Anda di halaman 1dari 11

NAMA AHLI KUMPULAN

MOLIANA WILFRED (013-5552644) 6705307) BT 11110094

STANCY LONNA LUCAS (013-

BP 11110469

PENSYARAH

Prof. Madya Dr. Saidatul Nornis Hj. Mahali

PENGENALAN

Dewasa ini kita sering diberitakan melalui media massa mengenai polemik penyalahgunaan dadah. Hal ini telah mewujudkan perasaan bimbang dalam kalangan masyarkat. Polemik ini sekiranya tidak dibendung akan menimbulkan pelbagai masalah bukan sahaja kepada penagih dadah itu sendiri malah turut menjejaskan institusi kekeluargaan, masyarakat dan Negara. Oleh itu, kerajaan menggunakan triad Jauhi Dadah dalam usaha menangani polemik ini daripada terus berleluasa dalam kalangan masyarakat. Sebenarnya, penggunaan triad dalam kehidupan seharian adalah satu perkara yang biasa kita dengari. Masyarakat menggunakan triad dalam pelbagai bidang terutama dalam perniagaan dan kempen-kempen, penggunaan triad dapat mempengaruhi pemikiran seseorang. Misalnya, triad digunakan untuk melariskan penjualan sesuatu barangan. Setiap penggunaan triad mempunyai tujuannya yang tersendiri, hal ini samalah dengan triad yang digunakan oleh kerajaan iaitu Jauhi Dadah mempunyai tujuan penggunaannya yang tersendiri. Perkara ini akan diungkapkan dengan lebih lanjut dalam kerja kursus ini, bagaimana penggunaan triad ini mampu mempengaruhi pemikiran masyarakat terutamanya golongan remaja. Faktor, kesan dan langkah menangani masalah ini harus dikaji dengan lebih mendalam supaya masalah ini dapat dibendung dengan lebih berkesan bak kata pepatah mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Apakah itu DADAH???...

Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang sari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan.

CIRI-CIRI

Dadah adalah bahan kimia yang amat berbahaya kerana mengubah cara minda dan tubuh berfungsi. Berikut merupakan cirri-ciri dadah: Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang). Hal ini kerana apabila seseorang mengambil dadah maka sistem saraf pusat mereka tidak dapat berfungsi secara normal dan menyebabkan mereka bertindak diluar kemampuan, maksudnya tindakan mereka tidak sama seperti biasanya. Digunakan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang. Dadah sebenarnya digunakan dalam bidang perubatan untuk menghasilkan ubat seperti panadol. Namun, dalam pil hanya mengandungi sedikit kuantiti dadah kerana dadah boleh

memudaratkan kesihatan sekiranya tidak diambil mengikut kuantiti yang disyorkan oleh doktor. Diperoleh secara haram. Dadah tidak dijual di pasaran oleh itu, biasanya individu memperolehnya secara haram untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan kesannya terhadap orang lain. Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang. Selain mampu mengubati dadah juga boleh menjejaskan kesihatan seseorang.Dadah boleh mengubah fungsi sosial seseorang.

JENIS-JENIS DADAH

UBAT PENENANG Dadah digunakan untuk menghasilkan ubat penenang, ia digunakan untuk mengurangkan kegelisahan, kemarahan dan ketegangan. Dadah jenis ini sangat berpotensi untuk penyalahgunaan kerana seseorang yang menghadapi masalah tersebut akan cenderung mengunakannya dan menyebabkan ketagihan. HEROIN Dadah jenis ini merupakan tarikan kepada penagih muda kerana ketulenan yang lebih tinggi dengan harga yang lebih murah. Heroin juga mudah disedut atau dihisap dan bukannya disuntik. Dadah jenis ini dikatakan wujud dalam kalangan komuniti yang berada. STEROID Steroid merupakan sebatian kuat yang berkaitan dengan hormone pembiakan lelaki testeron.Penyalahgunaan dadah ini juga terkenal dalam kalangan penuntut sekolah menengah.

DI MANAKAH DADAH SERING DIGUNAKAN??...

Dadah sering digunakan di tiga tempat iaitu rumah, sekolah dan rumah kawan. Di rumah, penagih berasa selamat kerana tidak menerima gangguan daripada orang lain. Apatah lagi sekirannya ketiadaan ibu bapa di rumah. Di sekolah pula, mereka menggunakan dadah di tempat ini hanya apabila terdesak kerana tidak mempunyai tempat lain. Kemungkinan juga, penagih dadah menggunakan rumah kawan sebagai tempat menagih dadah.

