Anda di halaman 1dari 21

KPLI-KDC-PEM 1

K2______________________________________________________

1.0 PENGENALAN
Profesion Keguruan Dalam Pembinaan Negara Bangsa
1.1 Definisi dan Konsep keguruan

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa


jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia,
masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling
utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu
dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi
semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan
martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke
tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan
Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri
Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

Mengikut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang


memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam
bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain.
‘keguruan’ pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab ( kerjaya)
sebagai guru.

. Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa


profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat
dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi gurunya dalam pembinaan
negara bangsa itu sendiri.

Di sini maksud Etika membawa maksud :


1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan
(Dewan Bahasa & Pustaka, 1995)
2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).

PNBM/
IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
KPLI-KDC-PEM 2
K2______________________________________________________

3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion


terhadap masyarakat.
4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul
berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

1.2 Maksud Etika Profesional


Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti,
produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan
memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan
peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta
tingkah laku profesion dalam masyarakat.

Skop Etika Profesional


1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal
yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dan
lain-lain.
2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang
bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.
1.3 Etika Perguruan
Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap
masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.
Kepentingan Etika Guru
Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion
perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:
1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku
dalam profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk
dan diamalkan oleh guru.
2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab
guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih
faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Atau dengan perkataan

PNBM/
IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
KPLI-KDC-PEM 3
K2______________________________________________________

lain etika keguruan bermaksud tugas hakiki guru yang menekankan dua
amanah penting iaitu konsep ibadah dan pembangunan insan.
3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini
menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. –
Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini
ataupun di negara lain.
4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod
ini dapat dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat
menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan
dikuatkuasakan.
5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion
perguruan secara hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat
untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan
menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah
organisasi. – Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara
kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk
tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli
dalam organisasi (INTAN, 1991).
Oleh yang demikian, adalah penting setiap guru di Malaysia wajib
memahami kod etika perguruan sebagai landasan dan arah pandu dalam
membangunkan negara bangsa.

PNBM/
IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
KPLI-KDC-PEM 4
K2______________________________________________________

1.4 Konsep Negara bangsa

Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang


berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina
Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat
patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era
globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas
bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai,
budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.
Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks
Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut:

“...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta


menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu
mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-
kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya
berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah
Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang
tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad Melangkah Ke Hadapan, 1991)

Menurut kamus dewan edisi ketiga pembinaan bermaksud


pembangunan, negara bermaksud sesuatu masyarakat yang menduduki
kawasan tertentu dan diperintah oleh sesebuah kerajaan dan bangsa pula
bermaksud kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Oleh
itu, pembinaan negara bangsa bermaksud pembangunan sesuatu
masyarakat dalam sesebuah negara. Negara berbilang kaum dan agama
pula bermaksud sesebuah kerajaan yang mempunyai penduduk yang
terdiri daripada berbagai-bagai suku bangsa dan kepercayaan. Manakala
perkongsian nilai memberi maksud hidup bersama-sama dalam suatu sifat
ketinggian pemikiran kemasyarakatan. Semangat patriotisme pula
merujuk kepada perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air.

PNBM/
IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
KPLI-KDC-PEM 5
K2______________________________________________________

Keseluruhannya, frasa tersebut bermaksud pembangunan sesebuah


masyarakat yang terdiri daripada berbagai-bagai suku bangsa, hidup
bersama-sama dalam suatu ketinggian sifat serta perasaan cinta yang
kuat terhadap tanah air bagi memajukan negara Malaysia yang tercinta.

Teras strategik PIPP yang pertama ialah membina Negara Bangsa. Dalam
usaha itu, kementerian berhasrat untuk membangunkan warganegara
daripada awal persekolahan dengan ciri glokal, patriotik dan cintakan
negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian
bangsa.
Glokal di sini adalah gabungan antara dua perkataan iaitu global dan
lokal. Global bermaksud antarabangsa, internasional dan menjangkau
seluruh dunia. Lokal adalah nasional, tempatan, dalam negara kita ini.
Masyarakat Glokal yang kita impikan dan hasratkan ialah Masyarakat
yang berakar nasional dan berakal internasional.

