Anda di halaman 1dari 2

www.zahrein.

com

DR Danial at Surau Kompleks Belia dan Sukan Sg Nibong

This interpretation are base on Kulliyah that I had attended. If its not correct , do correct it.
Allah knows Best.
Date: 7 september 2008

Surah Al-Najm (Ayat 1-5)

[1]
Demi bintang semasa ia menjunam, -
[2]
Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah
ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan
yang salah).
[3]
Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut
kemahuan dan pendapatnya sendiri.
[4]
Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah
wahyu yang diwahyukan kepadanya.
[5]
wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat
gagah,

Sebelum Surah Al-Najmi adalah surah At-Tur. Kita disuruh untuk sabar dan bertasbih
kepada Allah S.W.T. Ada 2 Formula yang kita dapati dalam surah tersebut iaitu Solat
dan Sabar.Oleh yang demikian, pada musim Ramadan muslim boleh melatih diri kita
supaya bersabar dan bersabar.

Surah Al-Najm bermaksud adalah Surah bintang. Ia mempunyai 62 ayat. Ia adalah


surah Makkiyah (diturunkan sebelum hijrah)

Surah Makkiyah tertumpu pada akidah dan ia menyuruh kita supaya kita berfikir.

Pada ayat 1, Allah bersumpah demi bintang. Dan kita manusia hanya boleh bersumpah
dengan nama Allah. Allah bersumpah untuk menarik perhatian manusia akan
kepentingan sesuatu. Allah mahu kita mengkaji bintang. Bintang adalah makhluk yang
hebat. Apabila kita mengkaji bintang, ia menunjukkan kepada kita akan kekuasaan
Allah S.W.T. Kita ni tersangatlah kerdil!!!

Pelabagai tafisran yang diberikan pada ayat ini. Dan ada juga ia mengaitkan dengan
lubang hitam. Dimana Bintang-bintang jatuh ke dalam lubang hitam.
www.zahrein.com

Sebagai Rasul, Nabi Muhammad S.A.W tidak lari dari tohmahan. Ada yang
menudiuh Nabi Muhammad S.A.W sebgai gila dan ahli sihir. Namun belia tetap
berpegang pada tali Allah. Rasulullah S.A.W membawa konsep yang benar. Hanya
manusia sendiri yang membawa konsep ciptaan sendiri.

Pada ayat 3 dan 4, Rasulullah S.A.W hanya bercakap melalui wahyu. Beliau tidak
bercakap menurut hawa nafsu. Rasulullah hanya berkata mengenai kebenaran dan
tidak akan terbabas. Antara cirri Rasulullah S.A.W adalah amanah dan tabligh
(menyampaikan).

Pada ayat 5, wahyu turun kepada Rasulullah S.A.W melalui Malaikat Jibrail.
Malaikat jibrail adalah makhluk yang cerdas,hebat dan mempunyai kefahaman yang
tinggi. Wassalam

Anda mungkin juga menyukai