MASALAH DADAH DI MALAYSIA Di negara kita ini, kebanyakan penagih dadah yang telah dikenalpasti terdiri daripada belia-belia yang berumur antara dua puluh hingga dua puluh sembilan tahun. Penggunaan dadah Heroin adalah popular di Malaysia melibatkan penggunaan secara "Chasing The Dragon". Ekonomi negara terjejas kerana perbelanjaan ke atas dadah menelan belanja RM59 juta setahun dan kerajaan terpaksa membelanjakan lebih RM100 juta untuk memulihkan golongan penagih ini. Orang Malaysia mudah dipengaruhi oleh dadah kerana dadah mudah diperolehi dan masyarakat mempercayai bahawa dadah boleh menghilangkan rasa sakit dan mempunyai khasiat untuk mengubati penyakit seperti sakit paru-paru, malaria, cirit-birit, batuk kering dan sebagainya. PENYALAHGUNAAN DADAH Penyalahgunaan dadah merupakan pengambilan dadah yang berleluasa di luar batasan kemanusiaan dan juga mengambil dadah secara berlebihan serta lebih daripada tempoh preskripsi. Selain itu, penyalahgunaan dadah juga merupakan pengambilan dadah bukan bertujuan untuk rawatan. Hal ini akan mengganggu fungsi otak yang normal dan memberi kesan jangka panjang pada otak. Kini, penyalahgunaan dadah menjadi masalah utama di banyak negara yang membangun. Di negara kita, Malaysia, masalah penyalahgunaan dadah ini telah menjadi masalah nasional. Di negara kita ini, Penyalahgunaan dadah merupakan masalah yang berlaku dalam setiap lapisan masyarakat. Ia juga melibatkan golongan berpendidikan tinggi, ahli-ahli profesional di samping mereka yang tidak berpendidikan dan penganggur. Hal ini juga terjadi dalam golongan remaja dan juga belia-belia yang berumur antara dua puluh hingga dua puluh sembilan tahun. Mereka ini umumnya banyak dipengaruhi oleh rakan-

rakan sebaya yang ingin lari dari alam nyata dan berkhayal dengan alam fantasi ciptaan mereka. Hidup mereka terbiar dan tidak berdisiplin. Bermula dengan mencuba-cuba dan akhirnya terjebak ke dalam perangkap dadah. Seterusnya menyalahgunakan dadah untuk tujuan kepuasan diri. Kesudahannya mereka tidak dapat membebaskan diri dari cengkaman ketagihan dadah. Ada juga belia-belia yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah kerana keadaan sekeliling dan keluarga yang tidak tenteram dan kucar-kacir. Mereka ini hidup dalam keadaan tertekan dan bagi menghilangkan tekanan hidup ini, mereka mengambil dadah.

FAKTOR-FAKTOR PENYALAHGUNAAN DADAH

FAKTOR BIOLOGI Salah satu tanggapan yang salah mengenai konsep kehidupan moden ialah, jika anda sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu 'memulihkan' anda. Malangnya pil tidak boleh menyelesaikan semua masalah anda. Pengambilan ubat-ubatan ini boleh membawa kepada penyalahgunaan dadah terutamanya pengambilan ubat yang telah lebih tempoh preskripsi. Pengambilan ubat yang kerap dan juga berlebihan membuat sistem dalam tubuh kita memberi respon negatif seterusnya menjadi kurang selesa apabila kita tidak mengambil ubat tersebut dan hal ini seterusnya menyebabkan ketagihan pada pengguna.

FAKTOR PSIKOSOSIAL Kehidupan moden sangat sibuk dan merumitkan. Bagi kanak-kanak dan golongan remaja, tekanan untuk membesar dengan cara yang mereka rasakan betul adalah amat mencabar. Tekanan bertambah setiap hari pada setiap individu. Kadangkala arus kehidupan yang terlalu pantas menyebabkan ramai yang kurang mampu untuk menanganinya. Tiada siapa yang memiliki imuniti terhadap tekanan atau stres dan kerungsingan. Tekanan yang biasa dihadapi termasuklah tekanan dari sekolah, tekanan untuk berjaya di dalam

permainan dan sukan, tekanan untuk memuaskan hati orang lain, tekanan di tempat kerja dan juga tekanan untuk sentiasa diterima ramai. Selain itu, kekurangan perhatian daripada ibu bapa menyebabkan anak mereka rasa terabai kerana masa yang diluangkan bersama mereka amat terhad. Hal ini akan mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang keterlaluan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-kelamaan, kebebasan yang dikecapi akan membawa mereka ke lembah penyalahgunaan dadah. Oleh kerana masa ibu bapa yang terhad anak-anak mereka lebih banyak meluangkan masa dengan rakan sebaya mereka mengakibatkan mereka terikut-ikut dengan tabiat dan sikap rakan sebaya mereka. Jika rakan mereka itu terlibat dengan penyalahgunaan dadah maka secara tidak langsung mereka juga akan terlibat dengan gejala tersebut. Tambahan pula kurangnya didikan agama akibat daripada kurangnya perhatian daripada ibu bapa menyebabkan mereka terjerumus ke lembah penyalahgunaan dadah. Warga asing yang datang ke negara ini juga menyumbang kepada penyalahgunaan dadah yang berleluasa dalam kalangan masyarakat negara. Mereka merosakkan anak-anak muda negara dengan mengedar dadah kepada mereka bagi kepentingan mereka sendiri. FAKTOR SOSIAL

