Anda di halaman 1dari 19

Topik

X Alat

Berfikir

10

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. Menghuraikan empat alat berfikir yang dicakup, iaitu peta minda, pengurusan grafik, CoRT 1 dan soalan dan penyoalan; Membincangkan bagaimana alat berfikir ini dapat membantu proses berfikir; dan Merancang penggunaan pembelajaran. alat berfikir dalam pengajaran dan

X PENGENALAN
Andaian penyelidik bidang pemikiran ialah kemahiran berfikir individu boleh diajar, diasuh dan dipertingkatkan melalui latihan dan amalan yang dibantu dengan alat berfikir. Semua orang boleh berfikir, tetapi ada yang boleh berfikir dengan lebih baik lagi berbanding dengan yang lain. Bagaimana untuk berfikir dengan lebih baik? Alat berfikir merupakan instrumen yang dapat membantu kita menggunakan minda kita dengan lebih sistematik dan berkesan. Topik ini menerangkan dan menunjukkan beberapa jenis alat berfikir yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh juga dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Perbincangan tentang alat ini dimulakan dengan alat peta minda dan diikuti pula dengan pengurusan grafik, alat CoRT 1 dan akhir sekali soalan dan penyoalan.

TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

W 197

10.1 PETA MINDA


Anda tentu biasa dengan perkataan 'peta minda'. Apakah sebenarnya peta minda ini? Peta minda adalah suatu lakaran grafik sebagai satu cara untuk mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Peta minda merupakan satu binaan di atas suatu satah (kertas) di mana isi-isi penting tentang sesuatu diletakkan di tengah-tengah dan idea-idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama. Konsep peta minda ini dipelopori oleh Tony Buzan. Dengan melakar peta minda, seseorang dapat mengorganisasikan fikirannya dalam bentuk gambar ataupun kata kunci yang dapat menjimatkan masa belajar dan terbukti dapat meningkatkan daya ingatan. Peta minda dibentuk berdasarkan alasan bahawa otak lebih mudah menerima rangsangan yang berbentuk pola. Rupa bentuk peta minda biasanya penuh kreatif dan tidak formal. Penggunaan warna, anak panah, rajah dan kod dibuat untuk menunjukkan kaitan penting. Di samping membantu proses ingatan, peta minda juga dapat membantu mempertingkatkan kreativiti seseorang. Penggunaan peta minda dapat membantu kita mencatat nota atau membentuk gambaran mental yang lengkap daripada perkara yang didengar, dilihat atau dibaca dan apa yang sedang difikirkan. Sekaligus kita dapat merancang dan menyusun idea dalam bentuk kerangka pemikiran untuk digunakan kemudian dalam bentuk penulisan esei, atau dalam persembahan lisan. (a) Kegunaan Peta Minda Biasanya peta minda digunakan sebagai: (i) (ii) Teknik mencatat nota syarahan, taklimat atau bahan bacaan; Teknik merancang dalam membina kerangka penulisan seperti laporan, esei, atau persembahan;

(iii) Teknik membuat sinopsis atau rumusan apabila membaca buku; (iv) Alat grafik dalam persembahan untuk lebih menarik dan ringkas; dan (v) Bantuan untuk kita mengingat sesuatu tanpa merujuk semula pada bahan asal.

198 X

TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

(b)

Cara Membina Peta Minda Mari kita lihat cara atau langkah membina peta minda. (i) (ii) Tuliskan tajuk di tengah-tengah kertas. Buatkan bentuk yang unik. Lukiskan beberapa garisan yang menarik bersesuaian dengan tajuk. Lebih unik lebih baik. Tuliskan sub-tajuk yang penting di atas garisan-garisan ini.

(iii) Wujudkan pula beberapa kelompok atau kategori kata pada akhir garisan-garisan tadi. (c) Ciri-ciri Peta Minda Peta minda perlulah ringkas, unik dan menarik. Untuk itu kita perlu: (i) (ii) Gunakan kata kunci atau imej, atau perkataan yang ringkas dan padat; Gunakan warna warni yang menarik;

(iii) Jadikan corak yang unik; (iv) Gunakan anak panah atau kod; dan (v) (d) Jadikannya sesuatu yang kreatif dan menyeronokkan anda.

