mereka tidak teruja untuk bekerja keras seperti doing culture. Apa yang penting ialah menjaga hubungan baik, pergaulan dan berbual-bual dengan rakan sekerja bukanlah merupakan satu pembaziran masa. Sekiranya ada antara anggota keluarga yang sakit atau menghadapi masalah, mereka boleh meninggalkan tempat kerja atau bercuti sahaja dan kerja-kerja yang terbengkalai hanya akan dibuat selepas masalah keluarga itu dapat diselesaikan. Ini berbeza dengan doing cultures dimana pekerja itu harapkan terus datang bertugas dan menyelesaikan masalahnya pada masa yang terluang dan tidak menjejaskan kerja (Trenholm & Jensen, 2009).

BUDAYA DAN KOMUNIKASI11

Sikap Terhadap Masa


Corak dan cara penggunaan masa juga berbeza mengikut budaya. Ada budaya yang begitu terikat dengan masa manakala ada budaya yang begitu longgar dalam menggunakan masa. Terdapat dua bentuk budaya yang dikaitkan dengan penggunaan masa iaitu budaya yang memecahkan dan membahagikannya secara linear dimana masa digunakan mengikut urutan, satu perkara untuk satu masa, temujanji diambilkira dengan serius, ketepatan masa, melakukan aktiviti menepati jadual dan bukan sebaliknya. Masyarakat ini begitu rigid dengan masa dan masa dibahagi-bahagikan dengan penuh perkiraan. Budaya ini disebut sebagai budaya monokronik atau monochronic cultures atau dikenali juga sebagai M-time cultures (Trenholm & Jensen, 2009). Bagi mereka, masa amatlah bernilai dan tidak boleh terbuang begitu sahaja. Namun, ada juga budaya begitu longgar dalam menggunakan masa. Penggunaan masa tidak dijadualkan secara teratur, boleh berubah-ubah dan begitu flexibal. Budaya ini dikenali sebagai budaya polykronik atau polychronic cultures yang juga disebut sebagai P-time cultures. Biasanya apa yang telah dijadualkan untuk dilakukan pada waktu itu, tidak dilakukan atau mungkin juga melakukan beberapa pekerjaan dalam satu masa. Mesyuarat dan temujanji jarang dimulakan mengikut jadual (Trenholm & Jensen, 2009) dan kerja-kerja boleh ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kehendak seseorang itu. Dalam keadaan demikian, seorang yang datang dari budaya M-time, akan berasa terkejut, marah dan amat kecewa apabila berurusan di Negara budaya P-time kerana timbul masalah ketepatan masa dalam melakukan temujanji atau pengendalian kerja yang lambat akibat gangguan-gangguan lain. Sebaliknya, seorang yang datang dari budaya P-time, berurusan di Negara M-time, akan turut berasa kecewa kerana masyarakat M-time rigid dengan penggunaan masa dan mungkin menyebabkan temujanjinya terpaksa dibatalkan atau ditunda (Trenholm & Jensen, 2009).

Bincangkan persamaan dan perbezaan antara budaya Melayu, Jepun dan Arab berdasarkan kepada orientasi individu dan kolektif, kontek tinggi dan rendah, jarak kuasa, faminin dan maskulin, orientasi tindakan dan sikap terhadap masa.

KOMUNIKASI ANTARA BUDAYA


Komunikasi antara budaya merujuk kepada komunikasi antara mereka yang mempunyai pegangan budaya, nilai atau cara bertingkahlaku yang berbeza (Devito, 2009). Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai komunikasi antara budaya, sila rujuk gambar rajah 6.1 yang menyentuh tentang model komunikasi antara budaya. Mesej

