Anda di halaman 1dari 17

Tema

Tema novel ini ialah berkaitan kesedaran kepentingan mengekalkan alam semula jadi kerana tumbuhan mendatangkan banyak manfaat serta mempunyai perkaitan rapat dengan manusia

Persoalan
1) Kurangnya kesedaran tentang kepentingan tumbuhan kepada manusia. Contohnya, Zahiran yang ditengking oleh Pak Tua apabila ingin menebang pokok Cempaka putih di hadapan rumahnya.

2) Kesedaran guru tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Contohnya, cigu Idham pengetua baru Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai memperkenalkan Kempen Amalan Hijau Sekolah.

3) Kasih sayang seorang ibu. Contohnya, Zahiran memberitahu Pak Tua, ibunya selalu berdoa supaya beliau lulus cemerlang dalam peperiksaan PMR agar dapat meneruskan pelajaran di MRSM atau sekolah sains.

4) Mudah sensitif terhadap sesuatu keadaan. Contohnya, bergenang air mata Pak Tua apabila Zahiran memberitahu ayahnya sudah meninggal dunia sewaktu beliau berusia sepuluh tahun.

Sinopsis
Bab 1, Perubahan:
Zahiran pada awalnya tidak mengendahkan kewujudan Pak Tua sehinggalah, pada suatu pagi tiba-tiba Pak Tua menengking Zahiran yang sedang menebang pokok bunga cempaka putih di depan rumahnya. Pak Tua pernah juga menegur Lebai Jusoh yang ingin menebang pokok kacang kelor di sebelah kedai Pak Long Hamad. Kedatangan Cikgu Idham, pengetua SMK Alor Rambai telah menekankan kepada warga sekolah akan kepentingan alam sekitar dengan memperkenalkan Kempen Amalan Hijau Sekolah dan berhasrat memenangi Pertandingan Dekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar.

Bab 2, Fitnah:
Sewaktu Kasa, Seleman, dan Stopa sedang menoreh getah di sebelah Bukit Bintangor, mereka bertiga ternampak lapan orang berpakaian kemas menaiki kereta mewah menemui Pak Tua dan mengagak semuanya itu merupakan orang jahat. Heboh di kedai runcit Pak Long Hamid. Pak Tua disyaki terlibat dengan pengedaran dadah dan berkemungkinan juga Pak Tua seorang penjenayah yang lari daripada buruan polis. Sejak berita itu tersebar, orang kampung Alor Rambai memandang serong kepada Pak Tua yang dianggap berpura-pura gila dan nyanyuk untuk menutup kegiatan jahatnya. Seleman juga menghalang Kadir, Osman, dan penduduk kampung ke Bukit Bintangor kerana Pak Tua menjadikan Bukit Bintangor tempat memproses dadah. Mereka percaya Seleman sengaja membuat fitnah sebab ingin memburukkan nama Pak Tua.

Bab 3, Memasang Hasrat


Semasa dalam perjalananpulang dari pangkalan, Zahiran terserempak Pak Tua yang terkial-kial melihat tayar jipnya bocor. Tanpa banyak bicara Zahiran membantu Pak Tua menukar tayar jipnya. Sebelum beredar Pak Tua berkali-kali mempelawa Zahiran ke pondoknya. Dalam perjalanan pulang, Zahiran mula berfikir sebenarya Pak Tua tidak sombong atau terlalu pendiam seperti yang disangka selama ini. Lantaran itu Zahiran memasang hasrat untuk ke pondok Pak Tua di Bukit Bintangor. Setelah beberapa lama meredah belukar pinggir Bukit Bintangor. akhirnya mereka bertemu dengan sebatang pokok cenderai yang sedang tumbuh ranum. Osman dan Kadir meminta Zahiran memanjat untuk menahan burung. Ketika Zahiran sedang menahan burung di atas pokok Cenderai, Osman dan Kadir tiba-tiba cemas. Mereka berdua lari bertempiaran meninggalkan Zahiran keseorangan. Sejurus kemudian kelihatan Pak Tua. Barulah Zahiran tahu Osman dan Kadir lari kerana takutkan Pak Tua. Zahiran menjelaskan kepada Pak Tua bahawa beliau sedang menangkap burung seperti yang diarahkan oleh Cikgu Idham untuk diletakkan di dalam sangkar di sekolah. Pak Tua berharap Zahiran tidak lagi menangkap dan membunuh haiwan selepas ini.

