Anda di halaman 1dari 17

TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

PENGENALAN
Di dalam topik ini, anda akan mempelajari tentang berbagai kaedah input dan output.
Papan kekunci merupakan peranti input yang paling popular dan selalu digunakan.
Selain papan kekunci, terdapat banyak lagi peranti input dan ouput terkini yang terdapat
di pasaran juga akan dibincangkan di dalam topik ini.

OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. mengetahui berbagai kaedah input dan peranti input; dan
2. mengetahui berbagai kaedah output dan peranti output.

3.1 INPUT DAN OUTPUT

Cuba fikirkan bagaimana kita dapat berinteraksi dengan komputer.

Input merupakan jambatan di antara data dan pemprosesan, iaitu mengangkut data dari
pengguna ke komputer. Input diperlukan untuk menjawab pertanyaan dan juga
pemprosesan. Output pula ialah pertalian di antara manusia dan pengkomputeran.
Output adalah sukatan kritikal kejayaan sesuatu sistem. Output yang hendak dihasilkan
ditentukan oleh analisis kehendak pengguna. Peranti input dan output juga disebut
sebagai periferal (peripheral). Kita akan dapat melihat bagaimana peranti input dan
output ini berfungsi sepertimana ditunjukkan di dalam Rajah 3.1.

OUM 25
INPUT DAN OUTPUT TOPIK 3

Rajah 3.1: Peranti input

3.2 KAEDAH INPUT


Berbagai jenis sumber dokumen memberikan berbagai kaedah dan peranti input.
Kemasukan data secara langsung ialah data yang boleh dibaca mesin (komputer) dan
boleh diinputkan terus ke komputer. Kemasukan data secara tidak langsung pula
memerlukan berbagai perantaraan dan beberapa pemprosesan ke atas data sumber
sebelum diproses. Secara amnya, terdapat tiga pendekatan kemasukan data
sebagaimana yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1: Jenis Kemasukan Data

Jenis Kemasukan Data Takrifan


Takrifan
Kemasukan data luar-talian Selepas data diinput, data tersebut akan ditukar
kepada bentuk yang sesuai, kemudian disemak. Data
akan diperbetulkan dahulu jika terdapat ralat. Semua
data yang telah disahkan betul akan diproses.
Kaedah ini kurang digunakan sekarang dan juga
dirujuk sebagai kaedah kelompok.

Kemasukan data atas-talian Sama seperti kemasukan data luar-talian. Bezanya


ialah data yang diinput terus disemak dan diperbaiki.
Setelah semua data dimasukkan, baru pemprosesan
ke atas data tersebut akan dibuat.

Kemasukan data interaktif Sama seperti kemasukan data atas-talian. Cuma


data disemak setiap kali data dimasukkan dan proses
ke atas data terus dijalankan, iaitu tidak perlu
menunggu semua data dimasukkan.

26 OUM
TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

Peranti input mengambil data dan aturcara yang boleh dibaca atau difahami manusia
dan menukarnya kepada bentuk yang boleh diproses oleh komputer. Bentuk ini terdiri
daripada isyarat elektronik 0 dan 1 yang boleh dibaca oleh mesin seperti yang
diperihalkan dalam bahagian perwakilan data.

Terdapat dua jenis peranti input :


(i) Kemasukan melalui papan kekunci: Data diinput ke komputer melalui papan kekunci
yang menyerupai sebuah papan kekunci mesin taip tetapi mempunyai beberapa kunci
tambahan. Bagi kemasukan jenis ini, pengguna membaca dokumen asal yang dipanggil
dokumen sumber. Isi dokumen tersebut akan dimasukkan melalui papan kekunci.
(ii) Kemasukan terus: Data adalah dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin dan pada
waktu yang sama data tersebut dimasukkan ke dalam komputer; tanpa menggunakan
papan kekunci.

Satu contoh peranti input yang menggunakan kedua-dua jenis kemasukan iaitu
kemasukan melalui papan kekunci dan terus ialah terminal titik jualan (POS). Ia sejenis
alat daftar tunai elektronik yang banyak digunakan di premis-premis perniagaan.

Latihan 3.1

Apakah perbezaan antara kemasukan data luar-talian dan kemasukan


data interaktif?