BUDAYA DAN KOMUNIKASI12

SumberPenerima

SumberPenerima

Rajah 6.1 Model Komunikasi Antara Budaya Dalam model ini, bulatan yang besar itu ialah budaya individu yang berkomunikasi, manakala bulatan di bahagian dalam yang lebih kecil melambangkan komunikator berkenaan. Kedua-dua komunikator datang dari budaya yang berbeza. Tidak kira sama ada perbezaan budaya itu kecil (seperti Melayu Malaysia dengan Melayu Indonesia) ataupun besar (nelayan Malaysia dengan usahawan Jepun), semua mesej yang disampaikan tercetus dari konteks budaya yang unik dan konteks itu mempengaruhi kandungan dan bentuk mesej (Devito, 2009). Dengan itu, kita akan menyatakan, mempersepsikan, menginterpretasikan dan bertindak mengikut budaya kita dan begitu jugalah di pihak yang satu lagi. Jadi budaya mempengaruhi setiap aspek dalam komunikasi kita. Menurut Devito (2009), terdapat beberapa bentuk komunikasi antara budaya, iaitu: a. Komunikasi antara dua budaya kebangsaan yang berbeza, contohnya orang Malaysia dengan Thailand atau orang Korea dengan Indonesia. b. Komunikasi antara dua orang yang berbeza bangsanya seperti orang Melayu Malaysia dengan Cina Malaysia atau Cina Malaysia dengan India Malaysia. Komunikasi ini juga dikenali sebagai komunikasi antara rasa tau interracial communication. c. Komunikasi antara mereka yang datang dari kumpulan ethnik yang berbeza seperti orang Bajau berkomunikasi dengan orang Dusun atau Melayu dengan Kadazan. Komunikasi jenis ini dikenali juga sebagai komunikasi antara ethnic atau interethnic communication. d. Komunikasi antara mereka yang berlainan agama seperti orang Islam dengan Budha dan Yahudi dengan Kristian. e. Komunikasi antara warganegara yang berlainan seperti rakyat Malaysia dengan Rakyat Korea atau rakyat Singapura dengan rakyat Thailand. Komunikasi ini juga dikenali sebagai komunikasi antara bangsa atau international communication. f. Komunikasi antara budaya kecil yang wujud dalam budaya besar seperti pensyarah dengan pelajar-pelajar dan penyelidik dengan masyarakat.

g. Komunikasi antara budaya kecil dengan budaya dominan (peripherial and dominant culture) seperti komunikasi antara orang tua dengan kelompok majority remaja. h. Komunikasi antara gender iaitu antara lelaki dan perempuan. Ini kerana peranan gender banyak dipelajari dari budaya. Lelaki mempunyai peranannya sendiri manakala wanita juga mempunyai peranannya sendiri. Namun begitu, ada juga tokoh-tokoh komunikasi

BUDAYA DAN KOMUNIKASI13

yang mengklasifikasikan komunikasi gender ini sebagai komunikasi silang budaya atau cross cultural communication. Ini disebabkan terdapatnya banyak perbezaan cara berkomunikasi dan mendengar antara lelaki dan perempuan. Melakukan komunikasi antara budaya bukanlah merupakan satu perkara mudah. Walaupun begitu, ia perlu dilakukan kerana kini, dunia ini menjadi semakin kecil. Ini kerana terciptanya alat-alat pengangkutan moden, meluasnya ruang lingkup perniagaan hinggakan merentasi sempadan Negara dan benua, terciptanya teknologi komunikasi yang canggih dan secara maya. Begitu juga dengan kadar mobility manusia yang tinggi kerana berkembangnya industri pelancongan, wujudnya saling bergantung antara satu Negara dengan Negara yang lain, bidang pendidikan dan rawatan kesihatan menjadi satu perniagaan dan wujudnya dasar-dasar seperti globalisasi dan liberalisasi, meningkatkan lagi keperluan kemahiran komunikasi antara budaya. Realitinya, dunia benar-benar menjadi satu perkampungan besar atau apa yang disebut sebagai global village. Dalam komunikasi antara budaya satu perkara yang perlu diingat, ialah sensitiviti budaya, iaitu sikap dan cara bertingkahlaku dimana kita mengetahui dan menyedari wujudnya perbezaan budaya. Sensitiviti budaya ini penting bagi mengukir keamanan dunia dan pertumbuhan ekonomi, keberkesanan komunikasi interpersonal (Franklin & Mizell dalam Devito, 2009), pembangunan sosial dan manusia sejagat serta penerokaan ilmu. Apa yang menjadi masalah besar kepada kita ialah, kita begitu selesa dengan sesuatu yang sama dengan kita dan tidak mahu meneroka sesuatu yang baru. Kita tidak bersedia untuk berkomunikasi dengan orang yang datang dari budaya lain kerana takut menimbulkan masalah, lebih melihat kepada perbezaan dan tidak cuba untuk mencari persamaan. Kita juga mungkin tidak tertarik dengan perbezaan itu dan tidak mahu melakukan usaha-usaha tambahan bagi membentuk hubungan dan persefahaman (Trenholm & Jensen, 2009). Maka, wujudlah pelbagai halangan komunikasi antara budaya yang kadangkala amat sukar untuk ditangani.

Halangan-halangan Komunikasi Antara Budaya


Di bahagian awal buku ini kita telah memperkatakan tentang pelbagai halangan komunikasi. Dalam komunikasi antara budaya semua halangan-halangan yang telah dibincangkan itu tetap wujud malahan ditambah beberapa factor yang lain. Marilah kita bincangkan satu per satu.

