Anda di halaman 1dari 11

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

OBJEKTIF
Untuk membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif Ini boleh dicapai dengan menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik.

VISI -Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.


MISI
i. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat: - mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan - menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga - mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka ii. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu: - mengutamakan pelanggan - saksama - tidak membebankan - cekap - wajar mengikut teknologi - boleh disesuaikan mengikut persekitaran - inovatif iii. dengan menekankan: - sifat penyayang,profesionalisme dan kerja berpasukan - sifat menghormati maruah insan - penglibatan masyarakat

PIAGAM PELANGGAN
Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

1. KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN 1.1 Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada Kementerian ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosial-ekonomi. 1.2 Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera. 2. TARAF PERKHIDMATAN 2.1 Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas. 2.2 Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional. 2.3 Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.

3. MAKLUMAT PERKHIDMATAN

3.1 Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya. 3.2 Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan.
4. PENDIDIKAN KESIHATAN

4.1 Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.

KEWAJIPAN MASYARAKAT

Untuk membolehkan Kementerian Kesihatan melaksanakan dasar ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk: (i) Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan

(ii)
(iii)

Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan
Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab. 24-02-2010

Dasar Bekalan Ubat Immunosuppressant Kepada Pesakit Yang Telah Menjalani Pembedahan Transplan Organ

Dasar Bekalan Ubat Immunosuppressant Kepada Pesakit Yang Telah Menjalani Pembedahan Transplan Organ yang telah dikajisemula: a. Untuk pesakit yang menjalani transplan DALAM NEGARA: Semua pesakit warga negara Malaysia yang menjalani pembedahan transplantasi organ di hospital kerajaan dalam negara layak diberi bekalan semua jenis ubat immunosuppressant tersebut;

Pesakit warga negara Malaysia yang menjalani pembedahan transplantasi organ di hospital swasta dalam negara dan seterusnya menjalani rawatan susulan di hospital KKM sewajarnya diberi bekalan ubat immunosuppressant prednisolone dan cyclosporine atau tacrolimus. Pembedahan transplantasi organ di hospital swasta dalam negara juga perlu mematuhi syarat dan prosedur tertentu yang telah ditetapkan di dalam Polisi Transplantasi Organ Tisu dan Sel Kebangsaan;

b. Untuk Pesakit yang menjalani transplan LUAR NEGARA: i. Pesakit tidak digalakkan untuk menjalani rawatan pembedahan transplan organ yang bersifat komersial di luar negara; ii. Bermula dari bulan Januari tahun 2012, pesakit baru yang menjalani pembedahan transplantasi organ di luar negara tidak sewajarnya diberi bekalan ubat immunosuppressant oleh pihak Kerajaan;

iii. Pesakit yang menjalani pembedahan transplantasi organ di luar negara sebelum bulan Januari tahun 2012 (pesakit lama) boleh terus dibekalkan ubat immunosuppressant prednisolone dan cyclosporine atau tacrolimus dengan syarat pesakit tersebut perlu menjalani rawatan susulan di hospital Kerajaan;
iv. Bekalan ubat immunosuppressant prednisolone dan cyclosporine atau tacrolimus oleh pihak Kementerian Kesihatan dapat dipertimbangkan sekiranya pesakit menjalani pembedahan transplan organ di luar negara secara sah dari segi perundangan dan etika.

DASAR PERKHIDMATAN KESIHATAN DALAM KALANGAN ORANG ASLI


Meningkatkan tahap kesedaran terhadap penjagaan kesihatan di kalangan Orang Asli melalui pelaksanaan program pembangunan minda seperti aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan dan kem-kem kesihatan yang tersusun. Mengurangkan kadar kematian ibu dan kanak-kanak Orang Asli. Mengurangkan kadar kejadian penyakit-penyakit berjangkit di kalangan Orang Asli terutamanya penyakit Tibi, Malaria dan Kusta ke tahap yang mana ianya tidak lagi menjadi masalah dan ancaman kepada kesihatan awam. Mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk kawasan pedalaman menerusi Perkhidmatan Doktor Udara dan lawatan klinik bergerak yang lebih tersusun dan menyeluruh. Mempertingkatkan perhubungan dua hala, integrasi dan kerjasama antara Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, agensi-agensi dan Jabatan-jabatan Kerajaan lain yang memberikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat Orang Asli terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia.

Makanan berkhasiat penting untuk anak anda kerana ia: Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental Membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan Menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja. Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu anak anda mendapat semua nutrien yang diperlukan.

Anda mungkin juga menyukai