Anda di halaman 1dari 57

SEJARAH

Menurut catatan,hoki mula dimainkan oleh orang-orang Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 S.M. lagi. Akan tetapi permainan ini kemudiannya terus lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia pertama kali diperkenalkan di England. Diperkenalkan pada tahun 1890 dan dipertandingkan dalam sukan Olimpik pada tahun 1928 Permainan ini dibawa ke Malaysia oleh askar dan kakitangan British pada 1892. Namun pada ketika itu, hoki masih belum lagi terkenal di kalangan rakyat tempatan. Selepas dua dekad lebih(1920), barulah penduduk tempatan mula meminati permainan ini.

PENGENALAN
Hoki ialah sejenis permainan kayu dan bola yang dimainkan di atas padang segiempat bujur tepat oleh dua pasukan yang bertentangan. Permainan ini sangat pantas di mana setiap pemain menggunakan kayu hoki untuk mengumpan, menolak, memukul atau menggelecek bola.

PASUKAN
Permainan ini dimainkan oleh dua buah pasukan yang masing-masing terdiri daripada 11 orang pemain. Terdiri daripada : i. 5 orang penyerang, ii. 3 pertahanan tengah, iii. 2 pertahanan belakang dan iv. seorang penjaga gol.

UKURAN PADANG

MEMULAKAN PERMAINAN
Ketua kedua-dua pasukan menentukan pilihan bahagian padang melalui balingan duit syiling. Permainan dimulakan di tengahtengah padang.

SHOOT CORNER
Seorang pemain dari setiap pasukan berdiri betul-betul menghadapi garisan tepi, dan garisan golnya sendiri di sebelah kanannya. Pemain-pemain lain haruslah berada sekurang-kurangnya 5 ela dari bola di antaranya dan garisan golnya. Jika berlaku sebarang kesalahan,shoot corner itu diulangi.
video

PERATURAN
KOMPOSISI KUMPULAN PENGGANTIAN PEMAIN

KETUA PASUKAN

PAKAIAN DAN PERALATAN PEMAIN

PERLAWANAN DAN KEPUTUSAN

PERMULAAN PERMAINAN

GERAKAN
SETERUSNYA

Setiap perlawanan mempunyai 2 buah pasukan yang berentap. Setiap pasukan mempunyai 11 orang ahli. Pemain boleh tetapi tidak melebihi 11 orang dalam suatu masa. Penjaga gol perlu ada dalam setiap masa perlawanan.

Setiap pasukan dibenarkan untuk menggantikan pemain berdasarkan 16 orang pemain yang dinamakan. Gantian pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada sudut penalti diambil dan tidak perlu menghentikan permainan kecuali semasa penggantian penjaga gol. Gantian pemain dari luar tidak dibenarkan sekiranya terdapat pemain yang dihukum keluar. Selepas hukuman sementara,pemain tersebut boleh diganti tanpa memasuki padang. Pemain yg diganti hendaklah masuk/keluar berhampiran garisan tengah dan penjaga gol dibenarkan masuk/keluar melalui garisan belakang.

Setiap pasukan mestilah mempunyai seorang ketua pasukan. Pemain lain boleh menggantikan ketua pasukan sekiranya ketua pasukan cedera atau dihukum. Ketua pasukan bertanggungjawab menjaga kelakuan pemain dan memastikan gantian pemain dibuat dengan betul.

Setiap pasukan mestilah memakai pakaian yg seragam dan berlainan dengan pasukan lawan. Pakaian penjaga gol mestilah berlainan daripada ahli pasukan sendiri dan pasukan lawan. Perlindungan kepala adalah wajib bagi setiap penjaga gol kecuali apabila menghadapi penalty stroke.

Setiap perlawanan dibahagikan kpd dua separuh masa,di mana 35 minit dibahagikan kpd satu separuh masa. Waktu rehat yang diberikan lima minit.

Kedua-dua ketua pasukan boleh memilih sama ada mahu memulakan permainan dahulu atau memilih gol yg hendak diserang. Pada separuh masa kedua,pilihan ketua ditukar. Permainan dimulakan dengan hantaran tengah. Sekiranya gol dijaringkan,pasukan yang menjaringkan gol akan membuat hantaran tengah.

