Anda di halaman 1dari 2

MOHD FAIRUS BIN YAHYA D20091034165 REFLEKSI PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1

Refleksi Sebelum

Kelas pertama bagi semesta 1 sesi 2011/2012 adalah bagi subjek pengajaran, teknologi dan penaksiran 1 (KPD 3016). Subjek ini melibatkan 6 jam kredit iatu pada hari isnin dan rabu. Kelas bagi subjek tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi bagi kedua-dua hari tersebut. . Pada 12 September 2011 iaitu hari isnin merupakan kelas pertama bagi pengajaran, teknologi dan penaksiran 1 (KPD 3016) yang di kelolakan oleh Dr. Ani Hj Omar bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi. Perasaan pada pagi tersebut sama seperti menghadiri kelas kuliah yang lain tiada tekanan yang dihadapi. Pada asasnya saya tidak mengetahui apa kandungan pembelajaran bagi KPD 3016 ini dan saya hanya mengetahui bahawa subjek ini merupakan subjek yang bakal membentuk seseorang menjadi guru yang mempunyai kemahiran dan berketrampilan dalam menjadi seorang guru yang berkaliber. Semasa Setelah beberapa minggu proses kuliah bagi subjek ini di jalankan, pelbagai tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah kepada kami untuk di laksanakan. Tugasan di jalankan dalam bentuk berkumpulan. Tugasan yang di diberikan adalah menyediakan sebuah pengajaran yang memfokuskan kepada prosa melayu moden iaitu novel bagi kumpulan saya. Tugasan ini amat sukar di lakukan kerana ini merupakan kali pertama saya melaksanakan tugasan untuk mengajar di dalam bilik kuliah. Dengan bantuan ahli kumpulan dan rakan sekuliah saya dapat menyediakan satu bentuk pengajaran yang memfokuskan kepada watak dan perwatakan di dalam novel Dari Lembah Ke Puncak. Pada minggu ke 6, tiba kumpulan saya untuk menjalankan pengajaran di hadapan rakan sekuliah, pada awalnya tugasan ini perlu di lakukan secara individu dan perasaan saya pada waktu tersebut

agak takut dan gementar, namun setelah pensyarah membenarkan tugasan tersebut di lakukan secara berkumpulan ketakutan tersebut berkurangan. sebelum pengajaran di lakukan, persediaan telah dijalankan oleh kumpulan saya dengan menyediakan bahan-bahan yang di perlukan semasa proses pengajaran dan pembahgian giliran untuk mengajar agar tidak tersalah mengambil giliran semasa mengajar. Pada awal pengajaran tiada masalah yang di hadapi oleh kumpulan kami kerana segala bahan untuk prose pengajaran tersebut dapat di laksanakan dengan baik. Setelah itu, tiba giliran saya untuk mengambil giliran untuk mengajar. Pada awalnya agak takut dan gementar kerana ini merupakan kali pertama saya mengambil tugas sebagai guru dan menjalankan pengajaran di dalam kelas. Semasa menjalankan pengajaran tersebut, tiada masalah yang di hadapi namun oleh kerana agak gugup menyebabkan banyak tersasul semasa bercakap. Namun saya dapat meneruskan pengajaran tersebut sehingga tiba giliran ahli kumpulan saya yang seterusnya. Akhirnya, pengajaran bagi kumpulan saya telah dapat di sempurna walaupun banyak kelemahan yang di perlihatkan oleh kumpulan saya. Bagi saya ini merupakan permulaan bagi saya dan kawan-kawan dalam mengharungi kehidupan seorang guru. Setelah tamat pengajaran tersebut, pensyarah telah memberi teguran dan nasihat kepada kumpulan saya tentang kaedah dan teknik yang lebih menarik semasa menjalankan proses pengajaran. Pelbagai teguran di berikan oleh pensyarah kepada saya dan ahli kumpulan namun kami mengambil teguran tersebut untuk menjadi dan melaksanakan pengajaran yang lebih menarik dan interaktif. Selepas Selepas tamat tempoh 14 minggu saya dan kawan-kawan menghadiri kuliah dan menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah kepada kami dengan jayanya. Walaupun tugasan yang diberikan agak berat namun dapat saya laksanakan dengan sempurna walaupun pelbagai masalah yang di hadapi. 14 minggu tersebut banyak memberi saya mempelajari pelbagai perkara yang berkaitan dengan pengajaran di sekolah. Pelbagai teori dan kaedah serta teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran agar proses pengajaran dapat di jalankan dengan sempurna dan dapat menarik perhatian pelajar.

Anda mungkin juga menyukai