Anda di halaman 1dari 8

ASASTAMADUN ISLAM Tamadun Islam mempunyai beberapa asas yang penting dalam mewujudkan pembangunan kebendaan dan kerohanian

n umat Islam iaitu - 1. Asas Keimanan/Akidah - 2. Asas Akhlak - 3. Asas Syariat - 4. Asas Ubudiyah/Ibadah Keempat-empat asas ini adalah berperanan serentak dalam kehidupan umat Islam. Ianya tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. 4 perkara ini menjadi asas keadilan, semangat kejiranan, toleransi, dan kebebasan beragama yang menjadi prasyarat kepada tamadun Islam itu sendiri.

1. Asas Keimanan/Akidah Pegangan dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah S.W.T. Pegangan ini mengandungi erti kebebasan dan keadilan di kalangan manusia yang tidak ada beza dari segi keturunan, warna kulit, bentuk fizikal, dan status di sisi Allah S.W.T. Suatu nilai kepercayaan dan pegangan hidup yang membentuk dan mengawal masyarakat Islam dalam membina tamadunnya. Berlandaskan prinsip ini, umat Islam telah bersatu dan membina tamadun yang tinggi. Kegemilangan politik, ekonomi, dan sosial Islam berlaku pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. yang berasaskan akidah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. 2. Asas Akhlak Akhlak merupakan amalan mulia yang menjadi teras kepada kekuatan manusia.

Allah S.W.T. telah mengajar manusia supaya berakhlak tinggi untuk membezakan antara manusia dengan haiwan. Nilai akhlak manusia disempurnakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. menerusi kitab suci al-Quran. Akhlak mulia akan membentuk keperibadian manusia yang tinggi untuk membentuk tamadun manusia yang murni dan maju dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

3. Asas Syariat Syariat Islam adalah ajaran Islam yang membicarakan amalan manusia baik sebagai makluk ciptaan Allah. Terkait dengan susunan tertib Syariat, Al Quran Surat Al Ahzab ayat 36 mengajarkan bahawa sekiranya Allah dan RasulNya sudah memutuskan suatu perkara, maka umat Islam tidak diperkenankan mengambil ketentuan lain. Perkara yang dihadapi umat Islam dalam menjalani hidup beribadahnya kepada Allah itu dapat disederhanakan dalam dua kategori: a. Asas Syara perkara yang sudah ada dan jelas ketentuannya dalam Al Quran atau Al Hadits. Sifatnya, pada dasarnya mengikat umat Islam seluruh dunia dimanapun berada, sejak kerasulan Nabi Muhammad s.a.w hingga akhir zaman, kecuali dalam keadaan darurat. b. Furu Syara perkara yang tidak ada atau tidak jelas ketentuannya dalam Al Quran dan Al Hadist. Sifatnya pada dasarnya tidak mengikat seluruh umat Islam di dunia kecuali diterima Ulil Amri setempat menerima sebagai peraturan atau perundangan yang berlaku dalam wilayah kekuasaanya. Perkara atau masalah yang masuk dalam furu syara ini juga disebut sebagai perkara ijtihadiyah.

4. Asas Ubudiyah/Ibadah Pengertian Bahasa : pengabdian, ketaatan, ketundukan Istilah : setiap perbuatan yang dilakukan dengan niat kerana Allah, tidak bertentangan dengan syariat Islam a) Tujuan manusia hidup di atas muka bumi ini adalah semata-mata beribadah kepada Allah s.w.t. Itulah tujuan asal kehadiran mereka membangunkan muka bumi mengikut perintah Allah s.w.t. Maka semua aktiviti manusia sama ada yang berupa urusan agama atau dunia semuanya adalah dikira sebagai ibadah. Membangunkan muka bumi juga dianggap sebagai ibadah jika ia dilakukan semata-mata niat mencari keredhaan Allah s.w.t. Dibahagi kepada dua: Ibadah khusus

Kegiatan yang dilakukan sudah ada batasan-batasan atau tatacaranya Contoh Rukun Islam i. ii. iii. iv. Puasa di bulan Ramadhan Solat 5 waktu Zakat Haji b) Ibadah umum Setiap perbuatan yang diniatkan kerana Allah S.W.T semata-mata dan tidak bertentangan dengan syariat Islam

MATLAMAT TAMADUN ISLAM 3 Matlamat Utama Hubungan manusia dengan Allah (Hablumminallah) Hubungan manusia dengan manusia (Hablumminannas) Hubungan manusia dengan alam sejagat 1. Hubungan manusia dengan Allah (Hablumminallah) Juga dikenali sebagai hubungan ubudiah. Perhubungan yang tertinggi antara perhubungan-perhubungan lain. Perhubungan dengan Allah S.W.T. adalah perhubungan yang unggul, kudus, bahagia, dan suci murni. Berasaskan rukun iman yang enam dan rukun Islam yang lima. Dua rukun ini memasukkan iman ke dalam jiwa manusia dan membentuk manusia yang beriman. Keimanan bertanggungjawab membebaskan jiwa manusia daripada pengaruh kebendaan dan nafsu. Orang beriman sentiasa berada dalam keamanan dan kebahagiaan. Mereka selalu mengingati Allah sewaktu senang mahupun pada masa kesusahan.

Rukun Islam yang Lima Mempengaruhi individu muslim untuk mengiktiraf secara sukarela tentang kewujudan dan keesaan Allah S.W.T. Mendekatkan lagi hubungan antara individu dengan Allah S.W.T. Membentuk peribadi muslim yang menjauhkan dirinya daripada sifatsifat negatif dan mengamalkan sifat bersyukur. Mencetuskan sifat ihsan dalam diri seseorang dan insaf akan dirinya.