3.2.1 Papan Kekunci

Peranti yang selalu digunakan ialah papan kekunci untuk memasukkan data dan
terminal untuk memaparkan apa yang dimasukkan. Ada berbagai bentuk, gaya, saiz,
bentangan (susun atur), “rasa/sentuhan” dan bilangan kekunci.
(i) Bilangan kekunci: Pada kebiasaannya bilangan kekunci ialah 101. Bergantung kepada
jenis komputer terutamanya jenis mikro komputer iaitu mikro komputer meja atau bimbit.
Komputer bimbit menyediakan bilangan kekunci yang lebih kecil memandangkan saiz
komputer bimbit itu sendiri.
(ii) Kumpulan/jenis kekunci: Ada berbagai kumpulan/jenis seperti yang ditunjukkan di dalam
Jadual 3.2.
Jadual 3.2: Jenis Kekunci

Jenis Kekunci Takrifan


Alfanumerik Terdiri dari angka dan abjad, sama seperti
mesin taip
Pergerakan kursor Kursor ialah simbol yang ada pada skrin
paparan yang menunjukkan kedudukan atau
tempat data berikut dimasukkan. Juga disebut
anak panah.
Numerik Turut dipanggil pad kekunci numerik (numeric
keypad) adalah kekunci berasingan untuk no
0-9 yang disusun seperti kalkulator. Kadang
kala ada dua tujuan bergantung kepada
kekunci Num Lock iaitu pergerakan kursor
atau numerik.

OUM 27
INPUT DAN OUTPUT TOPIK 3

(iii) Fungsi: kekunci yang dilabelkan sebagai F dan biasanya F1-F12. Kegunaan kekunci
fungsi ini ditakrifkan oleh perisian.
(iv) Tujuan khas: Biasanya disebut kekunci tambahan (additional keys).Kekunci lain selain
di atas yang mempunyai tujuan atau tugas tertentu seperti Backspace, Del, Ins, Esc,
Insert, Delete, Home, Pause, Print Scrn dan lain-lain.
(v) Bentangan (susun atur): Merupakan susun atur kekunci alfanumerik. Bentangan yang
selalu digunakan ialah susun atur QWERTY kerana lima kekunci pertama baris atas
untuk alfanumerik ialah huruf Q,W,E,R,T dan Y. Bentangan terbaharu ialah susun atur
DVORAK. Susun atur kekunci dibuat menurut penggunaan kekunci iaitu kekunci yang
selalu digunakan akan diletakkan di tempat yang mudah dicapai. Oleh itu huruf vowel
A,E,I,O dan U diletak di sebelah kiri dan lima huruf konsonan (consonant) iaitu D,H,N,S,T
di sebelah kiri. Lima kekunci paling selalu digunakan yang berikutnya diletakkan satu
baris di atas dan begitulah seterusnya.
(vi) Rasa/sentuhan: Kelembutan menekan kekunci dan bunyi yang dikeluarkan. Kini boleh
dikawal oleh perisian.
(vii) Gaya (dan saiz serta bentuk): Direkabentuk menurut pembuatnya dan biasanya dibuat
supaya mesra pengguna dan lebih ergonomik. Kajian membuat sesuatu peralatan
supaya mesra pengguna dan kurang menyebabkan kemudaratan ataupun kecederaan
kepada pengguna disebut ergonomik (ergonomics).

Rajah 3.2: Papan kekunci

Papan kekunci mempunyai pengawal dan pengimbal kekunci. Segala yang ditaip akan
disimpan dalam pengimbal (boleh lebih daripada satu simbol disimpan) dan
kemudiannya akan diimbas oleh pemproses komputer setelah menerima isyarat
sampukan daripada pengawal kekunci.

3.2.2 Terminal

Terminal ialah satu peranti input (dan output) yang menghubungkan anda dengan
sebuah kerangka utama atau jenis komputer lain yang dipanggil komputer hos atau
pelayan. Terdapat tiga jenis terminal iaitu terminal dungu, cerdas dan rangkaian serta
fungsi seperti ditunjukkan di dalam Jadual 3.3.

