Anda di halaman 1dari 90

Muliati Abdul

Bab 1
tamat.

L
Hening seketika.

OCENG sekolah baru sahaja berbunyi menandakan waktu persekolahan sesi pagi sudah

Kelam-kabut Kamilia mengemas buku-buku rujukan yang baru saja dipinjamnya pagi tadi. Ayunan langkahnya begitu deras menuruni anak tangga. Langkah Kamilia terhenti sebaik sahaja tatapannya bertamu dengan tatapan Si Ikan Buntal. Tengiknya! Bau apa ni? Aduh! Macam nak pengsan dah aku ni ha, ujar Adam Ahmad sambil menekup hidung. Temannya yang empat orang sudah lama ketawa besar. Hamba Allah mana pula yang bawa bau semacam ni ya? Macam bau kambing gurun! Musykil aku, ujar Adam Ahmad lagi, makin galak mengusik. Kamilia mengetap bibir sekuat hati. Kenal sangat dia dengan suara sumbang itu. Siapa lagi kalau bukan anak Pak Cik Mokhtar.

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Si Ikan Buntal itu memang sudah melampau. Tidak habis-habis hendak menyusahkan hidupnya yang tenang. Nama girlfriend aku Nini. Sudah tahu banyak tanya pula Adam ni, sambung Husin yang langsung saja dibalas tawa besar Adam Ahmad. Terkekeh-kekeh Adam Ahmad ketawa. Perutnya yang agak bulat ikut bergoyang-goyang. Aku sambung ya, sampuk Adam Ahmad setelah tawanya reda. Sukanya hati pergi bersiar. Siapa lagi kalau bukan Si Kambing Liar! sambung Adam Ahmad dengan wajah selamba. Seperti tidak ada perasaan langsung! Makin kuat tawanya bersama teman-teman sekepalanya yang lain. Galak sekali! Amboi, bukan main lagi mereka semua itu. Sudah lupa, hati dan perasaan orang lain pun bisa terusik dan terluka. Sang bayu yang menghembus lembut ternyata tidak mampu meredakan rasa sakit hati yang menyapa diri. Nafas yang dihela sudah lama menderu deras. Lantas Kamilia menghempaskan buku-buku rujukan yang baru saja dia pinjam. Geram dalam hati sudah tidak terkira lagi. Si Ikan Buntal dan kawan-kawannya itu memang sengaja cari pasal. Siaplah mereka semua nanti! Kambing Liar dah mengamuk. Cabut! arah Adam Ahmad pada temannya yang lain sebelum dia sendiri lekaslekas angkat kaki dari tempat tersebut. Kalau Kamilia sudah mengamuk, boleh haru-biru jadinya. Maklum saja la, Kamilia itu memang terkenal dengan sikap ganas ala-ala seorang tomboy. Lagipun Kamilia itu pemegang tali pinggang hitam dalam sukan tekwando. Tidak hairan jika dalam sekelip mata

Muliati Abdul

saja kelibat lima sekawan itu sudah lesap dari pandangan mata. Kalah lipas kudung melarikan diri. Kau tak apa-apa ke, Mila? aju Farah yang baru sahaja tiba. Itulah, aku dah suruh kau tunggu aku tadi. Kalau tak, lima sekawan tu taklah galak sangat mengusik kau, sambung Farah kemudian bila melihat Kamilia masih memujuk hatinya supaya bertenang. Aku pun tak tahu la Farah apa yang Adam tu tak puas hati sangat dengan aku. Kalau dia tak kacau aku satu hari memang tak sah. Tak lama lagi penyakit darah tinggi pun aku boleh hidap kalau hari-hari menghadap perangai gila mereka berlima. Setiap hari kepala aku ni pening-pening lalat dek melayan usikan dia orang tu. Entah-entah dia ada hati kat kau tak? Pasal tu dia galak mengusik. Kamilia ketawa besar. Lucu benar mendengar telahan Farah tadi. Hari ini Farah ada salah makan ubat ke? Aduh... lawak-lawak! Dunia ni nak kiamat kalau Ikan Buntal tu nak jatuh hati kat aku. Jadi jangan buat lawak antarabangsa tu lagi. Isi perut aku ni tak tahan nak dengar. Farah ikut ketawa. Lucu mendengar gelaran Ikan Buntal yang diberikan oleh Kamilia pada Adam Ahmad. Inilah yang dikatakan serasi bersama. Memang sepadan. Yang seorang kena panggil Kambing Liar. Yang seorang lagi kena panggil Ikan Buntal. Sesuai sangat la tu. Kalau aku buat novel, aku akan buat tajuk Ikan Buntal Sayang Kambing Liar. Langkah Kamilia terhenti. Sepasang matanya sudah bulat memandang Si Farah.

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Tak ada tajuk lain ke kau nak beri? soalnya. Farah terlopong. Amboi! Jadi betullah ni kau dengan Ikan Buntal tu ada apa-apa? Apa dia? tanya Kamilia semula. Farah menadah tangan. Amin... balas Farah. Gadis manis itu sudah meraup wajahnya. Apa yang kau aminkan tu? Bukan macam yang kau bayangkan okey. Aku kompelin tajuk yang kau pilih tu macam budak-budak sangat. Tak sesuai. Carilah tajuk yang lebih sedap didengar. Ini tidak. Ikan Buntal Sayang Kambing Liar, buat sakit telinga aje, gerutu Kamilia dalam usahanya menjelaskan perkara sebenar. Farah ketawa lagi hingga mengundang wajah masam Kamilia. Kamilia oh Kamilia. Ada hati dengan Ikan Buntal rupanya. Patutlah kalau marah pun nampak macam marahmarah sayang aje kat Abang Buntal tu. Jangan nak mengarut. Tak ada maknanya aku nak ada hati dengan Ikan Buntal bulat tu. Perut dia macam ni ha, jelas Kamilia, lengkap dengan gaya perut jalan ke depan. Farah ketawa mengekek melihat gaya Kamilia mengutuk Adam Ahmad. Entahlah mereka berdua ini. Bagai anjing dengan kucing. Tapi sumpah, dia suka melihat Kamilia dan Adam Ahmad. Seperti ada aura tersendiri. Memang teruk sangat dah Ikan Buntal tu. Mudamuda lagi perut dia sudah jalan ke depan. Disgusting okey! bebel Kamilia. Hanya membuatkan Farah bertambah galak ketawa. Tapikan Mila, manalah tahu kan... in future kan...

Muliati Abdul

tup-tup aku dapat kad undangan kau dengan Adam... kan, usik Farah tanpa jemu. Seronok dia melihat wajah kelam-kabut Kamilia. Bulatnya mata Kamilia sekarang seperti sudah hendak tersembul dek mendengar gurauannya. Dah! Dah! Otak tu kasi rehat sikit Cik Farah. Jangan nak mengarut yang bukan-bukan. Aku nak hidup dengan Si Ikan Buntal tu? Tak ada langsung dalam kamus hidup aku ni ha! Ala... okey apa. Ikan Buntal dan Kambing Liar. Ada commercial value... usik Farah lagi. Kali ini diiringi tawa yang panjang. Kau pernah kena baling dengan selipar jepun tak? Lekas-lekas Farah geleng kepala. Namun dia masih ketawa. PMR pun tak lepas lagi sudah fikir pasal kahwin. Tak malu! Gatal sangat! Farah sudah menekan-nekan perutnya menahan tawa yang meletus. Sakit perutnya ketawa melihat gelagat Kamilia sekarang. Kalau aku nak kahwin pun Farah, bukan dengan Ikan Buntal bulat tu. At least aku nak macam Matt Damon tu. Farah ketawa mengekek lagi. Memilih betul nampaknya Si Kamilia ini. Cita rasa antarabangsa! Kalau begini, dia boleh dimasukkan ke dalam hospital menahan sakit perut. Aku takut Si Damon tu cabut lari aje bila nampak cermin mata kau yang besar nak mampus tu. Kamilia membetulkan cermin matanya. Sempat dia menjeling ke arah Farah.

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Kalau Damon tu tolak aku, memang rugi besarlah. Memanglah cermin mata aku besar. Gigi aku ni pun jarang. Tapi kalau nak dibandingkan dengan Ikan Buntal tu, lagi teruk Ikan Buntal tu daripada aku tau. Perut dia aje dah mengalahkan perut orang mengandung! Adoiii... sama-sama kuat mengutuk rupanya. Bagus sangat la tu, komen Farah akhirnya. Sudahlah. Tak mahu cakap pasal Ikan Buntal tu lagi. Geli-geleman tekak aku ni. Macam nak menjeluak pun ada. Menjeluak konon, padahal suka. Tengok muka kau pun aku tahu la kau syok sangat kat Si Ikan Buntal tu. Malu tapi mahu. Tak tahulah tahun depan macam mana. Kenapa dengan tahun depan? Yalah. Tahun inikan Ikan Buntal dah ambil SPM. Jadi tahun depan susahlah kau nak nampak muka dia. Lagi parah kalau dia sambung belajar kat KL ataupun kat oversea. Habislah kau masa tu menanggung rindu yang menggebu di dada la jawabnya. Tak ada maknanya aku nak rindu kat Ikan Buntal bulat tu! balas Kamilia, geram bukan main bila Farah makin galak mengusik. Ala... mengaku ajelah. Bukan aku tak tahu isi hati kau yang sebenarnya. Dalam tak ada maknanya itu, sebenarnya Ikan Buntal dah jadi pujaan hati kau. Betul tak? Farah... tahap sabar aku sudah mula nak turun ni. Nanti lebam juga biji mata kau aku baling dengan selipar jepun ni. Farah ketawa senang mendengar kata-kata Kamilia yang sudah seperti mahu merajuk. Setakat selipar jepun,

Muliati Abdul

aku elak aje dengan kuasa kue po he kong Sun Goku. Sekelip mata aje selipar jepun kau hangus terbakar. Buat lawak lima sen ke? Kau nak suruh aku mengamuk dulu? Kita tamatkan semua ni. Jom balik. Aku penat sangat. Kepala aku ni macam nak pecah. Abang Buntal buat kawan baik aku pening kepala sampai mahu pecah. Usik Farah sambil bernyanyi kecil tanpa rasa jemu sedikit pun. Malah dia seronok melihat wajah masam Kamilia. Kamilia hanya mampu menahan rasa geram di hati. Farah dengan Adam Ahmad sama saja. Dua-dua pun kuat mengusik!

HARI ni ada pesta apa kat kampung kita? tanya Farah tibatiba. Langkah kakinya yang rancak sudah semakin perlahan. Pesta apa pula ni? balas Kamilia hairan. Berkerutkerut dahinya membalas tatapan Farah. Pesta memancing. Tak pernah-pernah kampung kita ni buat pesta memancing. Lagipun mana ada orang nak buang tabiat memancing tengah hari terik macam ni. Panas, tahu. Habis yang kat depan tu apa? Kamilia ikut melihat arah yang ditunjukkan oleh Farah. Pelik bin ajaib. Ramai benar penduduk kampung yang berkerumun di tebing sungai. Manalah aku tahu. Farah sudah berlari mendekati kerumunan orang ramai tersebut. Tidak sampai sepuluh saat Farah sudah menggamit Kamilia.

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Kenapa? Cepatlah. Ikan Buntal lemas! Apa?! Hampir gugur jantungnya mendengar kata-kata yang baru lahir dari bibir Farah. Langkah yang diayun cukup deras. Memang dia geram dengan Adam Ahmad. Tapi dia tidak pernah mendoakan perkara yang buruk berlaku pada lelaki itu. Kalau ada pun segalanya tidak sampai ke relung hati. Sekadar di mulut saja. Sepasang matanya melekat kukuh pada sekujur tubuh Adam Ahmad yang terkulai lemah. Teman Adam Ahmad yang berempat itu sudah puas terlolong memanggil nama Adam Ahmad. Ada juga yang menggoncang tubuh yang tidak berkutik itu. Tepi semua! jerit Kamilia tiba-tiba. Tanpa membuang masa beg sandang dan buku rujukan yang dibawa tadi sudah dicampak ke tepi. Tidak banyak cakap dia sudah melakukan bantuan CPR pada Adam Ahmad. Tidak sia-sia dia menjadi Naib Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah. Ilmu yang dipelajari setahun lalu kini digunakan sebaik mungkin. Setelah bertungkus-lumus hampir enam minit, barulah kedengaran Adam Ahmad terbatuk kuat. Tubuhnya segera dibangunkan. Adam Ahmad memandang orang ramai yang mengerumuninya. Kepalanya masih sakit. Dia melihat keadaan dirinya yang basah lencun. Kau lemas tadi. Nasib baik Kambing, eh silap...

Muliati Abdul

maksud aku Mila tolong kau, beritahu Husin, sempat dia mengerling ke arah Kamilia. Bimbang bukan main hatinya. Manalah tahu kalau-kalau Kamilia mengamuk di situ setelah dipanggil Kambing Liar. Penjelasan Husin membuatkan mulut Adam Ahmad ternganga luas, mengalahkan mulut buaya yang menanti untuk membaham mangsa pula. Tolong aku? Mila buat bantuan CPR. Hah! Jerit Adam Ahmad. Dia pengsan semula. Adam Ahmad memang lelaki paling teruk pernah aku jumpa! Kata hati Kamilia, sebal.

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Bab 2
perubatan Pak Cik Din.

AK CIK DIN apa khabar hari ni? sapa Kamilia sambil memeriksa laporan

Sudah tiga hari Pak Cik Din menjadi penghuni di HUKM ini. Percayalah, lelaki setengah abad itu pada mulanya tidak betah tinggal di hospital. Hari pertama, Pak Cik Din melakukan cubaan melarikan diri. Syukur alhamdulillah cubaannya berjaya dimatikan oleh Kamilia. Sejak itulah Kamilia rapat dengan Pak Cik Din. Pak cik sihat. Pak cik rasa dah boleh keluar hari ni, Mila. Macam inilah yang Mila nak dengar. Tapi selagi sakit pak cik belum sembuh betul, pak cik mesti tinggal kat sini. Ubat pun kena makan ikut waktu. Kalau buang aje satu biji, kena tahan kat wad ni satu hari lagi, ugut Kamilia sambil mencatatkan sesuatu pada laporan perubatan Pak Cik Din. Pak Cik Din tersengih macam kerang busuk.

10

Muliati Abdul

Semalam dirinya ditangkap lagi oleh Kamilia. Tapi bukan kerana cubaan melarikan diri. Tapi kerana cubaan membuang ubat yang sepatutnya dia makan. Jadi kawalan sudah cukup ketat sekarang. Pastikan Pak Cik Din telan ubat dia. Jangan biarkan dia telan sendiri. Nanti Pak Cik Din buang ubat tu, pesan Kamilia pada jururawat yang menemaninya hari ini. Baik Doktor Kamilia, balas Nurul sambil mencatat nota ringkas. Ingat pesan Mila, kalau nak balik rumah cepat... Pak Cik Din mesti sembuh dulu. Kalau nak sembuh, Pak Cik Din kena rajin makan ubat. Lembut Kamilia memberi nasihat sebelum berlalu meninggalkan katil lelaki tua itu. Pak Cik Din masih lagi tersengih. Namun tatkala Nurul menyuakan segelas air dan beberapa biji ubat padanya, wajah Pak Cik Din terus berkerut-kerut. Anti betul Pak Cik Din dengan ubat-ubatan hospital. Kalau nak sembuh cepat kena telan ubat tu. Kalau tak Mila tak benarkan Pak Cik Din balik, ugut Kamilia lagi. Matanya ikut dibesarkan. Pak Cik Din tanpa banyak soal terus menelan ubat yang diunjukkan padanya. Lucu pula Kamilia melihat gelagat Pak Cik Din. Ah! Pak Cik Din yang hidup sebatang kara itu banyak mengingatkan dia pada neneknya di kampung. Rindu pada sang nenek tiba-tiba saja meresap jauh ke dalam relung hati. Neneknya juga hidup sebatang kara. Bukan tidak pernah ayah dan ibu mengajak nenek tinggal bersama, tapi nenek yang berkeras mahu tinggal di kampung. Macammacam alasan nenek.

11

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Lebih teruk bila sejak akhir-akhir ini dia sering bermimpi tentang neneknya. Nenek sudah tua sangat. Semua itu membuatkan hati Kamilia tidak tenang. Termenung jauh nampak. Suara yang menegur mematikan lamunan Kamilia. Segera dia berpaling. Senyuman mesra Doktor Khairyzan menyapa. Mestilah. Tengah fikir pasal teman lelaki. Banyak sangat. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Amboi bukan main glamor lagi Doktor Kamilia ini ya. Teman lelaki aje sampai keliling pinggang. Ehem... ehem... pembetulan. Sebenarnya hutang yang keliling pinggang. Tawa Kamilia dan Doktor Khairyzan bersatu. Beberapa orang jururawat yang berpapasan dengan mereka sempat melemparkan senyum. Kalau jumpa dengan Doktor Khairyzan ni, memang senak perut saya tahan gelak, komen Kamilia. Masih lagi tersenyum. Dan kalau saya jumpa Doktor Kamilia ni, gusi saya tak pernah kering sebab ketawa. Kesimpulannya dua kali lima sepuluh la ni? duga Kamilia. Yup! Dua-dua sekepala. Tawa mereka berdua kembali menghiasi suasana. By the way, macam mana dengan pesakit doktor? Ada yang nakal? Nakal biasa ada. Nakal gedik ada. Nakal luar biasa pun ada.