Bermain bola dengan back stick Bermain tanpa kayu hoki di tangan Menggunakan kayu hoki secara berbahaya dengan mengangkat tinggi kayu hoki Menyentuh,memegang atau menangkap kayu atau pakaian lawan. Kayu hoki lebih tinggi drpd paras bahu. Penyerang memasuki kawasan gol lawan dengan sengaja.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS
MEMEGANG KAYU HOKI
MENOLAK

MEMBAWA KAYU HOKI DENGAN KEDUA-DUA BELAH TANGAN

MENGGELECEK

MEMBAWA KAYU HOKI DENGAN SEBELAH TANGAN

MEMUKUL

BULLY

SETERUSNYA

MEMEGANG KAYU HOKI


1. kayu hoki haruslah di letakkan di atas tanah dengan ibu jari kaki menunjuk keluar manakala bahagian rata kayu menghala ke sasaran. 2. Bahagian atas kayu hoki di pegang dengan tangan kiri. 3. Tangan kanan pula diletakkan lebih kurang dua hingga tiga inci dibawah tangan kiri tadi dengan cara yang sama.
SETERUSNYA

MEMBAWA KAYU HOKI DENGAN KEDUADUA BELAH TANGAN


1. Kayu hoki dibawa dengan kedua-dua belah tangan melintang di hadapan badan, setinggi pinggang dengan bahagian bengkok kayu hoki menghala ke atas. 2. Tangan kiri di bahagian bawah. 3. Tangan kanan di bahagian atas. 4. Kedua-dua tangan selebar bahu serta keduadua siku dibengkokkan.
SETERUSNYA

MEMBAWA KAYU HOKI DENGAN SEBELAH TANGAN


1. Kayu hoki dipegang dengan tangan kiri berada di bahagian atas. 2. Mata kayu hoki pula haruslah berada di atas tanah dan tangan kanan bebas keadaannya. 3. Apabila bola datang, letakkan tangan kanan ke atas kayu hoki.

SETERUSNYA

BULLY
Lutut dibengkokkan sedikit, tangan kanan pula atas kayu hoki. Bola berada di tengah-tengah, wakil setiap pemain dari pasukan berlainan akan lagakan stik sebanyak sekali seterusnya rebut bola tersebut.

SETERUSNYA

MENGGELECEK
1. Kemahiran ini perlu dikuasai untuk membawa bola, melepaskan diri daripada pemain lawan, mengekalkan pemilikan bola, menukar arah, dan sebagainya. 2. Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu a) Menggelecek longgar b) menggelecek rapat c) menggelecek Indian(Indian Dribble).
SETERUSNYA

Menggelecek Indian (Indian Dribble).

Kedudukan kaki yang betul semasa menggelecek bola cara Indian dribble

Cara memegang kayu yang betul semasa indian dribble.

SETERUSNYA

MEMUKUL
1. Kelebihan kemahiran memukul ini adalah membolehkan bola bergerak dengan cepat dan jauh. 2. Ketepatan semasa memukul bola adalah sangat penting, supaya bola tidak tersasar ke arah lain.

SETERUSNYA

kedudukan yang betul semasa memukul bola statik.Pastikan kayu dipegang dengan kemas.

Pastikan pemain fokus pada bola semasa hendak memukul bola. Pegangan dan hayunan kayu yang betul juga dapat menghasilkan pukulan yang kuat.

MENOLAK

Kedudukan atau postur sedia untuk menolak bola.

Teknik yang betul ketika menolak bola

ANSUR MAJU
MENGGELECEK MENYERKAP
KEMAHIRAN MENOLAK

HANTARAN

Selesai

MENGGELECEK
Ansur maju 1 : 1. Pemain A berjalan/berjogging sambil membawa kayu hoki (tanpa bola). 2. Bongkokkan badan seolah-olah sedang membawa bola. 3. Lari secara lurus 20 meter dan kembali ke tempat permulaan. 4. Pastikan pemain memegang kayu dengan betul

Ansur Maju 2 : 1. Pemain berjalan sambil mengelecek bola di garisan lurus 20 meter. 2. Pastikan bola sentiasa berada pada garisan dan dekat dengan kayu hoki. 3. Tambah kelajuan apabila pemain sudah menguasai kemahiran. 4. Ulang aktiviti ini.