28 OUM
TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

Jadual 3.3: Jenis-jenis Terminal

Jenis Terminal Takrifan


Terminal dungu Digunakan untuk menginput dan menerima data, tetapi ia tidak
boleh memproses data secara bersendirian. Ia hanya
digunakan untuk mencapai maklumat dari komputer. Selalu
terdapat di kaunter syarikat kapal terbang, pejabat pos
dan JPJ.
Terminlal cerdas Mempunyai unit pemprosesan, ingtan , dan storan sekunder
seperti cakera magnet. Pada asasnya, sesuatu terminal
pintar ialah mikrokomputer beserta perisian komunikasi dan
sambungan telefon (modem) atau sambungan komunikasi
lain. Ini menyambungkan terminal ke komputer yang lebih
besar atau ke Internet. Jenis yang meningkat popular ialah
NetPC.
Terminal rangkaian Juga dikenali sebagai komputer rangkaian merupakan
alternatif yang murah bagi terminal pintar. Kebanyakkan
terminal rangkaian tidak mempunyai pemacu cakera keras
dan mesti bergantung pada komputer hos atau pelayan untuk
perisian aplikasi dan sistem.

3.2.3 Peranti Penuding

Kebiasaannya data dimasukkan ke dalam komputer melalui papan


kekunci. Adakah anda tahu terdapat kaedah-kaedah lain yang digunakan
untuk memasukkan data?

Menuding merupakan salah satu gerakan manusia yang semula jadi. Terdapat beberapa
peranti yang menggunakan kaedah ini iaitu:

Rajah 3.3: Peranti penuding

OUM 29
INPUT DAN OUTPUT TOPIK 3

(i) Tetikus: Bergerak (bergolek) untuk mengarah penunjuk/kursor/ikon pada skrin. Bila bebola
di bawah tetikus bergolek, kedudukan koordinat menegak dan mengufuk kursor tetikus
berubah. Dengan menyemak koordinat, komputer dapat menentukan kedudukan kursor
dan memaparkan kursor di skrin. Ia dikatakan sebagai peranti input paling mesra penguna.

Rajah 3.4: Tetikus

Terdapat berbagai model tetikus seperti di dalam Jadual 3.4.

Jadual 3.4: Model Tetikus

Jenis Tetikus Takrifan


Takrifan
Tetikus bebola Menggunakan bebola
Menggunakan bebola ataupun
ataupun disebut
disebut juga
juga tetikus
tetikusmekanikal.
mekanikal.

Tetikus optik Menggunakan cahaya


Menggunakan cahaya dan memerlukan pad tetikus
dan memerlukan tetikus yang
yang
boleh membalik cahaya. Tetikus ini mempunyai bahagian
disebut pengesan cahaya (photodetector). Bagaimanapun,
tetikus ini berfungsi seperti tetikus bebola. Biasanya
digunakan pada komputer berkuasa tinggi seperti komputer
pelayan.

Tetikus sensitif Pad yang sensitif kepada sentuhan tangan untuk


sesentuh mengerakkan ikon/kursor.

Tetikus tanpa wayar Berkomunikasi


Berkomunikasi dengan
dengankomputer
komputer dengan memancarkan
dengan memancarkan
isyarat inframerah atau isyarat radio intensiti rendah.

Rajah 3.5: Tetikus tanpa wayar

30 OUM
TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

(ii) Skrin sentuh (touch screen): Sejenis skrin monitor yang diliputi lapisan plastik. Di
belakang lapisan ini ada cahaya halimunan inframerah yang bersilang. Penyusunan ini
membolehkan seseorang memilih tindakan atau perintah dengan menyusun skrin
menggunakan jari. Skrin sentuh adalah mudah digunakan, terutama apabila seseorang
itu memerlukan maklumat segera. Ia biasanya digunakan di mesin juruwang berautomat
(ATM), kiosk maklumat, restoran Pizza Hut dan stesyen minyak PETRONAS.
(iii) Pen Cahaya: Pen atau peranti yang serupa pen yang sensitif cahaya dan dihubungkan
menggunakan kabel ke komputer. Kedudukan dikenalpasti dengan menekan butang pen
pada suatu kedudukan pada skrin. Sering digunakan untuk melukis imej dan juga
membuat pilihan menu.
(iv) Papan pendigit: peranti yang boleh digunakan untuk menyurih atau menyalin sesuatu
lukisan atau gambar. Perkara yang hendak disalin diletak atas meja pendigit. Kemudian
satu stilus khas yang disambung ke komputer diguna untuk menyurih bahan tersebut.
Sambil stilus itu bergerak dari satu kedudukan ke kedudukan yang lain, komputer merekod
kedudukannya dari meja pendigit. Selepas bahan tersebut disurih, imejnya boleh
dipaparkan pada skrin, dicetak pada kertas, atau disimpan pada sistem komputer untuk
kegunaan masa akan datang. Pendigit selalunya diguna oleh jurureka bentuk, arkitek
dan jurutera.
(v) Sistem Berasas Pen: Sistem berasas pen menggunakan pen untuk memasukkan
tulisan tangan atau tanda kepada komputer yang mengandungi perisian untuk
mengenalpasti dan mendigitkan tulisan tangan dan juga lukisan tangan. Ada beberapa
jenis sistem berasas pen seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.5.
Jadual 3.5: Jenis-jenis Sistem Berasaskan Pen