Contoh-contoh Peta Minda Untuk mendalamkan lagi pemahaman anda tentang peta minda, lihat contoh-contoh dalam Rajah 10.1 dan 10.2. (i) (ii) Senaraikan kegunaan buah kelapa Senaraikan kegunaan televisyen

TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

W 199

Rajah 10.1: Contoh peta minda kegunaan buah kelapa

Rajah 10.2: Contoh peta minda kegunaan televisyen

200 X

TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

Setelah mempelajari dan melihat beberapa contoh peta minda, sekarang cuba aktiviti di bawah untuk mempertajamkan lagi pemahaman anda.

LATIHAN 10.1
Bentukkan peta minda tentang faedah membaca.

10.2 PENGURUSAN GRAFIK


Dalam bahagian ini kita akan mempelajari tentang pengurusan grafik. (a) Apakah Dia Pengurusan Grafik? Cuba anda jawab soalan ini. Terangkan bahagian yang terdapat pada sebatang pokok dan huraikan fungsinya. Apakah gambaran yang wujud dalam minda anda? Pastinya anda akan melihat gambaran pokok, daun, akar, buah, bunga dan lain-lain lagi. Ada pula yang menggambarkan pokok dari akar ke pucuk, ada yang akan menggambarkan dari pucuk ke akar dan ada yang mungkin menggambarkan pokok dari peringkat biji benih sehingga mati. Soalan kedua, anda ingin membeli-belah di pasaraya, bagaimanakah cara untuk menyenaraikan barangan yang hendak dibeli? Satu cara ialah dengan mengetahui susunan barangan di pasaraya berkenaan dan menyenaraikan barangan mengikut susunan tersebut. Dalam dua situasi di atas, kita mengawal pemikiran berdasarkan ciri-ciri atau kumpulan tertentu. Sekiranya kita tidak membina gambaran atau kumpulan ini, idea atau jawapan yang kita cari akan berada dalam keadaan bersepah-sepah. Pemikiran yang sistematik sebegini boleh dilatih menggunakan pengurusan grafik. Dengan latihan minda, kita secara spontan akan menguruskan maklumat dengan cara yang lebih sistematik. Alat yang boleh digunakan dipanggil alat pengurusan grafik. Pengurusan Grafik (PG) atau Graphic Organizer (GO) merupakan pemetaan atau pola penyusunan yang mewakili perhubungan antara maklumat-maklumat tentang sesuatu idea. Ia merupakan illustrasi bergambar/grafik yang mewakili sesuatu pernyataan. Mengikut Som dan Mohd Dahalan (1998), pengurusan grafik ialah satu bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan sama ada untuk merancang, mengurus, meneliti, menganalisis atau menghasilkan sesuatu idea atau pemikiran dengan lebih sistematik, jelas dan berkesan.

TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

W 201

(b)

Bagaimana Pengurusan Grafik Membantu Pemikiran? Pengurusan grafik dapat membantu kita dalam: (i) (ii) Melihat perbezaan sesuatu perkara atau idea dengan lebih tepat; Membentuk sistem pengkelasan atau klasifikasi dengan lebih tersusun;

(iii) Menerangkan satu-satu proses atau aliran dengan lebih sistematik; (iv) Mengelakkan dibincangkan; (v) tercicir maklumat-maklumat penting yang

Menjadikan kita supaya lebih fokus kepada apa yang sedang difikirkan;

(vi) Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan lebih tepat; dan (vii) Mengelakkan daripada berfikiran sempit, kabur, terburu-buru dan berkecamuk. (c) Jenis-jenis Pengurusan Grafik Pengurusan Grafik (PG) terdiri dari bentuk atau lakaran grafik dan Pengurusan Lisan. Lakaran grafik berbentuk seperti borang dan jaringan yang perlu diisi dengan maklumat yang berkaitan. Terdapat beberapa bentuk PG yang telah sedia ada dan bila anda telah mahir dalam menggunakan grafik, anda boleh mencipta sendiri lakaran yang anda ingini dan sesuai dengan keperluan anda. Perlu diingat bahawa alat PG hanya membantu kita dalam proses berfikir tetapi PG tidak boleh menyelesaikan masalah dan membuat keputusan untuk kita. Pengurusan Lisan pula merupakan soalan-soalan atau arahan yang boleh memandu kita mengenal pasti, menyusun dan boleh digunakan sebagai satu cara untuk kita membuat refleksi dan metakognisi. Berikut adalah contoh pengurusan grafik yang sesuai digunakan untuk kemahiran dalam berfikir: (i) (ii) Membanding membeza. Membuat kategori.