Jelas sekali teras strategik PIPP yang pertama adalah usaha menyemai
dan memperkukuhkan semangat patriotisme dan sayangkan tanah air.
Pembinaan negara bangsa adalah satu elemen amat penting dalam
kejayaan negara. Fokus kementerian dalam membina negara bangsa
mencakupi usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, memantapkan
perpaduan dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap
seni, warisan dan budaya bangsa.
Akhir sekali ialah memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan
Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran dan kehidupan. Ternyata
semua tanggungjawab bagi mencapai kejayaan objektif PIPP yang
pertama ini tergalas di bahu seorang guru. Tentunya guru-guru perlu
mempunyai semangat yang luar biasa di samping mempunyai ciri-ciri
dalaman keperibadian yang unggul sebelum mendidik keperibadian anak
murid bagi pembinaan negara bangsa.

PNBM/
IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
KPLI-KDC-PEM 6
K2______________________________________________________

Malaysia kini sedang memasuki fasa 15 tahun kedua ke arah mencapai


wawasan 2020. Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi
sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu ingin mencapai
kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, dan
kebudayaan. Malaysia juga berhasrat menjadi sebuah negara yang
masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi,
berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika serta menikmati
kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian
ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan makmur, serta menguasai
ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan.
Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri
Malaysia yang keempat (1991), berhasrat menjelang tahun 2020,
Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu padu dengan
masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-
nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah
masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan
saksama ekonominya, progresif dan makmur, dan sepenuhnya
menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta
mempunyai daya ketahanan.

Justeru, dalam usaha untuk mencapai wawasan membina negara bangsa


semua pihak harus bersatu padu dan bekerjasama. Pendidikan
memainkan peranan yang penting dalam melahirkan pelajar dengan ciri-
ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia.

PNBM/
IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
KPLI-KDC-PEM 7
K2______________________________________________________

2.0 Peranan dan tangungjawab guru membina negara berlandaskan


etika agama dan nilai.

Peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang


besar dan mendalam dalam diri setiap individu itu. Dari kecil hinggalah
menjawat jawatan yang hebat, semua itu adalah hasil ajaran dan didikan
guru di sekolah, pun begitu, dunia hari ini semakin maju dan bergerak
pantas seiring dengan era ledakan maklumat ini, guru tidak terkecuali
merasai tempiasnya. Peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh guru
semakin mencabar seiring kehendak kerajaan dan PIPP nya yang kita
sedia maklum.
FPK ( Falsafah Pendidikan Kebangsaan ), Rukun Negara, Wawasan
2020, PIPP ( Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ) dan Misi
Nasionalnya, semuanya menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan
atau dengan kata lain pendekatan dari segi agama haruslah menjadi
perkara yang ‘ first and foremost’ dalam diri seorang individu yang
bergelar guru itu. Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru dapat
meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan dalam diri pelajar. Perkara ini
menjadi lebih dan kritikal dalam kehidupan pada era globalisasi.
Maksudnya, kehidupan yang terlalu bersifat materialistik,
teknologi,kemewahan dan hiburan boleh menjejaskan keinginan manusia
kepada Tuhan. Dalam keadaan kekosongan inilah guru boleh membina
kekuatan dalaman iaitu kerohanian menerusi aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan suci akan membina intelek
yang sihat, emosi yang stabil dan jasmani yang sejahtera. Keharmonian
dan keseimbangan potensi rohani, intelek, emosi dan jasmani akan
menyubur dan meningkatkan kepercayaan pelajar kepada Tuhan.
Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan jika guru
menjalankan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat membangunkan
insan.

PNBM/
IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
KPLI-KDC-PEM 8
K2______________________________________________________

2.1 Pendidikan akhlak asas pemilihan dan amalan nilai


Hari ini masalah nilai menjadi krisis sejagat dan global. Tanpa bimbingan
dan asuhan guru, pelajar mudah memilih dan mengamalkan nilai yang
bertentangan dengan agama, budaya, adab sopan, moral dan disiplin
sekolah. Arus teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin menggila
memudahkan lagi pelajar terjebak dengan nilai negatif. Di sinilah kita
memerlukan pendidikan akhlak iaitu pendidikan yang dapat membina
keyakinan, kefahaman, penghayatan dan pengamalan nilai murni yang
terkandung dalam ilmu wahyu iaitu Al –Quran dan As-sunnah. Terlalu
banyak nilai murni yang selaras dengan fitrah insan terkandung dalam
ilmu wahyu. Guru boleh merujuk pada nilai berkenaan dan seterusnya
membina nilai positif yang diinginkan menerusi pengajaran dan
pembelajaran. Apabila guru berjaya melaksanakan pendidikan akhlak
pada peringkat awal, maka akan lahirlah pelajar yang cemerlang dalam
kedua-dua aspek iaitu akademik dan sahsiah. Biar apa pun nilai yang
dipilih dan diamalkan pelajar, ia hendaklah tidak bertentangan dengan
agama dan wahyu.
Perkara inilah yang diharapkan ibu bapa dan masyarakat untuk
dilaksanakan oleh guru. Ibu bapa dan masyarakat mengharapkan anak
mereka cemerlang dalam pelajaran dan pada masa sama mengamalkan
nilai murni. Tugas ini memang sukar dilakukan guru. Bagaimanapun jika
guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dan ingin membentuk pelajar
sebagai insan, maka tugas itu akan menjadi mudah dan
memberangsangkan, InsyaAllah. Inilah yang dimaksudkan dengan tugas
hakiki guru yang sepatutnya diangkat menjadi etika keguruan.

