Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PROGRAM ANAK ANGKAT

PENDAHULUAN Program Anak Angkat diadakan khasnya untuk murid-murid linua Tahun 1. Guru-guru SJK(T) Kuala Lipis akan menjadi ibu bapa angkat kepada muridmurid Tahun 1. TARIKH 04 April 2011 TEMPAT Dewan SJK(T) KUALA LIPIS

RASIONAL Melahirkan murid-murid yang boleh menguasai 3M dengan baik dan dapat melepasi saringan 2 yang akan diadakan. MATLAMAT Guru-guru atau ibu bapa angkat kepada murid-murid LINUS Tahun 1 akan memastikan anak angkat mereka mendapat:

bimbingan khas secara individu selepas sesi persekolahan. Dapat mengenal huruf dan membaca suku kata.

Dapat melepasi ujian Saringan 2 yang akan diadakan.

OBJEKTIF Memberi bimbingan secara intensif dan menyeluruh kepada anak angkat masing-masing. Guru dapat mengetahui masalah-masalah peribadi anak angkat dengan lebih dekat dan bersendirian. Mewujudkan suasana yang kondusif dan informal dengan menangani keperihalan anak angkat dengan lebih dekat. Menjana kemampuan berfikir anak angkat mengikut tahap pencapaian anak angkat tersebut. Berpeluang mendapat bimbingan dan didikan secara individu. Mewujudkan interaksi dua hala yang lebih berkesan dan ceria. Sebagai alternatif untuk meningkatkan potensi diri anak angkat dalam pelajaran. SASARAN Murid-murid LINUS Tahun 1 KOS BI PERKARA L 1 2 Fail Peribadi Murid Gambar murid RM10 RM20 JUMLAH RM30 JUMLAH

PUNCA KOS Kelab Kebajikan Guru

AJK PELAKSANA Pengerusi : En K. Tamilvanen(GURU BESAR)

Timb Pengerusi 1 : Pn M. Vejayah (GPK 1) Naib Pengerusi 1 : En. G. Mohanaraj ( GPK KOKO) Naib Pengerusi 2 : Cik. K. Puvaneswary (GPK HEM) Penyelaras Setiausaha : Pn. Sheela Devi : Cik Thamilselvi

ATURCARA PROGRAM Masa Tempat : 10.30 pagi : Dewan SJK(T) KUALA LIPIS

1. Murid-murid LINUS akan mengambil undi nama ibu bapa angkat secara

bergilir-gilir. 2. Murid-murid akan berjumpa dengan ibu bapa angkat untuk suai kenal.
3. Sesi Fotografi murid-murid LINUS bersama ibu bapa angkat. 4. Anak-anak angkat akan diajar atau dibimbing. 5. Anak-anak angkat akan menerima bahan-bahan bantuan berupa buku-

buku tambahan dan Fail Peribadi.

6. Program (FASA 1) berlangsung pada bulan April sehingga bulan Jun. 7. Masa belajar anak angkat tidak dihadkan. Ianya bergantung kepada

keperluan dan kelapangan ibu bapa angkat untuk memberikan bimbingan atau latihan. 8. Anak-anak angkat akan membuat latihan-latihan ujian yang disediakan dan kemudian akan merujuk kepada ibu bapa angkat masing-masing jika terdapat kesukaran dan tidak memahami tugasan yang diberikan. 9. Anak, ibu bapa angkat dan ibu bapa sebenar boleh bersemuka untuk berbincang tentang pencapaian dan prestasi anak-anak di samping menangani permasalahan yang mungkin dihadapi oleh anak-anak. GARIS PANDUAN GERAK KERJA 1.Pengacara Majlis -Memimpin majlis -Memastikan semua perjalanan majlis adalah mengikut aturcara yang telah ditetapkan. 2. Siaraya/PA sistem - Menyediakan alat PA Sistem dan memastikan ia berfungsi dengan baik. 3. Kawalan murid Mengawal murid supaya senyap dan tidak berkeliaran.

4.Persiapan tempat Kelengkapan kerusi.

5.Pengambaran dan dokumentasi Merakam gambar sepanjang majlis dan membuat dokumentasi.

Disediakan Oleh,

SHEELA DEVI PALANIAPPAN SJK(T) KUALA LIPIS

Anda mungkin juga menyukai