(iii) Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan. (iv) Menerang sebab. (v) Membuat ramalan.

(vi) Mengusul periksa andaian.

202 X

TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

(vii) Membuat keputusan. (viii) Menyelesai masalah. (ix) Carta aliran, pusingan, kitaran.

Beberapa contoh PG akan dijelaskan seterusnya dalam Rajah 10.3 dan 10.4. Bagi contoh-contoh yang lain, sila rujuk kepada buku rujukan oleh Som dan Mohd Dahalan (1998).

Rajah 10.3: Pengurusan grafik dan pengurusan lisan membanding dan membeza

Rajah 10.4: Pengurusan grafik dan pengurusan lisan membuat kategori

TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

W 203

LATIHAN 10.2
Anda perlu membeli kereta sekarang. Pilihan yang ada adalah Waja atau Iswara. Gunakan pengurusan grafik banding beza dalam membantu anda membuat keputusan ini. Setelah mempelajari peta minda dan pengurusan grafik, mari kita lihat apa pula yang dikatakan CoRT I.

10.2 CoRT I
Istilah CoRT ialah singkatan kepada perkataan Cognitive Research Trust yang dipelopori oleh Edward De Bono. Terdapat sebanyak enam bahagian dalam program CoRT. Bahagian-bahagian tersebut adalah seperti dalam Jadual 10.1:
Jadual 10.1: Bahagian-bahagian CoRT Bahagian CoRT I CoRT II CoRT III CoRT IV CoRT V CoRT VI Penerangan Keluasan persepsi Organisasi proses berfikir Pemikiran kritis Pemikiran kreatif Maklumat dan perasaan Tindakan

Modul ini menjurus penerangan tentang alat CoRT I. Alat ini bertujuan untuk menilai keluasan persepsi terhadap sesuatu yang sedang difikirkan supaya apa jua keputusan yang dibuat akan lebih berkesan lagi. Alat CoRT I mengandungi tujuh teknik. Teknik-teknik tersebut adalah seperti yang dapat dilihat pada Rajah 10.5.

204 X

TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

Rajah 10.5: Teknik-teknik CoRT I

Sekarang mari kita teliti setiap teknik dengan lebih mendalam. (a) Baik, Buruk, Menarik (Plus, Minus, Interesting - PMI) Teknik ini dipanggil PMI. Teknik ini digunakan untuk meluaskan sudut pandangan seseorang. Minda dilatih untuk berfikir berbagai-bagai arah seperti berfikir tentang kebaikan, keburukan dan yang menarik tentang sesuatu sebelum membuat keputusan. Ini amat bertepatan dengan konsep berfikir di mana sesuatu keputusan ditangguhkan sehingga mendapat maklumat yang lengkap. Langkah perlaksanaan: (i) (ii) Perdengarkan isu atau masalah. Katakan "Mari kita lakukan PMI"

(iii) Sumbang saran tentang kebaikan. (iv) Sumbang saran tentang keburukan. (v) Sumbang saran tentang yang menarik.

(vi) Buat keputusan berdasarkan maklumat terkumpul di atas.

TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

W 205

(b)

Ambil Kira Semua Faktor (Consider all Factors-CAF) Teknik ini disebut CAF. Kita perlu sedar bahawa setiap keputusan yang dibuat akan mempengaruhi kita dan individu di sekeliling kita. Adakalanya, sesuatu keputusan itu akan memberi kesan negatif kepada individu lain. Oleh itu, amalan melakukan CAF dalam mencapai sesuatu keputusan dapat memastikan semua individu atau faktor lain diambil kira terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat. Langkah perlaksanaan: (i) (ii) Perdengarkan isu atau masalah. Katakan "Mari kita lakukan CAF"

(iii) Sumbangsaran semua faktor yang terlibat. (iv) Membuat pertimbangan setiap faktor. (v) (c) Membuat keputusan.

Kesan Mengikut Jangka Masa (Consequences & Sequal-C&S) Teknik ini dipanggil C&S. Kita tahu bahawa sesuatu tindakan yang diambil selepas keputusan dibuat mengakibatkan kesan-kesan tertentu sama ada serta-merta, dalam masa terdekat (5 tahun) atau jangka panjang (lebih daripada lima tahun). Kita mungkin mendapat satu atau beberapa alternatif keputusan yang perlu dipilih. Teknik C&S dapat membantu kita mengenal pasti kesan-kesan ini terlebih dahulu sebelum kita membuat keputusan. Dengan ini kita juga dapat bersedia menangani akibat yang akan terjadi pada masa hadapan. Langkah perlaksanaan: (i) (ii) Perdengarkan tindakan yang dipilih. Katakan "Mari kita lakukan C&S".