12

Muliati Abdul

Nakal gedik? Nakal luar biasa? Wow hebat-hebat pesakit Doktor Khairyzan ni ya. Tengok kaki la, balas Doktor Khairyzan dengan selambanya. Sekali lagi tawa mereka berdua meletus. Doktor Khairyzan yang suka buat lawak itu memang sudah menjadi teman akrabnya di HUKM ini. Kalau hati sedang lara, cari saja Doktor Khairyzan. Dijamin doktor itu bakal membuatkannya ketawa. Jom makan. Saya lapar sangat. Tadi saya nampak makanan pesakit pun dah buat mercok ayaq liuq (meleleh air liur), cerita Kamilia. Jari telunjuknya sudah singgah di hujung bibir sebelum melurut jatuh. Sengaja membuat gaya air liur meleleh keluar. Doktor Khairyzan menyambung tawanya. Gaya Kamilia menunjukkan air liur meleleh begitu lucu. Paling penting nampak comel sangat! Perbualan hangat Kamilia dan Doktor Khairyzan terganggu bila seorang jururawat menggamit Kamilia. Keduanya saling berpandangan. Ada apa Siti? soal Kamilia. Masih tidak berganjak dari tempatnya berdiri. Tadi ada seorang perempuan mengaku teman lama doktor. Teman lama saya? Siapa? Dia enggan beritahu. Puan itu menunggu di sana, beritahu jururawat itu penuh sopan. Kamilia melihat sekujur tubuh sedang membelakanginya. Amat payah untuk meneka siapakah gerangan teman lama yang ingin berjumpa dengannya?

13

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Minta maaf Doktor Khairyzan. Saya nak jumpa tetamu sekejap. Its okay, saya tunggu kat sini. Kamilia sudah Khairyzan sendirian. Kamilia. Sungguh, enam bulan yang lalu doktor muda lulusan dari universiti perubatan di India itu baru saja memulakan tugasnya di HUKM ini. Hari pertama doktor muda itu sudah diuji dengan kemasukan lapan orang mangsa kemalangan. Tapi percayalah, doktor muda itu langsung tidak cemas, malah begitu tenang sekali memberikan rawatan kecemasan pada mangsa-mangsa kemalangan pada hari tersebut. Berbeza dengan dirinya ketika mula-mula memulakan tugas sebagai doktor secara rasmi. Hari pertamanya dipenuhi rasa gugup. Nyaris dia membuat kesilapan besar kalau tidak dipantau oleh seniornya. Cemburu? Adalah sikit. Selebihnya dia merasa kagum dengan semangat Kamilia. Puan cari saya? sapa Kamilia pada tetamu yang sedang membelakanginya itu. Sekilas tamunya berpaling. Sepasang kemilau indah Kamilia terbuka luas. Ya Tuhan, setelah enam tahun tidak bersua, akhirnya empat mata sudah meleraikan rindu. Farah? ulang Kamilia sambil menatap muka Farah sebelum melurut pada perut teman lamanya itu yang memboyot. Yup! Akulah ni. Rindunya kat kau Mila! berlalu meninggalkan Doktor

Kemilau indah lelaki itu mengekori setiap langkah

14

Muliati Abdul

Tubuhnya sudah dipeluk seerat mungkin. Sesak nafasnya seketika. Namun hatinya senang. Bahagia bukan main lagi. Kalau diikutkan rasa hati, sekarang juga dia ingin melompat gembira. Tapi ini hospital. Silap hari bulan dia boleh dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Aku pun rindu sangat kat kau. Kau dah makin tembam la. Serta-merta Farah meleraikan pelukannya. Sampainya hati! Mulut kau tu masih laser macam dulu-dulu juga. Benci tahu. Kau sengaja nak suruh aku merajuk ya? Senang hati Kamilia melihat Farah sudah hendak merajuk. Kalau belum ada tanda-tanda mahu merajuk, itu maknanya Farah di depannya bukan Farah yang original. Berapa bulan dah? Nak masuk tujuh bulan. Kata doktor anak kembar. Aku tumpang gembira Farah. Tak lama lagi aku ada dua orang anak angkat la jawabnya. Beli hadiah yang besar-besar. Kalau kecil, terus kena reject. Hai... kenapa maknya pula nak masuk campur ni? Anaknya pun tak cakap apa-apa. Maknya mewakili suara anak-anaknya. Banyaklah! Selamba Kamilia menampar bahu teman lamanya itu. Sekejap, aku nak kenalkan kau dengan Doktor Khairyzan. Farah membuntuti langkah kaki Kamilia. Sepasang matanya bertaut dengan renungan seorang lelaki tinggi lampai. Lelaki itu sudah melemparkan senyum.

15

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Kalau tidak mengenangkan dia sudah bersuami dan bakal menjadi ibu kepada sepasang anak kembar, mahu juga dia terpesona dengan senyuman Doktor Khairyzan. Siapa lelaki itu? Bukan main mesra lagi dengan Kamilia. Doktor Khairyzan, kenalkan ini Farah. Teman saya sejak dari bangku sekolah rendah. Semua rahsia saya dia pegang. Ehem... ehem... maksudnya saya kena rasuah Farah la ni kalau nak korek rahsia Kamilia? Boleh sangat doktor. Kalau nak tahu Kamilia ni dulu tomboy. Tak pandai langsung nak melawa. Muka selalu pucat macam mayat. Farah yang memang suka bercerita itu sudah mula membuka cerita. Hampir tersembul biji mata Kamilia mendengarnya. Doktor Khairyzan sudah mengangkat keningnya. Lagi? tanya Doktor Khairyzan sambil ketawa kecil. Ops... ini sudah lebih. Farah, kau ni kawan aku ke kawan Doktor Khairyzan? Kenapa tak sokong aku pun? aju Kamilia. Konon-kononnya sudah merajuk. Doktor Khairyzan sudah mula ketawa. Sesungguhnya dia senang melihat Kamilia yang sedang mengulum senyum itu. Hati lelakinya mendadak saja menjadi rawan. Nampaknya kita lunch lain kali la ya. Saya tak nak ganggu reunion teman lama. Tak apa doktor. Awak pun boleh ikut sekali. Takkanlah Kamilia nak marah kut kalau buah hati sendiri turut serta. Sepi seketika. Senyuman di bibir Kamilia hilang.

16

Muliati Abdul

Doktor Khairyzan sudah mula merasakan tubuhnya seringan kapas. Alangkah bahagianya hati andai dirinya benar-benar berstatus buah hati pengarang jantung Kamilia yang manis itu! Bukan ke? soal Farah semula. Meminta kepastian pada Doktor Khairyzan dan Kamilia. Melihat Kamilia menggelengkan kepala, wajah Farah terus berubah. Minta maaf banyak-banyak. Saya tengok kamu berdua macam rapat aje. Jadi saya ingat doktor dengan Kamilia ada hubungan istimewa. Kalau ada pun apa salahnya, balas Doktor Khairyzan. Sebuah senyuman terukir indah di bibirnya. Kamilia menelan liur. Segera dia mengerling Doktor Khairyzan di sisi. Tiba-tiba saja dia menjadi sangat segan dengan Doktor Khairyzan. Biar betul Doktor Khairyzan ni. Sudah buang tabiat ke? Hati perempuannya sempat bertanya. Doktor Khairyzan mengangkat tangan. Sepi yang membungkam memaksa dia berbuat begitu. Just joking, luah Doktor Khairyzan sebelum kembali ketawa. Doktor dah buat saya terkejut setengah mati tadi. Akui Kamilia. Kemudian ikut ketawa. Hanya Farah yang memandang dengan curiga. Kamilia kata dia tidak ada perasaan dengan Doktor Khairyzan. Tapi Farah percaya mereka berdua itu ada hubungan istimewa. Istimewa yang bagaimana ya? Tolong jelaskan sikit!

17

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Bab 3
IAPA Doktor Khairyzan tu? Buah hati kau ke? Boleh tahan doktor tu. Kacak pun kacak! Farah sudah membuat penilaian sebaik saja mereka tiba di sebuah restoran berdekatan HUKM. Kamilia yang mendengar tidak memberi sebarang reaksi positif. Tetap pasif. Dia masih selamba membelek-belek katalog menu. Kemudian dia menggamit pelayan restoran yang ada berdekatan dengan mereka. Kau cakap apa tadi? tanya Kamilia setelah selesai memberi pesanan makanan pada pelayan restoran. Langsung tidak menyedari wajah Farah sudah diselaputi rasa geram. Aku tanya siapa Doktor Khairyzan tu? Jangan ubah topik pula. Aku sembelih kau nanti. Kamilia ketawa kecil mendengar ugutan Farah. Amboi Farah ini, bukan main garang lagi sekarang. Macam aku cakap tadi. Doktor Khairyzan tu senior aku kat HUKM ni. Senior aje? tanya Farah semula. Enggan percaya

18

Muliati Abdul

dengan jawapan Kamilia tadi. Nalurinya mengatakan ada sesuatu antara Kamilia dan Doktor Khairyzan. Sesuatu yang istimewa menurut hatinya. Kamilia mengangguk. Apa yang kau tak puas hati sangat ni? Doktor Khairyzan memang senior aku merangkap rakan sekerja yang terhormat. Susah nak percaya, balas Farah. Sengaja menatap Kamilia dalam-dalam. Sengaja mahu mencungkil rahsia hati teman lamanya itu. Kenapa pula sampai susah nak percaya ni? Takkan aku nak tipu kau pula. Kau ni mesti harap aku dengan Doktor Khairyzan tu pasangan kekasih, kan? Riak muka kau sudah menjelaskan segalanya. Memang pun. Aku harap kau dengan Doktor Khairyzan adalah sepasang kekasih. Minta bayangkan. maaf, Farah. Tak seperti yang kau

Farah mengeluh dalam diam. Wajah selamba Kamilia sewaktu menjawab semua pertanyaannya sedikit menghampakan. Dia memang berharap ada sesuatu antara Kamilia dan Doktor Khairyzan. Tapi kau dengan Doktor Khairyzan tu macam pinang dibelah dua. Dua-dua pun doktor. Mesti saling memahami tugas kerja masing-masing. Pokoknya dijamin bahagia sampai ke akhir hayat, sambung Farah bila gagal menarik perhatian Kamilia tadi. Kamilia tidak jadi menghirup minumannya. Dia sudah mengangkat sebelah keningnya. Menatap Farah dengan rupa terkejut.

19

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Apa yang kau mencarut ni, Farah? soal Kamilia seraya menggelengkan kepalanya. Farah ketawa besar. Sudah lama benar dia tidak mendengar perkataan mencarut dari mulut Kamilia. Temannya itu memang suka menukar ayat merepek kepada mencarut. Tadikan aku dah explain yang kami berdua ni rakan sekerja aje, sambung Kamilia sejurus kemudian. Itu pun setelah tawa Farah reda. Farah ini tidak padan sedang mengandung. Kalau ketawa pun ikut suka saja. Macam mana nak jadi ibu ni? Susah sangat aku nak percaya tak ada apa-apa yang istimewa antara kau dengan Doktor Khairyzan tu. Lagipun itu kan kata kau saja. Kata Doktor Khairyzan sendiri macam mana? Maybe he does feel something. Macam mana lagi? Samalah macam aku. But if he does feel something, I feel sorry for him. Kenapa pula? Apa kurangnya Doktor Khairyzan? tanya Farah tidak sabar. Sebab dia bakal kecewa. Aku belum sedia lagi la nak jejak kaki ke dunia cinta. Luka lama kat dalam hati aku ni belum sembuh, balas Kamilia, begitu selamba sekali. Farah menepuk dahinya. Pening kepalanya dengan sikap mengada-ada Kamilia. Takkanlah kau tak perasan Doktor Khairyzan tu syok setengah mati kat kau. Aku lapar la, Farah. Sudahlah lama tak jumpa kau. Banyak cerita tentang kau aku nak tahu. Pertama sekali tentu saja tentang perut kau tu. Bukan pasal Doktor Khairyzan. Sekali lagi aku tegaskan, aku dengan Doktor Khairyzan tu sekadar rakan sekerja aje. Kalau kau buka mulut lagi nak

20

Muliati Abdul

kenen-kenenkan aku dengan Doktor Khairyzan, aku merajuklah, ugut Kamilia setelah puas memberi penjelasan pada Farah tentang Doktor Khairyzan. Farah ketawa lucu mendengarnya. Kedua belah tangannya sudah diangkat tanda menyerah kalah. Bila kau kahwin ni? Tak jemput aku pun. Apa sudah jadi? Dulu kata nak jemput akulah, nak suruh aku jadi pengapitlah kalau kau kahwin. Tak dapat pun kad undangan kau. Tup-tup muncul depan aku dengan perut memboyot. Farah ketawa mengekek mendengar bebelan Kamilia kali ini. Kamilia kalau sudah membebel, boleh tahan juga lamanya. Sekarang dia perlu bijak untuk mematikan bebelan teman kesayangannya itu. Jangan merajuk ya Mila. Aku memang nak sangat jemput kau. Tapi hendak jemput macam mana. Waktu tu kau tengah exam. Takkan aku nak suruh kau datang masa kau tengah sibuk nak ambil exam. Kau pun mesti tak layan aku. Mana kau tahu aku tak layan. Belum ajak tapi dan fikir negatif. Kau pun tak pernah kirim berita lepas pindah sekolah, balas Farah sedih. Alasanmu, padahal aku ni sudah dilupakan, selamba Kamilia membidas. Riak wajahnya bertambah sedih. Hesy! Mana boleh aku lupakan Si Kambing Liar yang manis ni. Farah! Kalau kau sebut lagi dua tiga perkataan tu lagi sekali, aku akan pastikan kau beranak sekarang juga. Kamilia sudah menjegilkan matanya. Riak sedih yang dibuatbuat tadi sudah sirna. Berganti riak terkejut. Seperti baru saja terkena kejutan elektrik.

21

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Farah ketawa lagi. Wajah garang Kamilia memang seronok untuk dilihat. Ekspresi wajah Kamilia saat ini memang pelbagai. Langsung tidak jemu untuk dipandang. Jadi bila aku boleh jumpa suami kau ni? Biar aku pula nilai macam pinang dibelah dua ataupun empat, gerutu Kamilia setelah puas diketawakan oleh Farah. Mengalahkan mak aku pula hendak nilai menantu dia, komen Farah akhirnya sambil dibalas tawa panjang Kamilia. Mestilah. Jangan tak tahu, aku tengah merajuk ni. Demi kau Mila, aku akan cari waktu untuk kenalkan kau dengan lelaki dalam hidup aku. Macam itulah. Barulah hati yang rajuk ni terpujuk. Farah menampar mesra bahu Kamilia. Bibirnya tak sudah-sudah melemparkan senyum. Senang hatinya dapat bersua dengan Kamilia semula. Tapi hanya seketika. Wajahnya berubah serius secara tiba-tiba. Kenapa pula ni? soal Kamilia. Hati di dalam sudah ikut curiga. Manalah tahu kalau-kalau Farah mengalami sakit perut. Kau tak apa-apa? aju Kamilia terus. Jari tangannya sudah melekat pada perut Farah. Aku tak apa-apa. Aku lupa nak cerita. Minggu lepas sewaktu annual dinner company husband aku, aku jumpa somebody, ujar Farah dalam senafas. Semput seketika nafasnya. Bawa bertenang Farah. Cuba cerita perlahanlahan.

22

Muliati Abdul

Farah tersenyum panjang. Aku excited sangat. Aku pun tak sangka boleh jumpa dia semula. Sejuta kerutan terlukis indah di dahi Kamilia. Jelas dia keliru dengan segala macam cerita yang keluar dari mulut Farah. Dia itu siapa? Cuba teka? Tak tahulah! Malas nak teka. Cakap ajelah, pujuk Kamilia. Kawan baik kau. Kawan yang sangat baik. Kawan baik. Yalah. Kalau bukan kawan baik kau, takkanlah aku excited sampai macam ni. Jangan cakap kau dah lupakan dia pula. Kawan baik aku? Siapa ni? Kau jangan main-main Farah. Aku tak boleh ingat siapa. Kawan baik kau dari sekolah rendah sampai menengah dulu. Cuba ingat. Siapa ya? Kau ini pun. Kawan baik kau dulu. Ala... Si Ikan Buntal tu. Ikan Buntal? ulang Kamilia. Mindanya sudah bekerja keras cuba mengingati siapa Si Ikan Buntal yang dimaksudkan oleh Farah. Lama dia terdiam sebelum membesarkan sepasang matanya. Mulutnya ditekup. Maksud kau Ikan Buntal yang tak tahu berenang tu? Yup. Ikan Buntal yang hampir lemas dulu tu. Kau masih ingatkan, kau yang beri bantuan CPR kat dia.

