Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan Terdapat pelbagai pendapat yang bertentangan dalam menerangkan konsep moral.

Pemahaman konsep asas moral akan mempengaruhi kandungan dan kaedah mengajar Pendidikan Moral seseorang guru. Seseorang guru moral perlu dilengkapi dengan pengetahuan tentang teori etika sebagai asas memahami peranan nilai sebagai piawai yang asas dalam mempengaruhi dan mencorakkan penaakulan dan perlakuan murid-murid. Pengetahuan dan kefahaman teori perkembangan moral dari segi psikologi juga akan memperkukuhkan kefahaman dan pendekatan guru dalam penyampaian nilai-nilai moral kepada murid-murid. Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita pastinya mengaitkannya dengan konsep nilai, etika dan akhlak. Amat penting bagi kita memahami konsep-konsep yang saling berkaitan ini untuk mencari pengertian moral dalam kehidupan sesebuah masyarakat . 1.0 Definisi Konsep Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut meneliti konsep-konsep berikut: moral, etika dan akhlak. Tidak dapat dinafikan adalah penting kita memahami konsep-konsep ini yang saling berkaitan untuk mencari pengertian terhadap aspek moral dalam kehidupan sesebuah masyarakat. 1.1 Konsep Moral Perkataan moral berasal daripada perkataan mores - bahasa Yunani yang membawa erti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan. Contohnya, sepasang suami isteri menemui seorang bayi di tepi sebuah balai raya ketika pulang ke kampung orang tuanya. Kebetulannya pasangan itu tidak mempunyai anak setelah 10 tahun berkahwin. Mereka bercadang untuk membawa bayi comel itu balik ke rumah dan membelanya tanpa mengikut peraturan undang-undang. Akhirnya setelah berbincang mereka akur bahawa undang-undang negara perlu dipatuhi. Mereka membawa bayi comel itu ke balai polis untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang yang ditentukan.Contoh kedua, Nora terjumpa dompet kawannya yang tercicir. Dia mengutipnya tanpa pengetahuan sesiapa. Nora boleh menyimpan dompet itu jika dia mahu. Nora seorang budak yang jujur dan ikhlas. Dia segera memulangkan dompet tersebut. Nora ialah seorang budak yang bermoral. Dia tidak teragak untuk berbuat demikian kerana kejujuran merupakan sebahagian daripada akhlaknya. Tiada guna dia mengambil dompet kepunyaan orang lain kerana hatinya akan menjadi gelisah. Gerak hatinya tidak merestui perlakuan tersebut. Hatinya lapang apabila dia memulangkan dompet tersebut kerana dapat membantu meringankan bebanan orang lain

Bacaan Asas Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan Moral teori etika dan amalan moral.Serdang: Penerbit UPM.Abdul Rahman Aroff & Chang, L.H. (1994). Pendidikan Moral: siri pendidika. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn Bhd.Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.Tam, Y.K. (1996). Pendidikan Moral

1. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.Rujukan Abdul Rahman Md. Aroff & Chang, L.H. (1994). Pendidikan Moral . Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn.Bhd.Hena Mukherjee et al. (1992 ). Strategi pengajaran Pendidikan Moral KBSM . Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.Koo, K.P. & Tang, C.Y. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Mackinnon, P. (1995). Ethics: theory and contemporary issues. USA:

Anda mungkin juga menyukai