(iii) Senaraikan kesan-kesan serta-merta daripada tindakan tersebut. (iv) Senaraikan kesan-kesan jangka pendek (5 tahun) yang diramalkan. (v) Senaraikan kesan-kesan jangka panjang yang diramalkan.

(vi) Lakukan C&S lagi untuk tindakan alternatif yang lain. (vii) Nilai akibat-akibat dan buat keputusan. (d) Tujuan, Matlamat, Objektif (Aims, Goals, Objectives-AGO) Teknik ini dipanggil AGO. Teknik ini membantu kita menentukan hala tuju atau fokus sesuatu yang sedang dilakukan. Ia dapat membantu individu

206 X

TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

memikirkan tujuan asal dan mengelaknya daripada menyeleweng dari tujuan asal semasa perbincangan atau pemikiran sedang berjalan. Langkah perlaksanaan: (i) (ii) Ketengahkan isu atau masalah. Katakan "Mari kita lakukan AGO".

(iii) Sesi perbincangan berjalan. (iv) Sekali-sekala sedarkan diri kita atau semua ahli yang terlibat dalam perbincangan tersebut dengan mengulangi sebutan "Apakah AGO kita?" (v) (e) Teruskan sehingga keputusan dibuat.

Kepentingan Utama (First Important Priorities-FIP) Teknik ini dipanggil FIP. Teknik ini membantu kita mengenal pasti keutamaan, yang terpenting dan yang memerlukan tindakan. Dalam halhal yang kita mesti membuat pilihan, FIP boleh digunakan. FIP juga biasanya digunakan dengan teknik yang lain. Langkah perlaksanaan: (i) (ii) Buat pilihan atau keputusan berdasarkan kepentingan utama. Suarakan isu atau masalah. Katakan "Mari kita lakukan FIP".

(iii) Senaraikan semua perkara yang penting dan utama. (f) Alternatif, Kemungkinan, Pilihan (Alternatives, Possibilities, Choices- APC) Teknik ini dipanggil APC. Teknik ini membantu individu menyenaraikan alternatif dan kemungkinan-kemungkinan yang ada sebelum ia buntu dengan satu pilihan keputusan. Dengan mengamalkan teknik ini, kita memaksa diri kita untuk mencari beberapa alternatif dan pilihan sebelum kita membuat keputusan. Teknik ini juga melatih kita berfikir serentak tentang pilihan dan kemungkinan yang kita ada. Langkah perlaksanaan: (i) (ii) Suarakan masalah. Katakan "Mari kita lakukan APC".

(iii) Janakan sebanyak mungkin pilihan dan alternatif. (iv) Buat keputusan dan pilihan.

TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

W 207

(g)

Pandangan Orang Lain (Other People's View-OPV) Teknik ini dipanggil OPV. Ia memerlukan kita mementingkan pandangan dan pendapat orang lain tentang apa jua keputusan yang akan diambil. Oleh itu, sebelum kita membuat keputusan, kita perlu terlebih dahulu mengkaji akibat atau pengaruh yang wujud daripada keputusan terhadap orang lain. Setiap orang yang terlibat dengan apa jua tindakan atau keputusan yang kita buat, mempunyai pandangan yang berbeza kerana mereka melihat dari sudut atau kedudukan yang sudah tentunya berbeza. Kita perlu sedar dan menerima hakikat bahawa perbezaan pendapat wujud. Ia disebabkan oleh latar belakang, status, pengetahuan, pengalaman dan sistem nilai yang berbeza di kalangan individu. Kaedah OPV ini sesuai digunakan apabila terdapat kemungkinan perbalahan pendapat daripada berbagai-bagai pihak. Semasa menggunakan kaedah ini, kita harus bersikap terbuka dalam mendengar pendapat atau idea orang lain dan jadikan pendapat itu sebagai panduan dalam membuat keputusan yang akan diambil. Langkah perlaksanaan: (i) (ii) Nyatakan masalah. Sebutkan keputusan yang akan diambil.

