Anda di halaman 1dari 3

Pascamodenisasi ini, Malaysia memerlukan modal insan yang cemerlang dari segenap aspek kehidupan.

Situasi ini berlaku lantaran kita memerlukan pemimpin-pemimpin yang berwibawa bagi mewarisi tampuk kepimpinan negara.Bagi merealisasikan impian terseut,Kementerian Pelajaran Malaysia telah menganjurkan pelbagai aktiviti kokurikulum bagi mencari dan mencungkil bakat generasi-generasi muda sejak dari bangku sekolah lagi bak kata perpatah, meluntur buluh biarlah dari rebungnya.Buktinya banyak aktiviti kokurikulum telah berjaya melahirkan modal insan yang berfikiran jauh.Sehubungan dengan itu para pelajar perlu menyahut seruan kerajaan supaya melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum kerana mempunyai kepentingan-kepentingan yang tersendiri. Dalam hal ini, para pelajar perlu menyertai aktiviti kokurikulum bagi mengumpul markah sebanyak 10%. Hal ini demikian kerana markah tersebut merupakan sebahagian daripada syarat kelayakan utama untuk memasuki institut Pengajian Tinggi Awam ( IPTA) mutahir ini.Sebagai akibatnya setiap pelajar perlu berlumba-lumba menyertai aktiviti kokurikulum kerana setiap aktiviti akan diberi markah.Umpamanya,jika seseorang pelajar menjadi ahli aktif dalam mengikut aktiviti berpersatuan,mereka akan diberi sebanyak 3 marah.Oleh itu,pemberian markah dalam setiap aktiviti kokurikulum ini penting bagi menarik minat pelajar selain memberi ruang markah kepada mereka untuk memasuki ke universiti lebih-lebih lagi kepada pelajar cemerlang akademik dan kokurikulum bak kata pepatah melayupucuk dicita ulam mendatang.

Bertitik tolak dari situ,aktiviti kokurikulum amat penting bagi melahirkan pelajar yang berketerampilan,berkeyakinan tinggi, bijak berkomunikasi dan pandai bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat.Perkara ini perlu bagi mengelakkan pelajar daripada menjadi kera sumbang.Dengan menyertaiaktiviti kokurikulum seperti perkhemahan para pelajar akan didedahkan kepada teknik-teknik dalam kehidupan seharian.Sebagai contoh,dalam setiap aktiviti perkhemahan akan diadakan pertandingan kawat kaki dan dari sinilah para pelajar belajar cara-cara memberi arahan,memimpin seterusnya mengatur sesebuah organisasi secara sistematik dan teratur.Impaknya akan lahirlah pemimipin yang berwibawa,cekap,inovatif,kreatif dan dinamik.Justeru perkara ini amat bertepatan dengan cogan kata genarasi muda pelapis dan peneraju wawasan

Seperkara lagi, para pelajar akan memperolehi pengalaman yang banyak apabila menyertai aktiviti kokurikulum ini.Perkara ini ada kebenarannya apabila para pelajar berusaha untuk mempelajari kaedah-kaedah pertolongan cemas.Ramai yang beranggapan ilmu ini mudah sehingga ada yang memandang ringan ilmu pertolongan cemas tetapi pada hakikatnya,perkara ini tidak seindah kabar dari rupa Tamsilanya,seseorang itu perlu mempunyai kebolehan untuk menenangkan pesakit dan tidak mudah panic kerana kepakaran mengawal situasi amat penting dalam usaha memberi pertolongan cemas. Sesungguhnya,lautan ilmu dan pengalaman amat penting dan perlu ada dalam diri setiap pelajar bagi menjalani kehidupan yang serba mencabar.

Rentetan itu, para pelajar dapat memanfaatkan masa remaja mereka dengan sebaik-baiknya.Hal ini demikian kerana masa akan meninggalkan kita sekiranya kita mensia-siakannya kerana masa itu emas.Sekiranya para pelajar menyertai aktiviti kokurikulum,mereka akan bijak merancang untuk membahagikan masa sama ada masa belajar ataupun masa beriadah.Kesan positif yang berlaku ialah para pelajar dapat mengurangkan tekanan lebih-lebih lagi apabila hari peperiksaan semakin hampir.

Misalannya,setelah sepagian berada di dalam bilik darjah,para pelajar dapdapat merehatkan minda dengan menghirup udara segar di waktu petang atau bermain bersama-sama rakan.Pendek kata,aktiviti kokurikulum berjaya menyemai sikap menghargai masa dalam diri pelajar lantaran jika kita gagal untuk merancang,bermakna kita merancang untuk gagal.

