Anda di halaman 1dari 4

Tugasan ISL 1 : 6 Julai 2010

Pelajar mengakses internet dan bacaan ilmiah untuk melihat kepentingan Geografi dalam Pengajian Sosial

Pengetahuan Geografi penting untuk:


Memahami kenapa tempat atau kawasan dan unsurnya wujud dan dimana ia berada. Apa makna keadaan dan kawasan itu sebelum, sekarang dan masa akan datang. Bagaimana lokasi tempat dan kawasan tersebut memberi kesan kepada tempat lain. Antara persoalan penting untuk dijawab dalam kajian geografi ialah: a) Persoalan asas - apa, dimana, kenapa & bagaimana? b) Kenapa manusia dan aktiviti wujud dan dimana ia sekarang? c) Bagaimana wujud unsur, elemen dan aktiviti disatu-satu tempat berinteraksi dan menjadikan sesuatu lokasi, ruang, tempat dan kawasan itu unik? d) Apakah hubungan antara lokasi, ruang, tempat dan kawasan yang berbeza kawasannya? e) Apakah faktor atau daya yang menyebabkan peyerakan dan pengagihan unsur, elemen dan aktiviti mengikut lokasi, ruang, tempat dan kawasan.

memberi pengetahuan mengenai fenomena alam dan organisasi ruangan berasaskan interaksi manusia dgn ASF & ASM. membolehkan setiap individu mengamalkan pengetahuan dan kemahiran geografi, nilai-nilai murni dan patriotisme dlm kehidupan seharian. melengkapkan diri setiap individu dengan pemahaman dan kemahiran asas geografi serta nilai-nilai kemanusiaan. menyediakan diri setiap individu untuk menghadapi cabaran hidup ke arah mewujudkan kesejahteraan diri dan masyarakat.

memupuk nilai-nilai hidup yang harmonis dan sejahtera serta memupuk nilai amanah, bersyukur, kesederhanaan, bertanggungjawab, tidak mementingkan diri sendiri dan mencintai alam sekitar. Pemahaman setiap individu tentang alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia dapat menerapkan semangat patriotik dan mewujudkan sensitiviti murid terhadap fenomena alam secara setempat dan global.

Kesimpulannya, geografi merupakan sebahagian daripada unsur-unsur yang terkandung di dalam Pengajian Sosial dan mempunyai kepentingan yang amat berkaitan dalam meningkatkan kualiti kehidupan manusia bermasyarakat

Anda mungkin juga menyukai