2.2 Keharmonian fitrah teras amalan tingkah laku


Antara matlamat pendidikan ialah untuk mendidik pelajar supaya memilih
dan mengamalkan tingkah laku yang baik. Malangnya hari ini kita

PNBM/
IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
KPLI-KDC-PEM 9
K2______________________________________________________

berhadapan dengan tingkah laku pelajar yang cukup negatif seperti


tingkah laku ganas dan jenayah di sekolah dan dalam masyarakat.
Kenapa perkara ini berlaku? Antaranya mungkin kerana kita gagal
membina konsep fitrah atau tabii pelajar menjadi liar dan ganas sehingga
mereka memilih tingkah laku negatif dan tidak normal. Jika dibiarkan,
tingkah laku ini akan berkekalan dari alam pelajar dan persekolahan
hinggalah ke alam dewasa dan kehidupan.
Tugas guru adalah untuk memastikan suasana pengajaran dan
pembelajaran sentiasa memelihara dan menyuburkan fitrah atau tabii
pelajar supaya harmoni dan sihat. Fitrah atau tabii murni inilah akan
membina tingkah laku normal. Inilah etika guru yang diharapkan. Sekali
lagi, tugas ini hanya akan berjaya dilaksanakan sekiranya guru
merealisasikan amanah ibadah dan pembangunan insan dalam
menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran.

2.3 Pemantapan akidah teras perubahan dan kemajuan


Fitrah atau tabii manusia sentiasa inginkan perubahan ke arah yang lebih
baik. Justeru, matlamat pendidikan ialah untuk meningkatkan penguasaan
ilmu pengetahuan, kemahiran dan amalan sikap yang baik dan positif.
Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, kita terlalu bersifat akademik,
mekanistik dan materialistik sehingga kadang kala melahirkan pelajar
yang begitu jauh daripada pencipta. Lama kelamaan akan tiba keadaan
kepercayaan kepada Tuhan semakin luntur. Dengan perkataan lain akidah
hendaklah selari dengan peningkatan pendidikan.
Sebenarnya kita memerlukan pendidikan bersepadu iaitu di
samping peningkatan dalam kecemerlangan pendidikan,pemantapan
akidah perlu berlaku pada masa yang sama. Hasrat ini hanya dapat
dilaksanakan menerusi peranan hakiki guru. Maksudnya etika keguruan
( tugas hakiki guru ) menuntut guru memantapkan akidah pelajar selari
dengan peningkatan pencapaian kecemerlangan akademik.

PNBM/
IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
KPLI-KDC-PEM 10
K2______________________________________________________

2.4 Pembangunan insan asas kualiti hidup


Setiap manusia inginkan hidup yang berkualiti. Biasanya ia
dikaitkan dengan kejayaan mencapai prestasi hidup yang tinggi dan
diiktiraf masyarakat. Kualiti hidup bermaksud kejayaan memperoleh status
yang tinggi, kemewahan dan kebendaan. Namun konsep kualiti ini
tidaklah memenuhi matlamat pendidikan sebenarnya kerana kebendaan
dan kemewahan semata-mata tidak menjamin kehidupan yang sejahtera
dan sesuai dengan fitrah insaniah. Oleh itu perlulah dicari pengertian
kualiti hidup yang lebih lengkap.
Menurut paradigma pendidikan bersepadu, kualiti hidup bermaksud
kehidupan yang harmoni dengan fitrah insan iaitu gaya hidup yang
sentiasa harmoni dengan tabii atau fitrah insan yang dianugerah Allah
SWT.
Persoalannya bagaimanakah untuk membina kualiti hidup
menerusi pendidikan? Dalam hal ini kita memerlukan guru yang dapat
menjalankan tugasnya sebagai ibadah, dengan sendirinya ia akan
berminat untuk membangunkan insan. Insan itulah juga yang akan
digunakan untuk membangunkan negara bangsa. Apabila ciri insan
terbina dalam diri pelajar, tentulah mereka dapat menjalani hidup secara
harmonis dengan fitrah atau tabii yang dianugerahkan Allah SWT. Inilah
yang dinamakan kualiti hidup. Dengan perkataan lain guru yang
mengamalkan etika keguruan ( tugas hakiki guru ) akan dapat melahirkan
pelajar dengan ciri keinsanan yang kehidupannya harmonis dengan fitrah
atau tabii yang dianugerahkan Allah SWT.