Masyarakat zaman ini disogokkan dengan imej yang ditonjolkan oleh media seperti televisyen, radio, video dan internet. Adalah amat mustahak untuk menyedari bahawa apa yang ditonjolkan di dalam media ini hanyalah imej rekaan semata-mata dan tidak melambangkan kehidupan yang sebenar. Walaupun pengiklanan mahukan kita minum minuman yang tertentu serta memakai seluar berjenama seperti yang diiklankan, pilihannya masih lagi terletak di tangan kita sebagai pengguna. Begitulah juga keadaannya dalam isu penyalahgunaan dadah ini. Gaya hidup mereka yang mewah dan terkenal seperti yang ditonjolkan dalam dunia hiburan mampu menggoda kita semua untuk mengecapi populariti sedemikian rupa. Tekanan untuk menjalani kehidupan yang dikatakan 'berarus deras' ini sangat menggoda kepada kebanyakan masyarakat zaman ini.

KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH

Penyalahgunaan dadah akan memberi kesan negatif pada setiap pengguna. Antaranya adalah peningkatan gejala ini pada masa hadapan seterusnya mempengaruhi pembangunan modal insan dan juga negara. Selain itu, penyalahgunaan dadah juga membawa kepada kepada kegagalan hidup seseorang kerana prestasi pelajaran ataupun

kerja

terganggu

serta

mengakibatkan

status

kewangan

mereka

merosot

dan

mengakibatkan faktor keganasan dan seks rambang berleluasa dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan belia. Penyalahgunaan dadah juga akan memberi kesan kepada daya keseimbangan tubuh kita mengakibatkan risiko yang tinggi untuk mendapat kemalangan. Daya imuniti tubuh kita juga akan merosot dan seterusnya menyebabkan pelbagai penyakit menyerang sistem tubuh kita seperti penyakit HIV akibat daripada perkongsian jarum suntikan. Kecenderungan seseorang terlibat dengan kematian secara mengejut juga angtara kesan penyalahgunaan dadah teurtamanya kepada mereka yang terlebih dos dalam pengambilan dadah. Selain itu, gejala ini akan merosakkan mental seseorang. Masyarakat juga akan menyisihkan dan juga memandang serong kepada mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah ini. Pergaulan sosial mereka yang terlibat dengan gejala ini akan terbatas membuatkan mereka lebih terdorong untuk terus mengambil dadah untuk terus berada dalam dunia fantasi mereka yang jauh daripada masyarakat yang memandang terus menyisihkan mereka. Sememangnya terlalu banyak kesan-kesan penyalahgunaan dadah ini kepada penggunanya dan kesemua kesan ini membawa kepada kesan jangka masa panjang yang negatif dan membawa kepada implikasi buruk pada diri penggunanya.

LANGKAH PENYELESAIAN MENGGUNAKAN TRIAD JAUHI DADAH Langkah kerajaan menangani masalah penyalahgunaan dadah adalah melalui kempen-kempen. Triad yang biasa digunakan dalam kempen-kempen ialah Jauhi Dadah, triad ini digunakan untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat mengenai penggunaan dadah dan kesannya kepada diri dan masyarakat. Kerajaan memberi keutamaan dalam menjalankan usaha ini di sekolah rendah, sekolah menengah, Institusi Pengajian Tinggi, dan tempat-tempat awam. Misalnya di SMK.Lohan, Ranau pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti ceramah, pertandingan menulis esei, dan sebagainya. Dalam ceramah tersebut, penceramah menyampaikan mesej tentang pentingnya sikap menjauhi dadah kerana dadah membawa banyak keburukan kepada pelbagai pihak. Triad jauhi dadah digunakan dalam kempen kerana tujuan utama kerajaan dalam hal ini adalah untuk menyedarkan masyarakat terutama golongan remaja supaya menjauhkan diri daripada dadah. Selalunya, kerajaan akan mengiklankan melalui media massa dan papan tanda untuk menyampaikan mesej keburukan dadah dan sebagai usaha untuk mengingatkan masyarakat supaya terus menjauhi dadah. Langkah-langkah lain yang dijalankan oleh kerajaan adalah seperti penguatkuasaan undang-undang.