Jenis Takrifan
Takrifan
Pengecaman gerak isyarat atau sistem yang boleh mengecam pelbagai tanda
semakan elektronik baca, huruf dan nombor cetak.

Tulisan tangan disimpan sebagai tulisan tangan disimpan sebagai coretan dan
lakaran / coretan bukan sebagai teks bertaip.

Tulisan tangan diubah teks bertaip sistem yang boleh dilatih untuk mengenal tulisan
dengan latihan tangan yang bersih dan kemas.

Tulisan tangan diubah teks bertaip paling sukar dan rumit.


tanpa latihan

Latihan 3.2

1. Bagaimana komputer menerima data dari tetikus?


2. Nyatakan dua jenis peranti penuding yang sering digunakan.

3.2.4 Peranti Imbasan

Peranti imbasan menterjemah imej teks, lukisan, gambar dan yang serupa dengannya
kepada bentuk digital untuk dimasukkan secara langsung ke komputer. Imej yang telah
diproses boleh dipaparkan di skrin, disimpan di peranti storan dan dihantar kepada
komputer lain. Ada dua teknologi iaitu pengecaman optik dan pengecaman magnetik
seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.6.

OUM 31
INPUT DAN OUTPUT TOPIK 3

Rajah 3.6: Teknologi pengecaman

(i) Pengecaman Optik: Peranti berteknologi yang juga disebut pembaca optik menggunakan
cahaya untuk mengimbas imej. Contohnya peranti pengecaman optik di dalam Rajah 3.7.
a. Pembaca kod-palang: Membaca input berbentuk kod palang iaitu tanda seperti
belang-zebra menegak.
b. Pembaca Tanda Optik (OMR): Menggunakan peranti yang membaca tanda pensil
seperti yang digunakan dalam peperiksaan UPSR, PMR dan soalan objektif aneka
pilihan di Bahagian A, peperiksaan akhir OUM.

Rajah 3.7: Pengecaman optik

32 OUM
TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

c. Pembaca Aksara Optik (OCR): Membaca aksara pracetak khas (dalam fon khas)
contohnya fon OCR-A (fon yang dimapankan oleh ANSI).
d. Pembaca Tulisan Tangan Optik: Pembaca ini berkeupayaan membaca tulisan tangan
tetapi masih terhad keupayaannya.
e. Mesin faks: Mesin faks mengimbas imej dan menghantar secara elektronik melalui
talian telefon ke destinasi (mesin faks). Ada dua jenis:
• Mesin faks terdedikasi: atau disebut mesin faks sahaja.
• Modem faks: yang dipasang pada komputer untuk membolehkan dokumen secara
elektronik dihantar terus ke penerima faks (mesin faks atau komputer). Lebih pantas
tetapi tidak boleh mengimbas dokumen bukan elektronik.

