Anda di halaman 1dari 1

Pelaksanaan baitulmal di Sepanyol (Andalusia)

Kawasan Sepanyol ditakluki oleh Kerajaan Bani Umaiyah. Baitulmal berfungsi atas nama sistem perbendaharaan Negara. Wilayah yang luas menyebabkan khalifah melantik wakil-wakilnya untuk mentadbir wilayah jajahan. Pegawai yang mengendalikan urusan kewangan dan perundangan berperanan mengutip cukai daripada rakyat. Antara pendapatan baitulmal pada masa ini ialah: i. Cukai jizyah harta rampasan perang ii. Kharaj cukai hasil pertanian iii. Cukai perindustrian Pemerintahan Abd rahman al Dakhil memulakan beberapa strategi untuk meningkatkan hasil perbendaharaan iaitu dengan melantik seorang gabenor di setiap wilayah dan wakil-wakilnya untuk mengutip cukai yang telah diwartakan. Orang bukan islam mempunyai ketua mereka sendiri untuk memungut cukai perlindungan. Kebanyakan pemerintah Andalusia menggunakan wang Baitulmal dengan baik dan melaksanakan keperluan rakyat seperti : a) Mendirikan rumah tumpangan untuk kemudahan pedagang b) Kesenian c) Sastera d) Seni bina e) Intelektual f) Membuka pelabuhan.

Anda mungkin juga menyukai