23

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Tidak semena-mena Farah kembali ketawa mengekek. Lucu benar bila kisah lama itu terungkai. Masih jelas di ruang mata muka terkejut beruk Adam Ahmad waktu itu. Sampai pengsan Adam tu bila tahu kau yang beri bantuan CPR, sambung Farah dalam tawa yang tertahan. Kamilia menggigit bibirnya. Mengingati kisah lama itu hanya mengundang rasa sakit hati yang berpanjangan. Dia ikhlas memberi bantuan CPR pada Adam Ahmad. Tapi kesudahannya dia ditempelak oleh buah hati Adam Ahmad. Tidak cukup dengan itu, Adam Ahmad turut menjadikan dirinya tempat melepaskan kemarahan. Hati mana yang tidak sakit? Kadang-kadang pernah juga lahir rasa kesal kerana menghulurkan bantuan. Jadi sewaktu ayahnya mendapat surat pertukaran kerja, dia menurut tanpa banyak soal. Dia rela berpindah sekolah daripada menatap wajah Si Ikan Buntal itu saban hari. Menyampah betul hatinya ketika itu. Kenapa diam? Dah ingat siapa Si Ikan Buntal tu? Farah, if possible can we stop talking about that Ikan Buntal? Kalau ingat pasal dia tu, hati aku ni sakit bukan main tau. Kalau masa boleh putar balik, memang aku takkan tolong dia. Biarlah dia mati lemas pun takpe. Tak ada gunanya habiskan tenaga tolong orang macam dia tu. Marah sangat nampaknya kau ni pada Ikan Buntal tu. Kalau boleh, nama dia pun kau jangan sebut, Farah. Adam tu buat apa kat kau sampai kau marah sangat?

24

Muliati Abdul

Malas dah aku nak ingat Farah. Menyakitkan jiwa raga aje. Lets stop talking about him. Meluat la. Okey, aku diam. Tapi Mila, masa aku jumpa dia minggu lepas, dia dah berubah seratus peratus. Matt Damon dengan Doktor Khairyzan kau pun kalah. Dia sekarang ala-ala macam pelakon cerita Supernatural, Jared Padalecki. Sampai aku pun tak kenal dia. Kalau bukan dia yang tegur aku dulu, haram aku tak perasan Adam Ahmad yang duduk satu meja dengan aku. Kamilia hanya mendengar acuh tak acuh. Sehebat mana pun Si Ikan Buntal itu berubah, luka lama di hatinya masih berparut. Dia dah tak macam dulu. Gaya dia. Cara dia berbual. Dressing dia. Berkarisma betul! Aku pun tak sangka masa mengubah Si Ikan Buntal tu menjadi lelaki yang boleh buat perempuan-perempuan kat luar sana menoleh dua kali, sambung Farah. Begitu bersemangat sekali. Kamilia menjeling Farah tajam. Farah ini memang, suka sangat bercerita tentang Si Ikan Buntal itu. Entah apa motif Farah dia sendiri pun masih ragu-ragu. Baiklah. Aku tak cakap pasal dia lagi. Akhirnya Farah menyerah kalah. Tidak mahu wajah manis temannya berubah cemberut gara-gara Si Ikan Buntal. Tapi apa yang membuat Kamilia marah sangat dengan Adam Ahmad? Apa yang terjadi antara mereka berdua? Apa rahsia antara Si Ikan Buntal itu dengan Si Kambing Liar ini? Bermacam-macam soalan berlegar di ruang minda. Tapi satu pun tidak berjawab kerana Kamilia awal-awal lagi sudah memilih untuk membisu. Sudahnya Farah mengeluh berat.

25

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Agak-agak ikan buntal boleh dimakan tak? Jawapannya boleh, tapi hati-hati sikit sebab Kementerian Kesihatan Malaysia sudah bagi nasihat jangan makan ikan buntal. Kalau tak kena gaya penyediaan, boleh jadi beracun!

26

Muliati Abdul

Bab 4
DAM AHMAD masih mengeluh berat. Rasa kesal datang bertali arus. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia boleh mengangguk setuju dengan permintaan Sheila. Kerana kesanggupannya itu, dia kini terperangkap dalam dilema cinta Sheila dan teman lelakinya. Saya minta maaf, Adam. Kalau awak rasa tak selesa, awak boleh balik. Saya pun tak nak susahkan hati awak. Lembut suara Sheila menyapa. Terus mematikan risau jiwanya. Sebuah senyuman diukir dalam usahanya memujuk Sheila. Tak apa. Kalau dengan bantuan saya yang tak seberapa ni boleh selamatkan hubungan awak dengan teman lelaki awak, saya sanggup. Terima kasih sangat-sangat, Adam. Saya memang sayangkan Khairyzan. Tapi sejak akhir-akhir ni saya rasa dia dah lain sangat. Macam sengaja jauhkan diri. Saya rasa macam diri saya ni tak wujud langsung dalam hidup dia, cerita Sheila.

27

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Adam mengangguk, sekadar mengiakan. Padahal dia sudah mendengar cerita itu sejak seminggu yang lalu. Sejak dia menjadi terlalu prihatin melihat Sheila dilanda penyakit murung. Kadang-kadang bosan juga. Tapi hendak buat bagaimana lagi, dia sudah terperangkap dan amat sulit untuk melepaskan diri. Inilah padahnya kalau hendak sangat menjadi hero pada masa dan tempat yang salah. Semalam saya sengaja pergi mengejut kat HUKM tu. Besar harapan saya nak buat kejutan untuk Khairyzan. Tapi apa yang saya dapat hanyalah rasa sakit hati yang teramat. Saya nampak dia mesra sangat dengan seorang doktor perempuan. Bila saya tanya siapa doktor tu, dia akan cepat-cepat ubah topik perbualan. Awak sebagai lelaki mungkin boleh beri pandangan. Kalau lelaki sengaja ubah topik macam tu memang dia ada hubungan sulit, kan? desak Sheila. Seperti selalu, tubir matanya sudah mula digenangi air mata. Adam Ahmad meneguk liur. Hati lelakinya tidak henti-henti berdoa supaya Sheila tidak menitiskan air mata. Malu kalau berterusan begini. Silap hari bulan semua pelanggan restoran ini bakal melihat dirinya yang menjadi punca Sheila menangis. Jangan cepat sangat buruk sangka. Mungkin doktor tu rakan sekerja Khairyzan. Kita tanya Khairyzan dulu ya, pujuk Adam Ahmad. Kemudian meneguk minuman yang terhidang. Tekaknya terasa kering tiba-tiba. Nak tanya macam mana kalau Khairyzan tak nak berikan jawapan. Dia pun dah lain sangat, Adam! Saya boleh rasa semua tu. Kalau dulu Khairyzan datang jemput saya kat tempat kerja. Sekarang nak hubungi saya pun susah, luah Sheila. Air matanya sudah menitis laju.

28

Muliati Abdul

Lekas-lekas Adam Ahmad menyuakan tisu. Sudahlah tu. Semua tu anggapan awak aje. Bukan betul pun. Why not you take a deep breath. Ini semua dugaan dalam percintaan. Awak mesti tabah, pujuk Adam Ahmad. Amboi, bukan main pakar lagi dia memberi nasihat pada Sheila sekarang. Saya tak boleh Adam. Awak tak faham apa yang saya rasa sekarang! Hati saya sakit sangat. Hati saya kecewa sangat! bentak Sheila tiba-tiba. Cukup untuk membuat seisi pelanggan restoran menoleh ke arah meja mereka berdua. Adam Ahmad sudah berpeluh-peluh. Dia hanya mampu membalas lirikan pelanggan restoran dengan senyuman tipis. Payah juga memujuk perempuan ni, gerutunya sendiri. Rimas tapi dia juga enggan meninggalkan Sheila. Sabarlah. Buang semua buruk sangka awak tu. Negative thinking is not good for your health. Be positive okay. Saya bukan buruk sangka, Adam. Naluri saya terdetik yang perempuan tu cuba nak rebut Khairyzan daripada saya. Kalau ikutkan hati, memang saya nak serang doktor tak tahu malu tu! Adam kehilangan kata-kata. Sesungguhnya dia tidak tahu hendak memberi kata nasihat apa lagi kerana seminggu yang lalu, seperti air mencurah-curah dia memberi nasihat. Tapi kesudahannya Sheila tetap begitu. Tetap murung. Tetap berprasangka pada teman lelakinya. Hati lelakinya sempat menitipkan doa. Kalau boleh, dia mahu seorang teman wanita yang memahami dirinya nanti. Yang tidak mudah murung. Tidak mudah berprasangka seperti Sheila. Kerana sesungguhnya dia tidak tahu hendak berbuat

29

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

apa untuk memujuk. Lihat saja buktinya sekarang. Kesudahannya dia turut terseret sama dalam menjayakan drama Sheila untuk membuat teman lelakinya cemburu. Itupun kalau teman lelaki Sheila cemburu. Bagaimana kalau teman lelaki Sheila pasif dan tidak berperasaan? Tidakkah nanti Sheila tambah murung? Hati Adam berdetak cemas tiba-tiba. Hes here, bisik Sheila. Jari tangannya lincah saja membersihkan pipinya yang lencun. Siapa? tanya Adam Ahmad semula. Terpinga-pinga sebentar. Lupa kenapa sepasang kakinya boleh berada di restoran ini. Sheila mengetap bibirnya. Adam Ahmad sempat lagi melamun! Khairyzan! Dia baru masuk restoran ni. Kat meja dekat pintu masuk tu. Segera Adam Ahmad menoleh. Sepasang matanya singgah pada lelaki yang sudah pun mengambil tempat di meja berdekatan pintu masuk. Orangnya boleh tahan. Patutlah Sheila tidak senang duduk. Memang tidak mustahil Khairyzan digoda perempuan lain. Dengan penampilan sebegitu dan status sebagai seorang doktor, mudah saja kalau Khairyzan mahu mencari pengganti Sheila. Kasihan Sheila. Kita akan buat apa yang kita praktiskan sebelum ni. Saya nak awak sentuh tangan saya. Genggam tangan saya. Senyum mesra pada saya. Sheila sudah nekad. Dia mahu rancangannya kali ini berjaya. Hanya Adam Ahmad yang terpaku. Sentuh tangan. Genggam tangan. Senyum mesra. Gila!

30

Muliati Abdul

Bukan ini yang mereka praktiskan bersama sebelum ini. Sebelum ini kompromi mereka berdua hanyalah berjalan beriringan sambil ketawa mesra. Apa sudah jadi? Sheila, I dont think I can do that. Sebelum ni ucap Adam Ahmad gelisah. Saya tahu. Saya minta maaf. Tapi saya rasa kalau sekadar jalan beriringan dan ketawa mesra takkan bawa apaapa erti. Saya nak awak buat macam saya adalah buah hati awak. Tolonglah Adam. Saya tak pernah merayu pada siapasiapa. Hanya pada awak. Awak saja tempat saya minta tolong sekarang. Kalau awak pun tak tolong saya, saya tak tahu macam mana nak buat lagi, pintas Sheila. Tidak ubah seperti orang yang sudah berputus asa dan sanggup melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya. Adam Ahmad membulatkan sepasang matanya. Hatinya sudah berdebar-debar. Sheila yang sudah kembali menitiskan air mata sudah membuat dia kelam-kabut. Gila! Ini memang kerja gila! Saya sayangkan Khairyzan, Adam. Kami sudah berkenalan sejak di universiti lagi. Saya tak sanggup kehilangan dia. Kalau awak nak cakap saya perempuan tak tahu malu, saya terima. Memang saya perempuan tak tahu malu. Okey. Saya buat. Tapi tolong berhenti menangis. Lap air mata tu, pinta Adam Ahmad akhirnya. Mengalah dalam terpaksa. Sehelai tisu dihulurkan lagi pada Sheila. Sesungguhnya gelagat Sheila sempat membuat dia kalut. Sheila tersenyum dalam tangisnya yang panjang. Adam Ahmad sudah terkulat-kulat sendiri. Sesekali dia mengerling ke arah teman lelaki Sheila. Lelaki itu sedang enak menikmati minuman petangnya. Begitu tenang dan

31

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

bahagia sekali! Sungguh berbeza dengan situasinya sekarang. Serba tidak kena. Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Macam yang saya cakap tadi. Kita akan keluar dari restoran ni sambil berpegangan tangan. Saya nak awak senyum paling mesra pada saya. Paling mesra? Macam mana tu? soal Adam Ahmad, masih juga cemas. Senyum macam awak senyum kat teman wanita awak. Aduh... tahukah Sheila dia masih tidak mempunyai teman yang dipanggil teman wanita? Bagaimana ya hendak senyum macam senyum di depan teman wanita? Adam Ahmad sudah mula pening-pening lalat. Bibirnya juga sudah keras untuk mengukir sebuah senyuman. Kita mulakan sekarang, ujar Sheila. Adam Ahmad menurut bagaikan pak sanggup. Sedang di dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu. Percayalah, perang dunia keempat dan kelima sedang meletus hebat dalam hati lelakinya saat ini! Doktor Khairyzan menoleh saat mendengar tawa yang agak kuat dari arah belakangnya. Tatapannya singgah pada Sheila dan lelaki di sisi Sheila. Dia terpaku seketika. Enggan percaya Sheila bersama seorang lelaki lain. Sebelum ini dia memang keliru dan serba salah untuk berterus terang pada Sheila. Sungguh, hati lelakinya sudah terpaut sayang pada teman sekerjanya. Dan melihat Sheila bahagia bersama lelaki lain, hatinya memanjatkan syukur. Sekurang-kurangnya dia sudah punya alasan untuk menolak jodoh yang dicari ibunya itu. Sekurang-kurangnya selepas ini dia sudah boleh memikat Kamilia tanpa selindung lagi.

32

Muliati Abdul

Adam Ahmad mengerutkan dahinya. Khairyzan sekadar mengerling pada mereka sepintas lalu sebelum kembali menikmati minuman petangnya. Lekas-lekas Adam Ahmad melepaskan genggaman tangannya pada Sheila. Dia menoleh ke arah Sheila sebelum beralih pada Doktor Khairyzan yang makin tenang saja menikmati minum petangnya hari ini. Adam Ahmad disergah rasa ingin tahu yang menebal. Tidak cemburukah Doktor Khairyzan melihat Sheila bersama lelaki lain? Tidakkah Doktor Khairyzan merasa marah padanya? Atau segala prasangka Sheila memang berasas? Hatinya masih ligat mencari alasan bila tubuhnya dirempuh dari arah depan. Mujur dia sempat mengimbangi tubuhnya. Maaf. Lembut suara yang meminta maaf itu. Wajah si perempuhnya ikut cemas. Adam Ahmad tidak membalas. Sebaliknya membalas tatapan mata si perempuhnya itu yang lengkap memakai seragam doktornya. Sepi seketika. Entah kenapa Adam Ahmad merasakan mata milik perempuan yang merempuhnya itu begitu dekat sekali di hatinya. Dia ingin berkata sesuatu tapi sudah tersekat bila melihat Khairyzan sudah menghulurkan bantuan. Adam Ahmad menoleh ke arah Sheila semula. Ada air mata yang bergenang pada bibir mata perempuan itu. Awak tak apa-apa? Terdengar suara garau pula yang menegur. Kali ini tatapan mata Adam Ahmad singgah membalas renungan mata Doktor Khairyzan. Lelaki itu merenungnya sekilas, sebelum tatapannya beralih pada doktor perempuan yang merempuh Adam Ahmad.

33

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Saya tak apa-apa. Saya yang langgar mereka berdua. Sibuk sangat jawab panggilan sampai tak nampak jalan kat depan. Begitu penjelasan si pemilik suara lembut itu. Saya minta maaf, pohon si perempuhnya itu lagi, lembut. Adam Ahmad pula yang kehilangan kata. Adam, jom pergi. Saya tak tahan tunggu sini lamalama! Suara Sheila seperti sudah hendak menangis. Kamilia menatap keduanya dengan wajah hairan. Kenapa? tanya Doktor Khairyzan pada Kamilia. Renungan matanya ikut singgah pada Sheila dan lelaki yang menemaninya berlalu pergi. Kawan awak ke? tanya Kamilia. Sedari tadi lagi dia ingin bertanya. Lebih-lebih lagi bila menyedari keduanya sering kali menatap Doktor Khairyzan. Doktor Khairyzan terdiam. Sungguh, dia belum bersedia untuk berterus terang tentang perkara sebenar pada Kamilia. Dia takut kehilangan Kamilia. Kawan lama saya, balas Doktor Khairyzan lambatlambat. Hati lelakinya berdoa supaya Kamilia tidak bertanya lanjut. Kenapa tak tegur tadi? tanya Kamilia lagi. Kali ini disertai dengan riak hairan dengan sikap Doktor Khairyzan pada teman lamanya. Ke mana hilangnya sikap peramah Doktor Khairyzan selama ini? Selalunya Doktor Khairyzan bukan pendiam seperti tadi. Itu semua tak penting. Yang penting sekarang perbincangan kita. Tadi awak cakap ada sesuatu yang awak nak tanya. Apa dia?