Rajah 3.8: Mesin faks

f. Sistem pengimejan: Peranti pengimbas imej atau yang menukar semua teks, lukisan,
gambar dan lain-lain ke bentuk digital. Teknologi sistem pengimejan telah mencetuskan
industri imej dokumen elektronik dengan menggabungkan penggunaan pengimbas,
kamera digital dan lain-lain.
(ii) Pengecaman Magnetik: Pengecaman magnetik menggunakan kaedah magnetik
untuk mengimbas tulisan yang bermagnetik. Peranti berteknologi pengecaman
magnetik ialah Pembaca Aksara Dakwat Magnetik (MICR). MICR membaca nombor
(berbentuk pelik) yang dicetak menggunakan dakwat magnetik. MICR selalu
digunakan pada cek untuk mengisih cek seperti yang dilakukan oleh Bank Negara
Malaysia dan bank-bank komersil lain.
(iii) Peranti pengecam suara: Peranti Pengecam Suara menukarkan suara/pertuturan
manusia kepada kod digital. Input suara melalui mikrofon yang disambung ke
komputer. Apabila peranti input ini digabungkan dengan kad bunyi serta perisian
yang sesuai, suatu sistem pengecaman suara terbentuk. Sistem ini membolehkan
pengguna mengoperasi mikro komputer dan membina dokumen dengan memberi
perintah melalui suara. Peranti ini mempunyai potensi untuk digunakan sebagai
satu kaedah keselamatan.
(iv) Kad pintar dan optik: Penggunaan kad pintar seperti kad pelbagai guna My KAD
yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan kad-kad kredit dan
debit yang dikeluarkan oleh bank-bank komersil seperti Maybank dan BCB.
Penggunaan kad optik masih terhad walaupun boleh mengandungi sehingga 2000
halaman berbanding kad pintar (30 halaman – bergantung kepada keupayaan
mikropemproses) dan kad magnetik (setengah halaman).

OUM 33
INPUT DAN OUTPUT TOPIK 3

3.2.5 Peranti Input Lain

Ada berbagai peranti input lain yang boleh menerima input berbentuk audio, video,
gambar elektronik, deria dan biologi manusia. Kebanyakan peralatan ini membolehkan
penggunaan multimedia dan ada juga digunakan untuk tujuan keselamatan iaitu
menggunakan konsep biometrik. Kita dapat melihat berbagai peranti input lain di dalam
Rajah 3.9.

Rajah 3.9: Peranti input lain

(i) Peranti input audio: Digunakan untuk merekod atau memainkan muzik analog kepada
bentuk digital. Amnya boleh menerima berbagai bentuk bunyi sebagai input. Sedangkan
peranti pengecam suara hanya boleh menerima satu jenis input audio sahaja iaitu input
suara. Ada dua cara audio didigitalkan iaitu;
a. Papan audio: papan yang menukar bunyi analog ke bunyi digital dan menyimpannya
untuk masa depan.
b. Papan MIDI: papan MIDI (Musical Instrument Digital Interface) adalah papan yang
mengeluarkan muzik digital yang kebiasaannya menggunakan papan kekunci MIDI.
(ii) Peranti input video: Peranti ini membolehkan gambar video ditukar kepada bentuk
digital melalui kad khusus. Ada dua jenis kad video iaitu;
a. Penangkap bingkai: hanya boleh mendigitkan satu bingkai pada satu masa.
b. Pergerakan penuh: boleh menukar pada kadar 30 bingkai per saat.
Masalah utama adalah storan dan bukannya input. Kini telah ada di pasaran kamera
video digital di mana outputnya di dalam bentuk digital. Perakam video digital akan
memudahkan persembahan multimedia ataupun satu bentuk penyiaran baru di internet
iaitu televisyen web.

34 OUM
TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

(iii) Kamera Elektronik/Digital: Sama dengan kamera tradisi kecuali imej direkod secara
digital pada cakera atau dalam ingatan kamera dan bukan ke filem. Anda boleh mengambil
gambar, melihat dan meletakkannya di halaman Web dalam masa beberapa minit sahaja.
(iv) Penderia: Penderia adalah sejenis peranti input yang mengumpul data berbentuk khas
secara langsung dari persekitaran dan menghantarnya ke komputer. Penderia boleh
digunakan untuk mengesan data seperti kelajuan, berat, suhu, imej, bentuk ,cahaya,
pencemaran udara dan lain-lain. Pernahkah anda menimbang berat anda mengguna
mesin penimbang bersuara di pusat membeli belah ? Itu satu contoh alat penderia yang
digunakan untuk mengukur berat dan juga ketinggian anda.