Bab 4, Bukan Sembarangan Orang


Semasa Hamzah, Marzuki dan khuzairi rancak berbual, Zahiran, Osman dan Kadir datang. Zahiran melihat ikan-ikan yang berjaya ditangkap oleh Hamzah, Marzuki dan Khuzairi yang diletakkan di dalam baldi plastik berwarna biru sedang tercungap-cungap. Zahiran menasihatkan mereka bertiga segera membawa ikan-ikan itu ke sekolah. Tegas Zahiran, sekiranya lambat ikan-ikan tersebut nanti mungkin akan mati akibat kekurangan oksigen seperti yang pernah diberitahu oleh Pak Tua kepadanya. Hamzah terkejut apabila Zahiran memberitahu Pak Tua sebenarnya seorang yang baik dan beliau menasihati supaya kawan-kawannya tidak mempercayai cakap orang yang sengaja membuat fitnah kononnya Pak Tua gila. Pada suatu hari nanti Zahiran berjanji akan mengajak kawan-kawannya menemui Pak Tua. Zahiran mendapati Pak Tua sebenarnya bukan sembarangan orang dan tidak rugi sekiranya mendampinginya. Zahiran berharap semasa ereka berjumpa Pak tua nanti, mereka boleh bertanya tujuan Pak Tua melabel setiap pokok yang terdapat di Bukit Bintangor dengan nama biasa dan nama saintifik

BAB 5, Sankaan yang Meleset:


Zahiran menuju ke Bukit Bintangor. Sesampainya di pertengahan Bukit Bintangor, Zahiran berasa kagum apabila keadaan tidak semak seperti yang disangka sebelum ini. Selepas sarapan pagii, Pak Tua mengajak Zahiran berjalan-jalan sekitar Bukit Bintangor sambil Pak Tua menceritakan tentang jenis dan habitat tumbuhan yang terdapat di situ. Semasa sedang berkemas selepas bermain badminton, mereka berbincang tentang rancangan hendak ke Bukit Bintangor pada hari Ahad. Ternyata Pak Tua bukanlah seperti yang mereka dengar selama ini. Sangkaan mereka selama ini meleset dan tidak tepat. Barulah mereka tahu Pak Tua sebenarnya seorang yang baik, penyayang, jiwanya keras tapitutur katanya lembut. Dalam perjalanan pulang, Hamzah, Marzuki, dan Khuzairi melahirkan perasaan kagum dengan usaha Pak Tua telah lakukan.

Bab 6, Karut-Marut:
Petang itu merupakan kali ketiga Zahiran, Osman, Marzuki, Kadir, dan Khuzairi bertandang ke pondok Pak Tua. Pak Tua bertanya sebab Hamzah tidak datang bersama-sama mereka. Dua hari kemudian, meladak berita mengatakan Hamzah demam kononnya tersampuk hantu di Bukit Bintangor. Pagi esoknya Pak Tua dan Zahiran ke rumah Hamzah. Pak Tua ia bukan disampuk hantu. Namun, Pak Tua menasihatkan Pak Hamid supaya Hamzah segera dibawa ke hospital. Setelah dibawa ke hospital Hamzah disahkan menghidapi penyakit demam kuning.