Ethnocentrisme
Ethnocentisme adalah satu kepercayaan atau keyakinan bahawa kumpulan atau budaya yang dipegangnya itu lebih superior dari kumpulan atau budaya lain (Pearson dan rakan-rakan, 2011). Ia merupakan satu kecenderongan untuk melihat orang lain dan tingkahlakunya dengan menggunakan tapisan budaya sendiri, sering kali berbeza dengan tingkahlaku kita sendiri. Ia merupakan satu kecenderongan untuk menilai nilai, kepercayaan, dan tingkahlaku budaya kita lebih positif, superior, logikal, dan natural berbanding dengan budaya orang lain (Devito, 2009). Apabila kita menyebut bahawa budaya kita lebih baik dari budaya orang lain, atau cara bangsa kita makan lebih baik dari cara bangsa lain makan, maka kita telah melakukan enthnocentrisme dan kta telahpun merendah-rendahkan budaya orang lain..

BUDAYA DAN KOMUNIKASI14

Dalam konteks komunikasi antara budaya, perbuatan seperti ini boleh menimbulkan kemarahan orang lain atau menyebabkan berlakunya konflik. Mungkin juga menyebabkan keengganan untuk berkongsi atau menerima sesuatu dari budaya lain walaupun ia menguntungkan. Ia juga boleh memecahbelahkan manusia dan menggagalkan perundingan antara budaya (Tubbs & Moss, 2010). Keahlian di dalam sesuatu kumpulan boleh mempengaruhi semangat ethnocentrisme seseorang. Contohnya, dalam konteks Malaysia, Perkasa menunjukkan enthnocentrisme yang begitu tinggi sehingga menimbulkan kebimbangan kepada kaum-kaum lain di Negara ini. Kajian-kajian membuktikan bahawa terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara ethnocentrisme dengan favoritisme (Hammond & Axelrod dlm Tubbs & Moss, 2010). Darjah kekuatan perasaan ethnocentrisme kita berbeza dari satu bangsa atau kumpulan ke satu bangsa atau kumpulan yang lain. Contohnya, seorang Melayu, beragama Islam mempunyai darjah ethnocentrisme yang lebih rendah kepada orang Arab berbanding dengan orang Afrika yang beragama Kristian. Begitu juga dengan masyarakat Cina Malaysia, akan menunjukkan darjah ethnocentrisme yang lebih rendah terhadap orang Taiwan berbanding dengan orang Arab. Walaupun begitu ethnocentrisme tidak sentiasa membawa perkara yang negatif. Ada masanya ethnocentrisme yang tinggi amat diperlukan, contohnya, di dalam peperangan. Ini kerana ethnocentrisme yang tinggi itu dapat membantu meningkatkan semangat petriotisme dan kesediaan untuk berkorban demi kepentingan Negara atau kumpulannya (Neuliep & McCroskey dlm Tubbs & Moss, 2010).

Stereotype
Pada asalnya perkataan stereotype merupakan istilah yang digunakan dalam percetakan iaitu kepingan logam atau besi (plate) yang digunakan untuk mencetak imej yang sama secara berulang-ulang kali. Namun begitu, istilah ini telah digunakan tokoh-tokoh sosiologi dan psychologi untuk merujuk kepada tanggapan kekal terhadap sesuatu kumpulan dan menggunakan tanggapan itu sebagai ukuran untuk menilai ahli individu kumpulan atau masyarakat itu dengan mengenepikan ciri-ciri unik individu tersebut (Devito, 2009). Ia merupakan generalisasi terhadap kelompok-kelompok tertentu dan dibuat berdasarkan pengalaman kita yang begitu terhad dan tidak tepat. Perbuatan seperti ini boleh menimbulkan masalah dalam komunikasi antara budaya. Floyd (2011) menyebut stereotype sebagai satu generalisasi mengenai sekumpulan atau kategori manusia yang mungkin mempunyai pengaruh yang kuat tentang bagaimana kita mempersepsikan mereka dan gelagat komunikasi mereka. Menurutnya lagi, terdapat tiga tahap dalam proses stereotype, iaitu: a. Pertama, kita mengenalpasti kumpulan seseorang itu. Contohnya, lelaki. b. Kita generalisasikan apa yang selalu dilakukan oleh mereka yang ada di dalam kumpulan itu (lelaki tidak tahu bagaimana hendak menyatakan emosi mereka).