34

Muliati Abdul

Lekas-lekas Kamilia mengangguk. Dia sudah lupa pada tujuan asalnya mahu bertemu dengan Doktor Khairyzan. Padahal dia sendiri yang mengatur waktu untuk berjumpa. Lalu buku perubatan setebal lima ratus dua puluh enam muka surat sudah dikeluarkan lantas diletakkan di atas meja. Kasihannya Sheila! Doktor Khairyzan langsung tidak mengambil berat tentang diri Sheila. Sebaliknya terlalu sibuk mengambil berat tentang doktor perempuan tadi, bisik hati Adam Ahmad. Dia sempat menoleh ke arah Doktor Khairyzan dan doktor perempuan yang merempuhnya tadi. Keduanya sudah duduk semeja. Memang patutlah Sheila merasa tergugat. Doktor Khairyzan memang memberi perhatian istimewa pada doktor perempuan itu. Sepuluh minit kemudian, Vios yang dipandu oleh Adam Ahmad sudah memasuki jalan besar. Sheila di sebelahnya sudah lama mengongoi. Sejak enjin kereta dihidupkan lagi. Lebih teruk Sheila seolah-olah sudah terkena rasukan. Meracau tidak tentu hala. Kebanyakan racaunya mengutuk Doktor Khairyzan dan doktor perempuan tadi. Bukan sedikit. Tapi berguni-guni! Adam Ahmad memilih untuk membisu sepanjang jalan kerana dia terlalu sibuk memikirkan sepasang mata milik doktor yang merempuhnya tadi. Di mana ya dia pernah melihat mata indah itu? Si Adam Ahmad ini pelupa betul. Mata Si Kambing Liar pun dia boleh lupa. Banyak sangat makan semut macam itulah!

35

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Bab 5
ADRUL menggelengkan kepala melihat telatah teman serumahnya. Sudah masuk empat hari Adam Ahmad lebih banyak membisu daripada berkata-kata. Sangat berbeza dengan Adam Ahmad yang dikenalinya sebelum ini. Selalunya riuh saja bercerita. Namun sejak beberapa hari ini, mulut Adam Ahmad tertutup rapat. Bercakap hanya bila perlu saja. Kalau dulu, dia selalu diserang rasa bosan bila Adam Ahmad banyak bertanya tentang itu dan ini. Lelaki itu juga boleh bercerita tentang apa saja yang sering kali membuat dia ketawa. Adam Ahmad lengkap dengan pakej vice versa. Tapi sekarang pakej tersebut sudah tenggelam di Lautan Hindi barangkali. Badrul menjatuhkan tubuhnya di sebelah Adam Ahmad. Sempat dia menjeling teman serumahnya itu. Tapi nampaknya Adam Ahmad tetap dengan dunianya yang pelik itu. Hai macam-macam perangai Si Adam ini.

36

Muliati Abdul

Kau ada masalah ke bro? Adam Ahmad menoleh ke arah Badrul di sebelah. Jelas dia terkejut bila tiba-tiba saja Badrul menyapanya. Kenapa buat muka terkejut macam tu? tanya Badrul lagi bila Adam Ahmad sekadar menatapnya tanpa berkelip Adam, panggil Badrul. Kali ini disertai dengan pukulan lembut pada bahu teman serumahnya itu. Bila kau balik? Tak dengar bunyi pun kau buka pintu. Badrul mengeluh keras mendengar kata-kata yang baru lahir dari bibir Adam Ahmad. Adam ini sedang bermimpikah? Hendak dengar macam mana kalau kau tu mengelamun mengalahkan anak dara. Kalau pencuri yang masuk, sampai rumah ni kosong pun kau tak perasan, tempelak Badrul. Sempat juga dia menjeling ke arah Adam Ahmad yang sejak akhir-akhir ini sering tenggelam dalam dunianya sendiri. Adam Ahmad tersengih seperti kerang busuk. Mengakui salahnya. Tetapi takkanlah perkara seremeh ini pun sudah membuat Badrul melenting? Sudahnya Adam Ahmad menghela nafas dalamdalam. Mencari ketenangan diri yang sudah berantakan. Entahlah, mindanya asyik melayang terfikirkan di mana dia pernah melihat sepasang kemilau indah milik doktor yang bersama teman lelaki Sheila itu. Aku dengar kau rapat dengan Sheila. Sheila tu calon teman wanita terbaharu kau ke? Adam Ahmad melopong mendengar telahan maha

37

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

tidak benar Badrul. Dia bangkit dari sofa yang didudukinya sejak tadi. Siapa cakap? Siapa yang buat gosip tak hangat ni? soal Adam Ahmad bertubi-tubi. Jelas dia kurang senang bila dirinya dicop sebagai teman lelaki Sheila. Satu pejabat dah bertiup berita kau dengan Sheila sudah jadi pasangan kekasih. Betul ke ni? Kenapa tak beritahu aku pun? Senyap-senyap aje. Tahu-tahu sudah jadi pasangan kekasih. Apa?! Aku dengan Sheila jadi pasangan kekasih? Jangan fikir yang bukan-bukan, bro. Mengarut sangatlah tu. Siapa yang suka sangat sebar berita tak benar ni memang nak kena dengan aku. Melampau betul! Siapa suruh kau rapat sangat dengan Sheila? Ke sana sini berdua memanglah tersebar berita tak berapa nak hangat tu, gerutu Badrul pula. Aku cuma tolong dia, Bad. Kau tolong apa? Terdiam Adam Ahmad dibuatnya. Dia terkulat-kulat seorang diri sedangkan Badrul dengan tenang menunggu jawapan lahir dari bibirnya. Apa yang kau tolong dia? desak Badrul. Sudah hilang sifat penyabarnya menangani sikap Adam Ahmad. Aku menyamar jadi kekasih dia, jawab Adam Ahmad antara dengar dengan tidak. Hah! Kau biar betul Adam. Jangan main-main. Silap hari bulan kau betul-betul jadi kekasih dia. Jangan doa macam tu. Tapi aku serius. Aku tak main-main pasal menyamar tu. Sheila nak buat teman lelaki

38

Muliati Abdul

dia cemburu. Tapi akhirnya, teman lelaki dia buat tak tahu saja. Aku risau teman lelaki Sheila fikir kau rampas kekasih dia aje. Hesy! Takkanlah. Aku ikhlas tolong Sheila. Kalau teman lelaki dia fikir bukan-bukan, aku akan jelaskan pada dia. Sekarang cakap memang senang. Sudahlah tu. Perkara sudah lepas. Bukan aku boleh undur semula. Tapi sekarang aku yakin teman lelaki Sheila ada hati dengan rakan sekerja dia. Kalau tidak takkanlah dia sanggup buat tak tahu saja dengan Sheila. Badrul mengeluh keras mendengar cerita Adam Ahmad. Aku tak kisah kalau kau tak nak dengar nasihat aku. Tapi aku harap kau fikir dengan lebih mendalam. Sebagai kawan, aku nasihatkan kau jangan masuk campur urusan cinta orang lain. Lainlah kalau kau betul-betul sayangkan Sheila tu. Adam Ahmad hanya mampu menghela nafas panjang. Lama dia terdiam. Aku pun dah menyesal sebab menyamar, Bad. Kacau betul jiwa aku masa tu. Sheila pun berapa kali buat aku terkejut. Rasa seram pun ada. Kenapa kau cakap macam tu? Yalah. Aku tolak permintaan dia, dia terus menangis. Bila teman lelaki dia buat tak tahu, dia meracau mengutuk teman lelaki dia dengan doktor perempuan tu. Kadang-kadang aku risau juga. Manalah tahu kalau-kalau wife to be aku pun suka buat perangai macam Sheila. Boleh lemas aku.

39

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Badrul ketawa besar. Lucu melihat wajah koya Adam Ahmad. Nampaknya Sheila benar-benar telah membuat Adam Ahmad lemas. Jadi perkara inilah yang buat kau tak senang duduk? Wahai Encik Adam Ahmad, tak semua perempuan macam tu perangainya. Kita pun kena pandailah ambil hati kaum perempuan ni. Kalau kita tak jaga hati mereka, memanglah mereka mengamuk. Amboi bukan main lagi Badrul memberi nasihat. Macam doktor cinta pula. Padahal dia sama saja dengan Adam Ahmad. Dua-dua pun belum mempunyai teman wanita! Boleh percaya ke cakap kau ni bro? Pelik saja bunyinya. Apa yang pelik pula? Betullah tu. Kalau kita jaga hati mereka, mereka pun takkan mengamuk tak tentu pasal. Adam Ahmad sekadar menjongketkan keningnya kemudian kembali dengan imej poyonya. Kenapa buat muka macam tu lagi? Aku ada salah cakap ke bro? sambung Badrul lagi. Risau juga hatinya melihat perubahan sikap Adam Ahmad. Kau ni kenapa sebenarnya? Kenapa cuak sangat ni? desak Badrul. Geram pula hatinya bila semua pertanyaannya dibiarkan tanpa jawapan. Adam Ahmad sekadar mengeluh berat. Masih menimbang-nimbang adakah dia patut membuka cerita tentang kemilau indah milik doktor yang merempuhnya beberapa hari lalu atau tidak. Apa lagi kau fikirkan tu, Adam? Just shoot. Aku tak sedap hatilah tengok kau jadi pendiam macam ni. Tak pasalpasal rumah ni jadi sunyi sepi.

40

Muliati Abdul

Entahlah Bad. Aku pun pelik dengan diri aku ni. Cuba cerita pada aku apa yang buat kau jadi pendiam. Siapa tahu aku boleh selesaikan masalah kau, ujar Badrul perlahan. Aku cerita tapi kau jangan gelak pulak. Aku nak dengar pendapat kau. Okey. Aku dengar, kau cerita. Sebenarnya masa aku teman Sheila. Maksud aku masa aku menyamar jadi teman lelakinya untuk buat Khairyzan cemburu. Sekejap, siapa pula Khairyzan ni? potong Badrul. Khairyzan, teman lelaki Sheila. Okey, teruskan. Adam Ahmad melepaskan keluhan panjang. Ada rasa segan yang menjengah. Aku tak gelak. Teruskan cerita kau tadi, pinta Badrul bila menyedari Adam masih berbelah bahagi untuk membuka rahsia hatinya. Sebenarnya ada seorang doktor rempuh aku dengan tak sengaja. Aku pun tak pandang depan masa tu sebab sibuk perhatikan Khairyzan. Doktor lelaki atau perempuan? aju Badrul. Keningnya sudah terangkat sedikit. Perempuan. Cantik sangat atau cantik sikit? aju Badrul lagi. Hujung bibirnya sudah mula mengukir senyum. Tak tahu. Biasa-biasa aje. Hesy! Takkanlah biasa-biasa aje. Kau pun boleh kepayang, mesti doktor perempuan tu cantik sangat sampai

41

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

kau terpegun. Sampai kau tak keruan. Sampai tidur kau tak lena. Sampai kau asyik fikirkan pasal dia. Adam Ahmad membesarkan kedua belah matanya. Apa yang kau melalut tak tentu pasal ni, bro? Aku sikit pun tak terpikat dengan doktor perempuan tu. Lagipun doktor perempuan itulah yang pikat Khairyzan. Badrul tersengih-sengih. Boleh tahan garang juga Adam Ahmad ni bila menjelaskan kedudukan sebenar. Lengkap dengan gaya sekali. Aku acah aje. Sengaja uji kau tadi. Salah kau juga. Siapa suruh buat muka macam ayam berak kapur. Banyaklah kau punya uji. Perempuan jenis penggoda macam doktor tu bukan taste aku la. Aku kondem perempuan jenis macam tu. Lagi satu. Muka aku ni high value tau. Macam ayam berak kapur strictly no-no okay! Badrul ketawa mengekek. Adam Ahmad sudah pandai merajuk sekarang! Mengaku sajalah dalam diam kau sebenarnya dah terpikat dan terikat dengan doktor perempuan tu, usik Badrul tanpa jemu. Dia memang suka mengusik temannya yang satu ini. Cis! Selisih malaikat empat puluh empat, balas Adam Ahmad tanpa selindung lagi. Habis tu, kenapa kau cerita pasal doktor perempuan tu? Dia ada buat apa-apa kat kau ke? usik Badrul lagi, masih juga ketawa mengekek. Kau nak remote control TV ni melekat kat atas dahi kau ke? Tawa Badrul bertambah kuat. Muka masam Adam Ahmad semakin lama semakin seronok pula dipandang.

42

Muliati Abdul

Jadi apa masalahnya sekarang? tanya Badrul semula setelah tawanya reda. Kalau kau cuma nak ketawakan aku lagi, baik tak payah cerita. Buruknya perangai. Kuat merajuk. Lelaki mana boleh kuat merajuk. Macam perempuan. Adam Ahmad mengeluh berat. Tidak suka digelar kuat merajuk. Dia seorang lelaki. Merajuk hanya untuk perempuan. Aku bukan merajuk. Aku nak cerita la ni. Sebenarnya aku macam pernah nampak mata doktor tu. Badrul terdiam. Berharap dia tersalah dengar. Cuba ulang lagi sekali, pintanya kemudian. Aku rasa macam pernah nampak mata doktor tu. Nampak macam familiar sangat. Aduyaiii... apa nak jadilah dengan teman serumah aku ni. Aku ingatkan perkara besar yang buat dia termenung panjang dan jadi pendiam. Rupanya pasal mata doktor perempuan tu. Adam, baik kau berterus terang. Kau suka pada doktor perempuan tu ke? Hesy! Mana ada. Nama pun aku tak tahu. Habis tu yang kau penatkan otak kau fikir pasal mata dia apa kes? Lupakan sajalah. Lagipun doktor tu penggoda, kan? Baiklah kau jauhkan diri daripada perempuan macam tu. Lupakan terus pasal mata dia. Mulai saat ini, detik ini, jangan ingat lagi pasal mata dia. Adam Ahmad menyandarkan tubuhnya. Mindanya masih menimbang-nimbang nasihat Badrul kali ini. Pasal mata pun nak boleh jadi isu besar, kompelin Badrul tanpa jemu sebelum menutup televisyen.

43

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Jom pergi tidur. Ingat mata aku ni baik-baik. Jangan ingat dekat mata doktor perempuan tu aje, sindirnya pula. Adam Ahmad membaling bantal yang berada di tangannya ke arah Badrul. Terlompat-lompat Badrul mengelak balingan bantal tersebut. dibuatnya untuk

Safe! Jerit Badrul. Masih juga ketawa sebelum meninggalkan Adam Ahmad sendirian dengan hati yang cemberut. Adam Ahmad itu, bergurau sikit pun tidak boleh!

44

Muliati Abdul

Bab 6
OROTAN matanya cukup lesu. Setiap helaan nafasnya dirasakan cukup berat. Sedangkan hati perempuannya sudah lama menangis hiba. Dia mengeluh lagi untuk kesekian kalinya. Sesungguhnya dia malu! Sangat malu dengan apa yang berlaku sebentar tadi sewaktu dia baru selesai memarkir keretanya. Pagi yang tenang dengan hari yang cerah sudah bertukar menjadi hari ribut petir. Haru-biru cerita hidupnya. Kamilia, sejak bila kau jadi perampas kekasih orang? Hati perempuannya bertanya. Dengan yakin juga dia menjawab dia tidak pernah menjadi perampas mana-mana kekasih orang! Siapa sangka setelah sepuluh tahun berlalu, kini dia menerima gelaran itu lagi. Kalau dulu dia dituduh cuba merampas Si Ikan Buntal, kini dia dituduh cuba merampas Doktor Khairyzan. Masya-Allah! Ada salah faham besar di situ. Meskipun sejuta penjelasan diurai, dia tetap dituduh perampas. Tidak semena-mena insiden pagi tadi terbit di minda.