Bab 7, Kita Perlu Bertanggungjawab:


Hamzah yang diserang demam kuning menjadi titik permulaan kepada usaha gotong-royong bagi membersihkan kawasan rumah Hamzah yang kotor dan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Seluruh kampung turut dibersihkan. Hasil cetusan idea Pak Tua, Tabung Pak Hamid dilancarkan bagi membantu keluarga malang itu. Penyakit untut Pak Hamid berjaya dirawat setelah menjalani pembedahan di Hospital Appolo, Chennai., Tragedi pokok Bintangor yang terbakar membolehkan Zahiran mencungkil sejarah hidup Pak Tua, iaitu seorang saintis yang pernah tinggal di Chicago, Amerika Syarikat.Indi]

Bab 8, Ada Kisah Tersendri:


.Isteri Pak Tua, Kamariah dan dua orang anaknya Zahirah dan Zuwairah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kedua-dua orang anaknya meninggal dunia, manakala isterinya menderita penyakit HIV akibat pemindahan darah. Kamariah meninggal dunia sewaktu Pak Tua dan rakan-rakannya telah berjaya dalam usaha mengumpul sampel untuk penawar HIV. Pokok bintangor spesies calophyllum leanigerum merupakan estrak penting dalam menghasilkan penawar HIV. Pokok ini banyak terdapat di belantara negeri Sarawak dan Pak Tua telah berusaha menanam pokok bintangor di sekitar Bukit Bintangor. Akhirnya, Pak Tua telah menghembuskan nafas terakhir setelah dia mewakafkan tanahnya di Bukit Bintangor untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.

Watak & Perwatakan


Watak Utama Zahiran Anak yatim (bapanya telah meninggal dunia semasa ia berusia 10 tahun). Pelajar Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai. Seorang yang baik hati (membantu Pak Tua menukar tayar jip yang pancit). Menjadi ketua kumpulan mencari burung bagi menjayakan projek sekolah lestari. Seorang yang mencintai alam sekitar dia sedar manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan alam sekitar. Dapat menguasai nama saintifik beberapa jenis pokok (belajar daripada Pak Tua). Menjalinkan hubungan erat dengan Pak Tua. Berjaya mengikis anggapan orang kampung terhadap Pak Tua. Bertanggungjawab. Zahiran melaksanakan tugasan yang diarahkan seperti mencari burung. Rajin berusaha. Zahiran rajin mengulangkaji pelajarannya dan mempelajari namanama saintifik pokok daripada Pak Tua. Bijak. Zahiran bijak hingga berjaya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Melaka di Londang. Bercita-cita untuk menjadi seorang saintis seperti Pak Tua.

Watak Sampingan Pak Tua Berusia dalam lingkungan 60-an. Pendiam, selekeh, suka memencilkan diri, tidak mudah mesra. Hidup bersendirian di sebuah pondok kayu. Seorang saintis (Profesor Osman Yunus). Pernah bertugas di Chichago, Amerika Syarikat. Berharta (mampu membeli 4 hektar tanah di Bukit Bintangor). Amat cinta akan alam sekitar. Seorang yang berpengetahuan luas dalam banyak perkara mengetahui tentang punca penyakit untut yang disebabkan bawaan nyamuk, kegunaan pokok-pokok untuk tujuan perubatan.

Menguasai nama saintifik pokok-pokok. Banyak idea bernas - beliau mencetuskan idea penubuhan Tabung Pak Hamid bagi membantu mengubati penyakitnya). Seorang yang pemurah - mewakafkan Bukit Bintangor untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.

Cikgu Idham Pengetua baharu di SMK Alor Rambai. Mengajarkan mata pelajaran Sains Pertanian. Berusia dalam lingkungan 45 tahun. Kreatif dan banyak idea. Memperkenalkan Kempen Amalan Hijau Sekolah dan kitar semula. Mencetuskan idea menceriakan kawasan sekolah dan mengadakan projek sekolah lestari.

Berfikiran

terbuka dan mudah menerima idea Pak Tua untuk bergotong-royong

membersihkan kampung serta menubuhkan Tabung Pak Hamid.