Sifat ihsan penting bagi melahirkan individu muslim yang sentiasa bertakwa kepada Allah S.W.T. tanpa mengira masa dan tempat.

7 Implikasi a) Pengiktirafan terhadap Pencipta Mengiktiraf Allah S.W.T. sebagai pencipta segalanya di dunia dan di akhirat. b) Pengiktirafan terhadap Keagungan Pemerintahan-Nya dan Kebesaran Kekuasaan-Nya Sikap mengagungkan dan membesarkan Allah S.W.T. c) Pengiktirafan terhadap Nikmat-nikmat-Nya Kewajipan manusia berbudi tinggi dan mengenang jasa kerana nikmatnikmat-Nya kepada manusia. d) Menyedari dan Mengharapkan Rahmat-nya Menyedari akan anugerah Allah S.W.T. kepada diri, keluarga, bangsa, dan negaranya. e) Perasaan Bertanggungjawab Bertanggungjawab kepada Allah S.W.T. f) Penumpuan dengan permohonan dan Doa Permohonan dan permintaan hanya kepada Allah sahaja kerana Allah yang paling berkuasa dan pemurah. g) Cinta dan Rindu akan Allah adalah sebagai Matlamat Sebagai sumber bagi segala nikmat dan rahmat umum di alam. 2. Hubungan manusia dengan manusia (Hablumminannas) Masyarakat Islam ialah masyarakat yang universal iaitu terbuka untuk seluruh umat manusia tanpa memandang jenis, warna kulit, bahasa, dan bangsa. Umat Islam dikehendaki berhubung dengan baik dan berdisiplin sesama manusia.

Islam mewajibkan kepada pemerintah Islam supaya menjaga kepentingan orang bukan Islam dengan seadil-adilnya di samping Islam itu sendiri. Islam menolak dengan sekeras-kerasnya kezaliman dan penganiayaan sesama manusia.

3. Hubungan manusia dengan alam sejagat Semua benda yang terdapat di permukaan bumi dan angkasa adalah makhluk Allah. Allah S.W.T. telah menetapkan peraturan bagaimana sikap manusia yang seharusnya apabila berhubung dengan alam sekitar. Dengan penganugerahan akal kepada manusia oleh Allah, manusia digalakkan untuk menguasai dan menerokai alam sekitar dan mengambil hasilnya untuk kegunaan manusia sendiri. Perundangan yang digubal oleh Allah S.W.T. dalam hubungan manusia dengan alam mempunyai fungsi kepada manusia iaitu : Beringat dan bersyukur kepada Allah apabila dikurniakan pangkat, kebesaran, dan harta kekayaan Kesemuanya dipergunakan sebaik mungkin bagi memperoleh keredaan Allah S.W.T.

CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM 1. Konsisten Proses tamadun Islam adalah berterusan. Islam yang dibawa oleh Rasulullah mampu bertahan sehingga hari kiamat. Ini merupakan antara keunikan tamadun Islam. Sistem perundangan dalam tamadun Islam tetap berpandukan alQuran dan al-sunnah. Perintah serta larangan Allah adalah mutlak tanpa berubah mengikut arus zaman.

Ciri Islam yang begitu konsisten berupaya menghadapi cabaran zaman.

2. Terbuka dan Rasional Tamadun Islam yang mengalami proses pembinaan yang agak lama tentunya memberi ruang kepada peradaban-peradaban lain untuk diasimilasikan supaya sesuai dengan resam dan budaya penganutnya. Islam menerima tatacara yang tidak bertentangan dengan syariat Allah. Islam bersifat terbuka untuk menerima pembaharuan yang dapat memperkukuh sistem-sistem yang wujud dalam Islam. Islam juga bersifat rasional terutamanya berkaitan dengan persoalan semasa yang tidak melibatkan hukum bersifat mutlak. Perbincangan(musyawarah) digalakkan dalam untuk meleraikan sesuatu masalah.

3. Bersifat semasa Islam masih bertahan sehingga kini disebabkab ia dapat disesuaikan dengan perubahan semasa. Sistem-sistem yang wujud dalam Islam berupaya menerima unsurunsur peradaban lain yang tidak bertentangan dengan Islam. Pembudayaan serta gabungan akal dan keimanan melahirkan perkara-perkara baru sesuai dengan kehendak zaman. Cth; sistem perbankan dan kewangan diubahsuai supaya menepati syariat Islam.

4. Sesuai dengan fitrah manusia Berupaya membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Islam mengajar manusia agar menghargai diri, masyarakat dan alam. Manusia memerlukan keseimbangan dari segi rohani dan jasmani. Fitrah manusia memang memerlukan imbangan yang menghubungkan elemen kemanusiaan dengan aspek-aspek ketuhanan.

Hubungan tersebut ialah hubungan dengan Allah, sesama manusia dan alam sekeliling.

5. Sempurna/syumul Islam adalah sempurna dan menyempurnakan keperluan manusia. Meliputi segala aspek kehidupan termasuklah sosial, ekonomi, perundangan, politik dan sebagainya. Kepelbagaian ini sepatutnya digunakan oleh umat Islam untuk membina kembali tamadun ini.

Ciri-ciri tamadun islam juga dapat disimpulkan seperti berikut: Negara atau politik yang maju Bandar raya islam yang maju Susun lapis social masyarakat yang teratur rapi Ilmu pengetahuan yang tinggi Bangunan-bangunan yang tersergam indah dan hebat Kesenian yang halus Ekonomi yang mantap

Anda mungkin juga menyukai