PNBM/
IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
KPLI-KDC-PEM 11
K2______________________________________________________

3.0 Penghayatan dan amalan nilai-nilai keguruan ke arah pembinaan


negara dari aspek kualiti peribadi dan kualiti profesional.
Kita tentu pernah mendengar kenyataan bahawa kecemerlangan
seseorang guru tidak terbatas pada kebolehannya melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran ( p & p ) dengan baik tetapi juga pada
kualiti peribadinya yang tinggi kerana guru diharapkan mempamerkan
peribadi contoh kepada pelajarnya. Oleh itu, ketinggian kualiti peribadi
guru juga boleh menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah
melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan masa
depan. Pembinaan modal insan adalah teras kepada kejayaan bangsa
dan negara. Ia merangkumi proses lengkap membentuk tenaga kerja
manusia yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan
berdaya tahan. Selari dengan aspirasi negara dan hasrat Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang meletakkan usaha
membina budaya baru iaitu berani berlumba, membina prestasi serta
memiliki merit hingga dapat bersaing dan bertanding pada peringkat
antarabangsa, pembinaan modal insan turut menjadi teras dalam
Rancangan Malaysia Kesembilan ( RMK-9 ).
Seorang ahli akademik , Monique Jerome Forget, pernah menulis
dalam artikelnya Investing in Human Capital ( Policy Options ) mengenai
peri pentingnya modal insan sebagai elemen teras pembangunan negara
kerana kegagalan menjana modal insan boleh merencatkan banyak lagi
potensi pertumbuhan yang mampu dicapai sesebuah negara. Dengan
perkataan lain, hidup mati sesebuah negara sememangnya bergantung
kepada modal insannya. Sejauh mana kejayaan kita membina generasi
yang berminda kritis, berjiwa penyelidikan dan pembangunan, berani
mencuba sesuatu yang baru, kreatif dan inovatif serta memiliki kualiti
peribadi yang unggul menjadi faktor penentu sama ada negara mampu
bersaing dengan negara lain atau tidak. Tanpa modal insan yang mantap

PNBM/
IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
KPLI-KDC-PEM 12
K2______________________________________________________

lagi padu, bukan saja bangsa menjadi mundur, malah sesebuah tamadun
mungkin mengalami kemerosotan daya saing yang total.
Strategi pembangunan insan atau sumber manusia seperti
disarankan dalam RMK-9 seharusnya dilaksanakan secara menyeluruh
dan holistik . Sebab itulah kerajaan melabur secara besar-besaran dalam
bidang pendidikan supaya mampu menghasilkan nilai tambah kepada
negara dalam jangka panjang.
Bagi mencapai agenda negara itu, pendidikan menjadi wahana
utama. Pelajar di semua peringkat perlu dididik dengan sempurna. Dalam
hal ini, warga pendidik adalah golongan di barisan paling hadapan dalam
usaha membina generasi masa depan Malaysia yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.
Oleh itu, usaha melahirkan warga pendidik yang berkualiti, komited
dan berdedikasi perlu diteruskan manakala hal ehwal kebajikan mereka
perlu dipelihara sejajar dengan keyakinan dan kepercayaan kerajaan
bahawa pendidikan adalah wadah pembinaan modal insan yang
berkesan. Modal lain seperti wang, teknologi dan bangunan tidak mungkin
sempurna jika tidak ditunjangi dengan modal insan. Oleh itu, konsep
pendemokrasian yang memberi peluang adil dan sama rata kepada
semua rakyat mendapatkan pendidikan berkualiti wajar diteliti dan diberi
perhatian.