Ansur Maju 3 : 1. Pemain A akan menggelecek bola di atas garisan S. 2. Pastikan bola sentiasa berada di atas garisan. 3. Mulakan dengan berjalan kemudian tambah kelajuan apabila pemain sudah menguasai kemahiran. 4. Ulang aktiviti ini.

Ansur Maju 4: 1. Pemain mengelecek rapat 20 meter dalam kumpulan. 2. Pemain A mengelecek bola kepada D dan akan menyambung diri di belakang F. 3. Pemain D pula mengelecek bola kepada pemain B dan akan menyambung diri di belakang C. 4. Teruskan aktiviti ini sehingga pemain dapat menguasai kemahiran dengan baik.

Ansur Maju 5 1. Pemain A mengelecek bola diantara skitel dan memberikan bola kepada pemain C. Kemudian pemain A akan menyambung diri di belakang D. 2. Teruskan sehingga semua pemain melakukan aktiviti ini. 3. Pastikan pemain mengelecek dengan cara yang betul. 4. Mulakan dengan berjalan kemudian tambahk kelajuan apabila pemain sudah menguasai kemahiran.

Ansur Maju 6 1. Pemain akan mengelecek mengelilingi bulatan gelung rotan. 2. Pemain A akan menggelecek kesemua gelung rotan dan akan memberikan bola kepada B. Pemain A akan menyambung di belakang C. 3. Teruskan sehingga pemain menguasai kemahiran ini. 4. Apabila pemain sudah menguasai kemahiran, tambahkan kelajuan.

Aktiviti Pemulihan. 1. Pemain akan mengelecek bola secara lurus dan kemudian mengelilingi skitel. 2. Pemain A akan memberikan bola kepada pemain B dan menyambung di belakang pemain B. 3. Apabila pemain sudah menguasai kemahiran, tambahkan kelajuan.

Aktiviti Pengayaan 1. Pemain A akan mengelecek rapat ke hadapan sejauh 5 meter dan kemudian menolak kepada pemain B. 2. Pemain B yang menerima bola akan mengelecek rapat ke hadapan sejauh 5 meter dan kemudian menolak semula kepada pemain A. 3. Teruskan aktiviti mengelecek dan menolak sejauh 30 meter

HANTARAN(PUKULAN)
Ansur Maju 1: 1. Pemain memukul bola ke arah dinding dari jarak 10 meter. 2. Pemain bebas memukul tetapi hendaklah dengan cara yang betul. 3. Pemain boleh mensasarkan pukulan ke arah yang dikehendakinya. 4. Bagi permulaan pemain hendaklah berdiri statik dan kemudian bergerak 1, 2,3 langkah seterusnya.

Ansur Maju 2 : 1. Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 10 meter. 2. Pemain memukul bola ke arah satu sama lain. 3. Bila pukulan memuaskan, jarak ditambahkan kepada 15 m, 20m, 30m dan seterusnya. 4. Pemain boleh bergerak satu langkah, 2, 3 dan seterusnya bila melakukan pukulan.

Ansur Maju 3 1. Pemain-pemain berdiri dalam dua barisan dan menghadap kawan. 2. Seorang pemain memukul dan kawan pemain menahan bola dan memukul balik kepada pasangan berulang-ulang. 3. Mulakan memukul bola secara statik dan kemudian bergerak 1, 2 dan 3 langkah sebelum memukul bola.

Ansur Maju 4 : 1. Pemain A memukul bola kepada B dan lari ke belakang barisan B. 2. Pemain B pula akan memukul kepada pemain C dan berlari ke belakang barisan C. 3. Teruskan aktiviti ini sehingga semua pemain dapat melakukan pukulan dengan baik.

Ansur Maju 5. 1. Setiap pemain akan menggunakan 2 biji bola hoki. 2. Pemain akan memukul bola pertama dengan kuat. 3. Pemain memukul pula bola kedua , supaya bola itu bergerak separuh jarak bola pertama. 4. Ulang aktiviti ini sehingga pemain menguasai kemahiran.

AKTIVITI PEMULIHAN :

1. Pemain A akan membuat pukulan ke arah pemain B, C dan D. Kemudian pemain A akan mengambil tempat pemain B. 2. Pemain B pula mengambil tempat pemain A tadi dan membuat pukulan kepada tiga rakannya. 3. Pemain boleh menegur rakan yang melakukan kesilapan memukul bola. 4. Ulang aktiviti ini.