Rajah 3.10: Kamera digital

3.3 KAWALAN INPUT

Bagaimanakah kita dapat mengetahui bahawa data yang kita masukkan


adalah betul?

Perlu ada kawalan input untuk memelihara kekamiran data dan mengelakkan menjadi
sampah masuk sampah keluar ‘Garbage In Garbage Out (GIGO)’. Kawalan input adalah
gabungan tatacara kawalan manual dan komputer yang direkabentuk untuk memastikan
semua data input sebenarnya tepat apabila dimasukkan ke dalam komputer.

Latihan 3.3

1. Apakah jenis peranti input yang paling biasa? Mengapakah terdapat


berbagai jenis peranti input ?
2. Berikan dua contoh teknologi pengecaman optik dan pengecaman
magnetik.

Anda dinasihatkan supaya berehat sebentar sebelum meneruskan pengajian yang


seterusnya.

OUM 35
INPUT DAN OUTPUT TOPIK 3

3.4 KAEDAH OUTPUT

Bagaimanakah kita dapat melihat hasil pemproses yang telah kita buat
di dalam sesebuah komputer? Cuba fikirkan bagaimana hasil
pemprosesan itu dipamerkan.

Output boleh dalam berbagai bentuk seperti output skrin, cetakan kertas, lutsinar,
isyarat, suara, mikrofilem dan lain-lain. Secara umumnya, ada dua jenis output iaitu;

Rajah 3.11: Jenis output

(i) Salinan lembut


Merujuk kepada data yang ditunjukkan pada skrin paparan atau dalam bentuk audio dan
suara ataupun dalam bentuk simpanan secara elektronik (disimpan dalam storan
sekunder). Jenis ini amat sesuai untuk data/maklumat yang selalu berubah iaitu maklumat
mutakhir.
(ii) Salinan keras
Merujuk kepada output tercetak. Apa sahaja yang berbentuk cetakan sama ada teks,
grafik, mikrofilem, mikrofiche disebut salinan keras. Jenis output ini amat sesuai untuk
data/maklumat yang tidak berubah dengan cepat.
Jenis output yang dikeluarkan selain bentuk salinan keras atau lembut, banyak bergantung
kepada beberapa faktor seperti:
a. kekerapan output yang dikehendaki iaitu sama ada selalu/berjadual, atas permintaan
atau tidak dijangka; ataupun bilangan salinan dan isipadu cetakan.
b. kos yang terlibat.
c. berapa banyak output yang perlu dikeluarkan.
d. berapa cepat maklumat perlu diperolehi.
e. kedudukan pengguna.

3.5 PERANTI OUTPUT


Data yang diinput perlu diproses oleh komputer supaya berada dalam bentuk yang boleh
dibaca oleh mesin sehingga peranti output menukarkannya ke bentuk yang boleh dibaca

36 OUM
TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

oleh manusia. Peranti output yang digunakan bersama mikrokomputer ialah monitor,
pencetak, pemplot dan peranti output suara. Kita dapat melihat contoh-contoh peranti
output sepertimana ditunjukkan di dalam Rajah 3.12.

Rajah 3.12: Peranti output

3.5.1 Pencetak

Imej yang dipaparkan pada monitor selalunya dirujuk sebagai salinan lembut. Maklumat
yang dikeluarkan pada kertas – sama ada dari pencetak atau pemplot dipanggil salinan
keras. Tiga jenis pencetak popular yang sering digunakan dengan mikrokomputer ialah
pancut dakwat, laser dan terma.
(i) Pencetak pancut dakwat menyembur titisan halus dakwat pada kelajuan tinggi di
permukaan kertas. Proses ini bukan sahaja menghasilkan imej huruf berkualiti tetapi
membenarkan pencetakan dilakukan dalam berbagai warna. Pencetak pancut dakwat
ialah pencetak yang boleh diharap, senyap dan murah.
(ii) Pencetak laser menggunakan pancaran laser kepada drum dan dipindahkan kepada
kertas dengan menggunakan toner (seperti mesin salinfoto). Ada pencetak laser yang
dikelaskan sebagai pencetak PostScript. PostScript adalah bahasa pencetak ataupun
disebut Page Description Language, PDL yang telah diterima sebagai piawai untuk
pencetak laser.
(iii) Pencetak terma menggunakan elemen haba bagi menghasilkan imej pada kertas peka
haba. Pada asalnya, pencetak ini digunakan di dalam makmal saintifik untuk merekod data.
Pencetak ini diguna khas untuk menghasilkan output yang hampir sama seperti fotografik.