BUDAYA DAN KOMUNIKASI15

c. Akhirnya, kita aplikasikan generalisasi itu kepada orang itu (dengan sebab itu anda tidak tahu bagaimana hendak menyatakan emosi anda). Kita sering mempunyai stereotype terhadap orang lain sama ada terhadap kelompok masyarakat, sesuatu bangsa, profesyen, kampung dan sebagainya. Lihat sahaja di negara kita ini, terdapat begitu banyak stereotype. Antara stereotype yang masyhur ialah orang Melayu pemalas, orang Cina pengotor, orang India kaki mabuk, orang politik adalah penipu dan sebagainya lagi. Bagaimana pula agaknya stereotype kita terhadap orang asing seperti orang Amerika, Jepun, British, Korea, Afrika dan lain-lain? Kenapakah stereotype berlaku? Allport (dalam Pearson dan rakan-rakan, 2011) menyatakan, kita suka menstereotype orang kerana kita mempunyai hubungan yang sedikit/renggang dengan mereka. Contohnya, kita mungkin mengetahui serba sedikit tentang masyarakat barat terutama dari segi cara mereka berpakaian, bersosial dan minum arak. Namun, dengan mengatakan semua masyarakat barat adalah kaki minum arak dan mengamalkan seks bebas adalah satu stereotype kerana tidak semua mereka begitu. Ramai yang masih berpegang teguh kepada ajaran agama mereka (Kristian) yang melarang perbuatan zina dan minum arak. Kadangkala kita melakukan stereotype kerana kita pernah mengalami sesatu peristiwa yang kurang menyenangkan dengan salah seorang anggota masyarakat itu dan lantas sahaja kita mengeneralisasikannya. Umpamanya, kita pernah dirompak oleh orang Thailand tatkala kita berkunjung ke Negara itu, terus sahaja kita mengatakan melancong ke Thailand tidak selamat kerana mereka suka merompak. Realitinya, tidak semua orang Thai suka perompak dan malah ramai yang baik dan suka menolong orang lain. Kita juga melakukan stereotype kerana bermusuhan dengan seseorang atau sekumpulan masyarakat. Tuduh menuduh dan label melabel berlaku dan akhirnya wujud ketegangan hubungan. Komunikasi menjadi semakin rumit. Contohnya, Amerika pernah menuduh Iran sebagai paksi keganasan dan Iran menuduh Amerika sebagai syaitan besar. Lantaran itu, Amerika dan Iran saling tidak percaya mempercayai dan berprasangka tinggi antara satu sama lain. Sebenarnaya melakukan stereotype terhadap sesuatu kaum, sering menjadi agenda utama penjajah bagi memecah belahkan rakyat di Negara yang dijajahnya. Tujuannya ialah untuk memudahkannya mentadbir dan menguasai Negara tersebut. Lihatlah bagaimana Inggeris telah mewujudkan stereotype terhadap orang Melayu, Cina dan India di Negara ini di zaman penjajahan dahulu dan bagaimana USA memecah belah rakyat Iraq (Kurdis, Syiah dan Sunni), juga dengan menggunakan strategi yang sama.

Prejudis
Pearson dan rakan-rakan (2011) menyatakan bahawa prejudis merupakan sikap negatif terhadap sekumpulan manusia hanya semata-mata kerana mereka adalah mereka manakala Trenholm dan Jensen (2009) menyebutnya sebagai satu sikap sosial yang negatif yang dimiliki

BUDAYA DAN KOMUNIKASI16

oleh ahli sesuatu kumpulan terhadap ahli kepada kumpulan yang lain, suatu sikap yang membiaskan persepsi dan biasanya membawa kepada diskriminasi. Prejudis berlaku pada kumpulan masyarakat, bukan individu dan terbina melalui proses komunikasi antara ahli-ahli kumpulan itu. Mereka berkongsi pandangan negatif terhadap kelompok lain dan biasanya kelompok yang diketepikan seperti orang miskin, mereka yang tidak boleh bercakap dalam bahasa kebangsaan Negara itu, kumpulan homoseksual, mat rempit dan sebagainya lagi. Prejudis tidak semestinya berlaku pada kumpulan majoriti terhadap kumpulan minority sahaja, kadang-kadang sebaliknya pula yang berlaku. Contohnya, prejudis terhadap wanita, mungkin datangnya dari sekelompok kecil lelaki (wanita tidak boleh jadi pengurus, pentadbir, pemimpin, lemah dsbnya). Prejudis terbina bermula dengan kejahilan. Sebagai kumpulan majoriti dan menjadi budaya dominan, mereka tidak berkeinginan untuk mengetahui lebih mendalam tentang kumpulan minoriti yang ada di sekeliling mereka. Contohnya, sikap kita terhadap masyarakat orang asli di Negara ini. Tanpa ingin mengetahui pola-pola kehidupan mereka, kita terus sahaja menuduh mereka manusia pemalas, pengotor, bodoh dan tidak perlu diberikan layanan. Akhirnya, terjadilah diskriminasi, peminggiran dan penghinaan terhadap mereka. Peluang untuk mewujudkan komunikasi dengan mereka diketepikan begitu sahaja serta tidak mahu mendengar kelohan mereka.