MENYERKAP/MENAHAN BOLA
Ansur Maju 1 : 1. A akan menolak bola kepada B untuk menyerkap. 2. Kemudian B akan menolak bola kepada A pula untuk menyerkap. 3. Ulang aktiviti ini beberapa kali.

Ansur Maju 2 1. A meleretkan bola kepada B untuk menyerkapn di hadapan, kanan dan kiri. 2. B akan menolak bola kepada A untuk menyerkap. 3. Kemudian B pula akan menolak bola kepada A ke hadapan,kanan dan kiri untuk menyerkap bola. 4. Ulang aktiviti ini beberapa kali.

Ansur Maju 3 1. A menolak bola jauh kepada B dan kemudian akan menyerkapnya di B1. 2. B pula akan menolak jauh untuk diserkap oleh A di A1. 3. Ulang aktiviti ini beberapa kali.

Ansur Maju 4 1. A akan menolak bola dan B akan menyerkap bola tersebut. 2. B pula menolak kepada C untuk menyerkap bola. 3. C menolak bola pula kepada A. 4. Ulang aktiviti ini dan kemudian tukar arah.

Ansur Maju 5 1. A akan menolak bola kepada X. 2. X perlu menerima bola yang ditolak, pusing dan hantar kepada B. X akan berlari dan menerima bola dari B dan menolak bola kepada C. 3. C pula menolak bola kepada X di tempat X1. Kemudian menolak semula kepada A 4. Tukar pemain setiap 2 pusingan.

AKTIVITI PEMULIHAN :

1. Pemain A akan menolak ke hadapan, kiri dan kanan pemain B. Pemain B akan cuba menyerkap bola yang dihantar. 2. Pemain B akan menolak ke hadapan pemain A. Pemain A akan cuba menyerkap bola tersebut. 3. Tukar posisi pemain apabila mereka telah melakukan 3 ulangan. 4. Pastikan pemain melakukan kemahiran menyerkap dengan betul

KEMAHIRAN MENOLAK
Ansur Maju 1 : 1. Pemain menolak menggunakan kayu hoki tanpa menggunakan bola. 2. Pastikan pemain memegang kayu hoki dengan betul. 3. Pastikan badan,lutut dan bahu dalam kedudukan yang betul. 4. Ulang aktiviti ini sehingga pemain melakukan perlakuan yang betul.

Ansur Maju 2 1. Pemain menolak bola yang statik ke arah dinding. 2. Pemain akan menolak ke hadapan, kiri dan kanan. 3. Pastikan tolakkan dilakukan dengan mekanik yang betul. 4. Ulang aktiviti ini beberapa kali.

Ansur Maju 3 1. Pemain menolak bola satu langkah. 2. Dua langkah. 3. Tiga langkah. 4. Berjogging. 5. Perlakuan dilakukan setelah pemain dapat menguasai aktiviti mengikut urutan.

Ansur Maju 4: 1. Pemain akan menolak bola kepada pasangan secara berhadapan. 2. A akan menolak kepada B dan sebaliknya. 3. Pastikan teknik menolak dilakukan dengan betul. 4. Ulang aktiviti ini beberapa kali.

Ansur Maju 5 1. A akan menolak bola ke hadapan,kiri dan kanan. 2. B akan bergerak ke kiri dan kanan untuk menerima tolakkan A. 3. B akan menolak semula ke arah A. 4. Tukar giliran menolak.

Ansur Maju 6 1. Tolakkan berganti-ganti secara berterusan dan bergerak ke tempat baru.( 4 orang satu kumpulan ). 2. Pemain A dan D berada di tempat yang sama. 3. Pemain A menolak bola kepada pemain B dan menahannya. Pemain A akan bergerak menuju ke tempat pemain B. 4. Pemain B pula akan menolak bola kepada pemain C dan bergerak ke tempat pemain tersebut. 5. Tolak dan bergerak dijalankan selama 5 minit. 6. Arah tolakan juga boleh ditukarkan.

AKTIVITI PEMULIHAN :

1. Dua orang pemain bersemuka dengan jarak 5 meter antara satu sama lain. 2. Pemain A akan menolak bola kepada pemain B, dan pemain B menahan dan tolakkan semula kepada pemain A. 3. Perhatian perlu diberikan kepada kemahiran tolakkan. 4. Teruskan ulangan sehingga pemain menguasai kemahiran menolak.