Gaya Bahasa
Diksi Penggunaan kata yang mudah difahami. Penggunaan istilah-istilah saintifik. Contoh: atmosfera, biodiversiti, bronchitis, farmakologi, sintesis dan virus. Penggunaan bahasa pinjaman Bahasa Arab. Contoh: madrasah. Penggunaan bahasa Inggeris. Contoh: mosquito. Penggunaan dialek. Contoh: benak (bertempiaran), ceridau (kicauan), jerba (terkam/terpa), mengeluyur (keadaan tidak keruan/merayau-rayau), terkelih (terlihat) dan upar (menggentel tapak tangan). Penggunaan Ayat Penggunaan ayat yang pendek. Contoh: Pagi berkabus. Penggunaan ayat yang panjang. Contoh: Di pinggir bukit yang kaya dengan pokok-pokok pelbagai jenis mengalir Sungai Jeneri, tempat bermain seluang, baung, sempilai, haruan, kenjeng, lais, betuk, bujuk, tapah dan kedak. Bahasa Perbandingan Simile. Contoh: seperti penceramah Forum Perdana (m.s: 11), terkenal macam Datuk

Azhar Mansur (m.s: 39), Pandai betul kamu buat lawak ye! Macam Senario dalam TV3 (m.s: 41)

Penggunaan imej alam Contoh: sungai, bukit, pokok, ikan, burung, hutan balak, hutan belantara dan nyamuk. Sinkope Contoh: tak, ni, nak, dah dan tu. Personifikasi Contoh: mesra dengan hujan yang menitis, manja dengan belaian angin yang menderu segar, hujan tak bertandang menyuburkan tumbuhan hijau, angin tidak datang mengusap tubuh, sinarnya menjunam di celah-celah daun pokok lalu menimpa tanah, cahaya matahari masih lagi bersembunyi. Ungkapan Menarik Simpulan Bahasa: tersenyum simpul (m.s : 10) Peribahasa: tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata,

ada udang di

sebalik batu. (m.s: 24)

cahaya matahari. Mesra dengan hujan yang menitis dari langit dan manja dengan belaian angin yang menderu segar.

Bahasa puitis: Semua makhluk ada hubungan yang erat dengan

Latar
Latar Masa Sekitar tahun 1990-an (buktinya kajian mencari ubat penyakit HIV dan adanya pertandingan Sekolah Lestari). Peristiwa berlaku pada waktu pagi, petang dan malam Contoh peristiwa : i) Pagi Zahiran pergi ke Bukit Bintangor untuk berjumpa dan mengenali Pak Tua perjalanan dia dikenalinya. iii) Malam Selepas sembahyang Isyak penduduk kampung telah berbincang tentang cadangan Pak Tua menubuhkan tabung kutipan derma bagi membantu mengubati penyakit Pak Hamid. dengan lebih rapat. melihat banyak tumbuhan hijau yang telah ii) Petang Zahiran pergi ke kedai runcit Pak Long Hamad dan dalam

Latar Tempat Kampung Alor Rambai Secara keseluruhannya, kebanyakan peristiwa berlaku di Kampung Alor Rambai. Bukit Bintangor Pak Tua telah menanam pokok bintangor yang hanya terdapat di belantara Sarawak. Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai Cikgu Idham memperkenalkan Kempen Amalan Hijau Sekolah. Pondok Pak Tua di kaki Bukit Bintangor

Pak Tua hidup bersendirian di pondok kayu di bukit itu. Kedai Runcit Pak Long Hamad Setiap awal bulan, Pak Tua akan ke kedai runcit Pak Long Hamad untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Rumah Hamzah Pak Tua dan Zahiran mengunjungi rumah Hamzah untuk melawatnya yang sedang demam. Hadapan rumah Zahiran Pak Tua menengking Zahiran yang sedang menebang pokok cempaka putih di hadapan rumahnya. Sungai Jeneri Sewaktu musim hujan lebat, Sungai Jeneri akan dilimpahi air deras dan berbahaya.

