Anda di halaman 1dari 5

PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KUIZ ASEAN 2012

PERINGKAT SARINGAN (SELURUH NEGARA) SESI PERCUBAAN: 20 MAC 2012 (SELASA, 9.00 PAGI 10.15 PAGI) SESI SARINGAN: 22 MAC 2012 (KHAMIS, 9.00 PAGI- 10.15 PAGI) LOKASI: MAKMAL KOMPUTER SETIAP BUAH SEKOLAH YANG DILENGKAPI DENGAN KEMUDAHAN INTERNET

1.

Hanya peserta yang telah berdaftar secara lengkap sahaja boleh akses masuk ke dalam sistem kuiz ASEAN.

2. 3.

Medium pelaksanaan kuiz adalah dalam Bahasa Inggeris. Pelaksanaan kuiz adalah secara atas talian (online) alamat URL adalah seperti yang tertera pada LAMPIRAN 1.

4. 5.

Kuiz akan dijalankan secara serentak di seluruh negara. Sesi percubaan (testing session) adalah pada 20 Mac 2012 (Selasa) manakala pertandingan sebenar akan diadakan pada 22 Mac 2012 (Khamis). Sesi percubaan serta pertandingan sebenar akan bermula tepat pada pukul 9.00 pagi sehingga 10.15 pagi iaitu selama 1 jam 15 minit.

6.

Sistem akan dibuka kepada para peserta pada pukul 8.30 pagi, namun demikian sistem hanya dapat diakses oleh peserta tepat pada pukul 9.00 pagi.

7.

Sistem pelayar Mozilla Firefox adalah pelayar terbaik yang dicadangkan oleh pihak penganjur. Oleh itu, sekolah-sekolah yang mengambil penyertaan digalakkan menggunakan pelayar tersebut.

8.

Nama pengguna (username) serta kata laluan (password) adalah nombor kad pengenalan peserta.

9.

Sekiranya peserta telah tersalah tekan butang (hantar) walaupun masa pertandingan masih belum tamat lagi, maka perkataan Thank You akan terpapar pada skrin komputer dan sistem tidak dapat diakses lagi. Sistem ini hanya boleh diakses sekali sahaja.

10.

Soalan-soalan kuiz adalah berbentuk: i. ii. iii. 40 soalan objektif 10 soalan pilihan jawapan betul atau salah 1 soalan esei (pemutus seri 80-100 patah perkataan)

11.

Guru penyelaras di peringkat sekolah bertanggungjawab memantau sesi saringan.

12.

Pertandingan hanya boleh ditangguhkan atas sebab perkara-perkara berikut sahaja: a) Guru/Pegawai penyelaras memaklumkan kepada urus setia bahawa mereka menghadapi masalah berikut: i. ii. Talian internet terputus akibat bencana/masalah telekom Sumber elektrik terputus disebabkan oleh bencana alam seperti banjir mahupun akibat daripada kabel yang terputus

13.

Keputusan pertandingan akan dimaklumkan kepada Pejabat Pelajaran, Penerangan Negeri, Pejabat Pelajaran Negeri, dan sekolah melalui laman web jabatan iaitu

www.penerangan.gov.my selewat-lewatnya pada 29 Mac 2012 (Khamis). 14. 15 orang peserta yang mempunyai markah tertinggi akan terpilih ke peringkat separuh akhir.

KEPUTUSAN PANEL JURI ADALAH MUKTAMAD.

PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT PELAKSANAAN KUIZ UNTUK RUJUKAN GURU PENYELARAS/PENGAWAS BAGI PERTANDINGAN ASEAN QUIZ 2012 SARINGAN PERINGKAT NEGERI 20 MAC 2012 (SELASA) SESI PERCUBAAN 22 MAC 2012 (KHAMIS) SESI SEBENAR KUIZ 9.00 PAGI 10.15 PAGI

SIAPAKAH PENGAWAS/PEMANTAU KUIZ ASEAN SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) INI? SEMUA GURU PENYELARAS DI PERINGKAT DAN SEKOLAH, PEGAWAI PELAJARAN

PENERANGAN NEGERI/DAERAH.

NEGERI/DAERAH,

PEGAWAI

BERIKUT ADALAH TANGGUNGJAWAB GURU PENYELARAS/PENGAWAS KUIZ SEMASA PERTANDINGAN ASEAN QUIZ 2012 PERINGKAT NEGERI

BERLANGSUNG DI SEKOLAH MASING-MASING :

A.

SILA PASTIKAN BAHAWA:

1.

Pertandingan ini dijalankan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur iaitu pada 20 dan 22 Mac 2012 dari pukul 9.00 pagi sehingga 10.15 pagi.

2.

Para peserta mempunyai nama pengguna (username), kata laluan (password), serta
alamat URL yang betul bagi menyertai pertandingan ini. (SILA RUJUK LAMPIRAN 1)

3.

Pertandingan ini akan dijalankan secara serentak/diduduki oleh semua peserta dengan kemudahan komputer dan talian Internet yang lengkap. Lokasi utama pertandingan adalah di makmal komputer sekolah masing-masing. Namun demikian, guru penyelaras boleh mengubah lokasi ke tempat lain yang difikirkan lebih sesuai bagi sesi kuiz ini.

4.

LARANGAN-LARANGAN

SEPERTI

DI

BAWAH

WAJIB

DIPATUHI

SEWAKTU KUIZ SEDANG DIJALANKAN :

i.

Sebarang bahan rujukan yang berkaitan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal komputer sebelum pertandingan bermula.

ii.

Pencarian maklumat berkaitan kuiz secara atas talian (online) semasa kuiz berlangsung adalah dilarang sama sekali.

iii.

Para peserta sama sekali tidak dibenarkan berbincang sesama mereka sewaktu pertandingan dijalankan.

iv.

Guru penyelaras/pengawas diberi kepercayaan yang tinggi oleh pihak penganjur. Oleh yang demikian, mereka seharusnya tidak berkongsi atau berbincang sebarang maklumat dan membantu para peserta memberi jawapan dalam apa jua bentuk komunikasi.

B.

MAKLUMAN PARA PESERTA:

1.

Pertandingan ini akan berlangsung selama 1 jam dan 15 minit sahaja dan jawapan para peserta hendaklah dihantar sebelum tempoh masa tersebut tamat. Setelah masa menjawab selama 1 jam 15 minit tamat, maka sistem akan log out secara otomatik.

2.

Pertandingan ini akan dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris termasuk bahagian penulisan esei.

3.

Soalan-soalan terbahagi kepada tiga iaitu : Bahagian A: Objektif 40 soalan Bahagian B : 10 soalan pilihan jawapan betul atau salah Bahagian C : Penulisan Esei Hanya jawab 1 soalan sahaja (60-100 patah perkataan)

4.

Sistem pemarkahan 4.1 4.2 4.3 Bahagian A [Objektif] 2 markah bagi setiap soalan yang dijawab betul. Bahagian B [Betul/Salah] 2 markah bagi setiap jawapan yang betul. Bahagian C [Esei] 50 markah penuh.

5.

Para peserta boleh membuat sebarang aduan sekiranya terdapat sebarang masalah teknikal berkaitan dengan talian Internet semasa pertandingan sedang berjalan. Oleh yang demikian, pihak penganjur telah menyediakan talian hotline bagi

rujukan/tindakan pihak guru/peserta. 6. Bagi sebarang bantuan teknikal, tuan/puan boleh berhubung terus dengan urus setia KUIZ ASEAN 2012 peringkat kebangsaan di talian berikut:

Talian Hotline Asean Quiz 2012 : 03-8911 4940/4945/4946/4947/4972/4985/4987