Anda di halaman 1dari 4

Pada suatu hari, Mimi si ibu katak mengajak anaknya Ciki berpindah kerana kawasan kediaman mereka telah

kekurangan makanan. Mimi Ciki Mimi : Ciki, ibu rasa kita perlu berpindah ke tempat lain. : Kenapa kita perlu berpindah ibu? : Tempat ini sudah tidak ada makanan lagi. Puas ibu mencari makanan ke merata tempat tetapi tidak berjumpa. Ciki : Baiklah ibu.

Maka Mimi dan Ciki pun mula melompat ke serata tempat untuk mencari kawasan baru. Akhirnya, mereka berhenti di sebuah kawasan lombong terbiar. Ciki Mimi : Ibu, ibu luas betul lombong ni. Tentu banyak makanan di sini. : Yalah Ciki. Ibu rasa elok kita tinggal di sini sahaja. Mungkin kita akan dapat banyak makanan di lombong ini. Ketika sedang mencari makanan di dalam lombong, mereka didatangi oleh dua ekor ikan. Ikan itu menyapa mereka. Nemo : Hai sang katak.Nampaknya kamu berdua baru tiba di sini. Nama saya Nemo dan ini anak saya Lola. Mimi : Oh sang ikan. Ya, kami baru tiba sebentar tadi. Sebelum ini kami tinggal di sebuah paya. Nama saya Mimi dan ini anak saya Ciki.

Ciki Lola Nemo Mimi

: Hai Lola. Selamat berkenalan. : Hai Ciki. Saya gembira berkenalan dengan awak. : Mengapa kamu berpindah ke sini Mimi? : Di tempat lama saya sudah tiada makanan. Kami selalu kelaparan di situ. Oleh itu saya berfikir lebih baik saya berpindah ke kawasan lombong ini. Mungkin di sini banyak makanan.

Nemo

: Ya Mimi. Memang banyak makanan di sini. Nanti bolehlah kita mencari makanan bersama-sama. Kita boleh tinggalkan Ciki dan Lola bermain di rumah sementara kita mencari makanan.

Mimi

: Bagus juga cadangan awak itu Nemo. Mudah-mudahan kita dapat banyak makanan nanti.

Semenjak hari itu, Mimi dan Nemo akan keluar bersama-sama untuk mencari makanan. Ciki dan Lola akan ditinggalkan bermain-main di rumah. Mereka selalu bergurau-senda dan menyanyi riang. ( NYANYIAN LAGU LOMPAT KATAK LOMPAT ) Pada suatu hari, ketika sedang bermain-main, Ciki dan Lola ternampak seekor rama-rama yang hinggap di sebatang ranting. Ciki Lola : Wah! Cantiknya rama-rama itu Lola. Badannya berwarna-warni. : Yalah Ciki. Saya tidak pernah melihat rama-rama yang sangat cantik seperti itu. Ciki : Mari kita tangkap pepatung itu. Nanti bolehlah kita jadikannya permainan

kita. Lola : Cepat cepat Ciki! Rama-rama itu terbang lagi. Mari kita kejar.

Mereka berdua mengejar rama-rama itu. Semakin lama semakin jauh tetapi mereka tidak berputus-asa. Namun begitu, rama-rama tersebut dapat menyelamatkan dirinya. Lola Ciki Lola Ciki Lola : Aduh! Penatnya saya Ciki. Rama-rama itu sudah hilang. : Saya pun sudah letih, Lola. Mari kita pulang. : Ciki, sebenarnya kita ni di mana. Saya tidak pernah tiba di tempat ini. : Saya pun tidak tahu. Gelap dan sunyi tempat ini. Saya takutlah Lola. : Sayapun takut juga. Baik kita pergi dari sini.

Mereka pun mula beredar untuk mencari jalan pulang. Walaupun sudah letih dan kelaparan, rumah mereka masih tidak kelihatan. Lola Cici : Ciki,mana rumah kita ni. Tak nampakpun dari tadi. : Saya rasa kita dah sesatlah Lola.

Ciki dan Lola mula menangis ketakutan. Sementara itu Mimi dan Nemo telah pulang dari mencari makanan. Nemo Mimi : Eh, kenapa senyap je rumah kita ni, Mimi. : Yalah Nemo. Selalunya Ciki dan Lola akan bermain-main dan menyambut kepulangan kita. Nemo : Mari kita cari di kawasan sekeliling. Manalah perginya mereka ini.

Setelah puas mencari, Mimi dan Nemo tidak berjumpa dengan anak-anak mereka. Mereka berpakat untuk mencari di tempat lain. Mereka memanggil-manggil nama anak

mereka. Ciki Ciki & Lola : Lola,lola itu suara ibu kita. : Ibu, ibu ibukami di sini.

Akhirnya mereka telah bertemu semula. Ciki & Lola : Maafkan kami ibu. Kami menyesal.Lain kali kami tidak akan bermain jauh dari rumah. Nemo Mimi Ciki & Lola : Ibu harap kejadian ini akan jadi pengajaran buat kamu berdua. : Dengar dan ikutlah nasihat ibu.Lain kali jangan ulangi lagi. : Baik ibu. Kami berjanji akan patuh pada ibu.

Selepas itu, mereka pulang bersama-sama sambil menyanyi gembira. ( LAGU- LOMPAT KATAK LOMPAT )

Anda mungkin juga menyukai