Anda di halaman 1dari 5

c) Peraturan dan Disiplin Sekolah

Aktiviti 3

(1)

Apakah peraturan sekolah dan bilik darjah?

Peraturan Sekolah:

1. Waktu persekolahan adalah antara 7.45 pagi hingga 1.15 petang. Semua murid ddikehendaki berada dalam kawasan sekolah pada waktu tersebut. 2. Loceng pertama akan dibunyikan pada pukul 7.35 pagi. Semua murid dikehendaki mengutip sampah dan berbaris di tempat perhimpunan. 3. Semua murid dikehendaki hadir ke sekolah selewat-lewatnya jam 7.35 pagi. 4. Doa akan dibacakan 2 minit sebelum waktu pulang . Semua murid dibenarkan pulang selepas doa dibacakan. 5. Kehadiran murid ke sekolah adalah wajib. 6. Kehadiran murid akan diambil pada waktu pertama. 7. Murid yang tidak dapat mengikuti pelajaran jasmani atau sukan hendaklah membuktikan dengan mengemukakan Surat Akuan Doktor atau surat ibubapa/penjaga atau bukti lain yang boleh diterima. 8. Murid tidak dibenarkan keluar daripada kawasan sekolah tanpa kebenaran pihak pentadbiran atau guru bertugas harian.

9. Murid yang hendak keluar pada waktu p&p hendaklah mendapatkan pas keluar daripada guru yang mengajar pada masa itu.

10. Kelas tambahan/gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan wajid dihadiri. 11. Semua pelajar mesti memakai ditetapkan serta berkasut dan berstokin. pakaian yang telah

12. Pemakaian lencana dan tanda nama diwajibkan kepada semua murid dan dipakai sudut kiri bahagian atas dada atau di atas saku baju. 13. Murid dibenarkan memakai tali pinggang. Murid lelaki yang memakai tali pinggang mestilah mematuhi syarat-syarat berikut ; a- Warna hitam atau coklat b- Lebar : 2.5 cm hingga 5 cm c- Kepala sama besar dengan tali pinggang dan tidak ada hiasan. 14. Murid perempuan sama sekali dilarang memakai barangbarang kemas atau hiasan tiruan kecuali subang yang kecil untuk mengelakkan ludang tindik daripada tertutup. 15. Murid tidak dibenarkan menyimpan kuku panjang atau mewarnakannya. 16. Murid tidak dibenarkan memakai berwarna gelap atau berbentuk luar biasa. cermin mata yang

17. Murid dibenarkan memakai jam tangan. Saiz jam tangan mestilah sesuai dengan tangan pemakai. Jam yang bersaiz besar tidak dibenarkan. 18. Murid dibenarkan memakai kupiah / songkok berwarna hitam atau biru gelap. 19. Murid lelaki tidak dibenarkan berambut panjang :Di belakang rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga. Di depan rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan sideburn melebihi garisan tengah hidung.

20. Bagi murid perempuan rambut janganlah jatuh ke bahu. Tetapi

jika ada murid berambut panjang , mereka hendaklah mengikat rambut sebagai tocang atau ponytail dengan riben berwarna biru atau putih lebar 1 2 cm. 21. Murid lelaki tidak dibenarkan menyimpan misai atau janggut. berambut panjang,

22. Murid lelaki tidak dibenarkan meniru fesyen punk atau sebarang fesyen rambut yang menjolok mata dan tidak mengikut peraturan sekolah. 23. Ditegah mewarnakan rambut, menyimpan jambul, ekor rambut atau lain-lain seumpamanya. 24. Rambut hendaklah disikat supaya sentiasa kelihatan rapi dan kemas.

Peraturan Bilik Darjah:

1. Murid-murid mestilah menjaga ketenteraman semasa pengajaran dan pembelajaran. 2. Kerusi meja hendaklah disusun kemas dan teratur. 3. Papan tulis mestilah selalu dalam keadaan kemas dan teratur. 4. Sampah sarap hendaklah dibuang ke dalam bakul sampah dan tidak ditinggalkan tersorok dalam meja. 5. Carta-carta yang ditampal di dinding atau di papan kenyataan di dalam bilik darjah hendaklah jangan diusik. 6. Kaki lima di sebelah bilik darjah mestilah dalam keadaan bersih dan kemas. 7. Lampu dan kipas boleh dipasang apabila perlu.

8. Lampu dan kipas hendaklah dipadam apabila murid-murid meninggalkan bilik darjah. Ketua darjah mestilah memastikan perkara ini. 9. Murid-murid yang bertugas mestilah menjalankan tugas dengan sempurna. 10. Perabot yang rosak mestilah dilaporkan kepada guru darjah supaya dapat diperbaiki dengan segera. 11. 12. Dilarang makan dan minum di dalam bilik darjah. Dilarang berada di dalam bilik darjah sewaktu rehat.

(2) Apakah cara yang digunakan supaya murid tahu akan peraturan-peraturan tersebut?

Buku peraturan dan tatatertib sekolah telah dibahagikan kepada semua murid sekolah tersebut, di samping itu juga buku tersebut telah digantung di setiap kelas-kelas untuk perhatian dan pemberitahuan kepada semua murid agar mematuhi semua peraturan yang telah diwartakan oleh pihak sekolah. Adakalanya juga peraturan tersebut disebut dan diulang-ulang oleh guru-guru secara formal seperti di dalam perhimpunan mingguan atau harian mahupun tidak formal seperti di dalam waktu kelas ataupun luar kelas agar murid selalu mematuhi dan mengetahui peraturan-peraturan tersebut.

(3)

Buat pemerhatian bagaimana ianya ditangani di sekolah.

Daripada pemerhatian saya, saya dapati Badan Disiplin dan guru-guru mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat murid-murid yang melanggar peraturan dan disiplin sekolah. Pengawas-pengawas yang dilantik memainkan peranan dalam menangani dan mengawasi muridmurid yang tidak patuh pada peraturan dan disiplin sekolah serta melaporkan kepada guru disiplin untuk diambil tindakan selanjutnya. Sekiranya kesalahan yang dilakukan itu merupakan kesalahan yang berat, maka tindakan tegas akan diambil setelah unsur periksa dilakukan dengan telita ke atas pesalah tersebut.