OUM 37
INPUT DAN OUTPUT TOPIK 3

Rajah 3.13: Pencetak

Sukatan kelajuan pencetak bergantung kepada jenis pencetak ataupun kaedah cetakan
iaitu sama ada berasas aksara atau baris ataupun halaman. Sukatan kelajuan ialah
aksara per saat, baris per minit dan halaman per minit. Kebanyakan model pencetak
ialah pencetak atas meja yang sukar untuk dipindah randah (bergantung kepada saiz).
Penggunaan komputer bimbit mencetuskan pencetak boleh pindah.

Antara kriteria pemilihan pencetak ialah kualiti imej, kelajuan, paras kebisingan dan kos
operasi seperti kos dakwat, bahan ganti dan lain-lain.

Latihan 3.4

1. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi sukatan kelajuan pencetak?


2. Berikan dua jenis pencetak yang popular pada masa kini.

3.5.2 Monitor

Monitor digunakan untuk output dan juga input. Ada dua jenis monitor iaitu tiub sinar
katod dan paparan panel rata.
(i) Tiub sinar katod (cathode ray tube) adalah tiub vakum yang digunakan sebagai skrin
paparan pada komputer ataupun terminal paparan video. Teknologinya sama seperti
televisyen. CRT adalah peranti output salinan lembut yang paling biasa digunakan dengan
sistem komputer. Unit paling kecil pada skrin disebut piksel (pixel, picture element).

Rajah 3.14: Monitor tiub sinar katod

38 OUM
TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

(ii) Paparan panel rata lebih ringan, tipis dan kurang menggunakan kuasa berbanding
dengan CRT. Panel ini diperbuat daripada dua keping gelas/plastik yang di antaranya
terdapat bahan yang diaktifkan.

Kejelasan monitor ditentukan oleh resolusi, yang diukur dalam piksel. Piksel ialah titik
atau “elemen gambar” yang membentuk imej pada monitor. Bagi sesuatu saiz monitor,
lebih tinggi resolusinya (lebih piksel), lebih baik kejelasan imejnya. Mengikut sesuatu
tahap kejelasan, monitor yang lebih besar memerlukan resolusi yang lebih tinggi.

Standard

Beberapa standard telah dibangunkan bagi menentukan keupayaan resolusi komputer.


Empat standard yang paling biasa digunakan sekarang ialah SVGA, XGA, SXGA dan
UXGA. Mari kita lihat takrifan standard ini di dalam Jadual 3.6.

Jadual 3.6: Standard Resolusi Komputer

Standard Takrifan
Takrifan
SVGA Singkatan bagi Super Video Graphics Array (Tatasusunan
Supervideo Grafik). Ia mempunyai resolusi minima 800x600
piksel.

XGA Singkatan bagi Extended Graphics Array (Tatasusunan


Lanjutan Grafik). Ia mempunyai resolusi sehingga 1,024x768
piksel. XGA ialah standard yang popular masa kini.

SXGA Mewakili Super Extended Graphics Array (Tatasusunan


Superlanjutan Grafik). Standard ini mempunyai resolusi
1,280x1,024 piksel.

UXGA Singkatan Ultra Extended Graphics Array (Tatasusunan


Ultralanjutan Grafik). UXGA merupakan standard yang terkini
dan tinggi. Ia semakin luas digunakan terutamanya bagi reka
bentuk kejuruteraan peringkat tinggi dan seni lukis grafik.

3.5.3 Pemplot

Mengikut pendapat anda, apakah yang membezakan antara pencetak


dengan pemplot?

Pemplot khas digunakan bagi menghasilkan carta bar, peta, lukisan arkitek dan ilustrasi
tiga dimensi. Pemplot boleh menghasilkan dokumen multiwarna berkualiti tinggi dan
juga dokumen yang lebih besar daripada kebanyakan pencetak jenis lain. Terdapat
empat jenis pemplot: pen, pancut dakwat, elektrostatik dan pengimejan terus.
(i) Pemplot pen: menggerakkan pen atau pensel pada kertas lakaran. Pemplot ini paling
murah dan senang diselenggara tetapi ia tidak laju dan kurang upaya menghasilkan
pengisian padu dan menggelapkan imej.