Seterusnya,aktiviti kokurikulum juga berjaya membentuk para pelajar yang cemerlang dari segi aspek emosi,rohahi,jasmani dan intlek.Dalam hal ini ,aktiviti kokurikulum memerlukan semangat kerjasama daripada setiap ahli bagi menjuarai sesuatu pertandingan.Memang prinsip kerja bersatu kita teguh,bercerai kita roboh akan dapat menyemarakkan lagi semangat kerja berpasukan lebihlebih lagi jika ahli-ahli kumpulan terdiri daripada berbilang bangsa.Natijahnya,perpaduan kaum dapat diperteguh seterusnya memperkecil jurang masyarakat disebabkan perbezaan latar dan budaya. Contohnya,apabila kita menyertai sesuatu aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum,kita perlu menghormati dan memahami budaya kaum lain supaya tidak tercetusnya pemusuhan.Ringkasnya,dapatlah kita simpulkan bahawa aktiviti kokurikulum menjadi formula ampuh bagi mewujudkan perpaduan kaum melalui semangat bekerjasama dan bertolak-ansur. Sebagai intihanya,aktiviti kokurikulum menyediakan beribu-ribu manafaat kepada para pelajar.Moga-moga hasrat kerajaan untuk melihat pemimpin yang berwibawa mentadbir dan merajui Malaysia sehingga mampu berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain .Kini,terpulanglah kepada para pelajar untuk membuat pilihan.Oleh itu,tepuklah dada,tanya selera

meh terhadap aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah kerana berkemungkinan akan menjejaskan peluang mereka melanjutkan pelajaran sekali gus mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pelajaran. Selain itu,pelajar dapat memenuhi masa senggang dengan berfaedah melalui penglibatan dalam kegiatan kokurikulum.Hal ini kerana dengan menyertai pelbagai kegiatan kokurikulum penglibatan pelajar dalam gejala sosial dapat dikurangkan ke tahap yang paling minimum.Dalam masa yang sama juga,pelajar akan bersikap lebih menghargai masa yang terluang dan sentiasa berpegang kepada kata-kata bahawa masa itu emas.Sebagai contoh,sekumpulan pelajar yang menyertai aktiviti perkhemahan akan memperoleh banyak pengetahuan tentang cara terbaik berinteraksi dengan alam.Mereka akan ditanamkan dengan perasaan cinta akan alam sekitar,di samping mengamalkan sikap bagai aur dengan tebing dengan peserta perkhemahan yang lain.Dengan mengikuti aktiviti-aktiviti yang berfaedah remaja akan kurang berhadapan dengan eisiko dipengaruhi oleh gejala yang bertentangan dengan norma-norma masyarakat timue seperti budaya

punk,hedonisme,vandalisme dan lain-lain lagi.Pada masa yang sama,pelajar tidak akan mudah kehilangan arah atau petunjuk hidup sekiranya masa yang terluang diuruskan secara efektif dan efisien.Justeru,remaja akan lebih bersikap positif dan cenderung untuk melakukan pelbagai aktiviti yang mendatangkan pelbagai faedah kepada diri,keluarga dan masyarakat sekeliling. Seterusnya,kegiatan kokurikulum yang dijalankan dapat menjalin hubungan silaturahim serta menyemai nilai-nilai murni dalam diri para pelajar,Hal ini kerana melalui sesuatu aktiviti,mereka akan berganding bahu melaksanakan tugasan yang diberikan.Mereka akan bergaul mesra dan mengenali pelajar-prlajar lain yang terdiri daripada pelbagai etnik.Para pelajar juga berpeluang memahami adat resam dan kepercayaan kaum-kaum lain.Dengan ini perpaduan dapat diwujudkan dan impian Malaysia untuk mempunyai masyarakat majmuk yang harmoni tidak akan menjadi angan-angan Mat Jenin.Di samping itu,aktiviti kokurikulum juga merupakan satu wahana untuk menyemai nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.Secara tidak langsung,mereka juga turut melalui proses pembentukan peribadi yang sempurna seperti peribahasa Melayu,sambil menyelam minum air. Selain itu,mungkin tidak pernah terlintas dalam kotak fikiran para pelajar bahawa penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dapat mengharumkan nama sekolah dan negara.Hal ini demikian kerana aktiviti kokurikulum merupakan titik permulaan untuk para pelajar mengembangkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.Sebagai contoh,atlit-atlit negara seperti Nicol David,Shalin Zulkifli dan Lim Keng Liat dicungkil dan digilap melaui aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah.Bermula dengan bakat yang semakin terserlah kebolehan mereka seterusnya digilap oleh jurulatih-jurulatih yang berpengalaman.Oleh itu,untuk membolehkan negara berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain dalam bidang sukan,maka lebih banyak bakat harus dicungkil bagi mengharumkan nama Malaysia.Hari ini,kita tidak harus terus bergantung kepada atlet veteran sahaja yang semakin menuju ke kemuncak kerjaya mereka.Sebailiknya sebagai persediaan banyak usaha harus dilakukan supaya bakat-bakat pelajar yang berpotensi dapat dicungkil dan dikembangkan. Konklusinya,tanggapan sesetengah ibu bapa bahawa aktiviti kokurikulum tidak membawa kebaikan dan membuang masa sahaja haruslah dikikis,Demi mencapai visi kudsi Wawasan 2020 dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010,Malaysia memerlukan generasi penggerak wawasan yang berkaliber,berwibawa dan berintelek selari dengan modal insan yang memiliki minda kelas pertama.Amalan peribahasa sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna haruslah dihayati dan direnungi bersama kerana peribahasa ini mempunyai konotasinya yang tersendiri.Justeru,sama-samalah kita berganding bahu dan menggembleng tenaga menjayakan visi ini.

Anda mungkin juga menyukai