Anda di halaman 1dari 9

Menurut Thorndike (1913), apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat

memberi kepuasan kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukannya, akan menimbulkan perasaan dukacita dan kalau dia dipaksa melakukannya, akan menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna. Rumusannya, hukum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapan-persiapan yang perlu ada, sebelum individu itu bertindak, iaitu belajar. Kesediaan dapat dilihat dari tiga aspek yang utama, iaitu kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan kesediaan kognitif. (b)Hukum Latihan Menurut Thorndike, perkaitan antara rangsangan dan gerak balas (R-G) akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang individu akan menguasai kemahiran jika latihan diadakan. Contohnya, jika pelajar selalu mengulangkaji rumus matematiknya, dia akan dapat mengingatinya dengan lebih mudah. Hukum latihan menyatakan bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan. Hukum latihan ini sangat sesuai digunakan bagi latihan hafalan. (c)Hukum Kesan Hukum kesan menyatakan bahawa jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya. Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh, jika terdapat kesan yang menyeronokkan. Kesan yang meyakitkan akan melemahkan pertalian antara R-G. Contohnya, jika dalam eksperimen Thorndike, kucing tersebut mendapat

kejutan elektrik apabila keluar dari sangkar, kesannya tentulah menyakitkan dan ia tidak akan mempunyai motivasi untuk keluar dari sangkar. Rumusannya, jika tingkah laku diikuti dengan kepuasan, ia akan diulang, tetapi jika ia diikuti dengan kesakitan ia akan lenyap. Berdasarkan kepada tiga hukum yang telah dikemukan oleh Thorndike, maka guru bolehlah menggunakannya sebagai salah satu pendekatan yang berkesan untuk merangka strategi pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah. Antara strategi yang boleh digunakan oleh guru ialah: Mengadakan pelbagai rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan. Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons yang betul. Menentukan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran. Sentiasa menilai aspek kesediaan pelajar. Guru memulakan pengajaran setelah beliau mendapati pelaja

6.1.4 Teori Pelaziman Operan Skinner


B.F. Skinner bersependapat dengan Pavlov, tetapi menyatakan bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah. Skinner banyak menjalankan kajian dengan menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau telah menghasilkan SkinnerBox di mana tingkah laku binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerakbalasnya boleh diperhatikan dan direkod/diukur. Kajian ini

membawa beliau kepada penggunaan teori pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Menurut Skinner (1953), dalam teori pelaziman operan gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi), jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), peneguhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif danpeneguhan negatif Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu: peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan. (a)Peneguhan Positif Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Jadual 6.3 menunjukkan satu lagi contoh peneguhan positif. Tingkah Laku Kesan/Akibat

Tingkah laku Masa Hadapan


Pelajar kemukakan soalan dengan baik Guru memuji pelajar Pelajar kemukakan lebih banyak soalan yang baik.

Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan. Menurut Brophy (1981), ciriciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah (a) memuji secara ikhlas, (b) memuji dengan cepat, (c) memuji tanpa pilih kasih, (d) memuji usaha dan cuba jaya, (e) memuji tingkah laku yang spesifik dan (f) memuji jawapan atau respons yang spontan. b)Peneguhan Negatif Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa). Jadual 6.4 menunjukkan satu lagi contoh peneguhan negatif.
Jadual 6.4: Peneguhan Negatif

Tingkah Laku Kesan/Akibat Tingkah laku

Masa Hadapan
Pelajar tidak menyiapkan tugasan tepat pada waktunya Guru menegur pelajar Pelajar akan menyiapkan tugasan yang seterusnya tepat pada waktunya

Jadual 6.3: Peneguhan Positif

Peneguhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Rajah 6.5 menunjukkan jadual peneguhan yang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Jadual peneguhan ini meliputi peneguhan berterusan, peneguhan berkala tetap, peneguhan berkala berubah, peneguhan berkala nisbah tetap dan peneguhan berkala nisbah berubah. )Dendaan Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Jadual 6.6 menunjukkan satu lagi contoh dendaan Dendaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu pertama dendaan persembahan (jenis I) dan kedua dendaan penyingkiran (Jenis II). Dendaan Persembahan Dendaan persembahan (presentation punishment) berlaku apabila sesuatu rangsangan menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri pelajar tersebut. Dendaan bentuk ini tidak melibatkan fizikal,

tetapi dapat menakutkan pelajar. Contohnya, larian padang, sistem demerit, guru memberi kerja tambahan. Dendaan Penyingkiran Dendaan penyingkiran (removal punishment) berkaitan dengan penyingkiran rangsangan. Contohnya, ibu bapa atau guru-guru tidak memberi kemudahan apabila seseorang pelajar tidak berkelakuan betul. Contoh mengenakan dendaan penyingkiran ialah seperti tidak membenarkan mereka menonton televisyen dalam tempoh seminggu, sebab mereka tidak membuat kerja rumah Matematik. Untuk menjadikan dendaan lebih efektif, beberapa peringkatan perlu diambil kira. Antaranya ialah: Dendaan dilakukan segera, sebaik sahaja perlakuan tidak diingini dipamerkan. Orang yang menerima dendaan mesti tahu mengapa dia dihukum. Dendaan hendaklah diberi atas dasar untuk mengubah kelakuan dan bukan sebagaibalasan perlakuannya. Dendaan dikenakan hendaklah tekal. Kalau si A dikenakan 3 rotan untuk kesalahan yang dilakukan, maka si B juga mesti dikenakan 3 rotan untuk kesalahan yang sama. Ada pendapat yang mengatakan bahawa dendaan boleh menghasilkan gangguan emosi yang berpanjangan dan ia juga boleh membawa kepada persoalan etika. Dendaan yang keterlaluan boleh dianggap sebagai suatu

deraan dan dendaan yang dikenakan secara berterusan boleh membentuk tingkah laku yang negatif, seperti pengasingan diri, rasa rendah diri dan menggangu perkembangan emosi dalam jangka masa yang panjang. (d)Prinsip Premack Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai Grandmas Rule yang berasaskan kenyataan kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini. Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputer akan diadakan. Pelupusan Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika: Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti. Peneguhan itu tidak lagi digunakan. Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta.

Aplikasi Teori Skinner dalam Bilik Darjah


Teori pembelajaran Skinner boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran-pembelajaran dalam

bilik darjah berasaskan kepada prinsip-prinsip berikut: Pemberian peneguhan positif apabila pelajar melakukan sesuatu tingkah laku yang diingini hendaklah secara bersistematik. Ganjaran yang diberi haruslah bersesuaian dengan umur pelajar. Wujudkan ganjaran mengikut kadar kepayahan tingkah laku yang diingini. Guru perlu herhati-hati apabila memberi peneguhan negatif kepada pelajar kerana dia mungkin akan dianggap sebagai hukuman. Gerak balas yang diperoleh hasil dari rangsangan haruslah dikukuhkan untuk membentuk pelaziman. Guru perlu memberikan keutamaan kepada latihan dan gerak balas yang berulangulang.

Anda mungkin juga menyukai