(iii) Kenal pasti individu yang mungkin menerima kesan akibat keputusan tersebut. (iv) Minta pendapat individu tersebut tentang keputusan yang akan diambil. (v) Buat keputusan selepas meneliti pendapat individu terlibat.

(vi) Ulang semula sekiranya keputusan itu tidak sesuai. Sehingga ini anda telah membaca tentang teknik-teknik dalam alat CoRT. Walaupun penerangan tentangnya dibuat berasingan, beberapa teknik boleh digunakan sekaligus dalam menyelesaikan satu-satu masalah dan akhirnya membuat keputusan. Contohnya, dalam menyelesaikan masalah pengaruh budaya kuning dari internet, kita boleh gabungkan teknik PMI, C&S dan OPV supaya penyelesaian yang terhasil itu adalah yang terbaik. Sekarang, cuba selesaikan aktiviti di bawah. Semoga dengan latihan ini, anda akan lebih memahami apa yang dikatakan CoRT I.

208 X

TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

LATIHAN 10.3
Selesaikan masalah yang dinyatakan di bawah menggunakan teknik baik-buruk-menarik dalam alat CoRT di atas secara individu dan kemudian secara kumpulan. Perhatikan hasil penyelesaian tersebut. Kementerian Pendidikan Malaysia ingin melanjutkan jangka waktu sekolah sehingga jam 5.00 petang. Bincangkan. Lakukan PMI.

10.4 SOALAN DAN PENYOALAN


Soalan merupakan alat dalam bentuk pertanyaan yang boleh digunakan untuk mencungkil dan mendapatkan maklumat, meninjau kefahaman dan memperoleh pendapat dari seseorang. Penyoalan pula merupakan teknik soalan itu dikemukakan. Perbincangan dalam bahagian ini termasuklah penerangan tentang tujuan menyoal, jenis-jenis soalan, persediaan dan perlaksanaan penyoalan. Kalau ditanya mengapa kita menyoal, banyak jawapan yang akan diterima. Sebagai ringkasan tentang ini, berikut disenaraikan beberapa tujuan seseorang itu menyoal: (a) (b) (c) (d) (e) (f) Memperkembangkan proses berfikir secara kritis dan kreatif. Mengumpul dan menganalisis maklumat. Meningkatkan tingkah laku metakognitif dan reflektif . Merangsang penglibatan aktif. Berkongsi idea. Menguji kebolehan dan menilai kemajuan.

10.4.1 Jenis-jenis Soalan


Soalan juga telah dikategorikan dalam pelbagai cara. Antaranya soalan dikategorikan sebagai soalan bertumpu dan bercapah. Ada juga kita dengar orang menyebut soalan Socrates. Pada guru-guru pula, soalan aras Taksonomi Bloom merupakan sesuatu yang tidak asing lagi. Apakah sebenarnya jenis atau kategori yang diperkatakan tadi?

TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

W 209

(a)

Soalan Socrates Teknik penyoalan ini bukanlah satu teknik yang baru. Teknik ini telah diperkenalkan oleh seorang ahli falsafah Greek bernama Socrates, lebih 2500 tahun dahulu. Beliau menegaskan bahawa soalan amat penting dalam menjana seseorang untuk berfikir dengan lebih kritis lagi. Teknik "deep questioning" yang kadang-kadang juga dikenali sebagai perbincangan Socratic merupakan teknik yang diketengahkan oleh beliau. Melalui perbincangan Socratic, pemikiran pelajar dicabar dan diperkembangkan. Dengan itu, isu yang dibincangkan akan menjadi lebih jelas lagi. Di samping itu, seseorang akan sedar dan dapat menilai cara ia sendiri berfikir. Contoh-contoh soalan dalam perbincangan Socratic adalah seperti berikut: (i) Soalan untuk mendapatkan penjelasan: Apakah yang anda maksudkan dengan ? Bagaimana berkait dengan ? Bolehkah anda beri contoh? Apakah yang anda maksudkan dengan jawapan tadi? Mengapa anda berpendapat sedemikian? (ii) Soalan yang menyiasat andaian: Apakah andaian anda tentang kejadian tersebut? Apakah andaian yang dibuat oleh penulis cerpen tersebut? Mengapakah seseorang akan membuat andaian yang serupa? (iii) Soalan menyiasat sebab dan bukti: Mengapa anda kata benar? Apakah buktinya? Bagaimana kita dapat memastikan ia benar? (iv) Soalan yang mendapatkan pandangan /pendapat: Mengapa anda membuat pilihan tersebut? Apakah pandangan alternatif? Apakah yang akan dikatakan oleh pihak pembangkang? (v) Soalan yang menyiasat implikasi dan kesan: Apakah implikasi daripada tindakan yang anda buat? Apakah kesannya?