45

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Jadi awak Doktor Kamilia? aju satu suara dari arah belakang. Lekas-lekas Kamilia berpaling. Tidak jadi dia mengambil beg lap-topnya. Hanya sempat mengambil beberapa buah fail kerja. Ya. Ada apa-apa yang boleh saya tolong? Tak payah nak tunjuk baik sangat. Meluat aku tengok! Tersentak hatinya menerima herdikan sedemikian rupa. Saya tak faham. Saya ada buat salah ke? Tak faham atau buat-buat tak faham?! Hei perempuan sundal! Aku tak sudi kau jadi menantu aku! Kamilia beristighfar berulang kali. Seperti sebaldi air baru saja disimbah ke arahnya. Sepi seketika. Jelas dia sangat terkejut dipanggil dengan nama begitu. Seumur hidupnya, belum pernah sekali pun dia dipanggil begitu. Siapakah perempuan setengah abad ini yang begitu berani sekali menuduhnya begitu? Sungguh luar biasa sekali sesi suai kenal dengan perempuan setengah abad tersebut. Bawa bertenang, mak cik. Cuba mak cik cerita satu per satu, ujar Kamilia lembut. Masih cuba berdiplomasi. Jangan cuba nak tunjuk baik depan aku. Selagi aku hidup jangan pernah bermimpi nak jadi isteri Khairyzan. Aku tak setuju! tempelak perempuan setengah abad itu. Cukup untuk membuat semua yang berada di kawasan letak kereta terbuka itu memasang telinga. Khairyzan? Mak cik salah faham agaknya ni. Saya dengan Doktor Khairyzan teman baik saje. Mak cik boleh tanya Doktor Khairyzan sendiri. Jangan nak putar belit cerita. Kau ingat aku nak

46

Muliati Abdul

percaya cakap perempuan sundal macam kau ni? Kerja kau cuma goda lelaki baik-baik. Ambil semua duit dia kemudian tinggalkan dia. Mak cik cakap apa ni? Saya boleh saman mak cik kalau mak cik terus tuduh saya dan keluarkan kata-kata kesat macam tu. Dasar perempuan perampas. Hei, aku dah pilihkan calon isteri untuk anak aku. Mak cik, saya tak ada perasaan cinta langsung pada Doktor Khairyzan. Sebesar zarah pun tak ada. Mak cik pula tanpa usul periksa datang serang saya kat sini. Mak cik ingat saya tak ada maruah ke? Saya hormat mak cik jadi saya harap mak cik pun hormat pada saya. Perempuan perampas! Tak tahu malu! Janganjangan kau guna-gunakan anak aku. Kalau tak kenapa Khairyzan tu sampai sanggup lukakan hati Sheila? Kamilia mengetap bibirnya. Lantas langkah diayun cukup deras meninggalkan ibu Doktor Khairyzan. Lagi lama dia berada di situ lagi berguni-guni cacian yang dia terima. Selagi dia mampu bersabar, ya dia akan bersabar. Tapi jangan sampai keluarganya terseret sama kerana dia akan berdiri membidas andai itu yang berlaku. Aku belum habis cakap lagi perempuan perampas! Kamilia tidak menghiraukan jeritan ibu Doktor Khairyzan. Hatinya sudah tidak betah untuk berlama-lama di situ. Bimbang dia akan menitiskan air mata dan dilihat oleh orang ramai. Sungguh, dia tidak mahu dilihat lemah! Hinggalah bila tiba-tiba saja sikunya dipaut dan pipinya terasa perit tiba-tiba. Bulat matanya memandang wajah ibu Doktor

47

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Khairyzan. Pipinya diusap. Siapa sangka ibu Doktor Khairyzan boleh bertindak seberani ini. Puas hati aku! Perempuan perampas macam kau ni memang layak kena tampar. Biar sedar diri sikit! Hening seketika. Dia menghela nafas panjang. Fail kerjanya yang bertaburan dikutip semula. Terima kasih mak cik. Satu saja saya nak cakap. Saya sumpah saya tak pernah ada hubungan cinta dengan Doktor Khairyzan. Kalau mak cik nak saya junjung al-Quran pun saya sanggup. Lembut tutur bicaranya. Kemudian melangkah pergi. Meninggalkan ibu Doktor Khairyzan terkulat-kulat seorang diri. Insiden pagi tadi masih melekat kukuh di mindanya. Tidak salah kalau dia katakan seluruh staf hospital ini tahu kejadian pagi tadi. Kalau ditanya pasti mereka boleh menceritakan satu per satu dari A sampai Z. Sudahnya dia hanya mampu mengeluh berat. Pipinya yang masih terasa perit diusap perlahan. Tapi tidak seperit hatinya. Galau yang melanda membuat jiwanya sering melayang entah ke mana. Ramai yang berbisik-bisik saat berpapasan dengannya tadi. Memandangnya dengan sorotan kasihan. Ada juga memandang dengan sorotan gembira atas apa yang berlaku kepadanya. Ketukan di pintu mengganggu lamunan Kamilia. Segera dia mengangkat muka. Kemilau indahnya terbuka luas saat tatapannya bertaut dengan kemilau indah milik Doktor Khairyzan. Sekujur tubuhnya menjadi lemah tidak bermaya. Mahu berdiri dan bersuara pun dia sudah tidak mampu.

48

Muliati Abdul

Lunch? aju Doktor Khairyzan. Begitu lembut dan tenang. Wajah lelaki itu kelihatan ceria sekali sehingga berhasil membuat Kamilia cemburu dengan rasa bahagia yang dimiliki oleh lelaki itu. Kenapa monyok saja macam baru mati laki ni? Tak bagus buat muka macam tu. Rezeki susah nak masuk. Jom kita keluar lunch. Saya akan buat awak ketawa dan lupakan semua perkara yang sedih. Bila awak monyok macam ni, hati saya pun sedih. Silap-silap muka saya lagi monyok. Kamilia tidak memberikan sebarang reaksi mendengar segala cerita Doktor Khairyzan. Kepalanya sudah cukup berserabut sekarang. Kita keluar makan sama ya? ucap Doktor Khairyzan lagi meskipun hati di dalam sudah curiga dengan perubahan sikap Kamilia. Kamilia yang selalu happy go lucky itu sudah berubah menjadi seorang yang pendiam. Diam tidak berkutik meskipun ditanya. Ini bukan Kamilia yang dia kenal! Kamilia? Are you okay? aju Doktor Khairyzan terus. Sepasang kakinya sudah melangkah menghampiri Kamilia. Stay where you are, Doktor Khairyzan! pinta Kamilia, agak keras. Sejuta kerutan sudah mulai terlukis indah di dahi Doktor Khairyzan apabila mendengar permintaan Kamilia. Whats wrong, Kamilia? You seem very different. Awak tak pernah begini. Kalau ada apa-apa, saya harap sangat awak cerita dengan saya. Tak ada apa. Saya masih kenyang. Lagipun saya ambil cuti separuh hari. Awak pergilah lunch. Jumpa esok.

49

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Cuti separuh hari? Tapi kenapa? Kamilia memandang Doktor Khairyzan sepintas lalu sebelum mula mengemas meja kerjanya. Kamilia? Kenapa ni? Cuba cerita betul-betul pada saya. Perangai awak pelik sangat. Bukan macam Doktor Kamilia yang saya kenal. Siapa tahu saya boleh tolong awak selesaikan masalah yang awak hadapi sekarang. Tak ada apa yang pelik dengan saya. Kita jumpa esok. Doktor Khairyzan menatap Kamilia yang berwajah sugul itu. Banyak yang ingin dia perkatakan. Namun segalanya tersekat di kerongkong apabila melihatkan sikap dingin Kamilia itu. Kamilia tolonglah cerita, ada apa sebenarnya ni? Kamilia memandang sepintas lalu kemudian terus mengunci lacinya. Fail di meja sudah siap dikemas ala kadar. Kemudian tanpa mempedulikan Doktor Khairyzan di muka pintu, dia terus berlalu pergi. Kamilia! panggil Doktor Khairyzan. Hati lelakinya sudah tidak betah menerima layanan sedingin ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan. Jiwanya resah bukan main. Sedangkan mindanya kusut dengan pelbagai andaian terhadap perubahan sikap Kamilia sekarang. Tunggu dulu, Kamilia! Namun hanya lambaian tangan Kamilia yang membalas panggilannya. Doktor Khairyzan mengetap bibir. Sempat dia mengeluh berat sebelum melangkah pergi. Jujur, dia kecil hati dengan sikap Kamilia yang membelakangkannya. Memang dia bukan teman lelaki Kamilia. Tapi tidak salah rasanya kalau Kamilia berkongsi cerita. Sesungguhnya

50

Muliati Abdul

hatinya sudah tidak tenang dengan perubahan sikap Kamilia. Sebenarnya apa yang telah berlaku? Kalau kau nak tau, yang tu la Doktor Khairyzan. Suara yang berbisik itu menghentikan langkah deras Doktor Khairyzan. Segera dia berpaling ke arah dua orang jururawat yang baru saja berpapasan dengannya. Patutlah Doktor Kamilia sanggup jadi perampas. Memang berbaloi-baloi. Kalau aku, aku pun sanggup kena serang dengan mak Doktor Khairyzan. Yang penting aku dapat Doktor Khairyzan, balas jururawat yang seorang lagi. Langsung saja dibalas tawa temannya yang satu lagi. Siapa serang siapa ni? sampuk Doktor Khairyzan. Serta-merta tawa keduanya terhenti sebelum lekaslekas menggelengkan kepala. Tak ada apa-apa, doktor. Kami minta diri dulu, pinta keduanya seraya menghayun langkah deras. Kamu berdua, tunggu dulu! arah Doktor Khairyzan. Dia sudah berlari-lari anak mengejar langkah dua orang jururawat tersebut. Nanti dulu. Cuba jelaskan apa maksud kena serang dengan ibu saya, pinta Doktor Khairyzan lagi sebaik sahaja dia sudah berjaya menahan dua orang jururawat tersebut. Doktor tak tahu apa-apa ke ni? Tahu apa? Tahu pasal ibu doktor datang serang Doktor Kamilia pagi tadi. Apa?! soal Doktor Khairyzan setengah menjerit. Lalu tanpa menunggu cerita lebih lanjut, dia bergegas meninggalkan mereka berdua. Tujuannya hanya satu. Dia ingin bertemu dengan Kamilia.

51

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Dia ingin tahu cerita sebenar dari mulut Kamilia. Kalau betul apa yang didengarnya sekarang, ibunya memang benar-benar sudah melampau! Doktor Kamilia mana? tanya Doktor Khairyzan pada salah seorang jururawat yang selalu berdampingan dengan Kamilia. Doktor Kamilia baru saja masuk lif tadi. Katanya nak balik. Thanks Nurul! Doktor Khairyzan tidak mahu menunggu lif. Sebaliknya dia memilih menuruni anak tangga. Dia enggan melepaskan Kamilia pergi selagi penjelasan belum diberikan. Dalam hati dia sangat kesal dengan sikap ibunya. Rasa kesalnya menggunung tinggi! Dia baru saja memasuki kawasan letak kereta apabila Suzuki Swift yang dipandu oleh Kamilia melintas di depannya. Serta-merta dia terkesima. Hanya beberapa saat kemudian baru dia tersedar. Seperti lipas kudung dia memasuki keretanya sendiri lalu terus memecut laju. Jari tangannya lincah saja mendail nombor telefon bimbit Kamilia, namun tidak berjawab. Rasa geram pun ada. Lantas sekali lagi dia mendail, tapi kali ini Kamilia sudah pun menutup terus telefon bimbitnya. Kamilia apa awak sedang buat ni? Jangan buat saya risau, gumamnya tanpa sedar. Sementara kakinya terus menekan pedal minyak. Kelajuan keretanya sudah hampir mencecah 140km/jam. Kamilia mengucap panjang bila sebuah kereta Caldina sport berwarna putih baru saja memotongnya dengan cara bahaya sekali. Kepalanya digeleng tanda kesal.

52

Muliati Abdul

Namun hanya seketika bila menyedari Caldina tersebut milik Doktor Khairyzan. Hatinya kembali gundah. Hatinya kembali galau. Sungguh, hatinya sangat tertekan saat ini! Doktor Khairyzan sudah memberi isyarat supaya berhenti. Tapi percayalah, dia enggan berbincang dengan lelaki itu lagi tentang kisah pagi tadi. Dia malu. Sangat malu dengan segala tuduhan ibu lelaki itu. Namun dia tiada pilihan lain selain mengikuti permintaan Doktor Khairyzan saat kereta di belakangnya dan beberapa kereta yang lain sudah membunyikan hon. Kenapa tak ceritakan perkara sebenar? tanya Doktor Khairyzan sebaik saja dia membuka pintu. Tak ada apa yang nak diceritakan. What makes you sad is my concern, Kamilia. So, dont ignore me! bentak Doktor Khairyzan separuh kesal. Dia sudah bercekak pinggang sambil meraup rambutnya berulang kali. Nonsense. Tak ada yang penting pun yang nak saya cerita pada awak. Doktor Khairyzan ketawa sinis. Sampai ibu saya datang malukan awak pun awak masih cakap tak penting? Yup. Kalau tak ada apa-apa lagi saya nak balik. Nanti timbul gosip yang lain pula kalau ada orang nampak awak dengan saya kat sini. Saya lagi suka! Begitu balasan Doktor Khairyzan yang langsung saja membuatkan Kamilia mengangkat wajah. Matanya membalas tatapan lelaki itu. Seakan tidak percaya mendengar tiga patah perkataan yang baru saja lahir dari bibir Doktor

53

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Khairyzan. Sudahnya dia yang kalah. Ada sesuatu pada renungan mata Doktor Khairyzan yang membuatkannya segan tiba-tiba. I love you. Begitu lembut sekali kata-kata itu menusuk ke dalam relung hatinya. Tubuhnya disandarkan. Masih berharap Doktor Khairyzan salah menuturkan kata-kata. Saya sayangkan awak, Kamilia. Betapa susahnya saya nak berlagak macam biasa di depan seorang perempuan yang saya suka dalam diam. Lebih perit bila perempuan yang saya suka tu hanya anggap saya ni kawan baik dia. Dan bukan kekasih dia! Kamilia menggelengkan kepalanya. Tapi saya percaya pada masa. Masa akan mengubah segalanya. Sebab tu saya tetap sabar tunggu sampai awak serahkan hati awak pada saya. Tapi lepas apa yang berlaku pagi tadi, saya rasa saya tak perlu sorokkan apa-apa lagi pada awak. Malah saya nak seluruh dunia tahu saya telah jatuh cinta pada awak, Kamilia. I love you with all my heart. Kamilia berundur beberapa langkah. Kepalanya masih digelengkan berkali-kali. Hatinya sangat kacau. Fikirannya kosong setelah mendengar pengakuan cinta Doktor Khairyzan. Saya akan selesaikan masalah ni. Awak jangan risau. Saya akan bincang baik-baik dengan ibu saya. Kamilia masih terus menggelengkan kepalanya. Runsing jiwanya sudah sampai kemuncak. Mengingati ibu Doktor Khairyzan hanya mengundang sejuta pilu. Lalu pintu kereta kembali dibuka. Suara Doktor Khairyzan yang memintanya

54

Muliati Abdul

membuka pintu semula langsung tidak diendahkan. Suzuki Swiftnya sudah kembali memasuki jalan raya lantas memecut laju. Meninggalkan Doktor Khairyzan bersama segumpal kesedihan. Lelaki itu meraup wajahnya dengan rakus. Kamilia, saya yakin awak akan jadi milik saya suatu hari nanti. Sebelum satu hari itu tiba, saya akan selalu sabar. Ujar Doktor Khairyzan. Melunakkan hati lelakinya. Sedangkan sebenarnya dia sudah buntu untuk memujuk Kamilia supaya sama-sama menghayati cinta mereka berdua. Benarlah kata orang. It takes two to tango. Doktor Khairyzan sudah mengambil keputusan. Hati lelakinya sudah nekad. Dia hanya ingin bertango bersama Kamilia. Hanya Kamilia seorang. Bukan bersama Sheila atau mana-mana perempuan lain. Doktor Khairyzan, jangan yakin sangat tau. Kamilia itu susah sikit hendak jatuh cinta. Apa pun, selamat berusaha dan berjaya ya!

55

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Bab 7
AMILIA menekur kepalanya yang seakan-akan sedang berpusing 360 darjah tanpa henti. Dia sudah cukup sesak mengingati insiden diserang ibu Doktor Khairyzan. Ditambah pula dengan luahan isi hati Doktor Khairyzan padanya, semakin payah untuk dia bernafas kini. Rasanya dia perlukan alat bantuan pernafasan secepat mungkin. Saya nak seluruh dunia tahu saya telah jatuh cinta pada awak... Kamilia, ujar Kamilia, mengulangi kata-kata Doktor Khairyzan padanya. Untuk kesekian kali, kepalanya digelengkan. Berat benar masalah yang melanda kali ini. Tubuhnya dijatuhkan dengan malas. Dia terhenyak menahan sakit kepala yang menerjah. Fikirannya asyik melayang-layang. Jiwanya sudah terbang entah ke mana. Sulit dipujuk untuk pulang semula pada sekujur tubuhnya yang longlai. Dia lupa pada keadaan sekeliling. Lupa pada sang ibu yang sejak tadi memerhati dengan sejuta kerutan di dahi. Perlahan-lahan sang ibu itu menghampiri anak gadisnya.