Apakah agaknya halangan-halangan komunikasi antara budaya yang mungkin wujud sekiranya seorang rakyat Malaysia berbangsa Melayu dan beragama Islam pergi melawat ke Indonesia? Berikan sebab-sebabnya kenapa anda berkata demikian.

Bagaimana Memperbaiki Komunikasi Antara Budaya?


Melakukan komunikasi antara budaya dan membentuk persefahaman bukanlah merupakan suatu perkara mudah. Ia memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh, berterusan dan komitmen yang tinggi dari setiap orang. Pearson dan rakan-rakan (2011) menyenaraikan 10 strategi bagaimana hendak memperbaiki komunikasi antara budaya, iaitu: a. Buat penilaian diri bagaimana sikap kita terhadap budaya yang berbeza mempengaruhi komunikasi kita dengan mereka? Antara langkah pertama untuk memperbaiki komunikasi antarabudaya kita ialah penilaian diri yang jujur tentang stail, kepercayaan dan prejudis kita. b. Amalkan tingkahlaku komunikasi mendukung gelagat-gelagat mendukung seperti empati, menggalakkan kejayaan dalam komunikasi antara budaya. Gaya komunikasi mendukung sangat besar pengaruhnya kepada keseronokan dan kepuasan hubungan (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, 2006). Tingkahlaku-tingkahlaku defensif akan menggugat keberkesanannya.

BUDAYA DAN KOMUNIKASI17

c. Wujudkan sensitiviti terhadap kepelbagaian apabila perspektif komunikasi yang sihat telah wujud, kita boleh mempelajari sesuatu dari orang lain. Populasi yang pelbagai, menyediakan peluang yang luas untuk belajar. Oleh itu, gunakanlah kesempatan itu untuk mempelajari budaya orang lain dan fahami dengan sebaiknya. d. Elakkan stereotype elakkan daripada membuat andaian terhadap budaya yang lain. e. Elakkan ethnocenrisme jangan merendah-rendahkan budaya orang lain sebaliknya pelajarilah budaya mereka supaya kita dapat melihat kekuatan dan kelemahan budaya kita. f. Wujudkan kod sensitiviti kod sensitivity merujuk kepada kebolehan menggunakan bahasa lisan ban bukan lisan sesuai dengan budaya atau norma-norma orang yang kita berkomunikasi dengannya. Semakin banyak kita tahu tentang budaya orang lain semakin mudah bagi kita untuk menyesuaikan diri.

g. Dapatkan kod-kod yang boleh dikongsi berfikiran terbukalah supaya dapat membentuk kod-kod yang boleh dikongsi bersama. h. Gunakan dan galakkan maklumbalas deskriptif. Kedua-dua pihak hendaklah bersedia untuk menerima maklum balas dan supportif. Maklum balas hendaklah segera, jujur, khusus dan jelas. i. Bukalah saluran-saluran komunikasi hendaklah bersabar semasa berinteraksi dalam mencari persefahaman bersama. Wujudkan peluang-peluang untuk mendapatkan maklum balas dan penjelasan yang lebih mendalam dan menyeluruh. Tangani konflik kepercayaan dan praktis fikirkan bagaimana kita boleh menangani masalah dan perbezaan kecil dan besar dalam komunikasi itu. Binalah empati terhadap orang lain supaya kita dapat merongkai masalah terutamanya yang berkait dengan aspek-aspek keagamaan, cara hidup dan nilai.

j.