210 X

TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

(vi) Soalan mengenai soalan: Mengapakah soalan ini penting? Bolehkah kita perincikan lagi soalan ini? Sejauh manakah kita bersetuju dengan soalan ini? Setelah meneliti bentuk-bentuk soalan yang disarankan oleh Socrates, mungkin anda akan lebih sedar tentang perkara dan tindakan yang ingin kita lakukan. Soalan Socrates ini lebih dikaitkan dengan soalan bercorak kritis. Mungkin anda telah biasa menggunakannya tetapi sekurangkurangnya soalan ini akan membuat kita sedar dengan proses berfikir yang berlangsung dalam minda kita. (b) Soalan Bertumpu dan Soalan Bercapah Soalan bertumpu atau bercapah merupakan jenis soalan yang memberi penumpuan kepada sama ada sesuatu soalan itu berkehendakkan jawapan respon yang terhad atau tidak terhad. Soalan bertumpu mempunyai respon atau jawapan yang terhad. Respon atau jawapan terhad untuk soalan bertumpu bermaksud, soalan itu mempunyai satu atau beberapa bilangan jawapan yang boleh diterima yang dikatakan betul. Jawapan kepada soalan juga terhad kepada fakta yang terdapat dalam teks bacaan dan ia tersurat. Soalan bentuk ini pada kebiasaannya memerlukan individu mengingat kembali maklumat dan mengembalikannya sebagai jawapan. Jawapan yang diberi juga lebih objektif iaitu jelas betul salahnya. Contoh soalan bertumpu: (i) Namakan ibu negara Malaysia. (ii) Namakan sungai terpanjang di Malaysia.

(iii) Senaraikan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Soalan bercapah merupakan soalan yang memerlukan jawapan yang lebih subjektif, terbuka dan luas malah tersirat. Ini bermakna jawapan yang dijemput adalah pelbagai tidak terhad kepada isi yang terdapat dalam teks bacaan yang dirujuk. Soalan jenis ini sering dikaitkan dengan soalan aras tinggi. Contoh soalan bercapah: (i) Apakah pandangan anda tentang remaja masa kini? (ii) Apakah perbezaan masalah remaja masa kini berbanding dengan masa dulu?

TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

W 211

(iii) Jika anda berpeluang menjadi remaja semula, apakah perkara yang anda ingin lakukan? Ringkasan tentang soalan jenis ini boleh dilihat dalam Rajah 10.6.

Rajah 10.6: Soalan bertumpu dan bercapah

(c)

Soalan Berasaskan Taksonomi Bloom Penyoalan yang menggunakan Taksonomi Bloom lebih menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Aras-aras soalan dalam taksonomi ini bercorak hieraki, iaitu bermula dari tahap rendah ke tahap yang tertinggi. Aras-aras ini dikenal pasti untuk membantu guru atau pendidik membuat soalan pelbagai aras yang dikatakan dapat menguji tahap berfikir, dari aras rendah ke aras yang lebih tinggi. Aras-aras soalan yang dikemukakan oleh Bloom adalah seperti dalam Rajah 10.7.

Sekarang kita teliti penerangan tentang aras-aras taksonomi dan contoh soalan. (i) Aras 1: Pengetahuan Soalan yang dibina pada aras ini menjemput jawapan yang berbentuk mengingat kembali fakta, definisi, atau perkara yang telah dipelajari. Contoh Berikan definisi KBKK (ii) Aras 2: Pemahaman Soalan yang dibina pada aras ini memerlukan pelajar menerangkan idea atau perkara yang telah difahami. Aras ini lebih tinggi dari aras pengetahuan di mana pelajar bukan sahaja mampu meluahkan kembali fakta, tetapi juga dapat menjelaskan dengan contoh-contoh berkaitan yang boleh menunjukkan yang ia telah benar-benar faham tentang apa yang telah dipelajari.

212 X

TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

Contoh Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan grafik?