Dalam kata lain, seorang guru itu haruslah memiliki nilai dan etika
keguruan yang selaras dan menjurus kepada nilai-nilai keagamaan yang
teguh dalam proses pembinaan negara bangsa . Memandangkan bidang
pendidikan merupakan salah satu aspek penting dalam menjayakan
harapan dan aspirasi negara untuk menjadi negara maju dan bertaraf
dunia, guru-guru juga perlu menyiapkan diri mereka dengan ciri-ciri
pendidik yang terbaik yang dapat membantu proses pembinaan negara
bangsa yang cemerlang. Seorang guru juga haruslah mempunyai
ciri-ciri personal, ciri interpersonal, ciri profesional, ciri intelektual

PNBM/
IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
KPLI-KDC-PEM 13
K2______________________________________________________

yang baik, berkemahiran dalam pengurusan, kreatif dan inovatif,


menguasai ilmu pedagogi, dapat mengaplikasikan teori kepada
amalan dan mengamalkan pembelajaran ilmu sepanjang hayat (Abd.
Rahim, 2005). Kesemua ciri ini amat penting bagi melayakkan seseorang
menjadi guru yang berkesan, berwibawa dan berketrampilan bagi
menjayakan proses pembinaan negara bangsa.
3.1 Ciri-ciri kualiti diri seorang guru dalam proses pembinaan
negara bangsa
personal merujuk kepada kualiti diri seperti sahsiah, tingkah laku,
kekemasan, keceriaan, ketrampilan diri, kematangan, kewibawaan guru
dan sebagainya. Guru-guru mestilah sentiasa berpakaian kemas, sopan,
berwajah manis, ceria, mesra, berbudi bahasa dan menunjukkan tingkah
laku yang baik bukan sahaja di sekolah bahkan di mana sahaja mereka
berada. Mahu atau tidak, guru sentiasa menjadi tatapan dan perhatian
umum dari hujung kaki hingga ke hujung rambutnya. Apa saja yang
dipakai, diperkatakan, dilakukan atau ke mana saja guru pergi, mereka
tetap akan menjadi perhatian masyarakat. Guru juga menjadi role model
kepada murid-murid. Konsep kepimpinan melalui teladan sering dikaitkan
dengan profesion perguruan. Ini bermakna guru-guru perlu menunjukkan
teladan yang baik dan boleh dicontohi serta bebas daripada sifat-sifat
yang tidak baik. Ciri-ciri personal yang ditunjukkan oleh para guru akan
menjadi ikutan yang baik kepada pelajar dan dipandang tinggi oleh
masyarakat.
Selain itu, para guru juga mestilah mempunyai ciri-ciri interpersonal yang
baik. Ciri-ciri interpersonal merujuk kepada kemahiran berhubung,
berkomunikasi, menangani masalah, menyesuaikan diri dan sebagainya.
Guru-guru perlu mengelakkan komunikasi sehala sehingga pelajar berasa
bosan terhadap pengajarannya. Guru tidak boleh mementingkan diri
sendiri sehingga tidak mengambil peduli sama ada pengajarannya dapat
diterima atau tidak oleh pelajar dan mengambil sikap endah tidak endah
terhadap tahap kefahaman dan penerimaan mereka. Seorang guru yang

PNBM/
IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
KPLI-KDC-PEM 14
K2______________________________________________________

baik akan cuba mewujudkan komunikasi dua hala dengan pelajarnya,


sama ada meminta pendapat atau bertanyakan soalan yang berkaitan.
Guru juga harus peka dengan tingkah laku setiap pelajarnya. Jika ada
yang berangan atau mengantuk, guru perlulah mengajukan soalan atau
meminta pandangan daripada pelajar tersebut. Guru perlu memanggil
nama pelajar dengan baik,mengucapkan terima kasih di atas jawapan dan
pendapat yang diberi. Bukan itu sahaja, para guru juga perlu
menunjukkan sifat prihatin dan menghormati para pelajarnya dan tidak
sesekali mengherdik atau menghina pelajar yang dianggap nakal di
hadapan kawan-kawan mereka. Seorang guru memang perlu bersikap
tegas untuk mengawal murid-muridnya, namun janganlah memarahi
pelajar dengan kata-kata kesat atau membebel sehingga berjam-jam
lamanya. Perlu diingat bahawa tenaga yang dikeluarkan daripada kata-
kata yang kesat hanya akan memberikan impak yang lebih negative
berbanding positif, diibaratkan seperti mencurah air ke daun keladi (Nur
Faizah,2006).
Ciri yang seterusnya ialah ciri profesional.
Ciri profesionalisme keguruan merangkumi kemahiran mengajar,
kecekapan dan kewibawaan seorang guru, pengetahuan dan kepimpinan
yang ditunjukkan oleh guru itu sendiri. Para guru perlu menunjukkan
kepimpinan yang positif dan sesuai dengan keadaan. Sebagai seorang
guru juga mereka bebas membuat keputusan namun ia perlulah
mengambil kira kepentingan pelajar-pelajarnya. Membuat keputusan yang
rasional adalah sangat penting untuk mengelakkan daripada guru-guru
bertindak melulu sehingga boleh meninggalkan kesan buruk terhadap
pelajar dan masyarakatnya. Pendekatan ini memerlukan kesabaran,
pengetahuan dan kemahiran yang dipupuk dari masa ke semasa dan guru
juga haruslah tidak terlalu mengharapkan kesempurnaan, tetapi sentiasa
belajar dari kesilapan (Nur Faizah,2006).
Selain itu, guru-guru juga mestilah memiliki ciri intelektual di mana ciri ini
dapat menunjukkan kebolehan akademik, minat terhadap hal-hal

