Anda di halaman 1dari 1

Hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan merupakan peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan perjalanan program

Bina Insan Guru atau lebih dikenali sebagai B.I.G . Bukan mudah untuk menjalani program ini tanpa kesungguhan dan kesabaran. Namun dengan berkat doa dan usaha berjaya juga diri ini untuk mengharungi program Bina Insan Guru (BIG), fasa 1 siri 1 pada tahun 2012. Pertama sekali ingin saya menyatakan rasa rendah diri dan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan berkat dan rahmatNYA dapat jua kami menyempurnakan program tersebut. Program Bina Insan Guru fasa 1 siri 1 pada tahun 2012 telah diadakan pada 14 Februari sehingga 17 Februari yang berlangsung selama 4 hari 3 malam. Pada hari pertama, kami mendirikan khemah beramai-ramai. Ini dapat membentuk sifat bekerjasama dalam kalangan guru pelatih seterusnya merapatkan jurang antara kaum. Ini berikutan Program Bina Insan Guru ini terdiri daripada tiga unit berlainan. Antaranya ialah unit PISMP BM (SJKT), PISMP BM (SJKC) dan PISMP PC. Aktiviti pada hari pertama tidaklah seberapa mencabar oleh kerana kami lebih tertumpu untuk mendirikan khemah. Pada hari seterusnya iaitu 15 Februari 2012, saya berasa gembira bercampur gementar sedikit untuk menghadapi aktiviti pada hari tersebut. Namun terpaksa jua digagahi demi menjadi guru yang terbaik pada masa akan datang. Kami terdiri daripada enam kumpulan semuanya kemudian dibahagikan kepada dua kumpulan besar untuk menjalani akvitivi. Kumpulan pertama akan

Anda mungkin juga menyukai