SEBAB-SEBAB PENGGUNAAN TRIAD JAUHI DADAH

Penggunaan triad Jauhi Dadah ini digunakan bagi menyedarkan lapisan masyarakat akan kepentingan untuk menjauhi dadah dan seterusnya menyampaikan mesej penting akan keburukan penyalahgunaan dadah dalam kehidupan. Antara sebab-sebab dadah itu harus dijauhi adalah: 1. Hukum: Sesungguhnya dadah diharamkan oleh semua agama. 2. Kesihatan: Dadah seperti marijuana, kokain dan lain-lain meninggalkan kesan BURUK kepada kesihatan. Malah ia boleh membawa maut. Tambah pula dengan tabiat penagih dadah yang tidak menjaga kesihatan, malas bersenam dan lain-lain. 3. Sakit mental. Penyakit mental lebih tinggi untuk penagih dadah. Depresi yang berterusan dan kerosakan kepada otak dan sistem saraf hasil dari pengambilan dadah adalah punca utama. 4. Masa. Kegiatan mengambil dadah bukan sahaja membuang masa dan membahayakan anda, malah ia boleh merosakkan kehidupan anda di dunia ini. Lagi-lagi sekiranya anda perlu meluangkan masa di pusat-pusat pemulihan dan penjara. 5. Keluarga. Dadah adalah punca pecah-belai keluarga. Penagih dadah kerap menjadi beban kepada keluarga tersayang - mencuri duit, sakit depresi, sakit mental dan lainlain tabiat yang berpunca dari pengambilan dadah merosakkan institusi keluarga. 6. Kerjaya. Penagih dadah tiada fokus kerjaya. Dadah adalah fokus mereka. Ramai dibuang kerja disebabkan penyalahgunaan dadah. Adakah anda ingin membuang kerjaya dan keluarga anda demi dadah? 7. Kawan-kawan. Penagih dadah hidup keseorangan kerana mereka kehilangan keluarga, kawan-kawan yang tidak ingin terlibat sama dengan kegiatan terkutuk itu. Lama-kelamaan, penagih dadah akan mencari sesama dan terus merosakkan jalan kehidupan merakan. 8. Depresi. Dadah tidak membawa kegembiraan. Penggunaan dadah yang berterusan akan jadikan penggunanya berasa murung, sedih dan hilang semangat. Depresi itu lama-kelamaan boleh membawa masalah lain seperti penyakit mental dan maut! 9. Duit. Ia tidak menguntungkan sesiapa. Dadah adalah satu pembaziran duit yang amat tinggi. Tambah pula apabila penagih kehabisan duit, mereka akan melakukan apa sahaja untuk melayan penagihan mereka - curi, peras ugut, pinjaman dan lain-lain.

10. Maut. Dadah membawa maut melalui pelbagai cara - serangan jantung, kemalangan, bunuh diri, over-dose dan lain-lain

KESAN PENGGUNAAN TRIAD JAUHI DADAH KEPADA LAPISAN MASYARAKAT

Penggunaan triad memberi pelbagai kesan positif seperti masyarakat lebih berani menolak pengaruh dalam melibatkan diri dengan gejala penyalahgunaan dadah, menjadi lebih peka dan prihatin akan isu seperti ini seterusnya mengelakkan diri mereka daripada terjerumus ke dalam gejala penyalahgunaan dadah. Masyarakat akan terpengaruh dengan kata-kata jauhi dadah dan berusaha untuk menjauhkan diri daripadanya serta lebih menghargai kesihatan diri. Mereka akan menjadi lebih matang dalam membuat keputusan dan dapat menambah jati diri serta pembangunan rohani yang teguh. KESIMPULAN Kesimpulannya, penggunaan triad ini sememangnya mampu dan berkesan dalam mempengaruhi pemikiran individu walaupun begitu pengaruh triad ini hanya berkesan dalam jangka masa pendek sahaja. Hal ini juga bergantung kepada kesedaran individu itu sendiri kerana mesej yang disampaikan sangat jelas dan mudah difahami.

RUJUKAN Ciccarelli, S. K., & White, J. N. (2006). Psychology. New Jersey: Prentice Hall. www.scribd.com.my http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/PENYALAHGUNAANDADAH.pdf http://elmoolover.wordpress.com/isi-kandungan/punca-penyalahgunaan-dadah/ www.BHarian.com.my http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kesihatan/2489-10-sebab-untuk-jauhi-dadah.html

Anda mungkin juga menyukai