56

Muliati Abdul

Mila tak sihat? Lembut suara yang menerjah itu. Begitu lembut hingga tidak mampu menyedarkan lamunan panjang Kamilia. Bayangan wajah Doktor Khairyzan dan ibunya datang silih berganti. Resah gelisah jadinya. Kamilia masih lagi membisu. Hanya sekali-sekala dia mengeluh berat melepaskan tekanan yang menghimpit dada. Siapa yang dah ganggu ketenangan anak perempuan ibu ni? aju Puan Shamsiah, lebih kuat dari sebelumnya. Kamilia membuka sepasang matanya lebar-lebar. Sungguh dia sangat terkejut melihat ibunya sudah berada di sisi. Membalas tatapannya dengan sekuntum senyuman di bibir. Alahai malunya aku. Kena tangkap basah dengan ibu pula, gerutu hati kecil Kamilia tanpa henti. Lambatlambat dia membalas senyuman sang ibu. Namun bibirnya dirasakan terlalu keras. Kenapa senyum macam sakit mulut ni? Sang ibu sudah mula menyoal. Tentu saja dia hairan melihat anak perempuannya yang selalu riuh bercerita tiba-tiba menjadi pendiam. Kamilia menundukkan wajah. Segan bukan main dengan ibunya. Sejak bila anak ibu ni pandai berahsia? tanya ibunya lagi. Nampaknya Puan Shamsiah mencungkil rahsia hati Kamilia dengan cara yang lain pula. Menggelabah juga Kamilia dibuatnya. Senyuman di bibirnya dirasakan semakin keras dan akhirnya terus mati.

57

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Cuba cerita pada ibu satu per satu. Insya-Allah, tak ada masalah yang tak ada jalan penyelesaian, pujuk Puan Shamsiah tanpa jemu. Keresahan Kamilia sedikit sebanyak mengundang rasa bimbang dalam hati tuanya. Sudah lama dia tidak melihat Kamilia runsing begini. Kamilia memejamkan matanya rapat-rapat. Tidak semena-mena dia merangkul kemas tubuh gempal ibunya yang dikasihi. Dia tidak tahu cara memulakan kisah malang yang menimpanya. Ibu dengar. Mila ceritakan satu per satu, luah Puan Shamsiah bila menyedari anak perempuannya masih membisu seribu bahasa. Ibu memang bijak membaca isi hati Mila, balas Kamilia, lemah. Bibir matanya sudah mula dirasakan hangat. Tidak sampai beberapa saat, air matanya sudah mulai menitis laju. Esakan yang tertahan sudah mulai kedengaran. Dia kalah melawan perasaan yang mencengkam jiwa. Mila malu, ibu. Malu sangat. Mila dah serik. Mila rasa Mila ni teruk sangat. Kenapa boleh jadi macam tu? Apa yang Mila malukan sangat? Mila ambil barang orang ke? Lekas-lekas Kamilia Rangkulannya dilonggarkan. menggelengkan kepala.

Bukan macam tu. Cuma Mila kena serang kat parking lot. Mila kena tuduh rampas kekasih orang lagi, luah Kamilia bersama esakan yang tertahan. Hatinya jadi sangat sakit tiba-tiba. Sukar untuk digambarkan dengan katakata. Kena tuduh saja la ni? Ibu ingat kes serius tadi.

58

Muliati Abdul

Kamilia menggigit bibirnya hingga terasa sakit. Geram sudah menguasai diri. Ibu tak faham apa yang Mila rasa. Mila kena jerkah. Mila kena caci. Mila kena panggil perempuan sundal. Tak cukup dengan itu, Mila kena tampar. Mila tak buat apa-apa pun dengan anak mak cik tu. Jauh sekali nak simpan hati. Mila dengan Doktor Khairyzan sekadar kawan sekerja. Mila tak tahu siapa yang dah bawa berita tak benar tu pada ibu Doktor Khairyzan. Mila lihat ibu Doktor Khairyzan tu sebagai orang tua saja, jadi Mila banyak bersabar. Kalau ikutkan hati Mila memang nak mengamuk. Mila bukan perampas kekasih siapa-siapa, keluh Kamilia panjang lebar akhirnya. Ibu sangat faham, Mila. Memang hati sangat sakit. Lebih-lebih lagi kalau semua tuduhan tu tak benar. Tapi ibu bangga Mila masih fikir ibu Doktor Khairyzan sebagai orang tua yang patut dihormati, ujar Puan Shamsiah sambil menepuk-nepuk bahu anaknya. Ibu selalu pesan sabar itu separuh daripada iman kita pada Allah SWT, kan? Ibu bangga sangat Mila tak cepat melatah dan melenting. Cuma satu saja ibu nak Mila ingat selalu, kalau Mila tak buat perkara tu, kenapa mesti rasa sedih, geram, marah dan sakit hati? Kamilia membisu seribu bahasa. Setiap bicara ibunya menyentuh jauh ke dalam relung hati paling dalam. Tapi semua kat hospital tu nampak apa yang berlaku. Lepas ni mereka pasti pandang serong pada Mila. Padahal Mila tak buat benda-benda mengarut tu semua! Hati Mila ni sakit sangat, ibu. Rasa sakit yang sulit Mila nak gambarkan. Puan Shamsiah masih mengulum senyum tenang. Mulut manusia memang begitu. Kalau Mila buat

59

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

tak tahu saja, lama-lama nanti mereka akan diam. Lagipun Kamilia tak buat perkara tu. Biarlah mereka nak cakap apa pun. Nanti mereka yang malu sendiri tuduh Mila yang bukanbukan. Mila jangan susahkan hati sangat. Bawa bertenang. Bila Mila tenang, Mila dapat berfikir dan buat keputusan. Ibu yakin keputusan tu takkan buat Mila kesal, nasihat ibunya kemudian. Mila mesti faham. Rambut manusia saja sama hitam. Tapi hati lain-lain. Begitu juga kes Mila. Bukan semua orang suka Mila. Ada yang tunggu saja saat kejatuhan Mila. Bila Mila susah mereka akan bersorak riang. Mereka akan sebarkan cerita yang bukan-bukan. Berdepan dengan orang macam ni memang perlukan hati yang kuat. Ibu nak Mila sekuat Hajar dan Sarah. Ibu nak Mila sehebat Fatimah. Kamilia membenamkan wajahnya pada bahu ibunya. Hatinya dipagut rasa sayu mendengar permintaan ibunya. Mila tak sekuat Hajar dan Sarah. Mila lemah bila berdepan masalah kecil begini. Mila juga tak sehebat Fatimah. Mila hanya tahu mengeluh dan takut dengan pandangan orang lain pada Mila. Sebab itu orang selalu kata manusia belajar daripada kesilapan dan pengalaman. Ibu nak Mila jadikan peristiwa ni sebagai pengajaran dan jadi manusia yang lebih bagus dari semalam dan hari-hari sebelumnya. Kamilia mengulum senyum tipis. Dia terasa ingin menangis sepuasnya mendengar usrah ibu kali ini. Tatapannya singgah meneliti seraut wajah tenang ibunya. Dalam hati dia bersetuju kalau ibu pasti sudah banyak pengalaman mengendalikan hal-hal sebegini. Berani kerana benar, Mila. Kalau Mila berada di

60

Muliati Abdul

pihak benar, abaikan mereka semua tu. Biarkan mereka bermain kata. Lama-lama nanti mereka sendiri yang bosan. Mila memang tak rampas siapa-siapa. Cuma ada sedikit salah faham yang mana ibu percaya akan selesai. Mila mesti faham, perkara yang tak benar takkan bertahan lama. Kamilia mengangguk. Sekali lagi dia merangkul tubuh ibunya seerat mungkin. Rasanya dia ingin mencium pipi ibunya beribu kali. Beribu kali tidak cukup. Tapi berjuta kali! Ibu memang selalu yang terbaik. Selalu menjadi pendengar setia keluh-kesahnya. Selalu menjadi penguat semangatnya. Ibu adalah segala-galanya. Terima kasih, ibu. Ibu memang terbaik sejak dulu, kini dan selamanya. Puan Shamsiah ketawa mendengarnya. Ada-ada saja anak perempuannya yang satu ini. Mila cakap betul ni. Tak tipu. Ibu memang terbagus, tersangat dan terpaling bagus! Mestilah. Kalau tak, takkan ibu berjaya besarkan anak perempuan yang sensitif ni. Kamilia menyeringai. Terkena lagi dia. Tapi benar kata ibunya tadi. Dia memang bukan seorang perampas. Jadi tak perlu berfikiran negatif. Kamilia menghela nafas panjang. Sungguh, dia ingin bangun dari runtuhan perasaan. Cinta Doktor Khairyzan akan dia tolak sebaik mungkin esok. Kalau boleh, dia juga tidak ingin melukakan hati siapa-siapa. Lebihlebih lagi kaum sejenisnya.

61

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Bab 8
DAM AHMAD menyandarkan tubuhnya pada kusyen kereta. Sempat dia mengerling Sheila di sisi sambil mengeluh berat. Entah bagaimana, dia kini sudah berada di hadapan HUKM lagi. Percaya atau tidak, dia kalah lagi pada rayuan Sheila. Kalau Badrul tahu dengan siapa dia berada kini, pasti lelaki itu mengamuk besar. Bincang baik-baik dengan doktor perempuan tu. Jangan cepat melatah, pesan Adam Ahmad. Namun Sheila sekadar mengerling sepintas lalu. Risaunya hati Adam Ahmad melihat gelagat Sheila saat ini. Ingin saja dia memecut kereta jauh dari kawasan HUKM ini. Rasa tidak selamat dan terganggu dengan apa yang bermain dalam fikirannya. Tetapi... takkanlah Sheila akan bertindak melulu? Sekali lagi dia mengerling Sheila di sisinya. Wah! Mendung hitam jelas terlihat pada seraut wajah itu. Lebih gelap berbanding sebelumnya. Lantas hati lelakinya pula yang tidak menentu memikirkan nasib doktor perempuan itu nanti.

62

Muliati Abdul

Lagak Sheila sekarang seperti gunung berapi yang menunggu masa terbaik saja untuk meletus lalu meluahkan segala lahar api yang maha dahsyat panasnya. Lalu apa yang patut dia lakukan sekarang? Sheila, saya minta tolong sangat. Tolong jangan buat hal kat sini. Sheila bincang baik-baik dengan doktor tu dulu. Tanya apa sebenarnya hubungan mereka berdua. Siapa tahu mereka berdua hanya kawan. Adam Ahmad masih bermurah hati memberikan nasihat pelembut jiwa. Masih berharap mendung hitam pada wajah Sheila segera berlalu. Tuhan saja yang tahu betapa debaran jantungnya sudah berantakan melayan kerenah Sheila. Saya tahu nak buat apa, Adam. Jangan risau, saya takkan libatkan awak dalam hal ni. Awak setuju temankan saya ni pun saya dah syukur sangat. Adam Ahmad ingin percaya dengan segala luahan kata Sheila. Namun setiap kali memandang Sheila, dia jadi cemas sendiri. Kata hatinya mengatakan jangan percaya pada luahan Sheila. Sheila pasti bertindak melulu! Mana tidaknya, sekejap tadi dia melihat lagak Sheila seperti gunung berapi Pinatubo yang pernah meletus di Filipina dulu. Dan sekarang ekspresi wajah Sheila seperti Pak Belang yang sudah tidak sabar-sabar lagi hendak membaham mangsanya. Ini tidak boleh jadi. Silap-silap dia juga turut terseret sama menjadi mangsa Pak Belang. Amboi... bukan main lagi dia membuat andaian gelagat Sheila sekarang. Tapi percayalah, itulah gambaran paling tepat tentang keadaan Sheila sekarang. Dia sudah terkulat-kulat seorang diri. Melawan kata hati yang mulai berbelah bahagi. Dahsyatnya kalau seorang perempuan sudah hilang kawalan.

63

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Jom, perempuan tu dah masuk. Adam Ahmad menggelengkan kepala. Tiba-tiba dia diburu rasa kesal kerana bersetuju menemani Sheila ke HUKM ini. Sheila, saya harap awak bawa bertenang dan kendalikan hal ini dengan bijak. Jangan jadi macam perempuan bodoh. Jadi awak anggap saya perempuan bodoh? Begitu? tempelak Sheila. Hatinya panas mendengar nasihat Adam Ahmad kali ini. Bukan begitu. Jangan salah tafsir kata-kata saya. Saya tak bermaksud macam tu. Saya cuma harap masalah ni kita boleh selesaikan dengan cara baik. Tak perlu sampai timbul kes serang menyerang, pujuk Adam Ahmad bila menyedari Sheila sudah seperti hilang akal pertimbangan. Sheila membisu. Namun hanya seketika bila dia sudah membuka pintu kereta. Langsung saja meninggalkan Adam Ahmad terkulat-kulat seorang diri di dalam kereta. Adam Ahmad mengeluh keras. Dia turut membuka pintu keretanya. Sheila, panggilnya lembut. Sheila seperti biasa langsung tidak mengendahkan panggilan Adam Ahmad. Tumpuannya hanya pada doktor perempuan perampas itu yang baru saja selesai mengambil fail-failnya dari dalam kereta. Doktor! Begitu lantang sekali suara Sheila memecahkan kesibukan orang ramai di hadapan HUKM. Kamilia menoleh dek kerana rasa terkejut bila saja lengannya dipaut dari belakang. Seorang wanita tinggi lampai sedang menatapnya dengan penuh minat. Di sisi wanita itu

64

Muliati Abdul

berdiri pula seorang lelaki tegap. Juga menyorotnya dengan tajam. Apa pula kali ni? Cik panggil saya ke tadi? Sheila mendengus geram. Pertanyaan Kamilia sesungguhnya hanya menghadirkan rasa geram yang teramat. Ya. Saya yang panggil doktor. Ada satu perkara saya nak bincangkan dengan doktor. Kamilia menatap sekilas jam di tangan. Masih awal. Lalu dia mengangguk setuju dengan permintaan gadis tinggi lampai tersebut. Kita bincang di kedai makan sana, ujar Kamilia kemudian. Tak perlu. Dekat sini pun cukup, bantah Sheila. Nafasnya sudah menderu deras. Kamilia menyorot dua tetamunya itu dengan wajah hairan. Si gadis berwajah garang. Lagak seperti mahu makan orang pun ada. Yang si lelaki lebih tenang dan kelihatan begitu memahami sekali. Ada perkara apa sebenarnya? Saya kenal awak berdua ke? Awak tak kenal. Tapi saya cukup kenal dengan awak. Terlukis kerutan di dahi Kamilia. Mencuba mengingati kalau-kalau dia pernah berselisih bahu dengan mereka berdua di mana-mana. Namun seperti biasa dia gagal. Daya ingatannya sudah sedikit lemah sekarang. Lebih-lebih lagi dia sedang berusaha sekeras-kerasnya untuk melupakan insiden semalam. Insiden paling memalukan!

65

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Saya tak ingat kita pernah jumpa kat mana-mana. Ataupun awak berdua ni waris pesakit saya ke? Sheila sudah bercekak pinggang. Sikap pura-pura tidak kenal Kamilia cukup mencantas kesabaran yang memang sudah tipis dalam hatinya. Lalu tanpa sedar tubuh Kamilia ditolak kasar. Kalau Kamilia tidak segera mengemaskan kedudukan kakinya, pasti dia sudah jatuh terduduk. Apa awak buat ni? Apa masalah awak? soal Kamilia. Dia pun manusia biasa. Kesabarannya pun ada batas. Kalau hanya dia seorang yang menjaga sopan santun pun tidak jadi. Awak ni buat saya sakit hati sangat. Kalau ikutkan rasa hati, sekarang juga saya nak bunuh awak. Biar awak tak pernah wujud langsung dalam dunia ni. Biar awak tak kacau hidup saya lagi. Semakin jelas kerutan di dahi Kamilia mendengar segala tutur kata perempuan tersebut. Wajah resah dan tertekan perempuan itu jelas terlihat pada riak wajahnya saat ini. Awak tahu tak yang saya pun tak ingin jumpa awak. Malah saya sangat benci dengan awak. Tapi disebabkan awak nak rampas Khairyzan, jadi saya terpaksa bertindak. Saya takkan berdiam diri kalau perempuan macam awak ni cuba nak rampas Khairyzan daripada tangan saya. Untuk pengetahuan awak, awak tak layak langsung untuk Khairyzan. Kamilia memejam matanya rapat-rapat. Patutlah dari tadi dia sudah tidak sedap hati hendak ke tempat kerja. Rupa-rupanya ada bala yang datang. Bala salah faham! Sungguh, hatinya masih penat melayani kerenah ibu Doktor

66

Muliati Abdul

Khairyzan semalam. Dan untuk melayani kerenah teman wanita Doktor Khairyzan hari ini, rasanya dia sudah kehabisan tenaga. Kes semalam pun belum selesai dan sekarang datang lagi dua watak baru. Aduh! Kalau begini, lebih baik dia berpindah tempat kerja. Rasanya dia sudah cukup fobia. I believe theres a huge misunderstanding here. Saya berani bersumpah saya bukan teman wanita Doktor Khairyzan. Saya cuma rakan sekerja dia. Tak lebih dan tak kurang langsung. Awak boleh tanya Doktor Khairyzan untuk kepastian. Kalau awak nak saya jauhkan diri daripada Doktor Khairyzan pun saya boleh buat kalau itu yang boleh tenangkan perasaan awak. Saya boleh jamin seratus peratus rasa cinta tak pernah wujud dalam hati saya untuk Doktor Khairyzan. If he is yours, forever will be yours. Sheila ketawa senang. Mungkin doktor itu fikir dia dengan mudah boleh percaya dengan segala tipu helahnya. Minta maaf banyak-banyak. Dia bukan begitu. Awak perli saya ke? Atau sengaja nak bermain kata dengan saya? aju Sheila dengan suara yang mulai keras. Im not. Saya cuma menjelaskan perkara sebenar supaya tak ada salah faham lagi. Saya dengan Doktor Khairyzan memang kawan sekerja. Tolong jangan putar belitkan statement. Saya tak pernah nak perli awak, ujar Kamilia, masih cuba berdiplomasi meskipun sebenarnya teman wanita Doktor Khairyzan yang perlu lebih berdiplomasi. Dia adalah mangsa keadaan di sini. Kalau dah baling batu mesti sembunyi tangan, kan? Sama juga dengan kes awak. Sudah rampas, takkan nak mengaku pula. Awak ingat saya tak tahu dengan helah awak tu?

