Anda di halaman 1dari 1

Konsep Tamadun Islam Tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian atau kemajuan di kalangan umat Islam.

Ia termasuklah dalam aspek ilmu, politik, ekonomi, inovasi, akhlak, tatsusila, adab, tingkah lakudan budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sebuah negara. Secara ringkasnya, konsep tamadun Islam termasuklah: a) Menjadi hamba Allah s.w.t yang sebenar b) Berorganisasi atas asas akidah tauhid c) Mementingkan nilai kerohanian berbanding nilai kebendaan
d) Berfungsinya nilai-nilai kebaikan yang menyebabkan berkembangnya sifat

kemanusiaan dan akhlak yang mulia, bukan sifat kebinatangan e) Kesucian institusi keluarga f) Melaksanakan tugas Khalifah di bumi Allah s.w.t dengan mengikut panduan al-Quran dan al-Sunnah g) Mematuhi syariat Islam dalam urusan hidup

Anda mungkin juga menyukai