OUM 39
INPUT DAN OUTPUT TOPIK 3

(ii) Pemplot elektrostatik: menggunakan cas elektrostatik adalah lebih pantas berbanding
pemplot pen atau pemplot pancut dakwat. Pemplot elektrostatik digunakan bagi aplikasi
yang memerlukan output yang banyak dan berkualiti tinggi seperti dalam pengiklanan
dan reka bentuk lukisan grafik.
(iii) Pemplot pancut dakwat: menghasilkan garis lukisan dan output berwarna padu dengan
menyembur titisan dakwat pada kertas. Cirinya yang paling baik ialah kelajuannya, output
berkualiti tinggi dan beroperasi secara senyap. Kelemahan utama pemplot ini ialah jet
semburnya boleh tersumbat dan ia memerlukan penyelenggaraan yang lebih.
(iv) Pemplot pengimejan terus atau pemplot terma: menghasilkan imej dengan
menggunakan kertas peka haba dan pin yang dipanaskan dengan elektrik. Harganya
hampir sama dengan pemplot elektrostatik, boleh diharap dan bersesuaian untuk kerja
yang banyak. Kelemahan pemplot ini adalah ia memerlukan kertas mahal dan biasanya
menghasilkan output dua warna sahaja. Ia sesuai untuk aplikasi membina peta.

Latihan 3.5

1. Apakah kegunaan pemplot? Huraikan


2. Nyatakan perbezaaan antara monitor tuib sinar katod dan monitor paparan
panel rata.

3.5.4 Peranti Output Suara

Ada dua jenis teknologi iaitu teknologi output-suara (pengekodan & pensintesisan
pertuturan) dan teknologi output-bunyi ( pensintesisan FM dan akuastik maya ).
(i) Output suara: Peranti output suara menukar data digital kepada bunyi seperti pertuturan
(percakapan). Ada dua teknologi output-suara seperti ditunjukkan di dalam Rajah 3.14.

Rajah 3.15: Output suara

a. Pengekodan pertuturan: menggunakan suara manusia yang menuturkan sesuatu


perkataan dan disimpan dalam bentuk digital. Apabila dicapai akan mengeluarkan kembali
suara penuturan perkataan tersebut, seperti dalam perkhidmatan tele-saham, tele-fardu,
tele-saman.
b. Pengsintesisan pertuturan: menggunakan asas pertuturan iaitu sebanyak 40 fonem
(sesuai untuk bahasa Inggeris) dalam bentuk elektronik untuk mencipta sebarang
perkataan. Kaedah ini tidak menggunakan suara manusia. Komputer menukar teks
kepada suara, contohnya Wiyl biy ray5t bae5k akan bersuara We’ll be right back.

40 OUM
TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

(ii) Output Bunyi: Peranti output bunyi mengeluarkan bunyi terdigit iaitu seperti bunyi beep dan
muzik. Memerlukan perisian dan kad suara atau papan audio digital (seperti Sound Blaster).

Rajah 3.16: Output bunyi

Terdapat dua teknologi iaitu sintesis FM dan akuastik maya seperti yang ditunjukkan di
dalam Rajah 3.16. Dalam kedua-dua kes, output bunyi akan dihantar ke mixer sebelum
dihantar ke speaker.
(i) Sintesis FM: pensintesis yang memimik berbagai peralatan muzik dengan menggunakan
bunyi yang tersimpan. Tidak seperti alat muzik asli.
(ii) Akuastik maya: suatu kaedah yang tidak menggunakan bunyi yang tersimpan, tetapi
menyimpan perisian yang memodelkan sesuatu alat muzik yang sebenar. Penting untuk
penggunaan multimedia.

RUMUSAN
Bahagian ini menjelaskan betapa penting input dan output. Tanpa I/O apalah gunanya
komputer. Selain itu, kita juga telah membincangkan generasi (aliran) kaedah I/O, jenis
peranti I/O, bagaimana sambungan peranti I/O dengan komputer dan bagaimana
komputer (pemproses) mengawal input dan output.

OUM 41