Selain daripada perkara-perkara yang dicadangkan oleh Pearson dan rakan-rakan terdapat beberapa perkara lain yang tidak juga kurang pentingnya bagi memperbaiki komunikasi antara budaya iaitu dengan meningkatkan pengetahuan tentang budaya orang lain. Dengan mengetahui budaya orang lain menjadikan kita lebih berfikiran terbuka dan tidaklah seperti katak di bawah tempurung. Sebelum kita pergi ke Negara orang, dapatkanlah maklumatmaklumat tentang masyarakat itu seperti amalan budaya, kepercayaan, kegiatan sosial, ekonomi, fahaman politik mereka dan sebagainya lagi. Bacalah buku-buku, majalah, brosur yang berkaitan atau bertanya kepada orang yang mengetahuinya atau layarilah lamanlaman web tentangnya. Pengetahuan seperti ini akan membantu memberikan keyakinan diri kepada kita dan kepada masyarakat yang akan kita kunjungi atau lawati itu (Trenholm & Jensen, 2009). Berusahalah untuk membina toleransi dan harmoni yang lebih luas. Wujudkanlah usahausaha untuk membentuk persefahaman bersama dengan tidak menyentuh perkara-perkara yang sensitif atau taboo atau yang menjadi pantang larang kepada mereka. Umpanya,

BUDAYA DAN KOMUNIKASI18

kalau kita pergi ke USA, satu perkara yang menjagi taboo kepada mereka ialah pertanyaan tentang agama yang mereka anuti. Bagi mereka, agama adalah hak individu dan tak siapa boleh bertanya tentangnya. Kenalpastilah angkubah-angkubah yang boleh membawa persefahaman dan amalkan ianya.

APAKAH KESAN KOMUNIKASI ANTARA BUDAYA?


Banyak kajian-kajian membuktikan bahawa komunikasi antara budaya telah membawa kesan positif dan negatif terhadap kehidupan dan tamadun manusia. Untuk melihatnya dengan lebih dalam, marilah kita bincangkan satu per satu.

Kesan Positif
Kesan-kesan positif komunikasi antara budaya boleh dilihat dari segi individu, politik, sosial, ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi seperti berikut;

a. Individu
i. Pengetahuan tentang komunikasi antara budaya memudahkan seseorang bergerak dari satu tempat ke satu tempat atau dari satu Negara ke satu Negara.

ii. Dapat mewujudkan persefahaman dan kerjasama antara individu dan mengelakkan perasaan prejudis, ethnocentrisme yang tinggi, kejumutan pemikiran dan salah sangka. iii. Membolehkan dan memudahkan berlakunya proses pertukaran idea, kemahiran dan teknologi, perundingan antara individu dan penyelesaian masalah. iv. Mewujudkan perasaan saling bersimpati, empati dan berkasih saying sesame manusia.

b. Politik
i. Membantu mewujudkan kerjasama terutamanya kerjasama serantau. ii. dan persefahaman antara Negara

Mengelakkan dari berlakunya salah faham, konflik dan mungkin peperangan.

iii. Dapat mempromosikan kegiatan-kegiatan politik serantau. iv. Mudah mendapatkan sokongan dan pengiktirafan politik terutamanya dalam keadaan konflik, peperangan dan membuat keputusan dan tindakan yang kritikal. Dalam keadaan-keadaan tertentu mungkin mudah untuk mendapatkan dantuan ketenteraan, pealatan perang dan nasihat ketenteraan. Contoh yang paling jelas ialah hubungan baik USA dengan Israel, telah menyebabkan USA memberikan apa

BUDAYA DAN KOMUNIKASI19

sahaja bantuan kelengkapan perang dan kepakaran kepada Israel dalam menghadapi dunia arab. v. Mudah untuk menjalin hubungan diplomatik. vi. Mewujudkan toleransi politik yang lebih baik dan berkesan.

c. Sosial
i. Memudahkan mempromosikan kegiatan sosial seperti mendapatkan bantuan kemanusiaan dan bencana alam (banjir, rebut taufan,kemarau, dll), wabak penyakit dan pembangunan masyarakat. Memudahkan pergerakan rakyat ke Negara lain seperti mengadakan lawatan sosial, melancong dan sebagainya. Membantu mempromosikan kegiatan-kegiatan pertukaran budaya (cultural exchange).

ii. iii.

d. Ekonomi
i. ii. Mudah untuk mempromosikan kegiatan-kegiatan ekonomi seperti import dan eksport, pameran perdagangan dan sebagainya. Lebih mudah untuk mendapatkan sokongan, kerja sama dan bantuan ekonomi dari Negara lain terutamanya dalam keadaan ekonomi yang sukar dan tidak stabil. Sesetengah organisasi antara bangsa membantu untuk meningkatkan produktiviti dan taraf kehidupan masyarakat dengan menyediakan latihan-latihan celik huruf, pendidikan tentang kaedah-kaedah pertanian moden dan membantu meningkatkan pengahsilan pertanian kepada yang lebih menguntungkan (Tubbs & Moss, 2010). Dapat mengelak dari berlakunya sabotaj ekonomi. Dapat membantu mengembangkan kegiatan-kegiatan ekonomi di Negara asing seperti perbankan, perhotelan, pembuatan, pelancongan kesihatan (hospital), pengangkutan, perfileman dan industri-industri lain. Ini termasuklah juga bantuan kewangan untuk kegiatan-kegiatan pembangunan ekonomi.

iii. iv.

e.