Latar Masyarakat Masyarakat kampung yang suka membuat fitnah. Contoh: Seleman, Setopa dan Kasa menyebarkan fitnah bahawa Pak Tua terlibat dalam kegiatan haram memproses dadah untuk diedarkan ke bandar-bandar besar seluruh negara. Masyarakat pendidik yang berwawasan. Contoh: Cikgu Idham ialah guru yang berwawasan untuk merealisasikan impian pelajar Modal Insan Berdisiplin dan Sekolah Mesra Alam Lestari. Masyarakat pelajar yang rajin dan bertanggungjawab.

Contoh: Zahiran, Kadir, Hamzah dan rakan-rakannya yang lain rajin dan bertanggungjawab mencari pokok bunga, ikan dan burung yang diamanahkan kepada mereka. Masyarakat saintis yang membuat uji kaji tentang penawar penyakit. Contoh: Profesor Osman Yunus bersama dengan beberapa orang pakar botani membuat penyelidikan dan berjaya menghasilkan penawar HIV.

Plot
Novel ini dibina mengikut kronologi dari awal hingga akhir. Permulaan Dimulakan dengan kehadiran Pak Tua di Kampung Alor Rambai telah menimbulkan pelbagai prasangka penduduk kampung terhadapnya. Keputusan Pak Tua membeli bukit seluas empat hektar (bukit bintangor) menyebabkan penduduk kampung menganggapnya sebagai tidak waras. Zahiran cuba mendekati Pak Tua yang tinggal di kaki Bukit Bintangor.

Perkembangan Cikgu Idham mencetuskan idea untuk mengadakan projek sekolah lestari dan berhasrat menyertai pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian Pelajaran. Zahiran dan rakan-rakannya ditugaskan menangkap burung dan ikan, serta mencari pelbagai jenis pokok bunga. Secara tidak langsung, hal ini membolehkan Zahiran dan rakan-rakannya mengenali Pak Tua dengan lebih dekat. Mereka mendapati Pak Tua bukanlah seperti yang dianggap oleh orang kampung.

Puncak Hamzah telah diserang penyakit demam kuning yang boleh membawa maut. Penyakit demam kuning berpunca daripada gigitan nyamuk aedes aegypti. Pak Tua menyarankan Hamzah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Rentetan daripada peristiwa itu, gotong-royong membersihkan kawasan rumah Hamzah dan sekitar kampung dijalankan.

Peleraian Pak Tua berhasrat untuk membantu Pak Hamid yang menderita penyakit untut akibat gigitan nyamuk culex SP. Pak Tua mencadangkan penubuhan Manakala, Zahiran berjaya Tabung Pak Hamid untuk tujuan rawatan.

mencungkil latar belakang kehidupan Pak Tua. Sebelum meninggal dunia, Pak Tua telah mewakafkan tanahnya di Bukit Bintangor untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.

Teknik Plot
1. Dialog Contoh: Kenapa dengan jip pak cik? Zahiran mengulangi. Tayarnya pancit! ujar Pak Tua sambil mengeluh panjang. 2. Imbas kembali Contoh: Zahiran terkenang akan kisah Pak Tua setiap kali dia memandang Bukit Bintangor. PakTua telah menceritakan kisah kehidupannya kepada Zahiran. 3. Suspens Contoh: Pembaca tertanya-tanya apakah yang berlaku apabila kelihatan asap tebal keluar dari pucuk-pucuk hutan di Bukit Bintangor. 4. Kejutan Contoh: Zahiran mengetahui latar belakang kehidupan Pak Tua. Dia terkejut apabila mengetahui bahawa Pak Tua ialah saintis yang pernah bertugas di Chicago, Amerika. 5. Pemerian Contoh: Bukit yang tersergam megah, menghijau di hujung kampung. Kampung Alor Rambai, Sungai Jeneri, Jeniang itu banyak kisahnya, terselit suka terpalit duka perjuangan seorang tua.