67

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Helah apa pula ni? Susah sangat ke awak nak faham yang saya ni tak ada hubungan dengan Doktor Khairyzan? Awak hanya buang masa saya sekarang dengan perkara remehtemeh macam ni. Saya harap sangat awak berfikiran lebih matang. Sekurang-kurangnya letak sikit rasa percaya awak pada Doktor Khairyzan. Sikap awak yang macam ini hanya akan buat Doktor Khairyzan kecewa! gerutu Kamilia. Hatinya geram bukan main. Berkali-kali dia memberi penjelasan tapi hasilnya tetap sama. Perempuan yang mengaku kekasih Doktor Khairyzan ini masih juga berkeras menuduhnya perampas. Percayalah, cita-citanya bukan mahu menjadi perampas. Citacitanya adalah menjadi seorang doktor yang berdedikasi terhadap pesakit dan kerjanya. Apa awak cakap?! Saya cakap, Doktor Khairyzan hanya teman sekerja saya. Saya ulang sekali lagi, hanya teman sekerja. Teman sekerja. Tak lebih dan tak kurang. Tolong jangan buat fitnah dengan kata saya nak rampas Doktor Khairyzan. Semua tu tak betul. Awak pun patut fikirkan perasaan Doktor Khairyzan. Tahulah saya jaga perasaan Doktor Khairyzan. Rasanya ingin sekali dia menempelak perempuan di depannya ini. Kalau perempuan itu benar mahu menjaga perasaan Doktor Khairyzan, sepatutnya dia memahami teman lelakinya sendiri. Bukan diburu rasa cemburu yang panjang lalu datang ke sini dengan segala macam tuduhan. Kalau awak tahu jaga perasaan Doktor Khairyzan, hentikan semua salah sangka awak tu. Selagi awak menggatal dengan Doktor Khairyzan, macam mana saya nak hidup tenang? Kamilia mengetap bibirnya kuat-kuat. Rasa sakit hati yang menerjah tangkai hati kian menebal. Kalau boleh,

68

Muliati Abdul

sekarang juga dia ingin perempuan yang mengaku teman wanita Doktor Khairyzan ini hilang dari pandangan mata. Saya tak pernah menggatal dengan Doktor Khairyzan. Awak keluar dengan lelaki lain ni tak dikira menggatal ke? sindir Kamilia semula. Hatinya sedikit puas dapat meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya sejak tadi. Sheila mengetap bibirnya. Sakit hati dituduh curang. Doktor perempuan di depannya ini memang sudah benar-benar melampau. Jangan babitkan rakan sekerja saya pula. Dia cuma temankan saya ke sini, jelas Sheila Oh! Rakan sekerja? Tapi saya tengok macam pasangan kekasih saja, sindir Kamilia lagi. Jangan buat tuduhan melulu. Kami berdua memang rakan sekerja. Adam Ahmad yang terasa hati dengan kata-kata Kamilia mula bersuara. Sorotannya tajam membalas tatapan Kamilia. Pandai pula awak berdua beri penjelasan tentang maksud sebenar rakan sekerja. Okey, saya terima. Jadi sekarang awak berdua dah faham apa maksud rakan sekerja. Jadi dengan besar hati saya maklumkan saya dengan Doktor Khairyzan betul-betul hanya rakan sekerja. Dia senior saya kat HUKM ni. Kami bekerjasama untuk selamatkan pesakitpesakit kami. Section kami pun berlainan. Jadi kami hanya berjumpa masa rehat dan berbincang tentang pesakit masingmasing dan masalah yang dihadapi. Tak ada istilah I love you, you love me langsung. Its all about hows your patient today? Itu saja. Tapi awak memang perampas! jerit Sheila. Kamilia menghela nafas panjang. Tolonglah! Dia sudah lelah memberi penjelasan.

69

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Susah sangat ke awak nak faham? Saya dengan Doktor Khairyzan tak ada apa-apa hubungan istimewa. Saya tak kemaruk lagi nak bercinta. Tolong faham. Saya dengan Doktor Khairyzan rakan sekerja saja. Hanya rakan sekerja. Bukan pasangan kekasih. Kalau awak masih tak percaya, awak boleh tanya Doktor Khairyzan sendiri. Jadi saya harap sangat, jangan ganggu hidup saya lagi. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu. Saya ada pesakit sedang tunggu kat hospital. Jangan buat saya macam orang bodoh. Berlagak macam perempuan baik-baik. Tapi sebenarnya awak perampas! jerit Sheila Ada baiknya kita tanya Khairyzan dulu, pujuk Adam Ahmad. Nak tanya apa lagi, memang dah jelas perempuan ni yang gatal sangat nak rampas Khairyzan daripada tangan saya, tempelak Sheila. Kamilia mengeluh berat. Enggan percaya insiden semalam berulang lagi. Jeritan Sheila tadi sudah mengundang perhatian orang ramai. Namun dia terpaku bila Sheila meluru ke arahnya pada kelajuan 120km/jam. Sepasang kakinya longlai untuk melangkah pergi. Hanya menunggu Sheila datang padanya. Apa awak cuba buat ni? jerkah Doktor Khairyzan yang entah muncul dari mana. Tangan Sheila yang sudah bersedia untuk melancarkan serangan sudah ditangkap. Kemudian tanpa ampun lagi tubuh Sheila terhuyunghayang setelah ditolak ke tepi oleh Doktor Khairyzan. Mujur tubuhnya sempat ditahan oleh Adam Ahmad yang juga masih terkejut dengan segala tindakan berani Sheila tadi. Sheila teresak. Lengannya masih terasa perit dek cengkaman tangan Doktor Khairyzan tadi. Kepalanya masih

70

Muliati Abdul

berdengung. Sampai hati Doktor Khairyzan menolak tubuhnya begitu saja. Sudah jelas sekarang, mereka berdua memang ada hubungan. Kalau macam inilah perangai awak, saya memang dah buat keputusan terbaik. Minta maaf, hubungan kita sampai setakat ini saja. Kita berdua tak sesuai. Khairyzan, saya sayangkan awak! tinggalkan saya untuk perempuan tak guna tu. Jangan

Diam Sheila! Jangan hina Kamilia depan saya lagi. Awak tak layak! Sebelum awak nak hina orang, awak cermin diri awak tu sendiri dulu. Nilai apa baik dan buruk. Dan lepas ni jangan pernah muncul depan keluarga saya dan Kamilia. Saya tak suka perempuan yang suka menghasut ibu saya sampai ibu saya buat tindakan melulu. Saya tak pernah buat macam tu pun. Jadi apa awak cerita pada ibu saya? Sheila terdiam. Hanya air matanya yang menitis laju. Saya sayangkan awak. Sudahlah Sheila. Sayang awak susah saya nak percaya. Doktor Khairyzan berlalu pergi. Meninggalkan Sheila bersama tangisnya. Adam Ahmad di sisi Sheila sudah diam tidak berkata. Dia kasihan dengan nasib yang menimpa Sheila. Dia hanya mampu memujuk dan memberi nasihat pada temannya itu. Sebelum berlalu sempat dia mengerling figura doktor perempuan tadi. Terbit rasa belas dalam hati. Entahlah!

71

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Bab 9
AMILIA menghayun langkah paling deras di tengah-tengah kesibukan orang ramai di HUKM. Dia enggan berpaling lagi. Dia ingin segera lupa pada wajah-wajah yang mengundang duka itu. Cukuplah rasa malu yang dipikulnya ketika ini. Jangan ditambah lagi. Tetapi Doktor Khairyzan tidak pernah mahu mengerti rasa hatinya. Lelaki itu seperti biasa memanggil namanya di tengah-tengah kesibukan itu. Dan apabila dia tidak memberi sebarang reaksi, tidak sampai sepuluh saat lelaki itu sudah tercegat di depan mata. Menghalang terus langkah kakinya. Nafasnya dihela dalam-dalam. Mencari kesabaran diri yang kian hilang. Kita bincang baik-baik ya, pinta Doktor Khairyzan. Begitu berhati-hati. Begitu lembut. Begitu berharap supaya Kamilia mendengar isi hatinya kali ini. Namun segalanya hambar di telinga Kamilia. Kalau boleh, sekarang juga dia ingin Doktor Khairyzan lesap. Biar dia bebas dari bayangan lelaki itu! Lebih baik awak pujuk dia daripada saya. Shes your girlfriend. Saya tak nak timbul salah faham lagi. Saya

72

Muliati Abdul

dah penat kena tuduh perampas kekasih orang. Saya tak buat kerja-kerja macam tu. Keluarga saya tak pernah ajar saya jadi perampas kekasih orang. Terlukis kerutan di dahi Doktor Khairyzan mendengar kata-kata yang baru saja lahir dari bibir Kamilia. Dia termangu. Sedikit cemas memikirkan cara untuk membuat hati Kamilia dekat padanya. Saya tak cintakan dia. Saya tak pernah cintakan dia langsung. It was my mothers arrangement. Begitu jawapan balas Doktor Khairyzan yang membuat Kamilia setengah tidak percaya. Baguslah kalau begitu. Just follow the flow, Doktor Khairyzan. Dan semuanya akan selesai. Doktor Khairyzan hidup bahagia dan saya pun boleh hidup dengan tenang semula. Great deal, right? It was a disaster deal, Kamilia, bantah Doktor Khairyzan. Hatinya enggan menerima segala cadangan Kamilia yang hanya membuat dia semakin jauh untuk meraih cintanya sendiri. Kamilia menggigit bibir. Mencuba sedaya upaya menyabarkan hatinya. Bukan senang hendak memujuk hati Doktor Kamilia Bahari. Tuan punya badan pun kadangkala tewas. Apa yang awak nak buat sekarang? Awak pilih nak kusutkan lagi keadaan atau awak nak jernihkan suasana? soal Kamilia akhirnya setelah berjaya menyabarkan hatinya sendiri. Jangan pandang saya macam tu. Sesiapa pun pasti terluka kalau menerima pandangan sebegitu. Saya tak pernah sekali pun berhenti berharap yang satu hari nanti awak akan pandang saya dengan sejuta cinta dan bukan sejuta kebencian macam sekarang.

73

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Tolonglah faham saya, Doktor Khairyzan. Masalah ni kecil saja. Timbul pun sebab salah faham. Apa kata awak selesaikan dengan teman wanita awak baik-baik. Jangan susahkan hidup saya lagi. Saya dah penat. Minta maaf, saya tak dapat buat semua tu. Kamilia merenung Doktor Khairyzan sebelum kembali mengayun langkah deras. sekilas

Saya sayangkan awak, Kamilia! Demi Allah, saya tak pernah lagi jatuh cinta dengan seorang perempuan yang hati saya betul-betul sayang. Sebelum ni saya tak pernah rasa macam apa yang saya rasa sekarang. Hati saya damai sangat bila teringatkan awak. Hati saya tenang bila jumpa awak. Lantangnya suara Doktor Khairyzan sudah berjaya membuat sekujur tubuh Kamilia menggigil hebat. Berpasangpasang mata sudah menjadikan dirinya medan tumpuan. Lebih parah bila ada beberapa doktor dan jururawat yang dia kenal sudah mula berbisik sesama sendiri. Ya Allah, kenapa dengan Doktor Khairyzan? Apa lagi yang dia mahu sebenarnya? Bisik hati Kamilia. Sungguh, dia makin keliru dengan segala macam persoalan hati. Pandang saya, Kamilia. Saya takkan pendam lagi apa yang saya rasa terhadap awak. Perlukah saya bersumpah, melutut depan awak dan berikrar hanya awak dalam hati saya sekarang? soal Doktor Khairyzan. Suaranya mulai mendatar. Kamilia yang mendengar segera berpaling. Tatapannya bertaut dengan renungan sayup Doktor Khairyzan. Sesungguhnya dia juga sudah buntu untuk memberi penjelasan pada Doktor Khairyzan. Dia hanya mahukan kehidupannya yang dulu. Yang bebas daripada masalah cinta seperti sekarang. Dahulu hidupnya penuh dengan warna-warna

74

Muliati Abdul

bahagia. Sekarang segalanya sudah bertukar mendung hitam. Dia malu, geram, sakit hati dan segan dengan segala peristiwa cinta yang melanda dirinya minggu ini. Dia sudah letih. Sudah lelah dan sangat penat untuk berdepan dengan masalah cinta sebegini. Tolong hantarkan dia seorang doktor pakar cinta! Kali pertama berjumpa hati saya awak dah curi, Kamilia. Bukan saya tak pernah menghindar. Bukan sekali dua saya cuba bunuh rasa cinta dalam diri saya, tapi saya tak berdaya. Rasa cinta makin kuat dari sehari ke sehari. Saya cuma manusia biasa. Selama mana pun saya bersabar, pendam semua rasa cinta saya, tapi semua tu akan terbongkar juga. Lekas-lekas Kamilia menggelengkan kepalanya. Enggan mendengar cerita daripada Doktor Khairyzan. Lebihlebih lagi cerita yang berkaitan dengan soal hati. Tolonglah! Dia belum cukup kuat menangani isu jatuh cinta, jatuh hati, jatuh suka dan segala macam jatuh yang berkaitan dengan cinta antara lelaki dan perempuan. Weve already discussed this, Doktor Khairyzan, and the matter is closed. I never agree that matter between us is closed and you know that too. Jatuh cinta dengan awak telah mengubah hidup saya seratus peratus. Awak buat saya kenal rasa rindu dan cemburu, Kamilia. Saya tak dapat pendam lagi rasa cinta saya bila keluarga saya mula campur tangan. Saya sayangkan awak. Sangat-sangat sayangkan awak. It was your hand that I wish to hold for the rest of my life. I love you, Kamilia. I love you beyond my imagination. I have loved you, I think, ever since the moment I first saw you here. Kamilia membisu seribu bahasa. Dia ingin berkata

75

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

sesuatu namun segalanya sudah tersekat di kerongkong. Tapi percayalah, mendengar cerita Doktor Khairyzan sedikit menenangkan hati. Hairan! Tadi dia ingin bebas daripada masalah cinta. Tapi saat ini hatinya menjadi rawan. Apa sudah jadi? Nafasnya sesak tiba-tiba hingga dia gagal membuat pertimbangan rasional. Tak puas lagi awak malukan saya? aju Kamilia tiba-tiba. Suaranya sengaja dikeraskan. Kemudian terus melangkah pergi meninggalkan Doktor Khairyzan yang terpaku di tempatnya berdiri. Langsung tidak bergerak-gerak. Akhirnya Doktor Khairyzan meraup rambutnya. Lidahnya kelu. Hatinya buntu. Mindanya sesak memikirkan cara untuk membuat Kamilia sayang padanya. Dan kemudian barulah dia tersedar. Orang ramai sudah berhenti dan menjadi penonton setia pada drama cinta yang diciptanya tadi. Patutlah Kamilia melenting, bisik lelaki itu kemudian sambil mengulum senyum tipis pada orang ramai yang memandangnya. Rasa malu pun ada. Maklum, pengakuan cintanya tidak berbalas. Malah Kamilia sudah pergi meninggalkan dirinya seorang diri. Kamilia menyentuh dadanya. Debaran masih jelas terasa. Sungguh, dia malu diperlakukan begitu di khalayak ramai. Sungguh, hatinya terbersit melihat keikhlasan di mata lelaki itu tadi. Tapi sungguh, dia juga tidak mahu dituduh perampas kekasih orang lagi! Saya dah agak Doktor Khairyzan memang ada hati dengan doktor. Saya dah lama tahu. Tapi saya tak jangka langsung Doktor Khairyzan tu romantik orangnya. Sweet sangat-sangat! Suara jururawat pelatih yang menyapa membuat pipinya hangat membahang. Entah apa yang

76

Muliati Abdul

berlaku. Tiba-tiba saja dia diserang simptom-simptom seperti seorang gadis yang sedang dilamun cinta. Gila! Belum sampai tingkat tiga Kamilia sudah keluar dari lif. Rasanya dia tidak mampu menjawab segala asakan jururawat di dalam lif tadi. Ini semua Doktor Khairyzan punya angkara. Tahniah, Kamilia. Saya doakan yang terbaik untuk awak dengan Doktor Khairyzan. Perfect match, dear! Doktor Maznah, seniornya sudah mengucapkan kata tahniah. Lengkap dengan pelukan sekali. Tolonglah! Semua ini salah faham sahaja. Dia dan Doktor Khairyzan belum sah sebagai pasangan kekasih. Nanti jangan lupa hantar kad undangan, sampuk Doktor Arif pula. Kamilia hanya mampu mengulum senyum tipis. Kemudian tanpa membuang masa dia kembali memasuki lif. Ternyata dia salah menilai, di dalam lif dia terus diserang dengan asakan ucapan tahniah. Rasanya seluruh kakitangan HUKM sudah tahu cerita antara dia dan Doktor Khairyzan. Tapi cerita sebenarnya dia dan Doktor Khairyzan tetap tidak ada hubungan istimewa langsung! Akhirnya setelah lemas dengan segala macam ucapan tahniah dan pelukan, dia selamat sampai di biliknya. Tapi nasibnya memang malang hari ini. Di muka pintu sudah tercegat tubuh tinggi lampai Doktor Khairyzan. Saya dah tak larat, Doktor Khairyzan. Bagi saya rehat. Jangan semakkan otak saya lagi. Saya tak boleh terima awak. Sebab Sheila dan ibu saya?

