Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PANTAI JLN CENDERAI, BANGSAR 59100 KUALA LUMPUR UJIAN BULANAN 1/2012 SKEMA JAWAPAN

BAHASA MELAYU (KERTAS 2) TAHUN 3

BAHAGIAN A Cadangan Jawapan: 1. Guru telah meminta murid-murid kelas 3 Jaya untuk mengemas stor sukan. 2. Amirul dan Amin sedang mencuci tingkap stor itu. 3. Amer sedang memindahkan kayu hoki di lantai ke rak peralatan. 4. Khairul sedang menyapu sampah yang ada dalam bilik tersebut. 5. Haiqal sedang menyusun kayu pemukul dengan kemas di rak peralatan. (lain-lain jawapan yang bersesuaian)

Ayat berkait dengan gambar = 1 Markah Betul perkataan (salah tidak lebih dari 3 perkataan) = 1 Markah ------------------------------------------------------------------------------------JUMLAH = 2 Markah X 5 Jawapan (10 Markah Penuh)

* = Perkataan / ayat yang dipilih ada dalam pilihan jawapan.

BAHAGIAN B SOALAN 1 Cadangan jawapan: LOAS, 17 Disember. Pasukan bola sepak Malaysia mencatat sejarah dalam pertandingan bola sepak Malaysia. Dalam pertandingan yang telah dilangsungkan semalam, pasukan Malaysia telah menjuarai pertandingan tersebut. Pasukan Malaysia telah menewaskan pasukan dari Vietnam dengan jaringan 1-0. Kejayaan pasukan Malaysia adalah memenangi pingat emas. Kali terakhir pasukan Malaysia memenangi pingat emas di Sukan SEA ialah pada 20 tahun yang lalu. Pasukan Malaysia bermain dengan bersungguhsungguh pada waktu itu. Pasukan Malaysia menguasai permainan dalam separuh masa kedua. Setelah habis separuh masa kedua, pasukan Malaysia mendapat jaringan tunggal dalam minit ke-82.Gol itu dijaringkan sendiri oleh pasukan Vietnam. Kejayaan ini adalah untuk semua rakyat Malaysia. Mereka telah membawa kejayaan pingat emas dalam permainan bola sepak. Seluruh rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak atas kejayaan cemerlang tersebut. (lain-lain jawapan yang bersesuaian)

Ayat sesuai = 2 Markah Betul perkataan (salah tidak lebih dari 3 perkataan) = 1 Markah ------------------------------------------------------------------------------------JUMLAH = 3 Markah X 12 Jawapan (30 Markah Penuh)

* = Perkataan / ayat yang dipilih ada dalam pilihan jawapan.

SOALAN 2

1. Menjaga hutan 2. Melantik dirinya sendiri 3. Berasa gerun 4. Bangga akan diri 5. Dibenci oleh semua 6. Telah berpakat

7. Meminum di sebatang sungai 8. Berlari lintang pukang 9. Tertawa melihat aksi gajah 10. Meminta maaf

Betul pilihan jawapan = 3 Markah Jika salah jawapan: Betul ejaan* = 1 Markah Ayat Lengkap* = 1 Markah (30 Markah Penuh)

BAHAGIAN C SOALAN 1

1. Masa 2. Mendoakan 3. Rawatan 4. Sukatan 5. Pelajaran Betul pilihan jawapan = 2 Markah Jika salah jawapan: Betul ejaan* = 1 Markah (10 Markah Penuh)

* = Perkataan / ayat yang dipilih ada dalam pilihan jawapan.

SOALAN 2 1. Tabah 2. Menyayangi 3. Taat 4. Prihatin 5. Bersimpati Betul garis jawapan = 2 Markah Garis lebih satu perkataan = -1 Markah (10 Markah Penuh)

Disediakan oleh:

(MOHD ZAIRY FIRDAUS B. HJ. MOHD ASRI) Guru Bahasa Melayu 3 Jaya

* = Perkataan / ayat yang dipilih ada dalam pilihan jawapan.