"Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan Biasa yang meliputi semua aspek pendidikan. Ia menyediakan perkembangan optima kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat."
Melaksanakan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Khas Memperseimbangkan peluang-peluang pendidikan dalam aspek peruntukan kewangan, pakar khidmat sokongan khas, peruntukan fizikal, pembangunan dan lain-lain. Menyediakan perkembangan kemahiran intelek dan psikomotor secara menyeluruh dan bersepadu untuk menghasilkan individu yang terpelajar dan seimbang dalam masyarakat. Menekankan Pendidikan Bagi Semua (Education for all). Segala program yang dirancang dan dibentuk hendaklah berlandaskan kebolehan kefungsian, bukan kepada kategori / labelling. Memperkukuhkan keadaaan bahawa kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas pada asasnya adalah kanak-kanak dan pergaulan berterusan dengan kanak-kanak biasa adalah berfaedah; kelas khas rancangan percantuman, normalisasi, persekitaran yang tidak terhad, intergrasi sosial, intergrasi berfungsi, intergrasi setempat dan pengsealiran (mainstreaming). Menghasilkan individu yang mempunyai kesedaran, semangat, kesetiaan, aspirasi dan nilai yang tinggi agar dapat bersatu dan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat majmuk. Menghasilkan sumber tenaga manusia untuk pembangunan ekonomi negara. Menyediakan individu yang mempunyai nilai moral yang tinggi, sahsiah yang baik, bertanggungjawab, berdisiplin dan progresif agar dapat memberi sumbangan dalam pembangunan bangsa dan negara. Menyediakan kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas dengan program seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa dan belajar bersama-sama mereka. Pendidikan khas adalah sebahagian dari pendidikan biasa dengan pengubahsuaian dimana perlu. Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (IEP). Mewujudkan norma-norma yang berteraskan keperluan-keperluan khas dari aspek tenaga pendidikan khas dan tenaga khidmat sokongan khas seperti jurupulih pertuturan/bahasa, guru khas audiologi/guru khas pakar perunding, guru khas beredar (intinerant teacher) dan lain-lain. Menekankan pendekatan pendidikan dan pemulihan yang terdiri daripada pasukan multi disciplinary. Menekankan pembekalan perkhidmatan-perkhidmatan yang bersifat pencegahan awal daripada yang bersifat pemulihan. Mewujudkan program transisi bagi murid-murid dan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas untuk mendapatkan penyesuaian dalam budaya kerja. Menghasilkan program-program yang berteraskan pra-vokasional dan vokasional supaya murid-murid dan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas mempunyai kemahiran-kemahiran bekerja sendiri. Menghasilkan perkhidmatan-perkhidmatan program yang menekankan kepada pelbagai model perkhidmatan. Menentukan supaya pelajar-pelajar dengan keperlaun-keperluan khas rancangan percantuman sekolah biasa terlibat dalam cadangan kombinasi mata pelajaran efektif di tingkatan IV untuk persediaan peperiksaan SPM. Menentukan perlaksanaan kombinasi mata pelajaran efektif di tingkatan IV di sekolah menengah khas untuk persediaan SPM. Menentukan supaya sebilangan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat penglihatan dan rabun dapat mengambil peperiksaan SPM(Vokasional).
Menentukan pelajar-pelajar dengan keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di sekolah menengah pendidikan khas mengambil peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia. Menentukan sebilangan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di SMP Khas Vokasional mengambil peperiksaan SPMV dan MLVK. Menentukan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di kelas-kelas khas rancangan percantuman mengambil peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia di bawah sayap Vokasional.
RASIONAL Pendidikan Pemulihan bertujuan untuk menampung keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran dalam penguasaan 3 M (membaca, menulis dan mengira), selari dengan perakuan-perakuan laporan kabinet 1979. Pembentukan satu program Kursus Diploma Khas Pendidikan ini, akan memberi penekanan yang sewajarnya untuk tujuan serta perkembangan pendidikan pemulihan di negara ini. Pada amnya kanak-kanak adalah berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat dan minat. Justeru itu mereka berbeza dari segi kemampuan dalam menguasai sesuatu kemahiran dan pengetahuan. Program Kursus Pemulihan akan dapat melatih guru dalam kemahiran khas mengkaji keperluan individu kanak-kanak, merancang dan menjalankan strategi pemulihan. serta membina sikap positif terhadap kanak-kanak sejajar dengan konsep masyarakat penyayang. Seterusnya kursus ini dapat meyakinkan keupayaan guru untuk menjalankan perkhidmatan pemulihan yang berkenaan di sekolah dengan cara yang lebih berkesan.
1. Menghurai Falsafah pendidikan negara serta perkaitannya dengan Falsafah dan isu dalam Pendidikan Khas.
2. Mengkaji perkembangan dan ciri-ciri kanak-kanak khas dengan membuat perbandingan antarakanak-kanak normal dengan kanak-kanak berkeperluan khas, serta mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Memahami dan mengenali konsep pendidikan khas. 4. Memahami konsep, skop pengurusan dan merancang serta melaksanakan program modifikasi tingkah laku secara sistematik. 5. Memahami kemahiran antara perseorangan dalam kaunseling dan perundingan bagi menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas. 6. Memahami peringkat-peringkat perkembangan dan ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas pemulihan.
7.Mengaplikasi cara penaksiran dan strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas pemulihan.
8.Menggunakan berbagai teknologi dan membinabahan-bahan bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik dengan menggunakan strategi kaedah dan teknik yang sesuai.
STRATEGI PENYAMPAIAN
Peserta-peserta kursus ini terdiri daripada golongan guru-guru terlatih yang berpengalaman dan matang. Pengetahuan dan pengalaman peserta-peserta kursus boleh dimanfaatkan sebagai asas pengajaran pembelajaran bercorak andragogi, sinergogi dan experiential learning. Pendekatan-pendekatan ini membolehkan peserta-peserta kursus berkongsi maklumat dan pengalaman serta mengembangkan kemahiran berkomunikasi dan berfikir.
Untuk melaksanakan sukatan pelajaran ini dengan jayanya perkara-perkara berikut harus diberi perhatian:
sandaran di sekolah.
kreatif (KBKK).
STRATEGI PENYAMPAIAN
o o o o o o o o o o o o o o o o o o o
Kuliah Perbincangan Simulasi Forum Bengkel Demonstrasi Latih amal (makmal) Persembahan individu / kelompok Tayangan video, slaid, dll. Ceramah Lawatan Perkhemahan Penyelidikan luar Soalselidik dan intervensi Kertas Projek Kuiz Pengumpulan data Sandaran di sekolah/Praktikum/projek khas Lain-lain strategi mengikut kesesuaian