Anda di halaman 1dari 2

panduan dan peratutan stor PPJK Dari aspek peralatan sukan di dalam stor ini, peralatan yang terdapat

hanya pada tahap minimum. Tidak semua peralatan yang diperlukan untuk P&P PJ ada di dalam stor ini. Maka, sesi P&P PJ agak terganggu kerana kekurangan peralatan. Namun, susun atur peralatanperalatan tersebut kemas dan tersusun. Peralatan juga dilabelkan dengan label yang betul. Oleh kerana kekurangan ruang, peralatan unit kokurikulum seperti peralatan perkhemahan juga diletakkan sekali di dalam stor ini.

Gambar 3.2 (e) Susun atur peralatan sukan Gambar 3.2 (f) Peralatan sukan yang tidak mencukupi Gambar 3.2 (g) Peralatan yang disusun kemas Gambar 3.2 (h) Skitel Gambar 3.2 (i) Rak yang kekurangan alatan Gambar 3.2 (j) Peralatan yang rosak Gambar 3.2 (k) Carta bergambar Gambar 3.2 (l) Pembahagi antara stor sukan dan stor kokurikulum Dari aspek stok kelengkapan sukan, saya telah cuba mendapatkan rekod pembelian dan juga rekod lupus kira peralatan sukan daripada pihak pengurusan stor sukan, namun kerana kekangan masa, mereka tidak berkesempatan untuk menunjukkan rekod-rekod tersebut kepada saya. Namun, menurut mereka, setiap peralatan baru yang dibeli dan peralatan lama yang rosak dan perlu dilupus kira, mereka akan mencatatkannya di dalam rekod untuk tujuan audit pada setiap hujung tahun. 3.3 Membuat pemerhatian kelengkapan kemudahan prasarana sukan di sekolah. Berdasarkan pemerhatian yang telah saya jalankan, saya mendapati sekolah ini mempunyai prasarana asas yang cukup seperti padang dan trek balapan. Namun, saya berpendapat bahawa penyelenggaraan prasarana-prasarana tersebut agak kurang. Sebagai contoh, ketika pemerhatian dijalankan, padang ditumbuhi rumput yang tebal dan kemuncup yang banyak. Selain itu, tiang gol bola sepak juaga tidak mempunyai jaring. Tiang gol bola jaring pula tidak dipacakkan dengan selamat, tetapi ia disendal dengan batu besar. Keadaan tersebut amat berbahaya kepada murid-murid terutama ketika mereka bermain bola jaring kerana mungkin ada di antara mereka akan tersepak atau tersadung pada batu tersebut dan akan mengakibatkan kecederaan. Trek balapan didapati agak kabur garisannya. Ini mungkin kerana ia telah lama disiapkan dan rumput yang tebal juga menjadi salah satu sebab garisan trek

tersebut agak tidak kelihatan.

http://pjthepioneering.blogspot.com/2010/11/laporan-pbs-major-pj.html

Anda mungkin juga menyukai