PNBM/
IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
KPLI-KDC-PEM 15
K2______________________________________________________

intelektual, bijak merancang dan sebagainya. Guru perlu menjadikan suka


membaca sebagai satu amalan dan sentiasa memastikan diri mereka
mempunyai pemikiran yang segar, berkembang dan kesungguhan kendiri
dengan minda yang sihat dan terbuka serta melihat alam dan kehidupan
di dalam ruang lingkup yang menyeluruh (Khairulniza, 2007).
Pengetahuan guru dalam mata pelajaran yang diajar boleh
diperbaiki melalui proses pembacaan. Ia juga dapat mengelakkan guru
kekeringan idea ketika menyampaikan ilmu kepada murid. Ilmu yang
meluas amat diperlukan oleh pelajar untuk perkembangan minda dan
pemikirannya supaya sentiasa bersikap terbuka dan positif.
Seterusnya ialah guru mestilah berkemahiran dalam pengurusan.
Selain daripada mengajar, para guru sepatutnya mempunyai kemahiran
merancang, berorganisasi, pemantauan, pengurusan kualiti dan
sebagainya.
Dalam pengurusan berkualiti, penekanan haruslah ditumpukan
kepada kualiti pengetahuan yang dapat membina dan membentuk pelajar
mengembangkan potensi mereka untuk mencapai perubahan dan
kemajuan. Guru-guru juga perlu menguasai kemahiran dalam pengurusan
murid dan tingkah lakunya. Hal ini kerana banyak tugas yang perlu
dilakukan oleh guru di sekolah nanti seperti mengurus murid, disiplin,
rekod dan profil murid, mengurus bilik darjah, pengetahuan kaunseling,
menjalankan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah dan sebagainya.
Ciri lain yang perlu ada pada setiap guru ialah kreatif dan
inovatif. Guru yang kreatif dan inovatif dapat mencetuskan idea baru dan
dapat menterjemahkan kehendak serta matlamat kurikulum dengan
menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran serta
pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Kecekapan guru mengadaptasikan
pembaharuan dan inovasi dalam pengurusan akan menjadikan mereka
sebagai guru yang cemerlang dan disukai pelajar. Guru yang
mengasingkan diri daripada inovasi akan menjadi guru yang tidak efektif
dan tidak sesuai dengan cabaran dunia global yang berlaku pada masa

PNBM/
IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
KPLI-KDC-PEM 16
K2______________________________________________________