Pendidikan, Sains dan Teknologi


i. Memudahkan untuk menghantar pelajar-pelajar untuk belajar di Negara lain dan mengembangkan institusi pendidikan sama ada di dalam mahupun di luar negara. Memudahkan berlakunya proses perpindahan teknologi dan kepakaran dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, sains dan teknologi.

ii.

BUDAYA DAN KOMUNIKASI20

iii.

Menjadikan perkongsian ilmu, hasil penyelidikan dan dapatan-dapatan baru lebih mudah untuk dikongsi.

Kesan Negatif
Seperti mana yang dinyatakan bahawa komunikasi antara budaya bukan hanya membawa kesan-kesan positif malahan juga turut menimbulkan kesan-kesan negatif. Antara kesan-kesan negatifnya adalah;

a. Penaklukan budaya
Revolusi maklumat yang berlaku, hanya dikuasai oleh Negara-negara besar dan berteknologi tinggi seperti USA, Britain, Rusia, German, Franchis dan Jepun. Penyaluran maklumat dari Negara-negara ini ke Negara-negara kecil dan sedang membangun berlaku dalam kuantiti yang begitu banyak sedangkan penyaluran maklumat dari Negara-negara kecil dan sedang membangun ke Negara-negara besar dan berteknologi tinggi ini amatlah sedikit dan kadangkala langsung tidak kedapatan. Lihatlah dalam susunan rancangan-rancangan tv kita, seperti rancangan-rancangan hiburan dan filem serta berita-berita yang dipaparkan, sama ada oleh tv swasta mahupun awam, terlalu banyak rancangan yang diimport dari Negara-negara besar dan berteknologi tinggi ini. Justeru itu, wujudlah ketidak seimbangan penyaluran maklumat antara kedua-dua blok Negara-negara ini.

Fenomena ini berlaku kerana Negara-negara kecil dan membangun tidak mampu menghasilkan filem-filem dan berita-berita mereka sendiri disebabkan kekurangan teknologi, kepakaran dan kos pengeluarannya yang terlalu tinggi. Adalah lebih ekonomik bagi mereka untuk membeli filem-filem atau maklumat-maklumat yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat besar di Barat. Lantaran ledakan filem-filem dan maklumat-maklumat dari Negara-negara besar ini ke Negara-negara kecil, sedikit demi sedikit telah mempengaruhi budaya dan cara hidup rakyat di Negara-negara kecil.

Keadaan ini menjadi bertambah buruk apabila Negara-negara kecil begitu banyak bergantung kepada Negara-negara besar dari segi ekonomi dan affiliasi politik. Maka, terjadilah cultural homogenization iaitu kecenderungan budaya-budaya yang mempunyai hubungan antara satu sama lain menjadi semakin sama (Tubbs & Moss, 2010). Contohnya, bagaimana rakyat Malaysia menjadi peminat makanan Thai dan hampir di setiap pelusuk Negara ini kita boleh melihat restoren dan gerai-gerai makanan Thai dan terpinggirnya restoren dan gerai-gerai makanan tempatan. Dalam masa yang sama, lihat juga bagaimana makanan segera dari Barat telah menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Kini, begitu ramai rakyat Malaysia yang sudah dicoca-colakan, didunkin donatkan, diKentucky Fried Chickenkan dan dipizza hutkan. Penyerapan budaya

BUDAYA DAN KOMUNIKASI21

luar ini akan berlaku secara berterusan dan pastinya mampu mengancam budaya tempatan.

b.

Wujudnya blok-blok fahaman politik


Komunikasi antara budaya membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama lain. Walaupun begitu, ia boleh mewujudkan kelompok-kelompok masyarakat dan Negara yang mempunyai persamaan fahaman dan idealogi politik seperti Negara-negara komunis, kapitalis dan sosialis. Ini menjadikan dunia terpecah kepada beberapa blok mengikut fahaman dan idealogi politik sehingga berlakunya perang dingin antara blok Amerika (USA) dan blok Kesatuan Soveit yang bermula pada tahun 1947 (selepas perang dunia kedua) hingga ke tahun 1991. Walaupun pada waktu itu peperangan terbuka antara Amerika dan Kesatuan Soveit tidak berlaku, akan tetapi peperangan melalui tekanan ekonomi, bantuan terpilih, pergerakan diplomatik, propaganda, pembunuhan, operasi ketenteraan tahap rendah dan perang proksi antara blok USA dengan Blok Kesatuan Soveit berlaku secara berterusan untuk tempoh tersebut (http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Dingin, 16/6/2011).

