Anda di halaman 1dari 3

[INOVASI

PEDAGOGI]

YEOH XIA LIAN (890622-08-5086) PRAKTIKUM FASA 1 21 MAC 15 APRIL 2011

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS INOVASI PEDAGOGI YANG DIHASILKAN SENDIRI

NAMA INOVASI

Anugerah Bintang Cemerlang

PENERANGAN DAN PERINCIAN TENTANG INOVASI

Saya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar satu kelas tahun 4 Amal, satu kelas 5 Amal dan satu kelas 5 Bakti. Kelas Amal merupakan kelas yang baik manakala kelas Bakti adalah murid yang kurang cerdik. Murid di sini kurang diberikan perhatian di rumah kerana kebanyakan mereka terdiri daripada anak nelayan. Mereka juga memerlukan pujian. Hari pertama saya memasuki kelas, saya telah memberitahu kelas peraturan saya. Saya akan melaksanakan Anugerah Bintang Cemerlang. Saya akan memberikan sticker iaitu anugerah bintang cemerlang kepada murid yang bekerjasama dengan guru dan rakan, mendengar arahan, menunjukkan kelakuan yang baik, menjawab soalan, memasuki kelas tepat pada masanya dan menunjukkan hasil kerja yang cemerlang. Murid yang berjaya mengumpul lima bintang ke atas akan mendapat hadiah. Untuk kelas yang baik iaitu kelas 4A dan kelas 5A, saya menggunakan sticker bintang dan.murid yang mendapat bintang tersebut akan melekatkan sticker tersebut ke dalam buku latihan. Saya akan mengira bintang yang terkumpul dari semasa ke semasa. Untuk kelas 5 Bakti, saya telah menyediakan satu Papan Anugerah Cemerlang dan dilekatkan di tepi papan putih di kelasnya. Setiap sticker yang dikumpul, mereka hendaklah melekatkan sticker yang telah dikumpul di atas papan tersebut. Papan

[INOVASI

PEDAGOGI]

YEOH XIA LIAN (890622-08-5086) PRAKTIKUM FASA 1 21 MAC 15 APRIL 2011

tersebut adalah besar supaya dapat memotivasikan mereka untuk mencapai kecemerlangan dan mengawal tingkah laku semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

PENILAIAN KEBERKESANAN INOVASI

Setelah 4 minggu menjalankan kaedah anugerah bintang cemerlang ini, saya mendapati kaedah ini adalah amat berkesan untuk murid di Sekolah Kebangsaan Seberang Ramai. Bagi murid-murid Sekolah Kebangsaan Seberang Ramai, bintang seolah-olah merupakan satu simbol kecemerlangan dan murid-murid amat sukakan bintang tersebut. Setiap kali saya mengemukakan soalan kepada murid, mereka akan mengangkat tangan untuk mencuba jawab tidak kira mereka tahu jawapan atau tidak. Segala tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh murid akan saya puji dan memberikan sticker sebagai ganjaran untuk mengenalpasti usaha yang telah mereka lakukan. Murid melibatkan diri dengan aktif di dalam kelas dengan keinginan untuk mendapatkan sticker. Mereka berani mencuba dan mereka akan berusaha mengingati isi pelajaran guru untuk memperoleh sticker tersebut. Hasil kerja murid yang cemerlang juga akan diberikan sticker sebagai tanda penghargaan. Murid akan berasa amat gembira. Pada masa yang sama, sebarang tingkah laku tidak baik yang ditunjukkan oleh mereka seperti bising dalam kelas, tidak bekerjasama, tidak menghantar buku latihan dan sebagainya akan menyebabkan bintang mereka ditarik balik.

[INOVASI

PEDAGOGI]

YEOH XIA LIAN (890622-08-5086) PRAKTIKUM FASA 1 21 MAC 15 APRIL 2011

Pada minggu terakhir, setiap kelas mempunyai sekurang-kurangnya 5 murid yang berjaya mengumpul lima bintang. Malahan, 5B mempunyai seorang murid yang berjaya mengumpul 6 bintang. Murid-murid berjaya menunjukkan perubahan tingkah laku dengan kaedah sticker ini. Mereka akan mengikuti arahan guru dan bekerjasama dalam kumpulan. Mereka juga mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Murid tetap akan menunjukkan kerjasama dan penglibatan aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran biarpun tiada sticker diberikan.