Rajah 10.7: Aras soalan Taksonomi Bloom

(iii) Aras 3: Aplikasi Soalan yang dibina pada aras ini boleh menguji pelajar untuk menggunakan pengetahuan dan kefahaman yang telah diperolehi dalam situasi yang baru. Ia merupakan proses memindahkan penggunaan sesuatu pengetahuan kepada suatu keadaan yang baru. Contoh Nisbah dalam membuat kek asas ialah 1:1:1 untuk lemak, tepung dan gula. Kirakan keperluan bahan untuk membuat tiga adunan. (iv) Aras 4: Analisis Soalan yang dibina pada aras ini memerlukan pelajar untuk mengasingkan idea atau perkara utama. Ia juga disebut sebagai mencerakinkan sesuatu maklumat kepada komponen-komponen yang lebih kecil, yang menunjukkan mereka memahami kaitan dan hubungan antara komponen tersebut. Contoh Huraikan faktor yang mempengaruh masalah remaja masa kini.

TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

W 213

Soalan analisis ini memerlukan pelajar menggunakan pengetahuan dan pemahaman tentang sesuatu situasi dan dapat mengasingkan komponen. Contoh di sini ialah faktor rakan, faktor keluarga, faktor media dan faktor pendidikan. Setelah boleh mengenal pasti faktor-faktor tersebut, ia boleh menerangkan bagaimana faktor-faktor tersebut menjadi penyebab kepada masalah remaja. (v) Aras 5: Sintesis Soalan yang dibina pada aras ini memerlukan pelajar untuk menggabungkan atau mencantumkan unsur-unsur yang terdapat dalam sesuatu perkara untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Contoh Rancangkan satu program untuk menyelesaikan masalah sosial di kalangan remaja. Untuk menjawab soalan aras sintesis ini, pelajar perlu terlebih dahulu membuat analisis tentang faktor-faktor yang mempengaruhi masalah sosial di kalangan remaja. Kemudian, cadangkan aktiviti yang mengambil kira faktor-faktor tersebut yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah keruntuhan moral remaja. Misalnya, satu faktor yang telah dikenal pasti ialah keluarga. Maka salah satu sesi program yang bakal dirancang harus melibatkan ibu bapa seperti mengadakan sesi pelajaran keibubapaan. Jelas kita lihat di sini, aras sintesis ini sendiri lebih tinggi dari aras analisis. (vi) Aras 6: Penilaian Soalan yang dibina pada aras ini memerlukan murid melakukan pemilihan, membuat diskriminasi, memberi rasional, memberi penghakiman, memberi alasan pada pendapat yang diaju, menentukan baik-buruk, betul-salah dan kekuatan-kelemahan terhadap sesuatu isu atau idea. Contoh Pada pendapat anda, haruskah sistem berkurung dipraktikkan kepada remaja dalam usaha menangani masalah sosial di kalangan remaja? Beri rasional kepada jawapan anda. Soalan aras penilaian ini memerlukan pelajar untuk menunjukkan yang mereka telah menguasai soalan aras rendah dalam taksonomi Bloom dan segala pengetahuan dan kefahaman dirumuskan untuk menjadi rasional pada pilihan jawapan yang dibuat.

214 X

TOPIK 10 ALAT BERFIKIR

Untuk memastikan anda faham, sila jawab soalan berikut.

LATIHAN 10.4
Baca soalan berikut dan kenal pasti aras soalan tersebut. Nyatakan peraturan berpakaian pelajar universiti.

Topik 10 membincangkan alat berfikir. Ahli penyelidik otak mengandaikan bahawa kemahiran berfikir merupakan sesuatu yang boleh dipelajari oleh individu. Alat berfikir adalah instrumen yang dapat membantu kita berfikir dengan lebih sistematik dan berkesan. Beberapa alat berfikir seperti peta minda, grafik, penyoalan dan alat CoRTS telah pun dikaji dan perlaksanaannya telahpun dibincangkan dengan contoh yang relevan. Walaupun topik ini dibincangkan sebagai satu topik yang berasingan, perlu diingatkan sekali lagi bahawa alat-alat ini perlu diaplikasikan dalam proses berfikir kita sama ada berfikir secara kritis atau kreatif.

CoRT Pengurusan grafik

Peta minda

Anda tentu biasa dengan pita minda. Apakah sebenarnya peta minda ini? Adakah peta minda membolehkan kita mendalami konsep dengan jelas dan memahaminya dengan baik?

Huraikan aras taksonomi Bloom pada peringkat teratas dan terbawah, iaitu pada tahap pengetahuan dan penilaian.