Tamatnya perang dingin pada tahun 1991 telah membuka era baru dalam corak komunikasi antara budaya. Kini, paling menonjol adalah sikap negatif masyarakat barat terhadap umat Islam di seluruh dunia. Sikap Islamofobia (rasa kurang senang/sangsi) yang ditonjolkan masyarakat Barat terhadap orang-orang Islam semata-mata kerana silap tafsiran dan ketidak fahaman mereka tentang Islam itu sendiri. Mereka menuduh Islam mengajar keganasan sedangkan apa yang dilakukan oleh orang-orang Islam di Negara mereka adalah untuk membebaskan diri daripada cengkaman Barat, Yahudi dan penindasan kerajaan seperti di Palestin, Selatan Filipina, Afghanistan, India dan sebagainya lagi. Label yang digunakan ialah Islam menganjurkan keganasan telah menyemarakkan stereotype Islam itu ganas dan setiap orang Islam itu pengganas. Lantaran itu, tercetuslah juga prejudis yang tinggi terhadap orang Islam dan terbentuknya diskriminasi atau penindasan terhadap mereka. Oleh itu, masyarakat Barat perlu mengikis tanggapan itu sekiranya komunikasi Islam-Barat ingin dipulihkan dan terbinanya hubungan sesama manusia yang baik dan harmoni.

c.

Kesan sosial
Komunikasi antara budaya tidak juga kurangnya meninggalkan kesan negatif kepada sistem sosial sesebuah masyarakat dan Negara. Dalam konteks Malaysia, secara perlahan-lahan kita telah mula berubah dari amalan budaya kontek tinggi kepada budaya kontek rendah. Kegiatan bergotong royong dan keperihatinan terhadap saudara

BUDAYA DAN KOMUNIKASI22

mara dan jiran tetangga telah mula disisihkan. Mereka menjadi lebih individualistik dan berfokuskan pencapaian diri, berbanding dengan kelompok.

Kesimpulan
Dalam era globalisasi ini, kemahiran komunikasi antara budaya amatlah dituntut kerana ia bukan hanya memudahkan manusia untuk berinteraksi, malahan mampu membantu menyelesaikan masalah dan mengharmonikan penduduk dunia. Manusia tidak lagi boleh hidup dalam kelompoknya sahaja kerana teknologi dan kemajuan manusia telah menjadikan dunia ini sebagai satu perkampungan besar. Manusia hidup saling bergantung antara satu sama lain dan saling perlu memerlukan serta lengkap melengkapi. Kiranya masalah-masalah komunikasi antara budaya dapat ditangani dengan baik, kepelbagaian budaya masyarakat merupakan warna warni yang mengindahkan lagi panorama kehidupan di dunia ini.

1. Bincangkan lima faktor kenapa komunikasi antara budaya menjadi semakin penting sejak kebelakangan ini? 2. Bincangkan lima kelebihan bagi seseorang yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam komunikasi antara budaya. 3. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? semakin banyak berlakunya komunikasi antara budaya semakin homogen sifatnya budaya masyarakat di dunia ini. 4. Apakah yang anda faham tentang: a. Masyarakat monokronik b. Ethnocentrisme c. Enkulturasi 5. Apakah pentingnya mempelajari komunikasi antara budaya? 6. Huraikan tiga perbezaan antara komunikasi dalam budaya kontek tinggi dan budaya kontek rendah.

Rujukan Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2006), Kemahiran interpersonal untuk guru. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Devito, J. A (2009), Human communication. New York. Pearson Education Inc.

BUDAYA DAN KOMUNIKASI23

Floyd, K. (2011), Communication matters. New York. McGraw Hill Companies Inc. Pearson, J. C., Nelson, P. E., Titsworth, S., & Harter, L. (2011). Huma communication. New York. McGraw Hill Companies Inc. Trenholm, S. & Jensen, A. (2009). Interpersonal communication. New York. Oxford University Press. Tubbs, S. & Moss, S. (2010). Human communication. New York. McGraw Hill Companies Inc. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Dingin. 16/6/2011. http://www.answering-islam.org/Bahasa/RencanaBF/Mitos-islamofobia.html. 16/6/2011.