kini. Guru-guru juga perlu lebih kreatif mencari pembaharuan untuk


mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran di samping cuba mendekatkan
lagi diri guru dengan para pelajar agar proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung dengan jayanya.
Ciri yang ketujuh ialah menguasai ilmu pedagogi. Ilmu
pedagogi meliputi pengetahuan tentang pendidikan dan teori serta amalan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran mikro dan latihan
mengajar yang lebih komprehensif bertujuan untuk meningkatkan
kemahiran dan kecekapan guru untuk melaksanakan tugas-tugas
pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar memerlukan cara, kaedah,
teknik dan gaya pengajaran dan pembelajaran yang berubah-ubah. Jika
guru masih menumpukan kepada kaedah lama dan tradisional, adalah
tidak mustahil sekiranya masalah malas belajar, ponteng sekolah, kurang
minat belajar dan sifat membenci guru akan tetap berterusan (Mohd
Izranuddin, 2006).
Ciri yang kelapan ialah mengaplikasikan teori kepada amalan.
Ia menunjukkan kecekapan seseorang guru untuk mengaplikasikan
pengetahuan teori yang dipelajari kepada amalan. Potensi yang ada pada
guru haruslah digunakan sepenuhnya. Teori yang diperolehi dan dipelajari
di dalam kuliah serta ilmu yang didapati melalui kursus dalam
perkhidmatan, latihan kemajuan staf, seminar penyelidikan dan
sebagainya harus dijadikan input untuk diaplikasikan dalam situasi
sebenar iaitu di bilik darjah secara kreatif dan inovatif (Mohd Izranuddin,
2006). Pengetahuan ini juga akan dapat membantu para guru
menyelesaikan masalah pembelajaran dan membentuk seseorang guru
menjadi lebih berwibawa dalam melaksanakan tugas mereka.
Ciri yang terakhir ialah pembelajaran sepanjang hayat.
Profesion keguruan yang berteraskan kepada ilmu memerlukan guru
memupuk minat diri sendiri untuk mencintai ilmu pengetahuan dan
mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Revolusi yang
berlaku dengan begitu pesat dalam pelbagai bidang termasuklah

PNBM/
IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
KPLI-KDC-PEM 17
K2______________________________________________________

pendidikan dan perguruan, menuntut para pendidik supaya peka dan


menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu.
Profesion keguruan tidak mungkin dapat dimartabatkan
sekiranya guru tidak mempunyai minat dan kecenderungan untuk
meningkatkan pengetahuan dan menjadikan budaya belajar serta
membaca sebagai satu amalan yang penting bagi mengukuhkan imej dan
memartabatkan profesion perguruan (Abd. Rahim, 2005). Seseorang guru
itu boleh mengumpul maklumat mengenai pengajarannya dan mengambil
usaha menambahbaikan sesetengah daripada aspek pengajarannyanya
setiap kali mengajar (Khairulniza, 2007). Melalui cara ini guru-guru dapat
memperbaiki banyak kelemahan dan menambah “resepi” dalam
pengajarannya agar lebih baik dan menarik.

PNBM/
IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
KPLI-KDC-PEM 18
K2______________________________________________________

4.0 KESIMPULAN
Pendidikan adalah pemangkin kepada pembinaan Negara Bangsa
terutama bagi menyemai semangat kenegaraan khususnya pada peringkat awal
pelajar dan diteruskan pada peringkat yang tinggi. Usaha perlu diteruskan untuk
memperkukuh perkongsian nilai dan patriotisme melalui aktiviti-aktiviti yang
melibatkan pelbagai kaum etnik di sekolah. Di sinilah peranan dan
tanggungjawab guru memainkan peranan. Walau bagaimana pun, semua usaha
ke arah membina bangsa perlu perancangan yang teliti dan berterusan.
Kesimpulannya, Pembinaan Negara Bangsa menjadi semakin
penting dalam era globalisasi ini.Tun Dr. Mahathir Mohamad, (1991) menyatakan
…membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa
hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa ini mestilah sejahtera, berintegrasi
wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama
yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah
Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah
bagi terhadap bangsa tersebut.
Dalam era ini, maklumat, modal serta manusia, sistem nilai, budaya dan
kepercayaan dari pelbagai negara mengalir secara bebas dan pantas. Oleh itu,
usaha yang gigih dan kerjasama yang erat daripada semua pihak sangat
diperlukan bagi memastikan identiti nasional yang dihasratkan tercapai seperti
ucapan Yang Amat Berhomat Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (1999)…kita
mempunyai tanggung jawab yang besar dalam pembangunan bangsa dan
negara ini. Kita juga mempunyai peranan yang penting dalam pembentukkan
minda dalam jiwa rakyat untuk membawa kita ke arah wawasan yang ingin kita
capai.
Oleh itu, menyedari hakikat ini sebagai seorang pendidik di sebuah
institusi pendidikan saya juga memainkan peranan yang penting untuk
melahirkan warganegara glokal yang mampu bertindak dengan bijak untuk
menghadapi cabaran dan ancaman globalisasi dan liberalisasi. Saya berusaha