77

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Kamilia terdiam. Lidahnya kelu untuk memberi jawapan pada soalan Doktor Khairyzan. Hatinya ingin berkata tidak, tapi mindanya memilih jawapan ya. Lantas jawapan apa yang perlu dia berikan? Terima kasih, Kamilia. Jangan risau, Saya akan bahagiakan hidup awak. Itu janji saya pada awak, ujar Doktor Khairyzan tiba-tiba sebelum melangkah pergi dengan senyuman di bibir. Nanti dulu. Apa maksud awak tadi? Jawapannya ada dalam hati awak. Terima kasih sebab beri sedikit ruang untuk saya dalam hati awak. Kamilia ketawa kecil. Doktor Khairyzan bijak bergurau juga rupanya. Awak cakap apa ni? aju Kamilia semula. Saya cakap awak juga sukakan saya. Rest assured Doktor Kamilia. Saya akan bincang baik-baik dengan ibu saya. Lepas ni istilah perampas kekasih orang takkan wujud lagi. Tapi istilah Kamilia kekasih Khairyzan akan wujud. Begitu jawapan Doktor Khairyzan yang membuat Kamilia terdiam cukup lama. Dia terbata sendiri. Dan apabila dia tersedar semula, Doktor Khairyzan sudah melangkah pergi. Kalau awak buat begitu, saya akan berhenti kerja. Ugut Kamilia, sedikit teragak-agak. Namun yang menyakitkan hati bila Doktor Khairyzan sekadar membalas dengan senyuman lebar di bibir. Sudahnya Kamilia menyandarkan tubuhnya di dinding. Hari cinta Doktor Kamilia, bisik Kamilia. Nafas

78

Muliati Abdul

yang dihela terasa cukup panjang. Sedang hati di dalam sudah dilanda kegalauan maha dahsyat. Amboi Kamilia Hati galau ke hati berbungabunga ni? Baik cakap terus terang. Jangan bohong!

79

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Bab 10
DAM AHMAD menekur kepalanya. Sesekali dia berdeham melegakan kerongkong yang dirasakan agak perit dek penangan penghawa dingin yang terpasang di dalam pejabatnya. Lelaki itu puas menebarkan pandangan. Berusaha keras mengusir bayangan doktor di HUKM itu. Sepatutnya dia lebih prihatin terhadap Sheila, kerana Sheila adalah teman sekerjanya. Dan bukan prihatin terhadap doktor HUKM itu yang dia sendiri belum kenal asal usul. Duhai hati, apa sebenarnya yang kau inginkan? Mari cerita pada aku. Beritahu aku apa yang mengganggu? Kalau kau tak sudi cerita, aku pun takkan tahu. Adam Ahmad mulai menyoal hatinya sendiri. Tapi sungguh, hatinya sangat degil hari ini. Soalannya langsung dibiarkan tanpa jawapan. Pintu yang tiba-tiba saja dibuka dari luar membuat Adam Ahmad nyaris melatah. Sepasang matanya terbuka luas. Lagak seperti baru terserempak hantu pula. Agak lama dia berkeadaan begitu sebelum kembali normal.

80

Muliati Abdul

Badrul sudah lama menahan tawa melihat telatah temannya yang satu itu. Entah apa pula yang mengganggu fikiran Adam Ahmad kali ini hingga tidak sedar pintu biliknya sudah diketuk bertalu-talu. Bukan main lagi Adam Ahmad melamun ya! Sampai lupa alam sekeliling. Lihat saja riak muka Adam Ahmad sekarang. Macam baru lepas kena sampuk. Macam orang angau pun ada. Apa pula kali ni bro? Lain macam sangat dah aku tengok muka kau tu. Macam ayam berak kapur pun ada sikitsikit. Ayam berak kapur apa pula? Cakap baik-baik sikit, bro. Sekali aku mercok kau juga yang merana, ugut Adam Ahmad. Dia pura-pura menyibukkan diri. Enggan Badrul membaca isi hatinya saat ini. Bukan dia tidak tahu. Badrul itu pintar sekali membaca isi hatinya. Mercoklah. Sikit pun aku tak takut. Hendak juga aku tengok kalau kau mercok sampai tahap mana. Agak-agak ada sampai belasah orang tak? Kalau ada, aku jaga perkataan aku sekarang, balas Badrul selamba. Masih lagi menahan tawanya daripada meletus. Kening Adam Ahmad sudah terjongket sebelah. Sudahnya dia hanya mengomel seorang diri. Menangani Badrul perlukan cara yang luar biasa istimewa. Kalau tidak beginilah, dia juga yang terkulat-kulat seorang diri. Apa dah jadi ni bro? Usik sikit pun terus ugut nak mercok. Siapa pula yang dah ganggu ketenangan jiwa kau tu? Apa dia dah buat kali ni? Cuba cerita sikit pada aku. Adam Ahmad mengangkat wajah. Kalau dia bercerita perkara sebenar, dengan yakin dia boleh menyatakan bahawa Badrul pasti mengamuk. Tapi bukan dia sengaja melibatkan diri dalam kes Sheila. Sedar-sedar dia sudah

81

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

berada di depan HUKM. Jadi hendak salahkan siapa kalau sudah begitu? Tidak punya jawapan, Adam Ahmad akhirnya menggaru sikunya yang tidak gatal. Gelagatnya kian mengundang rasa curiga Badrul. Lelaki itu menatap penuh rasa tanda tanya. Akhirnya dia menghampiri Adam Ahmad. Menarik kerusi lantas duduk di hadapan Adam Ahmad. Jangan sorokkan apa-apa pada aku. Baik kau cerita sekarang. Cerita apa pula ni? aju Adam Ahmad dalam usahanya menghalang Badrul daripada mencungkil rahsianya. Betul ke ni tak ada cerita? soal Badrul lagi. Kali ini dia sudah menyorot tajam teman serumahnya itu. Adam Ahmad memilih untuk diam membisu. Dia membuka fail kerjanya lantas meneliti satu per satu laporan yang dihantar oleh rakan sekerjanya yang lain pagi tadi. Jangan-jangan kau bercinta dengan Sheila, tak? duga Badrul, penuh serius. Hesy! Apa yang kau merepek tu? Aku dengan Sheila? Takkan mungkin, gumam Adam Ahmad. Tumpuannya tidak lagi pada laporan kertas kerja, tapi pada Badrul. Meletus juga tawa Badrul. Mana tidaknya cara Adam Ahmad yang begitu beria-ia sekali menafikan telahannya tadi. Tahu pula takut Si Adam ini. Habis tu, yang kau ligat sangat teman Sheila sampai ke HUKM tu apa kes? Percayalah, dia mati kutu bila Badrul bertanyakan soalan tersebut. Bagaimana ya dia hendak mengelak? Siapa

82

Muliati Abdul

pula yang begitu murai hingga menghebohkan berita dia menemani Sheila ke HUKM pada Badrul? Jangan percaya sangat cakap orang. Tak payah nak tukar topik. Just straight to the point. Apa sebenarnya hubungan kau dengan Sheila ni? Kalau bukan kerana sayang, kau takkan bersusah payah teman Sheila. Kalau sekali aku boleh terima, tapi ini sudah berkalikali. Mana ada berkali-kali. Baru dua kali. Aku ikhlas nak tolong Sheila berbaik-baik semula dengan teman lelaki dia. Jadi betullah doktor perempuan tu cuba nak rampas teman lelaki Sheila? Diam lagi. Adam Ahmad ragu-ragu untuk memberikan jawapan. Tanpa sedar juga, dia sudah membuka isi hatinya lagi. Badrul memang bijak memancing hingga dia membuka rahsia tanpa disedari. Kau yakin doktor perempuan tu memang nak rampas teman lelaki Sheila? ulang Badrul sekali lagi. Wajahnya penuh minat untuk mendengar kisah Adam Ahmad kali ini. Kalau dulu memang Adam Ahmad yakin doktor perempuan itu cuba merampas teman lelaki Sheila, tapi kini hatinya berbelah bahagi. Penjelasan panjang lebar doktor itu kelmarin sedikit memberi kepercayaan padanya bahawa doktor perempuan itu bukan perampas seperti yang didakwa oleh Sheila. Entahlah Badrul. Dari penjelasan doktor perempuan tu semalam, katanya mereka berdua rakan sekerja aje. Tapi tak tahulah betul atau tak. Manalah tahu dia sengaja nak tutup hubungan dia dengan Khairyzan tu.

83

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Aku tak kisah semua tu. Yang aku kisah dan risau silap-silap kau pula yang kena tuduh cuba rampas Sheila daripada teman lelaki dia. Masa tu kau tahulah langit ni tinggi ke rendah. Adam Ahmad menelan air liur yang dirasakan pahit tiba-tiba. Tapi aku tak buat apa-apa. Pegang tangan dia memang pernah. Pegang kepastian. tangan dia? soal Badrul meminta

Tapi semua tu tak disengajakan. Bukan aku yang pegang dulu. Tapi Sheila. Itupun sebab nak buat teman lelaki dia cemburu. Badrul menepuk dahinya. Aku rasa kau ni dah parah. Tanya hati kau betul-betul, kau sayang Sheila tak? Tidak, balas Adam Ahmad sambil menggelengkan kepala. Kalau begitu dengar nasihat aku ni. Hendak tolong kawan pun biar berpada. Kalau sudah ke arah yang entah apaapa, baiklah kau berundur sebelum diri sendiri yang terkena. Adam Ahmad diam membisu. Memang kata-kata Badrul ada benarnya. Mungkin dia perlu mula belajar menolak permintaan Sheila andai sudah berlebihan. Lupakan tentang Sheila. Aku pun tahu Sheila bukan taste kau, kan? Kau suka perempuan yang pandai berdikari, tak cepat melatah, tenang dan berfikiran matang. Betul tak? Adam Ahmad menyeringai lantas mengangguk pasti. Jadi perempuan yang kau kenal minggu lepas tu macam mana? Okey? Siapa namanya? Mastura, kan?

84

Muliati Abdul

Kalau tadi Adam Ahmad menyeringai, kali ini dia tercengang. Wah! Badrul seperti ibunya di kampung pula. Kalau soal teman hidup, laju saja bertanya itu dan ini. Kalau boleh agaknya, Badrul mahu dia menikah malam ini juga! Mastura tu? Tak lulus. La... kenapa boleh jadi macam tu pula? Mastura tukan cantik. Taklah cantik. Biasa-biasa aje. Tapi dia yang perasan cantik sangat macam Jennifer Lopez. Kerek habis! Badrul ketawa kuat mendengar kata-kata yang baru lahir dari bibir Adam Ahmad. Kalau perkataan kerek sudah keluar, bererti teruk sangatlah Si Mastura itu. Dia buat apa aje kat kau sampai kau label dia kerek ni, bro? Macam mana aku tak label dia kerek, aku uji dia sikit aje dia dah tunjuk belang. Kau uji apa ni? Aku cakaplah aku ni kerja kilang aje. Fuh! Terus dia pandang aku sebelah mata. Cepat-cepat dia nak minta diri. Aku layankan aje. Hah! Perempuan macam tu pun ada? Ada. Mastura itulah. Lepas tu aku ada telefon dia, hantar SMS semua, tapi satu haram pun dia tak balas, cerita Adam Ahmad tidak puas hati. Kacak saja tak cukup zaman sekarang ni. Poket pun mesti penuh. Tak tahulah aku dengan perempuan zaman sekarang ni. Hendak yang berduit aje. Biasalah. Habis, kau nak lepaskan sajalah Mastura tu.

85

Cinta Si Ikan Buntal & Si Kambing Liar

Daripada merana di kemudian hari, baiklah aku lepaskan diri cepat-cepat. Tapi yang kelakar minggu lepas masa aku dan Kevin ke pejabat Mastura, terkejut juga dia bila nampak aku. Tak sampai dua minit lepas perbincangan kami selesai, telefon aku dah berbunyi. Mastura telefon kau semula? Yup. Tapi aku buat tak tahu aje. Perempuan macam tu tak boleh hidup susah. Asal susah sikit aje, tanpa fikir panjang terus dia tinggalkan aku. Yang kau pun satu, pergi mengaku pekerja kilang tu siapa suruh? Memanglah Mastura tu angkat kaki. Cuba kalau kau mengaku Executive Mining Analysis kat Petronas, memang confirm Mastura layan kau macam menatang minyak yang penuh. Tak naklah aku. Buatnya aku tiba-tiba susah, terus dia cakap sayonara. Kalau boleh aku nak seorang isteri yang faham aku. Walaupun aku jatuh miskin, dia masih kat sisi aku bagi sokongan seratus peratus. Perempuan macam itu yang aku nak cari sekarang. Betul tu. Aku sokong dengan pendapat kau, bro. Kau macam mana pula? Dah declare dengan Maya? Hesy! Awal lagi. Masih dalam proses kenal hati budi. Jangan tunggu lama-lama. Nanti lama-lama dia diambil orang. Takkan diambil orang. Maya dah syok gila dengan aku. Susah cakap dengan jejaka perasan ni. Gerutu Adam Ahmad sendiri sebelum melangkah keluar mencari

86

Muliati Abdul

mesin fotostat. Tetapi sebenarnya dalam hati dia menghela nafas lega. Dia berjaya membuat Badrul lupa pada kisahnya menemani Sheila. Juga kisah doktor perempuan bermata cantik itu.

87

No. ISBN:- 978-967-5067-93-8 Jumlah muka surat:- 448 Harga Runcit:- S/M: RM18, S/S: RM21 Harga Ahli:- S/M: RM14, S/S: RM17 Sinopsis:Permusuhan yang terjadi semenjak di zaman persekolahan berlarutan sehingga masing-masing sudah menginjak ke alam dewasa. Adam yang boroi mendapat gelaran si ikan buntal daripada Kamilia yang digelarnya kambing liar. Keadaan semakin tegang apabila ibu Adam dan nenek Kamilia sepakat untuk menyatukan mereka dengan ikatan perkahwinan. Keegoan Adam dan kecurigaan Kamilia menyebabkan mereka rela mengekang perasaan masingmasing yang sememangnya sudah bergetar di antara satu sama lain.

Kehadiran Doktor Khairyzan yang menagih kasih Kamilia menyebabkan Kamilia tersepit di antara dua pilihan. Sheila yang gigih meraih cinta Doktor Khairyzan menggunakan Adam demi mencapai matlamatnya. Masing-masing salah faham di antara satu sama lain. Adam ingatkan Kamilia cuba merampas Doktor Khairyzan daripada Sheila. Kamilia pula beranggapan Adam adalah teman lelaki Sheila. Apakah kesudahan cinta si ikan buntal dan kambing liar ini? Berjayakah Doktor Khairyzan memperisterikan Kamilia? Berjayakah Sheila bersatu dengan Doktor Khairyzan? Adam? Siapakah yang bakal dipilihnya untuk menjadi suri hidupnya? Kamilia, si kambing liar ataupun Sheila? Aku bukan Hawa yang diciptakan untuk Adam. Aku hanya Kamilia. Tapi tidak salahkan, kalau kali ini Kamilia diciptakan untuk Adam? Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan CINTA SI IKAN BUNTAL & SI KAMBING LIAR di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan

dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196