Anda di halaman 1dari 12

Perancangan KIA2M

Disediakan oleh Nurul Athirah Nordin.

Pengenalan

Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis

KIA2M ialah program pemulihan awal untuk menangani masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan pelajar-pelajar tahun 1.
Secara konsepnya,program ini melibatkan semua sekolah, namun sekolah-sekolah jenis kebangsaan diberi pilihan sama ada untuk terlibat atau sebaliknya. Semua murid tahun 1 akan menduduki Ujian Penapisan KIA2M, murid yang gagal melepasi Ujian Penapisan akan mengikuti program KIA2M.

P&P KIA2M dijalankan dalam waktu P&P Bahasa Melayu. Kemahiran KIA2M ini juga diajar secara penyerapan dalam waktu P&P Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. P&P KIA2M hanya melibatkan guru yang terlatih sahaja. Guru pemulihan amat digalakkan membantu guru KIA2M terutama dalam aspek P&P seperti pedagogi dan penyediaan bahan

Langkah Merancang Kia2M

Memilih Pendekatan yang sesuai

Memilih Teknik yang Sesuai

Memilih strategi pengajaran Kenalpasti Guru yang akan terlibat dan merancang proses P&P

Langkah 1: Kenalpasti Guru yang Terlibat & Rancang Proses P&P

Guru yang terlibat ialah Guru Bahasa Melayu dan Guru Pemulihan Guru yang telah dipilih untuk mengendalikan kelas ini perlulah merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan modul pengajaran yang telah disediakan

Langkah 2: Memilih Strategi Yang Sesuai

Berdasarkan modul berkenaan juga guru-guru boleh menyesuaikan aktiviti dan latihan yang dicadangkan mengikut tahap keupayaan murid masing-masing. Strategi berikut boleh digunakan mengikut kesesuaian.

(c)Berpusatkan Bahan Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan.

(a)Berpusatkan Guru Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.

(b)Berpusatkan Murid Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas.

Langkah 3: Memilih Pendekatan Yang Sesuai


Guru diberi kebebasan untuk menyesuaikan aktiviti dan latihan dalam modul tersebut agar relevan dan selaras dengan tahap kebolehan murid-murid berkenaan.
Dalam pelaksanaan KIA2M, pendekatan secara kelas, kumpulan dan juga individu perlu digunakan mengikut kesesuaian dari segi kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan juga kemahiran yang hendak diajar.

(a)Pendekatan secara kelas - Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. - Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar.

(b)Pendekatan secara berkumpulan - strategi yang berpusatkan murid. - Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah y sama @ hampir sama dibentuk. - Guru menjalankan pengajaran dgn menggunakan modul pengajaran y disediakan.

(c)Pendekatan secara individu - Guru menumpukan perhatian kpd murid secara individu bagi membantu & membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. - Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu

Langkah 4: Memilik Teknik Pengajaran yang Sesuai


Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk mencapai sesuatu objektif. Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru. Penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis akan lebih berkesan jika murid mendapat peluang yang luas dan pelbagai untuk membolehkannya memahami sesuatu konsep. Oleh itu adalah menjadi tugas dan tanggungjawab para guru untuk merancang pelbagai pendekatan, teknik, media pengajaran dan aktiviti agar murid dapat memahami apa yng disampaikan dengan lebih baik.

Soal jawab
Tunjuk cara

Main Peranan
Menyanyi

Latih Tubi

Lakonan

Bercerita

Teknik

Kuiz

Kesimpulannya

Penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis akan lebih berkesan jika murid mendapat peluang yang luas dan pelbagai untuk membolehkannya memahami sesuatu konsep.

Oleh itu adalah menjadi tugas dan tanggungjawab para guru untuk merancang pelbagai pendekatan, teknik, media pengajaran dan aktiviti agar murid dapat memahami apa yng disampaikan dengan lebih baik

Anda mungkin juga menyukai