PNBM/
IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
KPLI-KDC-PEM 19
K2______________________________________________________

untuk menghasilkan sumber manusia yang mampu berfikir secara global dan
bertindak secara local untuk kepentingan negara dan bangsa. Justeru, pelajar
dapat menjadikan nilai budaya Malaysia sebagai asas kepada kemajuan negara
dan bangsa, serta dapat berkongsi identiti, lambang, kebudayaan, nilai, dan
semangat yang menjadi ciri dan hasrat negara bangsa seperti dalam ucapan
Yang Amat berhormat Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dalam
Perhimpunan Agung UMNO (2005), warga glokal yang kita hasratkan ialah
warga yang berakar nasional dan berakal internasional, maksudnya di samping
kita hebat dalam negara, kita juga berperanan di arena antarabangsa. Akar kita
berpaksi di kota dan desa, namun akal kita menerjah ke serata dunia. Warga
glokal bertunjangkan budaya Malaysia dan ajaran Agama yang suci. Dimensi
baru kita menuntut kita melonjak ke hadapan dengan memperkukuh daya saing
bangsa untuk menjadi antara yang terbaik di pentas dunia. Kita semakin
bersinar dalam dunia yang serba mencabar. Kita inginkan Malaysia sebagai
contoh, menjadi jenama antarabangsa. Kejayaan inilah menjadi asas untuk
menjana warga glokal seterusnya.

Semangat bersatu padu, cinta dan kesetiaan kepada negara, patriotisme,


berorientasi glokal, keharmonian dan toleransi, berbudi bahasa dab beradab
serta memahami, menyanjung budaya dan seni bangsa perlu difahami dan
diamalkan sepenuhnya. Pendidikan merupakan pemangkin kepada Pembinaan
Negara Bangsa terutama bagi menyemai semangat kenegaraan khususnya
pada peringkat awal perkembangan pelajar.
Oleh itu, saya akan sentiasa berusaha bagi memastikan Bahasa Malaysia
digunakan sebagai bahasa pengantar di kalangan pelajar, pelajar dapat bergaul
dengan rakan-rakan yang pelbagai kaum dengan harmoni, sentiasa
menghormati lagu negara ku dan Jalur Gemilang serta sentiasa
mempertahankan negara di samping meningkatkan imej negara, melibatkan diri
dengan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan, serta mengamalkan nilai-nilai
Islam dalam kehidupan mereka. Diharapkan nilai-nilai yang telah ditanam dan
dipupuk di peringkat sekolah ini akan terus diamalkan oleh pelajar apabila

PNBM/
IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
KPLI-KDC-PEM 20
K2______________________________________________________

mereka meninggalkan alam persekolahan. Secara tidak langsung wawasan


membina negara bangsa dengan sendirinya akan tercapai.
BIBLIOGRAFI
1. Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.

2. Rancangan Malaysia Ke-9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-


2010 edisi pelancaran(2006), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Dr. Tajul Ariffin Noordin (2008) “Penghayatan komponen paradigma


pendidikan bersepadu” Pendidik Bil 44 (Jan 2008 ), .
Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan. Selangor

4. Badrunsham Dahalan (2008) “Guru mesti mampu imbangi kehendak


masyarakat, tanggungjawab” Pendidik Bil 51/Ogos 2008.
Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan. Selangor.

5. MALAYSIA, Buku Rasmi Tahunan 2004, Jabatan Penerangan Malaysia.

6. Merealisasikan Misi Nasional, Temu Bual Eksklusif "Di Sebalik Rancangan


Malaysia Ke-9" Bersama Y.A.B Perdana Menteri (2006), Bahagian
Penerbitan Dasar Negara, Dasar Cetak (M) Sdn. Bhd.

7. Pelan Integrasi National (2006), Institut Integriti Malaysia.

8. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) “Rancangan Malaysia Ke 9 -


Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006 -2010). Putrajaya.

9. Mohd. Fuad Razali (2008) “6 Sikap Penting Pacu Kejayaan PIPP”


Pendidik Bil 44/Jan 2008. Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan
Warisan. Selangor.

10. Mohamed Idris Shah, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie (1994) “Sejarah
Pembangunan Bangsa dan Negara” Utusan Publication & Distribution
Sdn.
Bhd.

11. Penyunting: Mohd. Tap b. Salleh (1993). Nilai dan Etika dalam
Perkhidmatan Awam. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Kuala
Lumpur, Malaysia.

http://www.scibd.com/doc/296829/Pn. Salma
www.ppdhl.net/

PNBM/
IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________
KPLI-KDC-PEM 21
K2______________________________________________________

www.ppl.upm.edu.my
www.kelab-umno.com/
www.muftiselangor.gov.my/

PNBM/
IPTHO/NOV08__________________________________________________________________________________